Ahad, 14 Oktober 2012

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Kem Nadwah Kepimpinan Islam SABK <b>Negeri Melaka</b> 2012

Posted: 13 Oct 2012 06:50 PM PDT

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka telah mengadakan Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Negeri Melaka pada 12-14 Oktober 2012 bertempat di Hutan Rekreasi, Ayer Keroh Melaka. 

Sebanyak enam buah sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Negeri Melaka, telah menyertai Nadwah Kepimpinan Islam ini. Sekolah yang terlibat dalam program ini ialah SMA Al-Ehya El-Karim, SMA Assaiyidah Khadijah, SMA Al-Ahmadi, SMA Darul Falah, SMA Assyakirin dan SMA Tahfiz Chenderah. Masing-masing telah menghantar seramai 10 orang peserta untuk menghadiri program ini. Seramai 52 orang pelajar yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar tingkatan dua dan empat dari sekolah tersebut.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam tempoh tiga hari dua malam dengan bantuan 16 orang jurulatih-jurulatih dari Ilmu Amal Managemant Consultant . Antara ceramah-ceramah yang berkaitan dengan ciri-ciri pemimpin Islam, kejayaan kepimpinan, explorace dan sebagainya.

Antara tujuan Nadwah ini dijalankan adalah untuk membina jati diri yang kuat di kalangan pelajar sebagai seorang pemimipin di sekolah mahupun di dalam masyarakat sekeliling. Tema Nadwah Kepimpinan Islam tahun ini adalah bertemakan "Aqidah Kukuh Kepimpinan Teguh". Adalah  diharapkan agar semua peserta dapat menghayati dan mempraktikkan amalan kepimpinan Islam dalam reality kehidupan yang sebenar yang penuh cabaran dan dugaan.

Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Mohmd, KS, SPI Melaka. Dalam ucapannya, beliau menyeru para peserta dengan memetik pesanan Imam Al-Ghazali berkaitan ciri pemimpin yang berjaya iaitu berdasarkan 3M: Mujahadah (Bersungguh-sungguh), Muhasabah (Koreksi dan peka) dan Muqarrabah (Kebergantungan (kepada Ilahi).

Turut hadir, Ustaz Hj. Ridzuan bin Abdul Ghani - KU PIPA, SPI, Ustazah Hjh. Shamsiah bt. Mahmud, Penyelia Kanan HEM dan Ustaz Mohd Nasaruddin bin Harun, Penyelia SAR KAFA, SPI.

[ ALBUM 1] ||| [ ALBUM 2 ]

DISEDIAKAN OLEH:
USTAZAH HJH SHAMSIAH BINTI HJ MAHMUD
Penyelia Kanan HEM, SPI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads