Sabtu, 4 Februari 2012

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


&#39;Yee Sang&#39; Berbentuk Naga Air <b>Di</b> Mydin <b>Ayer Keroh</b> Pada 4 Febuari <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 06:01 AM PST

MELAKA, 26 Jan (Bernama) — Orang ramai berpeluang menggaul 'yee sang' berbentuk naga air sepanjang 880 meter sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan diadakan di Pasar Raya Mydin, Ayer Keroh di sini pada 4 Feb ini.

Datuk Bong Woon Chi, Setiausaha Khas Ketua Menteri Melaka, berkata majlis anjuran pasar raya itu bersama MCA Bukit Baru, bertujuan mencatat rekod di dalam Malaysia Book of Records.

"Yee sang berbentuk naga yang menelan kos RM200,000 ini akan dihiasi dengan lampu menarik di bahagian kepala dan ekor yang akan disediakan oleh enam orang chef dan 60 pekerja dari Restoran LPP Sdn Bhd, Jalan Taming Sari di sini yang mempunyai sijil halal," katanya dalam satu sidang akhbar di sini pada Khamis.

Bong berkata 1,888 orang awam dijangka menggaul yee sang itu pada 7.30 malam sempena sambutan itu yang juga akan dimeriahkan dengan pelbagai pertunjukan dari kumpulan akrobatik, tarian dan persembahan artis tempatan.

Peraduan teka buah limau dan sumbangan cenderahati kepada 100 warga emas akan turut diadakan.

Incoming search terms:

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads