ads

Jumaat, 25 Januari 2013

04 di klebang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di klebang - Google Blog Search


Sahabat-Gunung: BAHAYA !!!! Sungai <b>di Klebang</b> Besar, Melaka <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2012 08:38 PM PST


Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar, Melaka Tengah berwaspada berikutan paras air di sungai itu kini melebihi paras bahaya iaitu 2.14 meter.
Menurut portal JPS, di Selangor setakat 9 pagi ini, paras air di Sungai Langat di JPS Sungai Manggis; Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat dan Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor telah melebihi paras amaran iaitu masing-masing 6.02 meter, 4.08 meter dan 3.97 meter.
Keadaan yang sama juga dicatatkan di Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau, Negeri Sembilan (6.22 meter) dan Empangan Labong, Mersing, Johor (7.60 meter).
Begitu juga di Sabah dengan paras air di Sungai Padas di Tenom (175.85 meter), Sungai Padas Beaufort (7.51 meter) manakala di Sarawak, bacaan paras air di Sarawak Maritime, Sibu ialah 2.56 meter.
Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Johor tidak berubah iaitu 143 orang manakala di Perak seramai 45.
Selangor pula mencatat 1,309 orang manakala Melaka menurun daripada 27 orang kepada 16 orang, dan Sarawak lima mangsa banjir.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved