Isnin, 22 April 2013

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


Jentera PAS DUN <b>Sungai Udang</b> tidak membantu Ahli PKR <b>di</b> DUN <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2013 05:53 AM PDT

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah...

Beberapa hari sudah kempem pilihanraya ini, saya masih tidak nampak kumpulan atau ahli PAS bagi membantu calon DUN Sungai Udang daripada PKR Asri buang.

Setiap hari saya berada di hadapan bilik gerakan DUN Sungai Udang dan mengelilingi kawasan taman di dalam DUN Sungai Udang masih tidak kelihatan penyokong dan ahli PAS yang membantu calon PKR ini.. Mengapa ? Malah, ada bilik gerakan PAS di dalam Sungai Udang juga tutup dan tiada orang yang menjalankan gerak kerja...

Saya merasakan seolah-olah PKR dan PAS ini bermasalah daripada sokongan akar umbi daripada kedua-dua pihak. Kalau dilihat daripada segi jentera, Jentera Unit Amal PAS lebih ramai daripada ahli AMK di DUN Sungai Udang ini.

Ahli AMK ini pun sebenarnya kebanyakan berasal daripada Kelantan...Mengapa mengambil jentera PKR daripada Kelantan ? Orang PKR di DUN Sungai Udang dah takde ke nak bantu calon PKR ni ?

Apa-apa pun saya memang pelik !!

Sebabnya, PKR mencalonkan orang luar di DUN Sungai Udang ini.. Jentera pun orang luar... Mungkin inilah punca mengapa jentera atau ahli PAS tidak mahu membantu calon PKR di DUN Sungai Udang, Melaka. Apa-apa pun masyarakat di dalam DUN Sungai Udang mempunyai fikiran yang terbuka dan bijak. Mereka akan mengundi calon yang berwibawa dan boleh menjaga kebajikan masyarakat setempat...

Datuk Wira Idris Haron adalah calon yang paling sesuai bersama masyarakat DUN Sungai Udang, Melaka..









Nukilan Wan Motor...

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads