04 di alor gajah - Google Blog Search |
berapa banyak rasuah yang dimakan pbt untuk <b>...</b> - The Flying Kick Posted: 16 Apr 2014 06:03 AM PDT Nak buka kasino, tak dibenarkan. Nak buka pusat perjudian berlesen, kena lalui pelbagai kerumitan dan halangan. Nak buat pusat perjudian on-line pun, masalah prosedur lebih banyak menggagalkan rancangan tersebut daripada membenarkan kewujudannya. Akhir sekali buka pusat perjudian atas nama PUSAT HIBURAN KELUARGA! Itu yang berlaku di Alor Gajah, Melaka. Empat buah PUSAT HIBURAN KELUARGA yang kesemuanya merupakan PUSAT PERJUDIAN ONLINE dan MESIN JUDI telah dibuka dan dibenarkan buka oleh Kerajaan Tempatan, PBT tanpa kelulusan Polis Daerah Alor Gajah. Pusat-pusat hiburan keluarga tersebut terletak di Taman Seri Pelangi, Masjid Tanah dan Pulau Sebang. Ketiga-tiganya dibuka tanpa proses daripada pihak polis dan kelulusan bagaimanapun tetap diberikan oleh Majlis Daerah Alor Gajah. Kewujudan pusat-pusat hiburan berkenaan menyumbang kepada kegiatan tidak bermoral dan perjudian di Alor Gajah. Yang peliknya pemohon-pemohon lesen tersebut adalah Melayu tetapi dalang sebenar adalah Cina. Berapakah bayaran yang diterima oleh keempat-empat Melayu yang 'memohon' lesen perjudian yang berselindung di atas nama Pusat Hiburan Keluarga itu? Adakah mereka menerima bayaran bulanan? Atau adakah mereka telah diberikan insuran apabila terpaksa berhadapan dengan implikasi undang-undang nanti? Namun yang paling menarik, BERAPA BANYAKKAH KOMISYEN YANG DITERIMA OLEH INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU DALAM MAJLIS DAERAH ALOR GAJAH yang memberikan kelulusan dan lesen untuk pusat-pusat hiburan keluarga yang menawarkan mesin-mesin judi untuk pelanggan mereka? |
You are subscribed to email updates from di alor gajah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan