Jumaat, 28 Disember 2012

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Nov 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kemalangan maut <b>di</b> jalan <b>Tanjung Bidara</b> ~ Kemalangan Jalan Raya

Posted: 02 Nov 2012 06:17 AM PDT

Inalillahi wainailaihi rojiun

2 November 2012

ALOR GAJAH - Seorang remaja maut selepas motosikal Modenas Kriss yang ditunggang merempuh sebuah motosikal lain sebelum bertembung dengan sebuah kereta di jalan Tanjung Bidara, dekat sini pagi semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, motosikal ditunggang mangsa, Herman Rudin, 18, bersama dua lagi rakannya dari Tanjung Bidara ke Masjid Tanah hilang kawalan dan merempuh motosikal ditunggang warga emas, Baba Md Jasin, 74.

Rempuhan itu mengakibatkan mangsa melambung dan terseret ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Gen2 dipandu Rawi Yusof, 62, bersama rakan, Sidek Ahmad, 60, sebelum salah seorang lagi rakan mangsa, Mohd Firdaus Abdullah, 20, merempuh motosikal mangsa.

Rawi berkata, ketika kejadian dia bersama rakannya itu dari pekan Masjid Tanah dalam perjalanan pulang ke rumah di Tanjung Bidara.

"Selepas berlaku pertembungan, saya segera memberhentikan kereta dan membantu penunggang motosikal warga emas yang cedera sebelum menghantarnya ke Hospital Terendak," katanya.

Saksi kejadian, Mohd Khairul Aizad Abd Manan, 16, berkata, dia terdengar tiga dentuman sebelum melihat mangsa tercampak ke dalam longkang berdekatan.

"Bunyi dentuman kuat ketika mangsa merempuh motosikal warga emas terbabit yang kemudiannya terjatuh dan bertembung pula dengan kereta dari arah bertentangan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kemalangan membabitkan sebuah kereta dan tiga motosikal dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/remaja-maut-motor-bertembung-kereta-1.100058

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


ujang kutik: <b>MASJID TANAH</b>, MELAKA : SERBA SEDIKIT <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2012 12:00 AM PST


Masjid Tanah, Melaka , daerah yang melahirkan ramai tokoh. Di antaranya, termasuklah tokoh pendidikkan tersohor negara, Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad . Ada beberapa maklumat yang ingin saya kongsi dengan pembaca mengenai daerah di sebelah utara Negeri Hang Tuah ini.

Saya tidak akan uar-uarkan nama-nama artis yang berasal dari daerah ini kerana tidak sesuai dengan usia saya. Memalukan diri sendiri sahaja! Saya pernah menulis mengenai pelakun-pelakun iras kacukan Indonesia yang memonopoli peluang lakunan di Indonesia lebih setahun yang lalu. Catatan tersebut berada pada 'ranking' tertinggi pelawat blog saya yang tidak seberapa termasuk dari Indonesia hingga sekarang. Walaupun tujuan saya menulis catatan itu kerana pada pandangan saya ada amalan diskriminasi secara terancang terhadap pelakun berwajah watan anak jati Indonesia (Jawa,Betawi,Minang,Batak dsb), ada ketikanya saya malu sendirian kerana menulis catatan sebegitu.   

Saya akan mengiakan perbualan mengenai amalan berjoget lambak yang begitu popular di majlis-majlis perkahwinan penduduk daerah ini (Masjid Tanah) suatu ketika dahulu tetapi kini telah menjadi sejarah. Kalau masih ada pun amalan itu sekarang, keluarga tersebut benar-benar 'samseng' dan maha jahil!

Juga, saya akan mengiakan jika ada kawan-kawan memuji bentuk tipikal rumah penduduk Masjid Tanah yang berseni dan diselenggara dengan baik serta bersih sehingga menjadi pilihan lokasi adegan filem/drama tanah air. Saya akan menambah, "Orang Masjid Tanah telah terbiasa membersihkan rumah dan kawasan perumahan mereka kerana  'ditarbiah' secara paksa oleh nenek moyang Robin Van Persie dari Belanda beratus tahun yang lalu."

Pasti juga saya membenarkan bahawa gadis dan wanita Masjid Tanah membahasakan diri mereka sebagai 'An' (bunyikan huruf A dengan 'ain'(huruf Arab). Contohnya, "An hendak pergi Simpang(Pekan Masjid Tanah) (Orang Masjid Tanah menyebut Pekan Masjid Tanah dengan ganti nama 'SIMPANG')".  

Tidak salah jika saya ungkapkan, " Masjid Tanah (termasuk juga Alor Gajah) adalah jelmaan Negeri Sembilan". Ungkapan ini mungkin kurang disenangi oleh anak-anak Masjid Tanah. Bagaimanapun, dapatkah dinafikan bahawa sebahagian besar penduduk daerah Masjid Tanah (termasuk juga Alor Gajah) mengamalkan Sistem Adat Perpatih, bercakap dialek Negeri Sembilan dan suri rumahnya mahir masak lauk lemak cili api?
Sayangnya, kini jati diri kebanyakkan penduduk daerah ini terhadap sistem Adat Perpatih cuma lebih baik sedikit dari jati diri Orang Melayu Cape Town, Afrika Selatan terhadap bangsa asal usul nenek moyang mereka, iaitu bangsa Melayu. Amalan Adat Perpatih semakin diabaikan dan dilupakan di daerah ini!      

MASJID LAMA DI PEKAN MASJID TANAH

Di pekan ini ada dua buah masjid. Masjid pertama ialah masjid jamek yang terletak berhampiran jalan besar Masjid Tanah-Melaka. Sebuah lagi adalah masjid lama yang telah diiktiraf sebagai warisan sejarah yang terletak di tebing sungai yang mengalir di tengah-tengah Pekan Masjid Tanah. Saya tidak menemui masjid yang dibina dari tanah di Pekan Masjid Tanah dan sekitarnya!

PASAR MALAM MEGA (HARI AHAD MALAM ISNIN)

Setiap hari Ahad malam Isnin ada pasar malam di Pekan Masjid Tanah. Pasar malam yang diadakan pada lorong-lorong premis perniagaan sangat mengujakan – beranika jenis jualan dan begitu ramai pengunjung. Saya hampir hendak membeli CD lagu-lagu ketuhanan yang agak sedap didengar nyanyian bekas penyanyi dangdut, Iwan. Namun, saya membatalkan hajat tersebut kerana CD yang dijual adalah cetak rompak. Tidak adil kepada penyanyi yang telah berhijrah dan membetul arah itu.


Saya berani bertanggungjawab ke atas pengakuan ini, " Cendul Masjid Tanah adalah di antara cendul paling sedap di seluruh Malaya."

KEDAI BARANGAN/PAKAIAN SUKAN AL-IKHSAN


Pekan Masjid Tanah terus membangun. Premis-premis perniagaan baru telah dibangunkan di atas bekas kawasan sawah kepunyaan penduduk Melayu di pekan ini. Seperti kebiasaannya, premis-premis perniagaan tersebut diusahakan oleh mereka yang mahir berniaga, yaani peniaga bukan Melayu. Namun demikian, di celah-celah premis perniagaan milik bukan Melayu tersebut, ada juga 1-2 milik Orang Melayu/Islam termasuk kedai barangan/pakaian sukan Al-Ikhsan.
Penduduk Masjid Tanah mempunyai kuasa beli yang ampuh. Harga barangan di Masjid Tanah lebih mahal berbanding dengan Kuala Lumpur. Diharapkan pengaliran kuasa beli itu singgah juga kepada peniaga/pengusaha Melayu.

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Penubuhan Perpustakaan Awam <b>Negeri Melaka</b> dalam era <b>...</b>

Posted: 27 Oct 2012 07:55 AM PDT

Oleh : Harith Faruqi Sidek


Penubuhan Negeri-negeri Selat adalah kesan daripada perjanjian Inggeris – Belanda pada 1824, ianya menyaksikan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu dibahagi diantara dua kuasa penjajah tersebut. Negeri-negeri di utara di bawah pentadbiran Inggeris, sementara negeri di Selatan terletak dibawah pentadbiran Belanda. Perjanjian tersebut juga melihatkan Belanda menyerahkan Melaka kepada Inggeris sebagai pertukaran dengan Bangkahulu di Sumatera  yang asalnya milik Inggeris, selain daripada itu, Belanda juga bersetuju mengiktiraf kuasa autonomi inggeris keatas Singapura.
Kesan kedatangan inggeris ke negeri-negeri selat dapat dilihat sehingga ke hari ini, selain nama-nama inggeris yang diabadikan di penempatan dan bangunan, mereka turut meninggalkan jejak yang memberi kesan kepada tradisi keilmuan di Tanah Melayu. Institusi Perpustakaan adalah lambang perkembangan dan pembudayaan ilmu, maka agak menarik bila institusi ini mula dikesan wujud sejak Tanah Melayu berada dibawah pentadbiran Inggeris. Dalam tempoh pentadbiran negeri-negeri selat mulai 1826 hingga 1946, beberapa perpustakaan telah diwujudkan, termasuk perpustakaan sekolah, namun yang akan dikongsikan dalam penulisan ini ialah mengenai tertubuhnya perpustakaan awam yang pertama di Melaka.
Perpustakaan Melaka dikatakan telah ditubuhkan sekitar bulan November 1881 dengan inisiatif sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh C.J Irving. Pada peringkat awal, perpustakaan ini ditempatkan di sebuah rumah rehat sebelum dipindahkan ke bangunan Stadthuys atau disebut juga sebagai Stadthouse. Kos pembangunan yang diperolehi dari hasil sumbangan adalah sekitar $598 (The Straits Times, 17 Mei 1936:10). Tetapi laporan Straits Times Overland Journal bertarikh 12 November 1881 melaporkan rentetan tertubuhnya Perpustakaan Awam Melaka bermula dengan satu mesyuarat yang diadakan pada hari sabtu, 11 november 1881 di Court House yang khusus bagi membincangkan cadangan menubuhkan sebuah perpustakaan di negeri itu, iaitu sepertimana perpustakaan yang lebih awal wujud di Singapura dan Pulau Pinang. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pemangku Residen Councillor, D.F.A Harvey itu telah sebulat suara menerima usul penubuhan Perpustakaan Awam Melaka yang dibaca oleh C.W. Rodyk dan disokong oleh W. Rodyk. Mesyuarat tersebut juga bersetuju bahawa panduan dan peraturan perpustakaan yang akan digunapakai kelak adalah diambil atau diubahsuai daripada yang sedang dilaksanakan di Raffles's Library, Singapura. Selain dana awam yang telah terkumpul sebanyak $611, mesyuarat juga memohon jawatankuasa penubuhan perpustakaan melaka yang akan diwujudkan memohon bantuan kewangan tambahan selain ruang di mana-mana bangunan kerajaan untuk menempatkan perpustakaan tersebut kelak. Ahli jawatankuasa penubuhan Perpustakaan Melaka yang telah dilantik dalam mesyuarat tersebut ialah:
President : D.F.A Hervey (Pemangku Residen Councillor di Melaka)
Bendahari : J.K Birch (Mejistret jabatan Polis Melaka)
Setiausaha: C.W Rodyk (Pengetua Sekolah Tinggi Melaka)
Ahli:       J.H Verge
                Tan Tek Guan
                A.J Collier
                Lee Keng Liat
                A.A De Wind
                Lee Teck Joo
                W.Rodyk
                Americo De Souza
                B. Gastelow
               
Agak menarik juga bila mendapati terdapat nama rakyat tempatan dalam mesyuarat penubuhan tersebut, selain Tan Tek Guan dan Lee Keng Liat yang terpilih menganggotai Jawatankuasa Penubuhan Perpustakaan Melaka, nama Yeo Kim tee turut dilaporkan dalam laporan akhbar tersebut. Perpustakaan ini dipercayai yang ketiga wujud di Malaya, iaitu selepas Perpustakaan Pulau Pinang dan Raffles Library di Singapura yang ditubuhkan pada 1817 dan 1874.
Mulai disember 1881, perpustakaan ini telah mempunyai koleksi bahan bacaannya yang terawal, bahan tersebut ialah majalah Chatterbox, Every Boy's Magazine, Every Girl's Magazine, Family Herald, Fun and Almanack, Gentleman's Magazine, Good Words and Christian Number dan Myra's Journal. Kebanyakkan bahan ini dilbekalkan oleh pembekal luar Negara, khususnya dari United Kingdom.
Jawatan tertinggi dalam struktur organisasi Perpustakaan Melaka ialah Presiden, ianya disandang oleh Charles John Irving, beliau merupakan bekas pegawai di Colonial Office Land and Emigration Department, Resident Councillor di Melaka sebelum bersara sebagai Resident Councillor di Pulau Pinang. Perpustakaan Melaka tertubuh adalah hasil inisiatif beliau sewaktu masih memegang jawatan sebagai Resident Councillor di Melaka, pada masa itu juga beliau diamanahkan jawatan Presiden kepada jawatankuasa Perpustakaan. Kakitangan terawal perpustakaan ini ialah Norman Symons, beliau dilantik menjalankan tugas sebagai seorang pustakawan dengan gaji $20 sebulan. Jawatankuasa perpustakaan kemudiannya melantik dua orang peon (pembantu pejabat) dengan gaji $6 sebulan.
Akibat masalah belanjawan yang terhad, jawatankuasa perpustakaan Melaka terpaksa merombak semula perjawatan, mereka telah menamatkan khidmat Norman Symons selaku pustakwan, tempat beliau digantikan dengan seorang kerani yang menerima gaji sebanyak $10 sebulan, sementara seorang peon turut diberhentikan , tetapi kemudianya digantikan dengan membuat pengambilan baru dengan tawaran gaji permulaan yang lebih rendah iaitu $2 sebulan.
Laporan mesyuarat agung jawatankuasa perpustakaan pada januari 1887 menunjukkan perpustakaan Melaka telah mempunyai koleksi buku sebanyak 1,129 naskah, sementara rekod pengunjung pula adalah melebihi 200 orang sebulan. Sementara bacaan popular adalah akhbar The Straits Times dan The Singapore Free Press. Perpustakaan Melaka juga telah mempunyai keahlian berdaftar seramai 40 orang yang kebanyakkannya terdiri dari pegawai tinggi British, antaranya Pendaftar Mahkamah Melaka, Charles Eugene Velge dan Seorang peguam terkemuka, R.W Braddell, dan yang menariknya terdapat dua nama rakyat tempatan yang tercatat dalam rekod keahlian tersebut, mereka ialah Lee Tek Joo dan Lee Tek Guan.
Diantara tokoh era colonial yang pernah menganggotai Jawatankuasa Perpustakaan Melaka ialah Sir Ernest W. Birch, beliau adalah anak kepada J.W.W Birch, Residen British yang mati dibunuh di Perak. E.W Birch pernah berkhidmat sebagai Residen British di Labuan, Gabenor British di Borneo Utara dan Residen di Negeri Sembilan. Beliau menyertai Jawatankuasa Perpustakaan Melaka pada mac 1888. Selain Birch, tokoh lain yang turut menganggotai Jawatankuasa Perpustakaan Melaka ialah Dr. G.W Freer (Pakar Bedah di Melaka, kemudiannya menjadi Pengarah Hospital Pulau Pinang dan pada 1905 dilantik menjadi Pengetua Pertama Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura), E.C Broadrick (Presiden Perbandaran Singapura) dan J. Howell (Pengetua Sekolah Tinggi Melaka).
Sewaktu dibawah Rev. Frank Haines, Perpustakaan Melaka telah cuba memperkenalkan waktu pembukaan baru yang lebih panjang. Sepanjang waktu percubaan, Perpustakaan telah dibuka mulai jam 6 pagi sehingga 7 malam dari isnin hingga jumaat dan 10 pagi hingga 5 petang pada hari ahad. Namun waktu percubaan ini ternyata tidak berkesan dan lebih sulit lagi dari sudut pengurusan, lalu ianya ditolak oleh jawatankuasa. Pada tahun 1901, akibat belajawan yang semakin susut, Pengurusan terpaksa memberhentikan seorang Peon yang juga merupakan kakitangan mereka yang terawal. Peon tersebut telah diberi gratuiti sebanyak $25 bagi menghargai perkhidmatannya selama 20 tahun di Perpustakaan Melaka.
Pada tahun 1902, Perpustakaan Melaka telah membuat perancangan penjimatan iaitu dengan membeli buku terpakai dari Raffles Library di Singapura dengan harga $1.25 senaskah. Raffles Library juga telah memperkenalkan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan dengan bayaran sebanyak $5 untuk 30 volume bagi setiap penghantaran.
Perpustakaan Melaka dikatakan berada dalam tempoh perkhidmatan terbaiknya diantara tahun 1927 hingga 1930 dengan beberapa penambahbaikan dari segi frasarana. Perpustakaan mula membuat perolehan judul-judul buku fiksyen dan non-fiksyen yang terkenal, Ruang bacaan juga telah dilengkapi dengan kipas angin selain memperkenalkan koleksi remaja dengan bantuan dana kerajaan sebanyak $600. Kad indeks pengarang juga telah diperkenalkan oleh H.W Haworth dan telah digunapakai mulai pada tahun 1930.
Menjelang tahun 1936, koleksi Perpustakaan Melaka telah mencapai 6000 naskah, antara bahan yang menarik ialah memoir Sir Stamford Raffles, buku karangan Sir Stamford Raffles tentang sejarah negeri Jawa, Sejarah Sumatra oleh Mardsen dan Anecdotal History of Singapore oleh Buckley. Perpustakaan Melaka juga telah dipindahkan ke dua buah bilik yang agak besar ditingkat atas bangunan Stadhouse (Stadhuys) dengan pemandangan yang mengadap sungai dan binaan Air Pancut Queen Victoria. Disebelah Perpustakaan, adalah bilik yang dikhusukan untuk Persatuan Sejarah Negeri Melaka, ianya umpama galeri yang menempatkan banyak khazanah bersejarah negeri Melaka. Berdasarkan gambaran yang dilaporkan dalam artikel tersebut, Ruang yang pernah menjadi Perpustakaan Melaka itu kini dipercayai adalah ruang yang sama dimana beberapa muzium dan galeri yang ditempatkan di bangunan Stadthuys kini. Perpustakaan itu kemudiannya telah dinamakan sebagai Henry Gurney Memorial Library.
________ ( 12 November 1881). Library for Malacca, Straits Times Overland Journal. p. 3
A.L Hoops. (17 May 1936). History of Malacca Library. The Straits Times. P.10

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Nov 2012 01:54 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Warung Pak Mat Goreng Pisang <b>di Lubok China</b>, Melaka

Posted: 07 Oct 2012 04:26 AM PDT

Semasa Perjalanan pulang dari Melaka ke Putrajaya
aku telah memilih jalan Pantai Klebang-Sg Udang-Masjid Tanah-Lubok China-Seremban-Rantau-Nilai-Sg Merab-Putrajaya.
Tiba di Lubok China, Melaka jumpa satu warung tepi jalan
bertentangan dengan Klinik Kesihatan Lubok China, Melaka dan sebelah Pos Malaysia Lubok China, Melaka...

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Nov 2012 01:23 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Minda Assirkami: Banjir <b>Di Lubuk China</b>

Posted: 20 Nov 2012 03:03 AM PST

Assalamualaikum .. salam mesra
Jalan yang menghubungkan di antara Negeri sembilan dan Melaka di Lubok Cina terpaksa di tutup akibat dari limpahan air sungai rembau yang mengakibatkan banjir di sekitar jalan dan kampung berhampiran .Dalam tinjauan kami air yang naik adalah berpunca dari limpahan air sungai yang bergerak deras . Menurut anggota Rela yang bertugas, pada pukul 9.00 malam tadi jalan ini masih boleh di lalui akan tetapi pada pukul 11.00 mlm jalan terpaksa di tutup akibat paras air naik ke paras yang berbahaya buat kenderaan ringgan selain itu parasa sungai lubok cina di rekod kan pada tahap 6 melepasi tahap bahaya . semua kenderaan yang menghala ke Pedas di nasihati dapat mengunakan jalan alternatif yang lain bagi memudahkan perjalanan anda

Khamis, 27 Disember 2012

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Oct 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2012 09:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jun 2012 09:34 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2012 09:40 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2012 09:47 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2012 09:14 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Tentang Kami..: Bantal, selimut tutup mayat

Posted: 04 Apr 2012 05:28 PM PDT


ALOR GAJAH – Misteri menyelubungi kematian seorang wanita apabila mayatnya ditemui atas katil dengan bantal dan kain selimut menutupi muka di rumahnya di Batu 24, Ramuan China Kecil di sini semalam. Bagaimanapun, tiada kesan kecederaan ditemui pada tubuhnya.

Mayat Amrah @ Sareah Abd. Rahman (gambar kecil), 78, yang merupakan bekas Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis ditemui pada pukul 8 pagi oleh seorang anak lelakinya yang menghantar sarapan ke rumah warga emas itu.

Menurut anak mangsa, Abdul Ghafar Daud, 55, sebelum menemui mayat ibunya, seperti biasa dia menghantar sarapan untuk dijamah ibunya sebelum pergi ke pejabatnya di Batu 25 di Ramuan China Kecil pada setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad.

sumber : kosmo

Dia buat dah: Bantal, selimut tutup mayat

Posted: 04 Apr 2012 05:14 PM PDT

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2012 09:20 PM PDT

URL Sumber Asal :-

KOTAK DILETAKKAN DILUAR PAGAR RUMAH MELETUP, GADIS <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2012 04:15 PM PST

KOTAK DILETAKKAN DILUAR PAGAR RUMAH MELETUP, GADIS CEDERA TERUK

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

No of View :162

ANGGOTA polis menyiasat lokasi kejadian sebuah kotak meletup di Ramuan China Besar, Alor Gajah semalam.

ALOR GAJAH – Tindakan seorang gadis mengangkat sebuah kotak yang diletakkan di luar pagar rumahnya di Ramuan China Besar di sini semalam mengundang padah apabila kotak tersebut meletup dan mengeluarkan api sebaik barang itu disentuh mangsa.

Akibat kejadian pukul 8.45 pagi itu, mangsa Norasyikin Md. Esa, 27, melecur teruk pada kedua-dua belah kaki, tangan dan perut. Kotak berisi bom buatan sendiri itu bukan saja mengeluarkan bunyi letupan kuat malah menyebabkan api menjulang setinggi lima meter.

Sebelum kejadian, Norasyikin menemui kotak kecil warna putih di luar rumahnya ketika mangsa mahu ke tempat kerja di sebuah pasar raya di Masjid Tanah.

Di atas kotak tertera nama abang sulung mangsa, Saiful Eszwan Md. Esa, 35, yang bekerja sebagai kontraktor pembersihan.

Namun, kotak itu meletup sebaik Norasyikin yang merupakan anak keempat daripada enam beradik dan bekerja sebagai juruwang mengangkat kotak tersebut.

Adik bongsu mangsa, Ahmad Mustafa Md. Esa, 20, berkata, dia yang baru keluar dari bilik air terkejut mendengar satu letupan kuat.

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

"Saya kemudian menjenguk melalui tingkap dan terkejut melihat badan kakak yang sedang berdiri tiba-tiba berasap sambil kakak menjerit-jerit kesakitan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2012 09:23 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2012 09:29 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2012 09:33 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2012 09:27 PM PDT

URL Sumber Asal :-

KELAB GREENBOC: Negara Paling Selamat? Bekas Ketua Wanita <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 08:01 PM PDT

Nenek maut muka diserkup selimut, bantal

ALOR GAJAH: Bekas Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis, ditemui mati dalam keadaan hidung berdarah di kediamannya di Batu 24, Kampung Ramuan Cina Kecil, Lubok Cina, Masjid Tanah, dekat sini, pagi semalam.

CUCU mangsa, Azniza Abd Latif (kanan) tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat Sareah (gambar kecil) di Alor Gajah, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata Sareah Abd Rahman, 78, ditemui seorang anak lelakinya, Abd Ghafar Daud, ketika berkunjung ke situ jam 8 pagi. Katanya, polis belum dapat mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan.

"Mayat wanita ini ditemui dalam keadaan terbaring atas katil di bilik tengah rumahnya dengan muka ditutup kain selimut dan bantal. Pemeriksaan lanjut mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan luaran.

"Siasatan awal polis setakat ini mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah itu, manakala barangan berharga termasuk wang tunai juga tidak hilang.

Berdasarkan soal siasat, kali terakhir dia dilihat pada jam 3.30 petang kelmarin," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Sareah yang juga saudara kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar menjadi Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis pada awal 1980-an dan bersara daripada politik sejak lebih 15 tahun lalu.
Umar Ali berkata, pihaknya perlu menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-5562222.

Sementara itu, Abd Ghafar, 57, berkata beliau setiap hari menghantar sarapan kepada ibunya sebelum ke tempat kerja.

"Saya memanggil emak tetapi dia tidak menyahut. Saya kemudian meninggalkan sarapan untuknya dan terus ke tempat kerja.

"Apabila balik semula untuk memeriksa keadaannya, saya menemui emak terbaring di atas katil," katanya. -BH

Maut ditekup bantal

ALOR GAJAH - "Saya lihat plastik berisi kuih masih tergantung di pagar kawasan rumah menyebabkan saya rasa tidak sedap hati," kata Abd Ghafar Daud, 57.

Abd Ghafar adalah anak kedua kepada seorang warga emas yang ditemui mati, dipercayai lemas akibat mukanya ditekup dengan bantal di Kampung Ramuan China Kechil, Lubok China, di sini semalam.

Abd Ghafar berkata, biasanya dia akan menghantar sarapan pagi untuk ibunya, Sareah Abdul Rahman, 78, dengan menggantungkan plastik berisi makanan di pagar rumah dan ibunya akan mengambilnya sendiri.

"Pagi tadi (semalam) saya hantar sarapan pagi kira-kira jam 7.30 pagi sebelum pergi kerja.

"Kira-kira setengah jam selepas itu, saya berpatah balik melalui jalan di hadapan rumah emak tetapi saya hairan melihat plastik berisi kuih masih lagi tergantung menyebabkan saya tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu," katanya.

Menurutnya, dia segera masuk ke dalam rumah dan mendapati pintu terbuka sedikit sebelum melihat mangsa terbaring kaku atas katil di bilik belakang dengan keadaan muka ditekup dengan bantal yang dialas dengan kain selimut.

"Saya terkejut lihat keadaan emak dan terdapat juga kesan darah di hidungnya.

"Lebih menyayat hati, urat tangan emak kelihatan timbul, mungkin kesan daripada cubaan­nya mahu melepaskan diri," katanya.

Abd Ghafar berkata, kea­daan bilik juga berselerak dan dompet milik emaknya turut diselongkar.

"Terdapat juga beberapa keping sampul duit raya bertaburan atas lantai bilik.

"Malah selepas diperiksa, pintu bahagian belakang rumah juga ada kesan diumpil," katanya.

Menurutnya, berikutan itu, dia segera menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa dipercayai lemas selepas mukanya ditekup dengan bantal.

Menurutnya, tiada kecederaan serius pada badan mangsa, namun terdapat darah keluar daripada hidung dipercayai akibat pergelutan.

"Siasatan awal mendapati, kali terakhir mangsa dilihat berada di rumah adalah sekitar 3.30 petang kelmarin (Selasa).

"Polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk memastikan sama ada keja­dian ini melibatkan rompakan," katanya.

Umar Ali Saifuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah menerusi talian 06-5562222 untuk membantu siasatan. -SH

Sungai Rapat Online: Bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Solok <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 04:46 PM PDT


Misteri menyelubungi kematian seorang wanita apabila mayatnya ditemui atas katil dengan bantal dan kain selimut menutupi muka di rumahnya di Batu 24, Ramuan China Kecil di sini semalam. Bagaimanapun, tiada kesan kecederaan ditemui pada tubuhnya.

Mayat Amrah @ Sareah Abd. Rahman (gambar kecil), 78, yang merupakan bekas Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis ditemui pada pukul 8 pagi oleh seorang anak lelakinya yang menghantar sarapan ke rumah warga emas itu.

Menurut anak mangsa, Abdul Ghafar Daud, 55, sebelum menemui mayat ibunya, seperti biasa dia menghantar sarapan untuk dijamah ibunya sebelum pergi ke pejabatnya di Batu 25 di Ramuan China Kecil pada setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad.

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Pernah Rasa <b>Klebang</b> Coconut Shake yang Famous <b>di</b> Melaka <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 11:30 PM PST

Assalamualaikum...
Aku dah lama nak tulis pasal citer ni, tapi asik lupa plak.. Ha, sekarang baru datang mood nak citer benda alah ni. Pernah dengar pasal KLEBANG COCONUT SHAKE? Untuk yang tidak tahu, Klebang Coconut Shake ni merupakan gerai menjual Coconut Shake yang SANGATTTTTTTTTTTTTTTTTT FAMOUS di Melaka.. (Ingat yer, Klebang terletak di Melaka, bukan Kelantan..huhu) Bahkan juga terkenal dalam kalangan peminatnya di seluruh Malaysia...
Apa Keistimewaan Klebang Coconut Shake ni?
Sudah pasti rasanya manis+lemak berkrim... Serius weh.. kau bayangkan rasa kelapa tu + ais krim vanila yang dikisar bersama.. . Menurut kajian aku (over plak)... bila aku bandingkan rasa Klebang Coconut Shake tu dengan coconut shake kat tempat lain, ada bezanya.. Kalau cam kat tempat lain, aku tengok dia letak aiskrim tu sket jerk.. Tapi kat sini, memang dia letak banyak aku tengok.. tu lah keLEMAKkan aiskrim tu betul-betul terasa.... Pergh.. memang terbaek!!!! 
Apa yang mengujakan di Klebang Coconut Shake?
Ha, kalau kau nak tahu apa yang mengujakan, setiap kali kau lalu kat gerai tu, kau akan tengok RAMAIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII sangat orang beratur.. Gerai dia kecik jerk.. Tapi sudah cukup membuatkan orang beratur memanjang!!!!!! Tak kira lah kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain akan parking kereta diowang kat tepi jalan, then akan beratur panjang untuk membeli Coconut Shake tu... Kalau korang tengok beratur panjang, mesti kau rasa down nak tunggu lama-lama kan? Ala.. tak lama pun beratur tu.. Sebab apa? Orang yang buat tu sangat pantas.. Kejap jerk siap... Lagipun dia dah buat sekali banyak, tinggal bungkus jerk... 
Ha..tu baru sikit.. Sebenarnya kalau nak ikutkan, lagi panjang... Tapi sekarang, diowng tak beratur kat tepi jalan. Diowang beratur kat bahagian dalam gerai plak..
 picture credit to: SINI
Kalau dulu dia just bukak gerai tu 1 jerk, sekarang dia dah bukak 2.. Yang kat tepi jalan tu untuk BUNGKUS sahaja.. Kalau untuk minum dan makan makanan yang dijual kat situ, boleh lah pergi ke gerai bahagian dalam.. Yang kat dalam tu aku tak pernah pergi lagi... Orang kata Nasi Lemak ngan Karipap dia sedap.. Entah..aku belum rasa lagi..huhu
Berapa harga Klebang Coconut Shake ni?
Kalau yang biasa RM2.. Kalau yang special, RM 2.50... Murah kan? Yang special ni ada aiskrim atas tu.. Dia memang akan buat yang special jerk.. Kalau kau minta yang biasa, baru dia buat yang biasa tu.. Tapi aku sarankan better beli yang SPECIAL terus.. Alah..beza 50 sen jerk kan... 
 Ha, gambar ni betul2 aku amik... Nak amik gambar orang tengah beratur semalam, cam segan lah plak...Nasib baik ada kat Google... huhu :)
So semalam, disebabkan aku dah lama tak rasa benda alah tu.. Aku pun minum sampai 2 cawan.. Hasilnya.... aku selsema sekarang!!!! Asik bersin jerk..hahahhaahaha..

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Dec 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Dec 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Dec 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Dec 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Dec 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jun 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jun 2012 09:16 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jun 2012 09:01 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2012 09:28 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Feb 2012 04:56 PM PST

URL Sumber Asal :-

Kekecohan Sembrong: Seorang Dilastik Manakala Lelaki Tua <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 05:34 PM PST

Malaysiakini

PKR menafikan ceramahnya di Jalan Mersing, Sembrong pada malam Ahad lalu di mana kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah itu diadakan tanpa permit.

"Majlis yang mendapat permit dari pihak polis itu diganggu dari awal hingga akhir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Tujuan mereka ialah untuk menimbulkan kekecohan dan huru-hara," kata Ketua Penerangan PKR, Johor Syed Hamid Ali (kiri) dalam satu kenyataan memperincikan apa yang sebenarnya berlaku pada malam berkenaan.

Menurut beliau, pada kejadian itu, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno tempatan telah melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ.

"Mereka membuat bising dan menjerit-pekik; buat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motorsikal, air horn dan siren.

"Kemudian, berpuluh-puluh anak muda yang bermotosikal terus mengganggu lalu lintas; batu, telor, botol plastik dan mercun bola berterbangan ke arah penceramah dan orang ramai," katanya.

Syed Hamid juga berkata pada malam itu, tidak kurang 4,000 orang membanjiri ruang di hadapan pejabat Cabang Semberong di Batu 4 Jalan Mersing, Kluang untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin parti peringkat negeri dan pusat.

Antara mereka termasuk ketua umum PKR itu sendiri, dirinya, ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dan ADUN Mengkibul Ng Lam Wah.

"Ketika rombongan Anwar sampai di tempat ceramah kira-kira jam 11.30 (malam), suasana menjadi semakin ribut.

"Beliau dan rombongannya diserbu dan dikepung. Pergelutan kecil berlaku sebelum Anwar berjaya diselamatkan.

"Kami diberitahu, seorang mengalami cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik; seorang lelaki tua cedera dibaling kayu; bendera PKR dibakar; cermin kereta Anwar pecah dan pintunya kemek," katanya.

Sehubungan dengan kejadian itu, katanya PKR menuntut supaya pihak polis bertanggungjawab untuk melakukan penyiasatan secara profesional.

Syed Hamid juga berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein selaku Ketua Bahagian Umno Semberong dan ahli parlimen kawasan itu juga perlu bertanggungjawab atas peristiwa buruk dan memalukan itu.

Kejadian itu antara beberapa siri gangguan yang disaksikan sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada 13 Februari lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Manakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

Malah, Anwar terpaksa membonceng motosikal untuk menuju ke lokasi ceramahnya.

ads