Khamis, 18 Oktober 2012

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Konvensyen BADAR Sekolah-sekolah <b>Negeri Melaka</b> 2012

Posted: 13 Oct 2012 03:03 AM PDT

13 Oktober 2012 - SM Tahfiz al-Quran, Chenderah mencatatkan sejarah tersendiri apabila telah berjaya menganjur dan mengelolakan Konvensyen Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) peringkat negeri Melaka buat julung kalinya dengan kerjasama MyConcern (Persatuan Belia Muslim Prihatin). Pelaksanaannya telah diadakan seawal jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Jasin.

Sebanyak 10 buah sekolah yang mempunyai BADAR yang aktif di negeri ini serta sebuah SMKA Segamat (jemputan) telah turut serta dalam konvensyen ini. Sekolah-sekolah terlibat adalah SM Tahfiz al-Quran Chenderah (pengelola), SMKA Sultan Muhammad, SMKA Tun Perak, SMKA Sharifah Rodziah, SBP Integrasi Selandar, SMK Dang Anum, SMA (JAIM) Al-Ahmadi, MRSM Kem Terendak dan SMK Air Molek.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka.

[ ALBUM ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads