Jumaat, 26 April 2013

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Samseng Umno BN ganggu Pesta Ponggal <b>di Alor Gajah</b> <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 03:36 PM PST

MELAKA 4 FEBRUARI: Sekumpulan samseng Umno BN cuba menganggu sambutan Pesta Ponggal bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah, petang semalam.

Lebih 20 samseng berkumpul kira-kira 50 meter dari tapak program dan menaikkan sepanduk provokasi serta memaki hamun dengan kata-kata kesat.

IMG_6102Tiada kejadian buruk berlaku berikutan penyokong Pakatan Rakyat tidak menghiraukan provokasi mereka, sebaliknya menumpu perhatian terhadap atur cara sambutan.

Anwar menyifatkan gangguan berkenaan membuktikan Umno BN semakin terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang menolak mereka.

"Jadi, upah orang-orang ini untuk kacau supaya rakyat jangan dengar apa yang kita ingin sampaikan.

"Kita datang untuk cerita apa yang akan kita lakukan bila perintah kelak. Apakah ia salah?

IMG_6059"Nasib rakyat tidak boleh diubah dengan upah RM20 untuk ganggu dan buat kacau. Negeri ini bukan milik Umno BN tapi milik rakyat.

"Kamu di seberang sana boleh kata macam-macam tapi saya tidak akan berganjak untuk menyampaikan agenda keperubahan pada rakyat," katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan lebih 1,000 rakyat tempatan yang menyertai program berkenaan.

IMG_6143Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi, Exco AMK, Ginie Lim dan pimpinan lain.

Anwar kesal kerana Umno BN terus mengamal budaya politik maki hamun sedangkan Pakatan membawa amalan politik menjaga ehwal rakyat.

"Tapi saya percaya – walaupun diganggu – kehadiran ramai rakyat membuktikan mereka mahukan perubahan," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44304

~~ Cikgu Timah : A Sketch Of My Life ~~: 2013 <b>di Alor Gajah</b>..

Posted: 13 Apr 2013 07:03 AM PDT

Pada April ni baru saya berkesempatan menaip  satu entry. Nak dikatakan busy sangat pun tak la jugak. Nak kata rileks pun tak jugak.Cuma mengutamakan apa yg lebih utama.Ada kelapangan br menghadap blog ni. Ditambah plak dgn klajuan internet yg tak mengizinkan.

Dari Januari sampai la pertengahan April ni, sebenarnya byk dah aktiviti. Cuma kelapangan utk share tu br nk ada.

Seperkara yg mnarik awal 2013 ini ialah sy bertugas di sekolah baru..di pekan Alor Gajah. Dari satu daerah ke daerah yg lain di Melaka. Setelah selesa dgn pekan Merlimau..kini sy dlm usaha menyesuaikan diri dgn tempat baru. Nasib la Melaka ni negeri yg kecik,pusing2 pun takla jauh sgt.

 Di hujung Disember 2012 saya melapor diri sambil berkenalan dgn jalan2 di sekitar pekan Slor Gajah.


Ni gambar yg sempat diselamatkn sebelum folder gambar TERdelete. Nnti rajin saya ambil gambar lg. Masa ni tgh ambil mood. 
Perjalanan dari rumah ke tempat baru lebih kurang 15km je.Ambil masa 15-20 minit untuk sampai. Memang jauh berbeza hampir 3 kali ganda ke Merlimau. Sebelum ni jarak 45km ambil masa 45minit ke sejam nk sampai. Terasa sgt perbezaan tu.
Banyak lagi yang hendak dikongsikan..untuk sementara ni,ini sahajalah..
#prlancaran NILAM <<< ada buku program hehe

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads