Sabtu, 19 Mei 2012

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai udang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Apr 2012 11:27 AM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>Sungai Udang</b> | Jika <b>di</b> Parit Buntar <b>Di</b> Sinilah Tempat Beli Ikan <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2012 01:33 PM PST

Jika anda tinggal berdekatan dengan Parit Buntar atau Nibong Tebal, jangan lepaskan peluang untuk ke Sungai Udang. Di sini anda boleh beli macam-macam ikan termasuklah ikan gred A dengan harga yang berpatutan, dan paling best ..... ikan-ikan ini segar dari laut!
Best ooo, kalau anda penggemar ikan segar, anda boleh borong ikan yang ada atau beli ikut kemampuan anda. Yang penting bila berada di Jeti Sungai Udang ini ialah kepandaian anda untuk tawar-menawar dengan peraih yang ada di situ.
Jangan lupa untuk bawa plastik sendiri sebab kebanyakkan peraih tidak menyediakan plastik atau apa jua bekas untuk dijual secara runcit. Kalau nak beli sikit .... sediakan wang kecil secukupnya dan bekas sendiri.

Lagi gambar suasana di Jeti Sungai Udang di sini: HASRULPhoto

Suka Entri Ini? Kongsikan Bersama Yang Lain. Terima Kasih.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 09:52 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2012 09:18 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2012 09:52 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Manfaatkan Perpustakaan Desa 1Malaysia <b>Sungai Rambai</b>

Posted: 27 Mar 2012 09:54 AM PDT

Manfaatkan Perpustakaan Desa 1Malaysia Sungai Rambai

Manfaatkan Perpustakaan Desa 1Malaysia Sungai Rambai


HASAN Rahman (berdiri kiri) melihat kemudahan dan koleksi buku di Perpustakaan Desa 1Malaysia di Kompleks Japerun Sungai Rambai, Jasin, Melaka, baru-baru ini.


JASIN 26 Mac - Perpustakaan Desa 1Malaysia Sungai Rambai yang baru dibuka akan dijadikan institusi yang mesra untuk seluruh penduduk setempat dalam usaha menggalakkan minat membaca.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, perpustakaan yang dibina dengan kos RM150,000 itu menyediakan pelbagai bacaan yang mampu memenuhi cita rasa dan keperluan semua golongan termasuk pelajar sekolah.

Menurutnya, perpustakaan tersebut juga mampu menarik golongan warga emas untuk memanfaatkan bahan bacaan yang disediakan.

Beliau berkata, ia turut dilengkapi dengan kelengkapan dan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memastikan pembangunan perpustakaan desa setanding dengan kemajuan yang ada di perpustakaan di kawasan bandar.

"Setakat ini 9,300 koleksi buku disediakan di perpustakaan ini termasuk bahan bacaan agama, akademik, masakan dan keusahawanan.

"Perpustakaan baru ini dibuka untuk seluruh masyarakat di DUN Sungai Rambai untuk manfaatkan bahan bacaan. Di samping itu lebih banyak koleksi akan dimuatkan bagi menambah tarikan," katanya.

Beliau berucap merasmikan bangunan baru Perpustakaan Desa 1Malaysia, Sungai Rambai baru-baru ini yang turut dihadiri Pengerusi Perpustakaan Awam Malaysia Melaka, Datuk Abdul Wahab Abdul Latip.

Mengulas lanjut Hasan berkata, kemudahan ICT yang disediakan adalah antara usaha membantu masyarakat desa menggunakan kemudahan komputer dan internet di perpustakaan.

Beliau menambah, usaha membina bangunan baru perpustakaan itu membuktikan kerajaan amat komited dan bersungguh-sungguh untuk memajukan masyarakat luar bandar bagi membolehkan golongan itu tidak terpinggir menikmati program pembangunan yang diatur oleh kerajaan.

Menurutnya, satu lagi perpustakaan baru yang berkapasiti besar akan dibangunkan di kawasan tersebut bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

"Ada keperluan untuk sebuah perpustakaan yang lebih selesa dan besar dibina di Sungai Rambai untuk memperbanyakkan lagi koleksi bacaan umum," katanya.

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

MTQSS Peringkat <b>Negeri Melaka</b> 2012

Posted: 17 Apr 2012 09:22 PM PDT


Adik Muhammad Hazwan bin Hamdan (SMK Dato' Dol Said) telah dinobatkan
sebagai Johan Tilawah al-Quran (Lelaki) kategori Sekolah Menengah.

18 April 2012 - Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua johan pertandingan MTQSS peringkat kawasan yang telah dijalankan sepanjang bulan Mac yang lalu. Para peserta terhebat di setiap kawasan masing-masing satu ketika dahulu akan bertarung untuk menjadi pemenang di peringkat negeri pula.

Pertandingan ini menyaksikan SMA Assaiyidah, Merlimau dan SK Serkam Darat telah bergabung idea, tenaga dan kerjasama sebagai pengelola pertandingan. Lokasi pertandingan juga telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu sekolah menengah (SM) yang akan dijalankan sepenuhnya di SMA Assaiyidah Khadijah manakala semua acara untuk sekolah rendah (SR) pula  dilaksanakan di SK Serkam Darat termasuklah acara majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah iaitu di Dewan Hajah Maimunah Khamis pada jam 5.00 petang.

Antara acara yang dipertandingkan adalah tilawah al-quran (SM & SR), Hafazan al-Quran (SM & SR), Bercerita Kisah-kisah dari al-Quran (SR sahaja) dan Syarahan (SM sahaja). Pemenang di peringkat negeri akan mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan di Kuantan, Pahang Darul Makmur pada 25 - 28 Mei 2012 nanti.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Mohamad Yusoff bin Osman, Pengarah Pelajaran Melaka. Turut hadir, Tn. Hj. Ismail bin Mohmd, KS SPI, JPN Melaka dan juga En. Abu Bakar bin Alim, Pegawai Pelajaran Daerah Jasin.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya!

[ KEPUTUSAN PERTANDINGAN (SEKOLAH RENDAH) ]
[ KEPUTUSAN PERTANDINGAN (SEKOLAH MENENGAH) ]

ALBUM SEKITAR MAJLIS: [ALBUM 1] || [ALBUM 2] || [ALBUM 3] || [ALBUM 4]

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2012 01:21 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2012 06:52 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Syarak Mengata , Adat Menurut: Chegubard dah merajuk dengan <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2012 06:49 AM PDT


Ini bukan saya yang kata, orang yang kata, sebab orang Rembau rindukan ceramah Chegubard, sebab banyak perkara yang masih perlu dibantu di Rembau ini yang diharapkan oleh para pengundi di Rembau, dalam isu pengambilan tanah adat, pampasan tanah adat, projek perumahan terbengkalai di Lubok China, landasan terbang Rembau, UiTM Chengkau, Hospital Rembau dan beberapa isu setempat yang kurang diberi perhatian oleh penceramah peringkat pusat.

Merujuk akhbar Berita Harian 15 Mac 2012 , Ruangan Nasional pada mukasurat 22 artikel bertajuk "Tender bina Hospital Rembau dibuka bulan depan". Apa yang menarik perhatian ialah Hospital Rembau ini akan didirikan diatas tanah yang Kementerian Kesihatan beli dari Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNS) seluas 20 ekar.

PKNS menawarkan harga RM 22.00 untuk sekaki persegi. Ini bermakna sekitar RM19.2 juta untuk 20 ekar.

Akan tetapi kenapa tanah rakyat di Rembau yang diambil untuk Projek Landasan Keretapi Berkembar dibayar pampasan paling tinggi hanya RM 2.80 sekaki persegi? Ini bermakna harga tanah adat atau tanah rakyat ialah RM 121,968.00 seekar, sedangkan tanah PKNS ialah RM 958,320.00 seekar.

Kos 20 ekar untuk tanah Hospital Rembau ialah sekitar RM 19.2 juta. Sedangkan jika Kementerian Kesihatan ambil tanah rakyat atau tanah adat yang banyak di Rembau harganya hanya sekitar RM 2.4 juta untuk 20 ekar, iaitu penjimatan sebanyak RM 16.8 juta.

*********

Pembinaan Hospital Rembau bermula April ini – Menteri Besar

SENAWANG, 25 Jan 2012 – Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.

http://n9kini.com/pembinaan-hospital-rembau-bermula-april-ini-menteri-besar

Nilai pampasan tanah adat sikit

Berita Harian 18 Julai 2009

REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.

Chik Tak mendakwa, bayaran pampasan yang dinilai oleh jurunilai tanah pihak berkuasa tidak munasabah kerana terlalu rendah sehingga 50 peratus di bawah penilaian yang dibuat oleh jurunilai yang dilantik pemilik tanah.

"Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru. Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.

http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/07/nilai-pampasan-tanah-adat-sikit.html

Pampasan tanah tidak cukup

Sinar Harian 22 Mac 2011

REMBAU - Walaupun sudah menerima wang pampasan RM120,000 berikutan rumah dan tanahnya di Kampung Chembong Halt terbabit dalam projek landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, namun jumlah itu didakwa masih tidak mencukupi.

Hasnah Latif, 76, mengakui tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diberikan.

"Disebabkan itu, makcik dan suami terpaksa menyewa rumah di Taman Sri Rembau kerana impian kami untuk memperoleh rumah dan tanah yang diduduki seperti sebelum ini tidak kesampaian.

http://pasns.blogspot.com/2011/03/melayu-merempat-di-rembau-bila-kerajaan.html


Jumaat, 18 Mei 2012

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


4 Bilik Tidur – Rumah Tamu Melaka <b>Di Bukit Katil</b> | Rumah Sewa

Posted: 18 May 2012 12:17 AM PDT

Publish date: May 18, 2012 7:17 am
Contact Name: RT melaka
Price: RM150
Region: Melaka
Location: Bukit Katil, Ayer Keroh, Melaka
Phone: 013-3001011
Tags: , ,

Rumah Tamu Melaka (RT Melaka) menyediakan kemudahan 4 bilik tidur untuk keselesaan tetamu. Kedudukan RT Melaka terletak di pertengahan antara lokasi Pelancongan Ayer Keroh dan lokasi Pelancongan Banda Hilir di Melaka.

Perjalanan anda yang bermula dari RT Melaka ke setiap lokasi cuma mengambil masa antara 5-20 minit sahaja. Jemputlah bermalam di sini. RT Melaka adalah untuk keluarga Muslim (Islam) sahaja.

Kemudahan yang disediakan :-
* Parkir teduh dalam kawasan rumah (boleh memuatkan 2 kereta)
* 4 bilik tidur, 2 katil (saiz queen) dan 2 katil (saiz bujang)
* Penyaman udara
* Telekung, kain, sejadah, selimut
* Radio, seterika dan ironing board
* Buaian bayi
* Peralatan memasak (boleh memasak sendiri makanan), peti sejuk, periuk nasi, pemanas air.

RT Melaka Ke :-

1. Lokasi Pelancongan Ayer Keroh, Melaka
1.1 Taman Rama-Rama Dan Reptilia Melaka – 10.4 km, 14 min
1.2 Taman Mini Malaysia Dan Taman Mini Asean – 6.9 km, 10 min
1.3 Taman Botanikal Melaka – 6.9 km, 10 min
1.4 Melaka Wonderland Theme Park & Resort – 6.4km 10min
1.5 Zoo Melaka – 7.2 km, 10 min
1.6 Dataran Sejarah Melaka, Ayer Keroh, Melaka – 5.7 km, 9 min
1.7 Taman Buaya Melaka – 5.9 km, 9 min
1.8 Melaka International Trade Centre (MITC) – 6.6 km, 10 min
1.9 Melaka International Bowling Centre (MIBC) – 6.5 km, 10 min
1.10 Planetarium Melaka – 6.9 km, 10 min

2. Lokasi Pelancongan Banda Hilir Melaka
2.1 Taman Rempah (berhampiran Masjid Pangkalan Rama) – 8.6 km, 12 min
2.2 Muzium Samudera/Dataran Sungai Melaka – 10.6 km, 16 min
2.3 Menara Taming Sari – 10.8 km, 17 min
2.4 Jonker Walk – 11.8 km, 17 min
2.5 Dataran Pahlawan Melaka – 11.1 km, 18 min
2.6 Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan / Kota A Famosa – 10.7 km, 17 min
2.7 Bangunan Stadhuys – 10.2 km, 16 min

3. Institusi Pengajian
3.1 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) – 12.3 km, 16 min
3.2 Universiti Multimedia Melaka (MMU) – 7.9 km, 12 min
3.3 Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka – 5.5 km, 8 min
3.4 Kolej Manipal – 5.8 km, 8 min
3.5 Kolej Yayasan Saad – 10.5 km, 14 min
3.6 Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil, Melaka – 1.8 km, 4 min
3.7 Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu, Melaka – 7.8 km, 12 min
3.8 Sekolah Menengah Bukit Katil / Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka / Dewan Tun Ali – 1.9 km, 3 min

4. Hospital
4.1 Hospital Pantai, Ayer Keroh – 3.3 km, 6 min
4.2 Hospital Besar Melaka – 7.2 km, 10 min
4.3 Hospital Putra Melaka – 9.1 km, 13 min
4.4 Pusat Perubatan Mahkota – 11.2 km, 18 min

5. Lain-lain
5.1 Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh – 4.5 km, 6 min
5.2 Masjid Al Azim – 7.6 km, 11 min
5.3 Masjid Selat Melaka – 11.7 km, 21 min
5.4 Stadium Hang Jebat – 15.6 km, 21 min
5.5 Perigi Hang Tuah – 5.2 km, 9 min
5.6 Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai – 14 km, 23 min
5.7 A Famosa Water World, Alor Gajah – 36.8 km, 35 min

Kadar sewaan :-
2 Hari 1 Malam RM150.00
3 Hari 2 Malam RM280.00
4 Hari 3 Malam RM400.00
*** 4 Malam hingga 10 Malam – RM130/malam
*** 11 Malam dan seterusnya – RM100/malam

HARGA TIDAK BERUBAH. Walaupun pada Cuti Kelepasan Am Kerajaan Persekutuan / Melaka atau cuti sekolah.

Silakan ke laman web :- http://rumahtamumelaka.blogspot.com/

Sila hubungi :-

Abang Moes-013-300 1011 / Kak Lina-013-690 4457
Email : rtmelaka@gmail.com

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2012 01:28 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2012 01:07 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Dah 10 kali diserbu , <b>lubuk China</b> Doll terus gah beroperasi <b>di</b> P <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2012 05:07 PM PDT

FAKTA :  Dah 10 kali serbuan oleh IPD Timur Laut , tetapi terus beroperasi ...Apa maknanya ini ?

Siapa yang keluarkan lesen hiburan ?? Jawapannya PBT ( MPPP)   dan dibawa kerajaan regim DAP ..Selagi lesen ada dan pusat hiburan tak disita, ia akan terus berjalan seperti biasa..

Ini membuktikan pusat hiburan , maksiat  dilindungi taiko besar punya iaitu regim DAP . Yang peniaga2 kecil terus diberi notis roboh ...itu lah beza darjat pusat hiburan dengna gerai penjaja di PP  ...



GEORGE TOWN: Sebuah pusat hiburan di sini yang diserbu lebih 10 kali kerana mengupah wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO), didapati terus mengulangi kesalahan itu malam tadi.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata dalam operasi pada pukul 10.30 malam itu, 17 wanita warga China berusia antara 20an dan 30-an diberkas sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.


"Beberapa orang daripada mereka cuba meloloskan diri dan bersembunyi dalam bilik tetapi usaha mereka gagal kerana pusat hiburan itu sudah dikepung," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.


Polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis itu.


Gan berkata serbuan itu dilakukan selepas pemantauan mendapati pusat hiburan itu masih menyediakan khidmat GRO warga asing.Katanya operasi berkenaan juga bertujuan membanteras kegiatan maksiat dan penyalahgunaan dadah di pusat hiburan.


"Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kegiatan membekalkan warga asing ke pusat hiburan itu selain mengesan pemilik premis itu," kata Gan.


Katanya pemantauan dan pemeriksaan akan diteruskan bagi memastikan kegiatan mengupah wanita warga asing untuk bekerja sebagai GRO dapat dibendung. - BERNAMA

Komen GPB 

GPB tak sangka ramai penyokong Anugay  marah tentang cerita Pub di Permatang Pauh terdapat penari tiang itu.  Minta ditunjukkn bukti mana Pub terbabit ...hahaha .

Pi tanya Amir Ghazali la .. apa guna  dia  sebagai Ahli Majlis MPSP  ??  Makan elaun buta ka ...hahaha..

BLOG MELAKA: 04 <b>di</b> ramuan <b>china</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2012 09:27 PM PDT

URL Sumber Asal :-

KELAB GREENBOC: Negara Paling Selamat? Bekas Ketua Wanita <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 08:01 PM PDT

Nenek maut muka diserkup selimut, bantal

ALOR GAJAH: Bekas Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis, ditemui mati dalam keadaan hidung berdarah di kediamannya di Batu 24, Kampung Ramuan Cina Kecil, Lubok Cina, Masjid Tanah, dekat sini, pagi semalam.

CUCU mangsa, Azniza Abd Latif (kanan) tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat Sareah (gambar kecil) di Alor Gajah, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata Sareah Abd Rahman, 78, ditemui seorang anak lelakinya, Abd Ghafar Daud, ketika berkunjung ke situ jam 8 pagi. Katanya, polis belum dapat mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan.

"Mayat wanita ini ditemui dalam keadaan terbaring atas katil di bilik tengah rumahnya dengan muka ditutup kain selimut dan bantal. Pemeriksaan lanjut mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan luaran.

"Siasatan awal polis setakat ini mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah itu, manakala barangan berharga termasuk wang tunai juga tidak hilang.

Berdasarkan soal siasat, kali terakhir dia dilihat pada jam 3.30 petang kelmarin," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Sareah yang juga saudara kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar menjadi Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis pada awal 1980-an dan bersara daripada politik sejak lebih 15 tahun lalu.
Umar Ali berkata, pihaknya perlu menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-5562222.

Sementara itu, Abd Ghafar, 57, berkata beliau setiap hari menghantar sarapan kepada ibunya sebelum ke tempat kerja.

"Saya memanggil emak tetapi dia tidak menyahut. Saya kemudian meninggalkan sarapan untuknya dan terus ke tempat kerja.

"Apabila balik semula untuk memeriksa keadaannya, saya menemui emak terbaring di atas katil," katanya. -BH

Maut ditekup bantal

ALOR GAJAH - "Saya lihat plastik berisi kuih masih tergantung di pagar kawasan rumah menyebabkan saya rasa tidak sedap hati," kata Abd Ghafar Daud, 57.

Abd Ghafar adalah anak kedua kepada seorang warga emas yang ditemui mati, dipercayai lemas akibat mukanya ditekup dengan bantal di Kampung Ramuan China Kechil, Lubok China, di sini semalam.

Abd Ghafar berkata, biasanya dia akan menghantar sarapan pagi untuk ibunya, Sareah Abdul Rahman, 78, dengan menggantungkan plastik berisi makanan di pagar rumah dan ibunya akan mengambilnya sendiri.

"Pagi tadi (semalam) saya hantar sarapan pagi kira-kira jam 7.30 pagi sebelum pergi kerja.

"Kira-kira setengah jam selepas itu, saya berpatah balik melalui jalan di hadapan rumah emak tetapi saya hairan melihat plastik berisi kuih masih lagi tergantung menyebabkan saya tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu," katanya.

Menurutnya, dia segera masuk ke dalam rumah dan mendapati pintu terbuka sedikit sebelum melihat mangsa terbaring kaku atas katil di bilik belakang dengan keadaan muka ditekup dengan bantal yang dialas dengan kain selimut.

"Saya terkejut lihat keadaan emak dan terdapat juga kesan darah di hidungnya.

"Lebih menyayat hati, urat tangan emak kelihatan timbul, mungkin kesan daripada cubaan­nya mahu melepaskan diri," katanya.

Abd Ghafar berkata, kea­daan bilik juga berselerak dan dompet milik emaknya turut diselongkar.

"Terdapat juga beberapa keping sampul duit raya bertaburan atas lantai bilik.

"Malah selepas diperiksa, pintu bahagian belakang rumah juga ada kesan diumpil," katanya.

Menurutnya, berikutan itu, dia segera menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa dipercayai lemas selepas mukanya ditekup dengan bantal.

Menurutnya, tiada kecederaan serius pada badan mangsa, namun terdapat darah keluar daripada hidung dipercayai akibat pergelutan.

"Siasatan awal mendapati, kali terakhir mangsa dilihat berada di rumah adalah sekitar 3.30 petang kelmarin (Selasa).

"Polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk memastikan sama ada keja­dian ini melibatkan rompakan," katanya.

Umar Ali Saifuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah menerusi talian 06-5562222 untuk membantu siasatan. -SH

Khamis, 17 Mei 2012

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di ayer keroh</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Apr 2012 11:35 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ayer keroh</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Feb 2012 11:07 PM PST

URL Sumber Asal :-

Karnival Jom Heboh <b>di</b> MITC <b>Ayer Keroh</b> Melaka | Sensasi Selebriti

Posted: 22 Feb 2012 11:06 PM PST

Karnival Jom Heboh kembali! Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10, karnival terbesar ini merupakan satu landasan untuk berinteraksi dengan penonton setia TV3 dengan cara lebih dekat dan terbuka sambil untuk turut serta dalam permainan-permainan dan pertandingan yang dianjurkan di setiap gerai. Ianya juga menemukan peminat-peminat serta orang ramai dengan personaliti-personaliti TV3 dan artis-artis popular tanahair.

jom heboh

Membuka tirai tahun 2012, Jom Heboh berkunjung ke lokasi pertamanya di Bandaraya Bersejarah, Melaka pada 25 & 26 Februari 2012. Bertempat di perkarangan MITC (Pusat Dagangan Melaka Antarabangsa), Ayer Keroh, Melaka, para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik di gerai-gerai kendalian TV3 seperti Studio Cereka, Wanita Inspirasiku, Bananana TV3, MyTV3 dan Kota Ilmu yang memuatkan segala maklumat, cenderamata keluaran terhad dan promosi program-program TV3.

Antara artis-artis yang akan turun padang Karnival Jom Heboh Melaka ialah Kamal Adli, Ika Nabila & Taiyudin (Aksi: Apa Celop), Aiman Hakim Ridza, Nabila Daly & Iqram Dinzly (Lestary: Vanila Coklat), Rose Weiss (Selera), Tasha Shilla, Fiza Halim, Shah Iskandar & Shahrizal Jaszle (Akasia: Atas Nama Cinta), Azzarima (Senda Pagi: Naik Lif Turun Tangga), Chef Shersen (5 rencah 5 rasa), Zizan & Dira Abu Zahar (Melodi), Adi Mentor, Talha Harith, Dedeq, Hanez Suraya dan Raja Freestyler serta personaliti-personaliti TV3 seperti Zakiah Anas, Nor Azzura Azizul Azman & Teh Syuhaida (Wanita Hari Ini), Irin Putri Azmi (Bersamamu), Hazlin Hussain (999), Norzahan Rashid & M. Zulkifli (Malaysia Hari Ini), Azura (Voice Out) dan Adzriefaiz Adzlan (Faiz) & Chad (Muzik Muzik).

Acara kemuncak Jom Heboh 2012 yang dinanti-nantikan oleh para pengunjung semestinya siaran langsung Konsert Jom Heboh pada hari Ahad (26 Februari) jam 9.00 – 10.30 malam di Pentas Utama, tapak Karnival Jom Heboh di MITC, Ayer Keroh yang menampilkan artis-artis popular seperti Alyah, Black, Akim, Awi Rafael, Hazama dan Shiha yang memberi penghormatan kepada Allahyarham Sudirman. Dihoskan oleh Wahid Senario dan Adzriefaiz Adzlan (Faiz), berhiburlah dengan dendangan lagu-lagu Allahyarham Sudirman yang tidak pernah lapuk di kalangan peminat.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Nikki, Colabr8, Elyana di Karnival Jom Heboh 2008
  • Sua Rasa Tajaan Celcom di TV9 Mansuhkan Perkampungan Hadhari
  • Anuar Zain Perform di Konsert Jom Heboh 2011 Bukit Jalil
  • Karnival Jom Heboh di Stadium Petrajaya, Kuching Sarawak
  • Karnival Jom Heboh 2010 Kuala Lumpur
  • Suria FM Rancak Tour Di Kluang Mall & Mydin MiTC
  • Kembara TV3 Jalinkan Kemesraan Dan Muhibbah
  • Karnival & Konsert Suara Kami Anjuran Astro
  • Gambar Shah Rukh Khan Terima Anugerah Datuk
  • Mini Konsert Sorakan Emosi @ Stadium Melaka Petang Ini
  • BLOG MELAKA: 04 <b>di ayer keroh</b> - Google Blog Search

    Posted: 08 Mar 2012 12:00 AM PST

    URL Sumber Asal :-

    Homestay <b>di Ayer Keroh</b>, Melaka – Izzihomestay | Iklan Percuma <b>...</b>

    Posted: 08 Mar 2012 05:08 PM PST

    Publish date: March 9, 2012 9:08 am | Contact Name: Zubaidah Yusof | Location: Muzaffar Heights, Ayer Keroh Melaka | Phone: 013-7392800

    Merancang untuk bercuti ke Melaka dan mencari tempat penginapan untuk sekeluarga dengan harga rendah? Kami ada penyelesaiannya.

    Kami di Izzi.Homestay menyediakan sebuah rumah Semi D setingkat dengan kemudahan asas untuk percutian anda sekeluarga.

    Lokasi kami di Muzaffar Heights amat strategik dengan akses yang mudah dari Tol Ayer Keroh dan ke tempat tumpuan pelancong seperti Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia, Malacca Wonderland, Mydin Mall, Kota Fesyen, MITC juga ke pusat bandar.

    Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Homestay kami.

    Share: Twitter | Facebook | Email

    Report bad use or Spam

    Sponsored Banner

    04 di masjid tanah - Google Blog Search

    ads