Sabtu, 16 Mac 2013

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Najib saksi pemeteraian perjanjian pembinaan projek PR1MA <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 01:39 PM PST

Posted on March 10, 2013, Sunday

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman bagi pembinaan rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di negeri Melaka.

Perjanjian itu melibatkan kerjasama antara Yayasan Melaka dan PR1MA Berhad untuk membangun dan membina projek berkenaan bagi rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar di negeri ini.

Pada majlis menandatangani perjanjian itu, Yayasan Melaka diwakili Pengerusinya yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sementara PR1MA Berhad diwakili Pengerusinya Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Jamaludin berkata projek berkenaan melibatkan kawasan berkeluasan 299.5 hektar di kawasan Parlimen Bukit Katil di sini, iaitu seluas 258.9 hektar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh dan 40.5 hektar di DUN Bachang.

"Pada masa ini, Yayasan Melaka sedang dalam proses pengambilalihan tanah dan pembangunan projek ini akan dilaksanakan selepas proses itu selesai," katanya.

Katanya, harga bagi setiap unit rumah tersebut adalah 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Bagaimanapun, katanya jumlah unit rumah bagi projek berkenaan akan diumumkan Perdana Menteri dalam majlis perasmian Menara Persekutuan di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC) di sini, pada jam 3 petang semalam.

Perdana Menteri yang mengadakan lawatan ke Melaka semalam turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Barisan Nasional (BN) Melaka di ibu pejabat BN negeri dan makan tengah hari bersama penduduk dan peniaga di medan selera Jalan Tun Ali sebelum merasmikan Menara Persekutuan. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Temuduga Terbuka sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 01:37 AM PST

Jawatan Kosong Sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Pejabat Pembangunan Negeri Melaka

Syarat permohonan:

-Kelulusan minimum SPM. 
-Pengalaman luas dalam sektor pentadbiran dan kewangan adalah dialu-alukan untuk memohon. 

Sesi temuduga secara 'walk in' akan diadakan pada :
19 Februari 2013 (Selasa) jam 8.30 pagi

Tempat: 
Bilik Rehat ADUN, 
Aras 1, Blok Laksamana, 
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, 
75400 Melaka. 

Sebarang pertanyaan sila hubungi 06-2307617/ 2307611.

Untuk maklumat lanjut sila ke: http://www.mel.icu.gov.my/pg/indexV9.php

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads