Khamis, 21 Mac 2013

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


"SUKA SUKA ": Kelapa Kocak <b>di Klebang</b>

Posted: 13 Mar 2013 09:07 AM PDT

Banyak siaran tergendala kerana perlu fokus secara fizikal dan mental untuk mencapai sasaran penyiapan FA tahun 2012.....
Cerita tahun lepas... En. JD meraikan kami dinner kerana bertambah rezeki nya ... alhamdulillah.. lokasinya di Umbai Melaka.. sebelum tu kami singgah dahulu di Klebang kerana menunggu sahabat-sahabat yang lain tiba demi melayan Akma Domo dan HS yang kelaparan.. tak sempat tunggu dinner... dapatlah merasa kelapa kocak aka coconut shake yang segar dan enak... sebelum ini jalan boleh jam kerana ramai peminat memberhentikan kenderaan ditepi jalan untuk menikmati minuman istimewa ini.  
Musim tengkujuh... awannya masih muram..sebenarnya nak capture masjid dan sawah dibelakang tempat parking ni... tindakan spontan...memang suka mengabadikan warna hijau terutamanya sawah yang meninggalkan banyak kenangan.   Inilah hasilnya.. sawah yang tak berapa nampak ..ada rezeki singgah lagi disini... bukan jauh dari Sermban..hijau yang dihajati didominasi oleh awan ini gara-gara untuk tidak leka kerana waktu perniagaan coconut shake hampir tamat. Suka juga dengan pemandangan ini.. Parking pun dah terang kerana pelanggan beransur pulang...



disambut oleh longgokan kelapa dan sisa buah kelapa yang telah digunakan.. sementara kereta diparkir



tak lari dari tumbuhan dan bunga juga... disini terdapat bunga yang menarik perhatian.. seperti biasa nama bunga 'fail'.. kelopak yang unik..





inilah coconut shake yang menjadi sebutan ..

dilawan dengan nasi lemak yang enak..sehingga kami tapau 5 bungkus lagi ..walaupun sekejap lagi nak makan seafood di Umbai..


Tiada ulasan:

Catat Komen

ads