Sabtu, 16 Mac 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Addin: Tragedi Hitam <b>Di Jasin</b> Berulang Kembali..

Posted: 03 Feb 2013 05:56 PM PST

Umno terus menerus memalukan rakyat negeri Melaka dengan mengganggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kg Rim, Jasin malam tadi. Sejak dari awal lagi Umno membuat persediaan untuk mengganggu ceramah tersebut dengan memasang khemah tidak jauh dari tapak ceramah Anwar.
"Mereka ganggu ceramah kita, mereka kata macam-macam kepada saya, tetapi itu tidak melemahkan semangat saya".

"Kita hairan mengapa Polis Jasin membiarkan mereka ganggu ceramah kita, sedangkan kita sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara minta dia kawal keselamatan, ini siapa nama OCPD Jasin, kita menang nanti kita tukar dia, tak tak kita gurau sahaja" sindir Anwar.

Beliau berkata politik murahan dan tidak bertamadun sebegini sepatutnya sudah lama berkubur di bumi Malaysia kerana rakyat sudah cerdik dan celik maklumat.

Sementara seorang penyokong PR yang ditemui berasa kesal dengan sikap biadap Umno yang terus mengganggu ceramah Anwar.

"Ini bukan kali pertama mereka ganggu ceramah Pakatan Rakyat malah setiap kali Anwar datang ke Jasin ada sahaja gangguan yang mereka lakukan, sungguh memalukan orang Melaka yang terkenal dengan sifat menghormati tetamu dan majlis orang lain".

"Dahulu mereka baling bas Jelajah Rakyat yang membawa Anwar, mereka simbah cat dan sebagainya, kini mereka terus melakukan perkara yang sedemikian bagi melemahkan semangat perjuangan penyokong PR" ujar Amat Alang dari Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal.

Ceramah malam tadi mendapat sambutan yang cukup hebat walaupun cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Sebelum ke Rim, Anwar telah berceramah di Tg Kling, memberikan tazkirah di Ayer Molek dan program minum petang di Gangsa. Kesemua program tersebut mendapat sambutan yang hebat. ~mutaligat


AKAK DIBALIK PINTU: Lembaga Putih Berambut Panjang <b>Di Jasin</b>

Posted: 08 Mar 2013 03:50 AM PST

Memang tidak dinafikan, kadangkala anak-anak kecil ini diberi keistimewaan untuk melihat makhluk halus yang orang dewasa sendiri tidak nampak. Bahkan pengamal perubatan Islam pun tidak diberi keistimewaan                                         seperti ini. Bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai kelebihan seperti ini.

 Di Jasin, seorang kanak-kanak mendakwa terakam satu makhluk yang berupa lembaga putih berambut panjang dalam telefon milik ibu nya. Sejak daripada peristiwa tersebut, kanak-kanak tersebut dipercayai telah diserang demam panas.

                                         

JASIN – Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 5 bulan jatuh sakit selepas tidak sengaja merakamkan imej lembaga putih berambut panjang menggunakan telefon pintar milik ibunya di rumah mereka di Ayer Merbau, dekat sini, baru-baru ini.


Ibu kanak-kanak itu, Puteri Mas Ayu Abdullah, 36, berkata, anaknya mengalami demam panas, mengamuk dan sering berkelakuan pelik dengan membaling botol ke bawah rumah seolah-olah memarahi seseorang sedangkan sebelum ini dia tidak pernah bertindak sedemikian.


Menurutnya, anaknya, Dewi Narisha Qastury Marion memang suka mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya dan dalam kejadian kira-kira 1.10 petang Khamis lalu, anaknya masuk seorang diri ke dalam bilik dan terakam imej lembaga putih berambut panjang.


"Saya hanya menyedari imej itu dirakamkan setelah melihat semula telefon milik pada keesokan harinya.
"Selepas kejadian itu, bukan anak saya saja yang merasai sesuatu tetapi saya juga pernah terjatuh di hadapan rumah seolah-olah ditolak selain suami juga berasa tidak sedap hati," katanya.


Puteri berkata, melihat keadaan anaknya yang hampir seminggu masih tidak berubah, dia bersama suami kemudiannya membawa Dewi berubat dengan Perubatan Tradisional Islam di Muar dan Nyalas sebelum anaknya itu bertambah pulih.


"Ustaz di situ menyatakan anak saya berkemungkinan diganggu makhluk halus.
"Alhamdulillah dengan izin ALLAH, selepas berubat keadaan Dewi kembali pulih seperti sedia kala," katanya.

melayukini

siaran langsung ceramah anwar <b>di jasin</b> melaka malam ini

Posted: 03 Feb 2013 07:27 AM PST

Homestay/Rumah Tumpangan untuk penginapan keluarga. 15 minit dari exit Tol Ayer Keroh, 15 minit dari Bandaraya Melaka, Menara Taming Sari, Bandar hilir, 15 minit dari pasaraya besar Mydin, JJ, 15 minit dari zoo, Taman Buaya, Botanical Garden dll, 25 minit dari Pantai, berdekatan restoran, kedai dobi, parking kereta berbumbung, porch yang luas, 3 bilik air-cond, 2 bilik air.
Harga RM150.00 sahaja.
SILA HUBUNGI 019-682 1318 SEGERA.

TABUNG BANGUNAN & AKTIVITI PAS KAWASAN BUKIT KATIL Infaq@Derma untuk Tabung Bangunan dan aktiviti PAS Kawasan Bukit Katil.

PAS Kawasan memerlukan kira-kira RM350,000 lagi untuk menyiapkan bangunan yang sedang dibina sekarang.

Sila bank-in infaq@derma anda ke akaun Bank Islam akaun no : 04015010048965. Cek atas nama : PAS KAWASAN BUKIT KATIL. Sila maklumkan sebarang infaq@derma melalui sms/call atau email kepada : 016-660 9767 atau email bukitkatil@gmail.com
Catatan ini ku nukilkan sebagai kenang-kenangan buat diriku yang bergelar seorang cucu, anak, suami, ayah dan hamba sebuah perjuangan.
CATATAN 1 - 080213

Aku dilahirkan kira-kira 10 tahun selepas kemerdekaan. Desaku jauh dipedalaman walaupun lokasinya hampir betul-betul di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu.

Entah apa silapnya desaku, daerahku tidak dibangunkan walaupun aku dikhabarkan bahawa dahulunya daerahku adalah ibunegeri kepada negeri Tok Bahaman dan Mat Kilau ini.

Malah sekolah yang tertua dan tersohor di negeri Darulmakmur iaitu 'Clifford School' atau terkenal dengan panggilan 'Sekoloh Kliped' tersergam di daerahku. Di situ pembesar-pembesar negara antaranya Tun Razak bersekolah.

Aku tidak bersekolah tadika. Seingatku tidak pernah pun aku mendengar perkataan itu. Entah apalah maksud tadika ....aku pun kurang arif pada masa kecilku.

Pagi-pagi aku bangun membuka tudung saji menyelongkar apa yang ada. Bondaku awal-awal lagi sudah keluar berbakti kepada tanah. Kekadang bondaku menjadi 'pegawai' di kebun getah, 'menulis' di pohon-pohon getah mencari sesuap nasi. Kekadang bondaku memantau tanaman sayur-sayuran, cabai (cili - orang Utara panggil cabai). Pekan Sehari hari Ahad bonda akan pasarkan apa yang patut.

Ayahku biasalah ......pagi-pagi lagi sudah membakar besi untuk diketuk menjadi parang dan pisau. Bukan sedikit jasanya kepada orang kampung ....pisau, parang, golok, pedang, pisau getah dan sebagainya menjadi tajam dan sedap digunakan sebaik mendapat 'service' dari ayahku. Alatan yang baru juga dibuat dan dijual. Pekan Sehari hari Ahad menjadi 'pusat' untuk ayahku memasarkan produknya disamping menghantar barangan yang dibaiki kepada pemiliknya.

bersambung ................

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads