04 di jasin - Google Blog Search |
Berhari raya guna bas Panorama <b>di Jasin</b> Posted: 02 Sep 2011 09:24 AM PDT Berhari raya guna bas Panorama di JasinJASIN 1 Sept. - Dalam memberi kemudahan kepada penduduk di tujuh kawasan di daerah ini menyambut Hari Raya Aidilfitri, sebuah bas Panorama berhawa dingin dan cukup selesa. Bas yang disumbangkan oleh Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka berharga RM260,000 itu akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, penduduk di tujuh kawasan terbabit boleh menggunakan perkhidmatan bas khususnya sepanjang sambutan Aidilfitri. Menurutnya, dengan adanya perkhidmatan bas itu yang pertama kali diperluaskan di luar bandar raya Melaka, ia akan memberi kemudahan khusus buat penduduk yang tidak mempunyai kenderaan persendirian untuk pergi ke pekan Jasin. ''Ini pasti khabar gembira buat penduduk yang sebelum ini merungut kerana tidak ada perkhidmatan bas awam yang beroperasi di tujuh kawasan tersebut. ''Laluan itu sebenarnya tidak memberi keuntungan tetapi demi untuk memberi keselesaan kepada penduduk, MPJ sanggup membiayai operasi perkhidmatan bas ini," katanya selepas merasmikan perkhidmatan bas itu di Terminal Bas dan Teksi Jasin di sini, baru-baru ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka, Hashim Isa dan Pengarah Syarikat PMCT Sdn. Bhd., Wahid Abdul Majid. Perkhidmatan bas tersebut akan melalui Kesang Tua, Kesang Pajak, Selandar, Kampung Bukit Senggeh, Kampung Ju dan Kolej Komuniti. Menurut Ghazale, sebagai permulaan hanya sebuah bas akan digunakan dan jika ia mendapat sambutan baik, MPJ dijangka menambah beberapa buah bas untuk menampung keperluan penduduk di situ. Beliau berkata, bas itu akan mula beroperasi kira-kira pukul 6.30 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang dengan perjalanan sejam sekali. Ujarnya, bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, orang kurang upaya (OKU), pelajar sekolah beruniform dan warga emas dikenakan tiket RM1 manakala dewasa dikenakan bayaran RM2. |
14 Kampung <b>Di Jasin</b> Kutip Sumbangan Posted: 05 Sep 2011 04:46 AM PDT JASIN – Penduduk di Sungai Rambai di sini mengutip RM1,400 untuk keluarga jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, yang terbunuh di Somalia. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hassan Abdul Rahman, berkata sumbangan itu adalah sebagai tanda sokongan moral terhadap pengamal media khususnya BernamaTV. "Sumbangan ikhlas ini adalah hasil kutipan daripada penduduk 14 kampung yang terdapat di dalam kawasan Sungai Rambai sebaik sahaja berita kematian Allahyarham disebarkan oleh media," katanya selepas satu majlis tahlil kepada Noramfaizul bersama penduduk kampung dan wartawan di sini, hari ini. Sumbangan itu disampaikan kepada Ketua Biro BERNAMA Melaka, Mohamad Bakri Darus, untuk diserahkan kepada keluarga Allahyarham. Hassan berkata, beliau masih ingat pertemuan pertamanya bersama allahyarham ialah apabila beliau dijemput oleh BernamaTV untuk ditemu ramah dalam satu siaran lansung sempena Sukan Malaysia ke-13 pada tahun lalu. – BERNAMA Related posts: |
You are subscribed to email updates from di jasin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan