04 di bukit katil - Google Blog Search |
14:21 - muslimat pas <b>bukit katil</b> Posted: 20 Nov 2012 11:21 AM PST Apakah akan masih ada lagi warga emas yang akan mengais barang-barang terbuang di tong sampah sekiranya Pakatan Rakyat di beri mandat untuk memerintah Malaysia.? Kelihatan seorang warga emas yang berusia 82 tahun sedang menyelongkar barang-barang buangan untuk di kumpulkan lalu di jual. "Nek , Asalamua'laikum....tak ada anak-anak ke"? penulis cuba mendekati nenek tua yang sedang asyik mnyelongkar barang buangan di salah satu pasaraya di Duyong semalam. Ini kali kedua penulis terserempak dengan warga emas itu di tempat yang sama' " Ala..jangan sebutlah pasal anak-anak. Buat sakit hati aja" jawab nenek yang terkejut dengan sapaan penulis. Kelihatan nenek itu , agak terkejut dengan sapaan penulis yang tidak di sangka-sangka itu. "Nek nak buat apa ini. Nek tak da anak-anak ke? selagi lagi penulis bertanya menyebabkan nenek itu memandang tepat ke wajah penulis sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. " Sudahlah..macam-macam ..anak baik. menantu pulak jahat..tak guna" nada marahnya semakin tinggi. Penulis hanya terkedu kerana penulis tahu bahawa dia seorang nenek yang masih waras. "Umur nenek berapa?? penulis cuba bertanya lagi. Kelihatan seorang pekerja pasaraya tersebut, terus menimbunkan sampah-sampah yang sudah tidak di perlukan lagi sambil tersenyum kearah penulis. Mungkin itu sudah menjadi satu pandangan biasa baginya . "Nek , umur 82" jawabnya tanpa menunjukkan sedikit penyesalan pun terhadap kerja yang sedang di lakukan itu. Mungkin dia berasa puas dengan apa yang dia lakukan berbanding orang-orang yang mencuri atau orang-orang yang malas bekerja. "Tapi nenek masih kuat dan sihat" penulis cuba bandingkan dengan ibunnya sendiri, yang berusia 80 tahun , tapi telah menggunakan kerusi roda untuk berjalan. "Alhamdulillah. ALLAH beri". Jawabnya tersenyum dengan satu kepuasan. "Nek tinggal di mana" penulis bertanya lagi sebelum meninggalkan nenek tua memandangkan ada beberapa urusan lagi yang perlu di selesaikan. "Nek tinggal kat semabok, belakang ESSO" jawabnya rengkas Penulis menghulurkan sedikit sumbangan sebelum meinggalkan nenek tersebut dengan harapan bila keluar dari pasaraya nanti. boleh menghantar nenek itu balik kerumahnya tapi malang sekali sebaik keluar dari pasaraya nenek itu sudah pergi dari situ. |
You are subscribed to email updates from di bukit katil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan