Sabtu, 30 Julai 2011

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


Kelong <b>Serkam</b> produk terbaru - Utusan Malaysia Online - Selatan

Posted: 27 Jul 2011 05:24 PM PDT

Kelong Serkam produk terbaru

Kelong Serkam produk terbaru

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 27 Julai - Kelong memancing akan menjadi produk pelancongan terbaru yang akan dibangunkan di sepanjang pantai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad berkata, usaha tersebut dilihat mampu menjadikan Serkam sebagai kunjungan pelancong dari dalam dan luar negeri ini.

Menurutnya, kelong memancing wajar dibangunkan memandangkan Serkam tidak mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh ditonjolkan untuk menarik minat kedatangan pelancong ke daerah ini.

"Memandangkan Serkam berdekatan kawasan pantai dan ia dilihat amat sesuai jika lebih banyak kelong memancing dibina bagi menjadikan daerah ini syurga memancing kepada kaki pancing," katanya kepada pemberita pada program Bersantai Sambil Memancing Bersama Warga Media di kelong Pantai Siring, Kampung Pulai, Serkam, Jasin, baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Bahrain Omar dan wakil dari Jabatan Perikanan negeri.

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri berkata, setakat ini, sebanyak dua kelong memancing telah beroperasi diuruskan nelayan di situ.

Dua kelong itu, katanya, telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kaki pancing penduduk tempatan dan juga dari Kuala Lumpur, Johor serta Negeri Sembilan.

"Boleh dikatakan setiap hujung minggu dan cuti umum banyak tempahan diterima," katanya.

Beliau berkata, cadangan untuk menambah beberapa lagi kelong memancing mendapat sokongan daripada Jabatan Perikanan dan LKIM negeri.

"Saya dimaklumkan LKIM menyediakan peruntukan untuk membangunkan kelong memancing, tetapi ia mesti dimohon melalui persatuan nelayan dan bukannya atas pemilikan individu," ujarnya.

Katanya, kelong memancing mampu menjadi sumber pendapatan tambahan kepada nelayan di Serkam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads