|   04 di klebang - Google Blog Search   | 
| Kapal Selam SMD Ouessant | Agosta 70 <b>di Klebang</b>, Melaka Posted: 06 Apr 2013 07:39 AM PDT   Kapal Selam SMD Ouessant | Agosta 70 di Klebang, Melaka   Alhamdulillah, syukur kepada rahmat ALLAH….berkesempatan  juga penulis menulis entri baru. Walaupun tatkala kadang-kadang berasa malas  dan kebuntuan idea menulis. Minat menulis pun kadang-kadang sahaja datang.  Mungkin juga kekangan masa penulis membuatkan penulis tiada masa menulis.  Sekarang penulis sedang bercuti semester selama lebih kurang 2 bulan. (dalam hati, bila lah nak habis belajar  degree)    BERKUNJUNG KE MAJLIS PERKAHWINAN   Baru-baru ini penulis berkesempatan bertandang ke negeri  Melaka Bandaraya Bersejarah untuk ke majis perkahwinan di Masjid Tanah, Melaka.  Boleh dikatakan majlis perkahwinan yang unik, terutamanya penulis pertama kali  melihat pasukan kompang berirama (kompang + joget). Mungkin juga ia adat negeri  Melaka yang tidak di tinggalkan, tidak lapok di telan zaman. Malangnya penulis  tidak sempat menangkap gambar, merakam video jauh sekali.   Terdengar mengenai adanya muzium kapal selam di Melaka,  membuatkan penulis menuju ke Dataran 1 Malaysia di Klebang Melaka. Perjalanan  mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Masjid Tanah. Di katakan Dataran 1  Malaysia Klebang yang dulunya tempat rekreasi seperti Tanjung Emas, Muar bakal  berubah wajah menjadi tempat kompleks muzium-muzium dan pameran maritim termasuk  kapal selam.   Muzium yang di rasmikan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk  Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam berada di lokasi yang strategi iaitu di  Klebang, Melaka. Pada ketika ini kawasan sempadan Muzium Kapal Selam dipagari  dengan dinding 'zink'. Kerja-kerja pembangunan infrastruktur dan dalaman masih  lagi pada tahap sedang di bangunkan. Sewaktu penulis sampai pun di sana, jalan  menuju ke muzium kapal selam masih belum berturap, penuis hanya berpandukan papan  tanda dan kesan-kesan jalan kerap di lalui oleh pelawat dan lori-lori  pembinaan.                                                   Kompleks Muzium Maritim, Klebang Melaka   Muzium kapal selam ini di buka setiap hari dari jam 9.00  pagi hingga 6.00 petang. Manakala bayaran masuk untuk setakat ini RM1.00 untuk  dewasa dan RM0.50 kanak-kanak. Mungkin apabila kompleks ini siap sepenuhnya  harga tiket masuk akan dinaikan (Rujuk Perbadanan muzium Melaka).    KAPAL SELAM SMD OUESSANT (AGOSTA 70)   Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta adalah buatan  Perancis yang telah siap di bina pada 1979. Dimiliki oleh Tentera Laut Diraja  Malaysia (TLDM) dan kemudiannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk  dijadikan satu lagi mercu tanda pelancongan di negeri Melaka.   Pengunjung dalam melihat apa yang berada di dalam kapal  selam ini. Membuatkan kita yang berada di dalam berasa seperti berada di dalam  kapal selam yang masih di gunakan meskipun ianya sudah menjadi muzium. Dapat  penulis kongsikan gambar-gambar yang penulis sempat tangkap; Di luar muzium kapal selam...masih dalam pembinaan Pintu masuk muzium Panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter. Lebar 6.5 meter Papan informasi Papan tanda perasmian Muzium Muzium kapal selam seluruh negara Ruangan senjata 'torpedo' 'Risiko kemalangan tangunggjawab sendiri' Ruangan senjata meriam 'torpedo' Ruangan dalam kapal selam Bilik motor elektrik Ruangan kawalan kapal selam Ruangan pemandu/ jurumudi Ruangan bilik tidur Bilik Mesyuarat Kronologi Kapal Selam SMD Ouessant di tempatkan Kronologi Kapal Selam SMD Ouessant di tempatkan Ruangan memasak/ dapur Kompleks Muzium Maritim yang masih dalam pembinaan Dari tepi kapal selam   Sebelum meneruskan perjalanan ke bandaraya Melaka untuk  melawat lebih banyak tempat bersejarah. Penulis sempat singgah di gerai makanan  western berhampiran dengan Shah Beach Resort, Melaka merasa menu yang begitu  special iaitu coconut shake. | 
| You are subscribed to email updates from di klebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan