Rabu, 12 Mac 2014

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search

Keturunan Tok Kepau: TOK ANDAK SERKAM & SUNGAI BENTAYAN

Posted: 07 Nov 2013 05:30 AM PST

MENYELUSURI WARISAN  TOK ANDAK  SERKAM
Nama sebenarnya ialah Hj Md Said bin Penghulu Marsah  bin Tok Senin. Beliau dilahirkan dikampung Serkam Melaka, mempunyai 14  orang adik beradik, tetapi yang diketahui setakat ini ialah  9 orang sahaja, iaitu: Landa binti Marsah, Hj Md Said (Tok Andak ) bin Marsah, Penghulu Amar bin Marsah, Jamaludin bin Marsah, Md Aris bin Marsah, Satariah binti Marsah, Senah binti Marsah bersuamikan Penghulu Kaem, Badariah binti Marsah bersuamikan Lajis, dan Nanggau bin Marsah (Jurai ini banyak terdapat di kampung Sungai Rambai.)
Hj Md Said (Tok Andak) mempunyai 2 orang isteri yang dikahwini nya, iaitu isteri pertama nya bernama Suri binti Sa'ban, namun tidak dikurniakan zuriat. Manakala isterri kedua nya pula bernama Sa'diah. Menurut setengah kaul mengatakan , isteri keduanya  Sa'diah ini ialah anakanda kepada Temenggong Ibrahim (Daeng Ronggek) ibni Temenggong Abd Rahman Johor. Melalui perkahwinan ini dikurniakan anak ia itu: Hj Kamaludin beristerikan Nye (Beliau lah yang meneroka lorong pandan Melaka), Hj Hasanuddin (Jurai ini banyak terdapat di kampung Sungai Rambai, kebanyakan nya menjadi pegawai syarak), Hj Md Zin, Hj Md Ali, Bijah, Kamariah, Timah, Hajjah Che'Mah bersuamikan Tannuddin (Tannuddin ini ialah berkaum dengan kerabat Tun Tan Cheng Lok , Melaka), Halimah, Jagoh (Beliau lah yang meneroka kampung Bukit Senggeh Melaka), Nukiah, Liah, dan Temah bersuamikan Hj Muhamad.
Ada pun jurai keturunan ini banyak terdapat di Serkam, Tedung, Muar, Semerah, Sungai Balang, Bukit Senggeh, Sungai Rambai, dan ada juga tempat tempat lain yang tidak dipenakan disini. Keturunan ini juga banyak menelurkan ramai cendikiawan, ulamak , Ahli politik, Ketua masyarakat, orang orang seni, dan orang orang kenamaan yang berjawatan penting di Malaysia. Ada setengah riwayat  mengatakan keturunan ini ada yang merantau  dan semende menyemenda melalui perkahwinan dengan keturunan Melayu Patani di Thailand, dan dengan kerabat kesultanan Sulu di Filipinah. Namun perhubungan kekeluargaan telah terputus dan tidak dapat dikesan hingga kehari  ini.
Semasa hayat nya Hj Md Said (Tok Andak) ini, berjawatan sebagai tuan Imam dan ulamak yang disegani dan tersohor bukan sahaja dikampung Serkam, malahan diluar kawasan itu, sehinggakan kampung Serkam mendapat jolokan sebagai serambi Mekah. Dizaman beliaulah , anak anak  kariah di Serkam telah bergotong royong  membina sebuah mesjid pada tahun 1853 dibawah pengawasan beliau sendiri dan dibantu olih adindanya Penghulu Amar bin Penghulu Marsah.
Mengimbau kembali sejarah penglibatan nya didalam satu pemberontakan yang dinamakan perang rokam . Peristiwa ini berlaku pada tahun 1887, yang mana penduduk Serkam yang dipimpin olih Hj Md Said (Tok Andak) tidak berpuas hati , terhadap sistem baru pembayaran cukai yang diperkenalkan olih pihak British. Olih kerana rundingan menemui jalan buntu  , maka pihak British yang dipimpin olih pesuruh jaya tanah di Melaka bernama BH Alcum  telah datang ke Serkam dengan membawa sejumlah besar mata mata lengkap bersenapang dan bersangkur , menaiki kerita kuda dari Melaka, bagi menakut nakutkan penduduk Serkam  yang telah pun bersedia dengan alat senjatanya , bagi menghadapi  sebarang kemunkinan.
Didalam keadaan yang amat genting , Sultan Abu Bakar Johor telah menjadi orang tengah , mengundang Hj Md Said (Tok Andak) dan anak anak buah nya berpindah ke Muar. Kumpulan ini berperahu dari Serkam  memasuki sungai Muar , seterusnya memudiki sungai Bentayan Muar, lebih kurang satu setengah km dari muara , telah membuka penempatan baru disebelah kanan tebing sungai Bentayan  dan tempat ini dinamakan lorong Serkam hingga kehari ini. Pada tahun 1888, Hj Md Said (Tok Andak) telah meninggal dunia dan dikebumikan ditanah perkuburan islam  " Saiddiah "  batu: 1 Bakri Muar, di tepi sungai Bentayan dibawah pohon tembusu. Tanah perkuburan ini dinamakan tanah perkuburan Saiddiah , ialah sempena nama beliau.
Olih kerana beliau berasal dari Serkam Melaka, maka dibahagian kepala makam nya telah dibina kubah, saperti kubah mesjid mesjid tua di Melaka, manakala disebelah kanan makam beliau ialah makam isteri nya Sa'diah. Makam ini dijaga rapi olih ahli ahli waris kadim keturunan ini , turun temurun, dan orang yang menyumbang khidmat mengecat makam nya disaban tahun ialah En Abas bin Md Kaus bin Abd Manaf bin Hj Kamaludin bin Hj Md Said (Tok Andak), tinggal di lorong Pandan Melaka. Semoga beliau dipanjangkan usia dan ditambah rezeki yang melimpah ruah.
Setelah kematian Hj Md Said (Tok Andak), maka anak anak buah nya yang tinggal dilorong Serkam Muar , sebahagian nya telah berpindah semula kekampung asal nya di Serkam Melaka.  Kini lorong Serkam telah lengang , banyak lot lot tanah telah terjual kepada bangsa Cina, dan tersepit dengan arus pembangunan. Yang tinggal ialah sebuah surau, sebuah madrasah belajar ugama dan beberapa buah rumah kediaman , termasuklah sebuah rumah cucu cicit nya ia itu Allahyarhamah Hajjah Jamilah binti Kasim. Selebih nya ialah orang orang luar sebagai penyewa dan tidak seorang pun yang tahu, apabila ditanya tentaaang keujudan dan sejarah lorong Serkam, serta asal usul peneroka   asal nya didalam erti kata yang sebenar. Sehinggakan makam Hj Md Said (Tok Andak) sendiri pun, ada pihak yang tidak bertanggung jawab , telah menafikan nya dan mendakwa  sebagai makam  "Tok Bentayan " yang tiada lansung kena mengena dengan sejarah yang sebenar, semata mata untuk mendapatkan publisiti murahan, tanpa merujuk terlebih dahulu kepada ahli ahli waris kadim keturunan ini. Apa tah lagi kalau ditanya kepada ahli ahli waris Tok Bentayan sendiri pun , merika tidak akan bersetuju , makam itu adalah makam moyang nya. Begitu lah resam dunia , pabila itik sudah bertaji, pabila kadok dah naik junjung, pabila cacing naik kemata, lantas merasakan diri sehebat hebat nya.
(Coretan ini adalah sebagai serpihan dari sejarah yang dipena olih ahli ahli waris Tok Andak yang berada di Serkam Melaka, jika ada kelemahan dari segi sejarah dan  fakta , harap diperbetulkan, untuk kebaikan kita bersama)

Selasa, 11 Mac 2014

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search

Kisahku di Durian Tunggal Melaka...Rawatan Batu Hempedu.

Posted: 19 Dec 2012 03:10 PM PST

Pengalaman yang menarik ini ingin kukongsi bersama...rawatan alternatif untuk membuang batu hempedu..,samada nak percaya atau tidak terpulang la...namun bukti berupa 2 butir batu ada padaku...

Pagi 17 Disember 2012 - Selepas solat subuh aku dan suami bergegas ke rumah Haji Jamil. Anak-anak berehat je kat homestay. Bila sampai je jam 7.00 pagi,..dah ramai orang beratur menunggu giliran...aku terus ke kaunter untuk mengesahkan nombor giliran yang terlebih dulu diambil semalam. Bernasib baik,..10 minit menunggu aku dibenarkan masuk,.alhamdulillah.

Inilah kaunter tempat mengambil nombor giliran. Rawatan bermula jam 6.00 pagi.

Tuan haji Jamil bertanya masalahku,..lantas aku beritahu hempeduku berbatu...dia lantas meminta kebenaranku untuk memegang perutku di sebelah kanan,..disapunya sedikit lotion,,rasa sejuk dan pedih sedikit,...tiba-tiba dia memberiku 2 butir batu...haa..inilah rupa batunya...

Bayaran untuk rawatan ini,...sebenarnya agak mahal...namun kita mempunyai pilihan,.sekiranya ingin ubat ektra..kenalah bayar lebih sedikit..lebih kurang RM100 macam tu..namun macam aku..aku just ambil air je dan sedekahlah setakat keihklasan....

Info ke rumah Haji Jamil..
1.   BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Penawar Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit.
Bt 71/2, Kg Gangsa , 76100, Durian Tunggal Melaka
No Tel: 013 9990935, 013 6426663, 012 2658199
Buka (Selasa/Rabu/Satu/Ahad)
Tutup (Isnin/Khamis/Jumaat)
Waktu Operasi (6.00am - 2.00pm)
Kami sekeluarga ke rumah Tuan Haji  Jamil di Kg Gangsa , Durian Tunggal Melaka. Kami ikut lebuhraya Utara-Selatan. Kami keluar melalui exit 231 Ayer Keroh.  bayar tol ikut lorong kiri Exit ke Durian Tunggal nampak signboard Batu Berendam ambil kiri Masuk ke highway Batu Berendam. Sebelah kiri PLKN. Terus jumpa muzium automatif dan Pusat Simpanan Kenderaan Berat. Jalan terus nampak simpang empat ada lampu isyarat Ambil Lorong kanan ...bila lampu hijau rapat kiri Lebih kurang 100 meter akan nampak bus stop dan kedai nasi ayam Ada signboard Kampung Gangsa...masuk lorong tu ada akan nampak bungalow biru 2 tingkat Tak boleh masuk kereta yer...leh park kereta kat sebelah bungalow tu RM2 ajer Jalan masuk ke rumah tuan Hj Jamil lebih kurang 200 meter dan melalui celahan rumah penduduk...
Untuk yang bermasalah seperti aku,..bolehlah mencuba..samada berkesan atau tidak kenalah buat scan dulu..pada masa entri ini ditulis,,aku belum berkesempatan untuk membuat scan..namun aku berharap dan berdoa agar masalah aku sudah berakhir...in Syaa Allah....kita hanya berusaha.

04 di machap - Google Blog Search

di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search

Mengamuk Isteri Diintai Jiran Ketika Mandi – Lelaki ... - myNewshub

Posted: 07 Feb 2014 10:35 PM PST

ALOR GAJAH – Seorang lelaki yang menyerang anggota polis dengan senjata tajam mati ditembak di Machap Umboo, Durian Tunggal di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Mohamad Laham berkata lelaki yang berumur 37 tahun itu meninggal semasa dibedah untuk merawat kecederaannya di Hospital Melaka.

Beliau berkata pihak polis pada mulanya menerima panggilan daripada jiran suspek pada pukul 3.00 petang semalam memberitahu suspek telah datang ke rumahnya dengan bersenjatakan pisau dan mengugut mahu mencederakannya.

"Sepasukan polis lalu dihantar ke lokasi kejadian namun suspek telah mengurung diri di dalam rumahnya. Anggota polis telah ditempatkan di kawasan rumah suspek bagi mengawasinya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di sini hari ini.

Beliau berkata pada pukul 9 malam, suspek telah keluar daripada rumahnya dengan memegang senjata tajam di kedua-dua belah tangan dan melibaskan senjata itu kepada orang awam dan anggota polis.

Mohamad berkata lelaki itu kemudiannya menaiki motosikal dan lari bersembunyi di sebuah kebun kelapa sawit di kawasan berhampiran.

"Pihak polis cuba memujuk mangsa untuk menyerah diri selama kira-kira 10 minit dan pada pukul 9.30 malam, suspek tiba-tiba meluru keluar lalu cuba menyerang anggota polis.

"Untuk mempertahankan diri, anggota polis terpaksa melepaskan sedas tembakan ke arah suspek mengakibatkan suspek rebah ke tanah," katanya.

Dipercayai suspek mahu mencederakan jirannya kerana marah jirannya itu pernah mengintai isterinya mandi.BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Mengamuk Isteri Diintai Jiran Ketika Mandi – Lelaki Mati Ditembakhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Jenayah.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Jenayah-150x150.jpgMyNewsHub Utama,

ALOR GAJAH - Seorang lelaki yang menyerang anggota polis dengan senjata tajam mati ditembak di Machap Umboo, Durian Tunggal di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Mohamad Laham berkata lelaki yang berumur 37 tahun itu meninggal semasa dibedah untuk merawat kecederaannya di Hospital Melaka. Beliau berkata pihak polis...

ALOR GAJAH - Seorang lelaki yang menyerang anggota polis dengan senjata tajam mati ditembak di Machap Umboo, Durian Tunggal di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Mohamad Laham berkata lelaki yang berumur 37 tahun itu meninggal semasa dibedah untuk merawat kecederaannya di Hospital Melaka.

Beliau berkata pihak polis pada mulanya menerima panggilan daripada jiran suspek pada pukul 3.00 petang semalam memberitahu suspek telah datang ke rumahnya dengan bersenjatakan pisau dan mengugut mahu mencederakannya.

"Sepasukan polis lalu dihantar ke lokasi kejadian namun suspek telah mengurung diri di dalam rumahnya. Anggota polis telah ditempatkan di kawasan rumah suspek bagi mengawasinya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di sini hari ini.

Beliau berkata pada pukul 9 malam, suspek telah keluar daripada rumahnya dengan memegang senjata tajam di kedua-dua belah tangan dan melibaskan senjata itu kepada orang awam dan anggota polis.
Mohamad berkata lelaki itu kemudiannya menaiki motosikal dan lari bersembunyi di sebuah kebun kelapa sawit di kawasan berhampiran.
"Pihak polis cuba memujuk mangsa untuk menyerah diri selama kira-kira 10 minit dan pada pukul 9.30 malam, suspek tiba-tiba meluru keluar lalu cuba menyerang anggota polis.

"Untuk mempertahankan diri, anggota polis terpaksa melepaskan sedas tembakan ke arah suspek mengakibatkan suspek rebah ke tanah," katanya.

Dipercayai suspek mahu mencederakan jirannya kerana marah jirannya itu pernah mengintai isterinya mandi. - BERNAMA

Tags: , , ,

BLOG MELAKA: 04 di sungai rambai - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 09:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Barisan Nasional yakin pertahan kerusi DUN Sungai Rambai

Posted: 03 Feb 2013 10:33 AM PST

JASIN 3 Feb. - Barisan Nasional (BN) dijangka dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dengan menyasarkan untuk memperoleh majoriti besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, keyakinan itu dibuat berdasarkan sokongan pengundi di DUN berkenaan yang rata-ratanya lebih yakin terhadap kepimpinan BN berbanding pembangkang.

Menurutnya, pengundi di DUN Sungai Rambai tampak yakin atas usaha BN membangunkan daerah itu dengan membina pelbagai infrastruktur seperti sekolah, balai raya, sistem jalan raya yang sempurna, sistem perparitan, gelanggang futsal, lampu jalan, elektrik, air dan sebagainya.

"Saya yakin pengundi di DUN Sungai Rambai akan terus menyokong BN kerana mereka tahu hanya BN yang dapat memberi khidmat bakti lebih hebat kepada rakyat berbanding pembangkang.

"Selain itu, rakyat tampak semakin yakin terhadap lonjakan transformasi serta pelbagai bentuk bantuan yang digarap oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Rakyat di DUN Sungai Rambai juga percaya jika kerajaan BN yang sedia ada dan wujud sejak merdeka ditukar, sudah pasti padah yang bakal menanti iaitu ketidaktentuan dalam pelbagai aspek hingga boleh menjejaskan kehidupan rakyat," katanya.

Beliau berucap pada majlis lawatan kerja Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM), DUN Sungai Rambai di sini kelmarin.

Pada Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan berlakunya tsunami politik, BN tewas di empat buah negeri, tetapi DUN Sungai Rambai menang ke atas calon Pas dengan majoriti 2,266 undi.

Hasan berkata, bagi tujuan tersebut jentera sudah digerakkan menerusi kerjasama parti komponen dalam usaha untuk memastikan sasaran BN meraih mandat yang lebih kukuh dalam PRU-13.

Justeru katanya, rakyat akan terus diyakinkan bahawa BN mampu melakukan pelbagai perubahan untuk memberi kehidupan lebih selesa secara berterusan.

Tiada ulasan:

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search

Multaqa Tafaqquh Fiddin GPI Negeri Melaka 2014

Posted: 03 Mar 2014 08:37 PM PST

4 Mac 2014 - Sektor Pendidikan Islam dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah (PEKDIS) Cawangan Negeri Melaka telah menganjurkan Multaqa Tafaqquh Fiddin Guru-guru Pendidikan Islam (SR) peringkat Negeri Melaka. Ia telah diadakan di Auditorium Al-Azim, Bukit Palah Melaka bermula jam 2.30 petang dan telah dihadiri seramai 800 orang Guru Pendidikan Islam di negeri ini.

Antara pengisian utama Multaqa kali ini adalah ceramah professionalisme yang telah disampaikan oleh Yang berbahagia Ustaz Mohd Najib bin Khasim, Pensyarah dari Universiti Multimedia, Melaka. Dalam ceramahnya, beliau telah membawa pelbagai pendekatan yang bersifat ilmiah tapi cukup menarik tentang ciri-ciri yang sepatutnya perlu ada dalam kalangan Guru Pendidikan Islam yang dipandang mulia disisi masyarakat.

[ ALBUM GAMBAR ]

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

ads