04 di sungai udang - Google Blog Search |
Cerita Komando Passing Out di PULPAK <b>di Sungai Udang</b> Posted: 29 Dec 2013 06:23 PM PST Hujung minggu yang sibuk dari hari sabtu sehingga ke hari ahad. Memang memenatkan tapi happy ending. Sepatutnya pagi sabtu planning nak pergi tengok komando passing out di PULPAK Sg. Udang. Tetapi mendapat makluman orang awam tak dibenarkan masuk kecuali ahli keluarga terdekat. So kat sini aku share sikit gambar yang dapat diambil oleh admin facebook The Realblackdaggers dan saudara Hazairi. |
waadat: Ada <b>udang di</b> sebalik batu Posted: 24 Apr 2014 06:38 PM PDT Demang percaya peribahasa ada udang di sebalik batu sudah acap kita dengar. Setahu Demang ia bermaksud tindakan seseorang berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tidak dinyatakan. 'Tidak dinyatakan' tidak bermakna orang tidak tahu. Bagi yang arif, sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Jika seseorang yang kita kenal benar tetapi jarang mahu bertegur sapa malah kalau berselisih pun nampak sengaja memandang arah lain, tiba-tiba datang ke rumah membawa buah tangan, maka kemungkinan besar ada-lah hajatnya. Mudah sahaja untuk mengenal kilasan ikan di air. Mula-mula anda perlu sedar apakah kelebihan anda? Adakah anda seorang pegawai di sebuah jabatan atau menantu anda baru sahaja menjadi wakil rakyat? Mungkin juga anda mempunyai anak gadis dan orang itu adalah ayah kepada seorang teruna. Namun kita tidak perlu bimbang sangat. Udang bukanlah makhluk yang jahat atau berbahaya. Belilah udang sekilo dan bawa pulang. Masaklah apa sahaja: masak lemak, kari, tumis dengan petai, malah digoreng begitu sahaja pun sedap. Masa kanak-kanak dulu Demang suka menangguk udang di sungai. Hasil tangkapan daripada aktiviti haram tersebut tidak dibawa pulang sebaliknya diselesaikan di tepi sungai sahaja. Udang itu Demang cucuk pada lidi dan dibakar. Anda pasti dapat bayangkan keenakannya. Demang katakan aktiviti haram kerana jika bapa Demang tahu Demang ke sungai, berjalurlah kesan tali pinggang di tengah belakang. Apabila meningkat remaja, aktiviti mencari ikan dan udang menjadi lebih seronok. Selain menggunakan pancing, kami ada musim menembak ikan, termasuklah udang galah. Dengan 'pistol ikan' buatan sendiri berpelurukan sebatang besi tajam, kami memakai cermin khas bagi memudahkan gerakan mengintai mangsa. Biasanya ikan-ikan besar bersembunyi di bawah batang kayu atau reba. Manakala untuk mencari udang galah, tumpuan Demang ialah di kawasan berbatu. Benarkah udang suka bersembunyi di sebalik batu? Demang tidak tahu dan Demang cuma berpandukan peribahasa di atas yang diajar guru. Setakat ini kita tidak nampak sesuatu yang negatif di sebalik batu. Udang adalah rezeki yang patut disyukuri. Justeru jika ada seseorang bersikap ada udang di sebalik batu maka jangan berprasangka buruk padanya sebaliknya layanlah dengan baik. Barangkali ada hikmah yang bakal menguntungkan kita. Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from di sungai udang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan