Jumaat, 15 Mac 2013

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Jutawan Hartanah » Development <b>di</b> Pantai <b>Klebang</b>, Melaka

Posted: 22 Feb 2013 04:51 PM PST

Aku tertarik pada artikel dibawah yang mana berkaitan dengan dataran 1 malaysia, pantai klebang melaka …. banyak betul projek projek yang telah pun siap di area sana … jalan yang diluruskan terus menghubungkan pantai klebang dan juga banda hilir iaitu pusat bandar melaka … dari aku kecil sampai lah sekarang , memang nampak perubahan nya … lebih lebih lagi pantai klebang antara port untuk beriadah… bawak anak anak dan family … walaupun sudah tambak tanah di pantai klebang ini …. namun dengan adanya  muzium kapal selam di dataran 1 malaysia  sedikit sebanyak menaikkan lagi tempat tu …

yang terbaru ialah projek rm300 juta …. sea world theme park …. yang dibina seperti di langkawi .. underwater world…. menjadikan pantai klebang destinasi yang wajib dilawati apabila bercuti ke melaka …

Apabila kita dalam bidang hartanah, projek yang sedia ada dan juga yang akan siap tidak lama lagi akan memberikan impact pada nilai hartanah dikawasan itu …. banyak kelebihan nya apabila rumah kita berada berdekatan dengan area yang hendak dibangunkan …. dan melaka memang terkenal dengan tourism nya …. dan projek projek seperti ini akan menggalakan orang luar untuk datang ke melaka …

pada yang run homestay di melaka …. memang boleh tersenyum dengan program program yang dibuat selama ini …. ada saja pengunjung datang ke melaka … tak putus putus …. aku pun salah sorang mengusaha homestay di melaka … memang news news seperti ini   boleh memberikan kesan pada sales homestay. …… tempat yang menarik yang sedia ada pun dah memang banyak di melaka tu …. sampai kan tak cukup 2 hari bercuti … terpaksa extend lagi bebb….

okay lah … pikir pikir lah apa development di sekeliling kita…

tu dia projek yang bakal menjana dan menarik pelancong datang ke melaka …

cantik kan …. pantai klebang  tu … credit pada jurufoto ini ….

muzium kapal selam …. bukan senang nak jumpa kapal selam …. heeheh…

Apa Apa Saja Tentang Aku: Sepetang <b>di</b> Pantai <b>Klebang</b>, Melaka

Posted: 14 Nov 2012 01:20 AM PST


Cuti Deepavali semalam memang aku guna dengan sepenuhnya. Destinasi aku ke Melaka, bandar bersejarah. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari KL. Ikutkan 1 jam setengah je kot tapi sebab perluasan AES terus jadi 2 jam. Apa pun aku yakin sistem AES mampu membuat pengguna jalan raya mematuhi hadlaju yang ditetapkan. Rasanya semalam aku drive cam siput(110km/j). Highway besar, tengah jalan tak jem pulak tu, moto cc110 potong selamber jer. Aku rasa moto sampai dulu. Aishh takleh jadi ni. Takpe la aku tekan je la pedal tu ikut hadlaju. Cuak punya pasal.
Tujuan ke Melaka ni nak cari barang wife aku. Lokasi jumpa tapi barang pulak takde, adehh kecewa gak sebenarnya. Takpela aku gunakan kesempatan yang ada ronda-ronda Melaka, takde la frust sangat kan. Kalau A Famosa, Menara Taming, Dataran Pahlawan aku dah pegi dah. Ubah angin jap, pasal aku nampak signboard "Pantai Klebang". Aku tak penah pegi lagi. Nak usha kot-kot ada yang menarik. Aku drive follow signboard kejap je dah sampai, senang je rupanya. Sebelum sampai pantai tu kena lalu jem sikit pasal ada orang tengah usha orang beratur beli coconut shake. Nak tengok panjang ke tak? Usha sini Klebang Original Coconut Shake.
Sampai gak aku Pantai Klebang ni kira-kira jam 5 petang. Cuaca dah redup, memang timing cun. Sepemerhatian aku, tempat ni mcm baru diperbaharui. Boleh tahan luas, sesuai la untuk rekreasi. Pokok-pokok baru tanam. Pantai takde orang mandi pun. Turun-turun je dari keta...jeng jeng jeng.. Anak aku dah kecoh semacam, ada pulak 3,4 ekor kuda melepak kat situ. Kuda ni buat bisnes. Anak-anak aku dah tak tentu arah nak naik kuda. Ingat free ke aper. RM5 sekali naik. Hmm.. xpela aku bagi la anak aku naik walaupun dah penah naik dulu kat PD. Tapi hampeh, time anak perempuan aku naik tu, siap berak-berak plak kuda tu. Cis..then time anak laki aku pulak kuda tu malas, jalan sekerat berhenti-henti, tengah baca step agaknya.. Hahaha.. Dah selesai aktiviti menunggang kami...
Main layang-layang pulak. Tempat luas ngan angin kuat cam ni main layang-layang memang besh. Siot la mahal rupanya layang-layang ni. Paling cokia Rm5, RM7 dan mahal RM15. Idokler aku nak beli yang Rm15 tu. Pasal anak aku minat Ben10, aku kena beli yang RM7. Ok lah, nak merasakan. Masa layang-layang dah kat udara tu aku pas kat anak laki aku, dia pegang layang-layang mcm experience je. Tangan turun naik turun naik tarik tali layang-layang tu. Lama gak dia pegang. Padahal ni first time rasanya dia pegang. Cayalah.. Belum puas main, hujan plak turun, errmm terpaksa balik awal la jawapnya. Baru kul 6 petang beb.. Gi pusing town kejap seround then balik.. Jumpa lagi Melaka.. Vrooooomm..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads