Jumaat, 18 April 2014

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2014 09:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Masjid Lama <b>Machap</b>, Melaka - Perjalanan Percaturan Pengisian

Posted: 01 Jan 2014 12:13 PM PST

Masjid Lama Machap, Melaka

Tapaknya mula didirikan Masjid pada tahun 1511 setelah serangan kedua Portugis menjajah Melaka. Tok Machap telah terlepas daripada serangan menyusuri Sungai Anak Air Pasir ketika ribut banjir berlaku. Perahunya telah tersadai di atas sebuah bukit lalu Tok Machap telah mendirikan Solat dan merasakan tapak di atas bukit sesuai dijadikan Mercu tanda pembukaan Kg Machap.

Pada Tahun 1865 pembinaan semula telah dijalankan hasil daripada kutipan masyarakat cina untuk  mendirikan Masjid daripada binaan Batu. Terdapat mural lukisan di dinding masjid dan bumbung daripada terracota daripada negeri China.

Dimaklumkan oleh Mi Majeed AL Fatani : Semua makam yang ada di kawasan masjid adalah daripada  kerabat  Dato Machap dan pengikutnya.termasuk yang di bahagian belakang masjid. 
Laksamana Cheng Ho dan pengikut puteri Hang Li Po pernah  berkampong di situ ketika Portugis menyerang melaka pada ketika itu.

 Suasana di dalam Masjid,

Tapi kini masjid ini tidak berfungsi terbuka tempat bersembahyang kepada penduduk. Ianya telah menjadi WARISAN - Kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada tahun 2005.
Lukisan Mural di tepi dinding masjid

Makam Datuk Machap @ Jalini Mendik Masap.
Anak Raja Bugis dan Ulama daripada Makassar Indonesia datang ke Melaka pada tahun 1500-an

Anak tangga daripada tepi masjid ke dasar Empangan tasik Durian Tungal,..
Difahamkan di tasik ini adalah perkampungan asal yang telah musnah akibat daripada pembinaan Tadahan Air empangan. Ketika Musm Kemarau melanda negeri Melaka kelihatan tiang2 rumah timbul daripada dasar empangan,


Dihadapan Makam Tok Machap dan Masjid Lama Machap.

Disekeliling kawasan ini telah dijaga rapi untuk para pengunjung. Terdapat bilik air dibahagian belakang masjid
----------------------------------------------------------------------
Catatan Penulis: Lawatan sehari sebelum Tahun baru 2014.
Perjalanan bermula daripada Highway KL-JB jam 10am. Susur keluar di Alor Gajah.  Selepas Tol (RM16.50) belok ke kanan menuju ke Durian Tunggal. Jalan menuju ke arah Tasik Empangan Durian Tunggal di sebelah kiri.  Selepas melepasi Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam Machap, ada simpang belok ke kiri, Ada Signboard arah ke Masjid Lama Machap. Jalan selorong dalam 85 meter sampai ke masjid ini. 

Percaturan: (Dimaklumkan kelak)

Pengisian:  (Dimaklumkan kelak)

Ceramah Kempen PRU13 <b>Di Machap</b> Melaka 23/04/2013

Posted: 24 Apr 2013 06:15 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads