|   04 di jasin - Google Blog Search   | 
| The Scribe A Kadir <b>Jasin</b>: Melayu DAP Cabar Cina BN <b>di</b> Raub Posted: 01 May 2013 12:13 AM PDT   [KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account,  OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]   KETIKA meninjau kawasan Parlimen Raub, Pahang,  terlintas dalam fikiran saya adakah pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini  mencerminkan 1Malaysia atau satu lagi contoh transformasi politik semasa?   Raub adalah di dalam negeri  Perdana Menteri Kerajaan Sementara (Caretaker Government), Mohd Najib  Tun Abdul Razak. Secara tradisinya ia adalah kawasan Barisan Nasional yang  diwakili oleh MCA walaupun DAP kuat.   Pada PRU 2008, calon BN ialah Ng  Yen Yen yang mendapat 18,078 undi manakala pencabarnya, Abu Bakar Lebai Sudin  (DAP) mendapat 15,326 undi.   Kali ini, secara agak "mysterious",  Ng yang dilihat sebagai seorang menteri yang cergas dan berkesan, mengambil  keputusan mengundur diri daripada bertanding. Sebagai ganti, BN memilih Hoh  Khai Mun, yang sebelum ini ahli Dewan Undangan Negeri Bilut dalam kawasan  Parlimen Bentong.   Yang menjadikan pertandingan  kali ini menarik adalah pencabar BN ialah seorang Melayu DAP yang berprofil  tinggi, iaitu Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang dalam tempoh 2004-2008 adalah  Adun BN Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan.                                               Populariti PM teras BN    Dalam konteks itu, Raub mencabar  kedudukan BN sebagai parti penyandang dan menaikkan prestij DAP sebagai  pencabar. Hatta mengalami majoriti yang lebih rendah pun sudah berupa satu  tamparan kepada BN kerana Raub adalah kawasan tradisional BN dan terletak di  dalam negeri Perdana Menteri.    Peluang Mohd Sabri mencatat  sejarah sebagai calon Melayu DAP pertama di Pahang mengalahkan BN tidak boleh  ditolak begitu sahaja. Mohd Sabri nyata lebih berwibawa daripada Abu Bakar,  calon DAP 2008.   Ahli Parlimen Melayu DAP  terakhir ialah Allahyarham Ahmad Nor yang menang kerusi Bayan Baru dalam PRU  1990. Adakah Mohd Sabri boleh menjadi pewaris legasi itu?     Daripada aspek perangkaan, Raub  boleh dianggap sebagai kerusi seimbang dari segi kaum dan sokongan kepada BN  dan DAP. Pada PRU kali ini, ada 54,320 pemilih berdaftar terdiri daripada 49.8%  Melayu, 40.3% Cina, 6.5% India dan 3.1% Orang Asli.   Daripada tiga DUN dalam kawasan  Raub, dua dimenangi BN (Batu Talam dan Dong) (diperbetulkan) dan sebuah oleh DAP (Tras) pada  PRU 2008.                                                        Roket Menang DUN Tras 2008 Yang merumitkan BN adalah Mohd Sabri sebagai bekas pemimpin Umno sekian lama tentulah mempunyai maklumat terperinci mengenai kelemahan dan kekuatan Umno serta kebaikan dan keburukannya.   Kemudian ada drama sampingan yang cukup menarik. Mohd  Arif yang juga seorang blogger disokong oleh bekas isterinya (juga seorang  blogger) yang mendedahkan dalam blognya yang dia adalah orang Umno dan  menggunakan blog itu untuk menyokong BN walapun sekali-sekala kritikal terhadap BN.    Dalam rencana mengenai bekas suaminya, dia antara lain, menulis:  "Ya Allah..Please help Mohd Ariff Sabri Bin Haji Abdul Aziz win BIG in the PRU  13 in Raub Parliament P080, Pahang.   "Please make him the first Malay Parliamentarian from DAP  for Raub, Pahang and bestow him the guidance to be one of the great Malaysian  leaders around..Ameen." | 
| You are subscribed to email updates from di jasin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan