Jumaat, 15 Mac 2013

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


0 Siaran TV Alhijrah <b>di Melaka</b>, Tampin mulai esok - Anak-Anak <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2013 03:15 AM PST


SIARAN TV Alhijrah akan dapat ditonton di Melaka dan Tampin mulai esok menerusi saluran CH55 Frekuensi 743.25 megahertz.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bukhari Che Muda berkata, siaran percuma melalui pemancar di Bukit Tampin, Negeri Sembilan itu boleh diikuti bermula 6 pagi sehingga 12.30 tengah malam, setiap hari.

"Perluasan siaran TV Alhijrah ini adalah hadiah istimewa bagi penduduk di Melaka yang telah sekian lama mengharapkan siaran TV Alhijrah diperluaskan di kawasan mereka.

"Bukit Tampin merupakan lokasi pemancar yang kesepuluh beroperasi dan ini membolehkan siaran TV Alhijrah ditonton lebih kurang 70 peratus penduduk di Melaka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bukhari berkata sepanjang bulan Mac ini, TV Alhijrah akan bersiaran selama 18 jam dengan pengisian pelbagai rancangan menarik seperti '30 Minit Ustaz Don', 'Imam Suhaib Webb dalam Reflections'.

Turut disiarkan, program baharu 'Generasi Pondok' yang memaparkan ilmu pengajian syariah, aqidah dan sirah bersama tuan guru sekolah pondok dan interaktif bersama pelajar institusi pondok seluruh Malaysia serta lintas langsung dari Masjidil Haram, setiap kali masuk waktu azan, katanya.

"Diharapkan penonton akan mendapat manfaat daripada program ini kerana kandungannya yang memberi ilmu dan pengajaran," katanya.

Selain Melaka, saluran TV Alhijrah juga boleh ditonton di Kedah, Perak, Lembah Klang, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Kelantan.

Sumber: Bernama

IKLAN TEKS: Ingin menyertai produk Etiqa Takaful serendah RM70? Sekitar Kuala Pilah. Telefon 0123280345 untuk temujanji. Jangan pandang remeh pada sesuatu yang anda rasa tidak perlu sekarang. Suatu hari nanti pasti anda terasa menyesal. Yang anda rasa tidak perlu ini sebenarnya yang akan memberikan sesuatu yang terbaik kala kesempitan.

Pemberian Insentif Suntik Semangat Atlit OKU <b>Negeri Melaka</b>

Posted: 30 Dec 2012 09:06 PM PST

AYER KEROH â€" Kecemerlangan yang berjaya dicapai oleh atlit kurang upaya Negeri Melaka di sukan Paralimpiad Malaysia Ke-16 yang telah berlangsung pada 7 hingga 14 Disember 2012 yang lalu di Negeri Pahang Darul Makmur iaitu 28 pingat emas, 26 pingat perak dan 19 gangsa melalui 10 jenis sukan ini telah berjaya meletakkan kontinjen Negeri Melaka di tempat ketiga secara keseluruhan.

Sehubungan dengan itu sebuah Majlis Meraikan dan Penyampaian Insentif Kemenangan Atlit-Atlit Kontinjen Negeri Melaka telah diadakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta Majlis Sukan Negeri Melaka bertempat di Dewan Sri Bendahara, Kediaman Rasmin YAB Ketua Menteri Melaka.

Majlis yang berlangsung dengan meriah ini menyaksikan kehadiran YAB Datuk Seri HJ Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Wira HJ Othman Bin Muhammad Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka,YB. Datuk HJ. Ab. Rahaman Bin AB. Karim; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan, Dr. Mohd Ghani Bin Mohd Yusof; Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan Ketua Jabatan, wakil NGO’S, Serta atlit dan juga penerima insentif.

Bukan sahaja sekadar menjamu selera, majlis ini turut menyerahkan insentif kemenangan berbentuk wang tunai mengikut pingat yang dimenangi iaitu masing-masing sebanyak RM 500 bagi pingat emas, RM300 bagi pingat perak, dan RM200 untuk pingat gangsa.

Manakala bagi acara berpasukan setiap atlet akan menerima sebanyak RM300 bagi emas,RM200 perak dan RM100 gangsa. Jumlah ini akan digandakan sekali ganda dengan kadar yang diterima bagi setiap pingat sebagaimana yang telah dijanjikan oleh YAB Ketua Menteri di Pelepasan Kontinjen pada 7 Disember yang lalu.
Berdasarkan pemberian insentif ini, adalah salah satu bukti komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan industri sukan negeri ini di mana ganjaran yang selayaknya akan diberikan sebagai menyuntik semangat para atlet untuk terus maju dalam bidang yang diceburi.

Membayangkan pencapaian yang lebih cemerlang pada masa akan datang, YB Mohd Ali berkata di dalam ucapannya, “Kemenangan yang diperolehi hari ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapi. Apatahlagi dengan pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu diharungi oleh setiap atlet dengan kekurangan yang ada.

Tetapi seharusnya kita berbangga dengan pencapaian kita hari ini sebagai penyuntik semazam untuk berazam dengan lebih kuat bagi menghadapi kejohanan yang sama pada tahun 2014 di Negeri Perlis akan datang."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads