Isnin, 22 April 2013

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


Nukilan Wan Motor: PAS dan PKR hanyut <b>di</b> Parlimen <b>Masjid Tanah</b>

Posted: 21 Apr 2013 07:37 PM PDT

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah...

Sejak penamaan calon Barisan Nasional Negeri Melaka tempohari, saya merasakan sangat gembira kerana 3 muka baru yang dicalonkan oleh UMNO Melaka iaitu Puan Mas Ermieyati Samsudin dan En Sulaiman Md Ali serta Cikgu Md Rawi adalah orang yang sememangnya layak untuk menjaga kebajikan masyarakat setempat di dalam Melaka.

Tapi hari ini saya nak ceritakan tentang calon di Masjid Tanah...

Puan Mas Ermieyati Samsudin adalah Ketua Puteri UMNO Negeri Melaka merangkap EXCO Puteri UMNO Malaysia dan merupakan Pegawai Khas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Muhd Ali Rustam. Beliau telah dicalonkan untuk menandingi Kerusi Parlimen Masjid Tanah yang bakal dicabar oleh Setiusaha Akhbar TG Hadi Awang, Nasaie yang merupakan Anak Negeri Pahang.


Puan Mas Ermieyati ini adalah seorang yang mudah mesra dengan orang muda. Tidak kira golongan berjawatan atau tidak, beliau tidak kisah untuk menjadikan orang lain sebagai rakan. Beliau juga tidak lokek dengan memberi bantuan kepada orang yang memerlukan lebih-lebih lagi anak muda yang di dalam kesusahan.

Keperibadiannya juga bersih dari segala masalah sosial kerana beliau memang berpegang teguh kepada ajaran agama islam. Beliau cukup menjaga kepentingan sholat 5 waktu di dalam menjalani kehidupan hariannya.. Walaupun dia sangat sibuk melakukan pelbagai kerja masyarakat setempat. Masyarakat Masjid Tanah juga didapati telah memberi sokongan penuh kepada calon Parlimen Masjid Tanah ini.

Seorang lagi calon muka baru di DUN Lendu, En Sulaiman Md Ali... Beliau juga adalah salah seorang calon "confirm" menang. Penduduk di dalam DUN Lendu sangat mengenali keperibadinya sehingga ada ahli-ahli PAS yang berada di dalam DUN juga akan memberikan undi kepada En Sulaiman Md Ali. Ini bukan cakap-cakap kosong kerana selama ini, ramai ahli PAS yang ingin mengadu masalah, akan mengadu hal kepada En Sulaiman Md Ali...

En Sulaiman Md Ali juga tidak mempunyai masalah peribadi dengan mana-mana individu termasuklah masalah-masalah lain. Calon Comfirm menang ini bakal ditentang oleh calon daripada parti PAS. Saya pernah ke kediaman En Sulaiman Md Ali ini dan beliau sememangnya sangat baik dan sangat menghormati orang. Banyak nasihat yang diberikan kepada saya sewaktu dahulu dan masih saya ingat sampai sekarang ini.

Cikgu Md Rawi Mahmud adalah calon DUN Tg Bidara yang mengantikan penyandang Datuk Ab Karim Sulaiman kerana masalah kesihatan adalah bekas guru saya semasa saya diwaktu sekolah dulu.. Beliau sangat tegas di dalam menjalankan amanah terhadap kerjanya.

Cikgu Md Rawi ini sangat dikenali di dalam DUN Tg Bidara dengan sikapnya yang peramah terhadap orang sekelilingnya. Teringat saya semasa diwaktu sekolah dulu, Cikgu Md Rawi ni pernah merotan saya di atas kesalahan yang saya buat.. Hehehe... Kalau dingat semula Cikgu Md Rawi ni memang kelakarlah... Sejak saya berkecimpung dalam dunia politik, saya melihat cikgu Md Rawi sangat serius di dalam menjaga kebajikan rakyat setempat dan tidak lokek memberikan bantuan kepada umum...

Calon muka baru ini adalah pilihan yang sangat tepat dan ianya akan memberikan kemenangan mutlak kepada Barisan Nasional di dalam Parlimen Masjid Tanah... Kerana itu, DAP tidak sesekali berani meletakkan calon mereka di dalam Parlimen Masjid Tanah dan hanya membiarkan PAS dan PKR hanyut di Parlimen ini.

Mengapa DAP tidak mahu bertanding di Parlimen Masjid Tanah ? dan mereka menumpukan Bandar Hilir , Kota Laksama , Ayer Keroh dan Bachang sahaja ? Sebab mereka tahu mereka tidak akan menang di kawasan majoriti orang melayu... Dan membiarkan pertandingan antara UMNO/BN dan PKR atau PAS sahaja di kawasan melayu...

Nukilan Wan Motor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads