Rabu, 8 Jun 2011

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


KBHI: Gegaran <b>Di Klebang</b> Prima

Posted: 08 Mar 2011 05:26 AM PST

Tarikh : 26.2.2011 (Sabtu)
Sambutan Maulidur Rasul dan Malam Kesenian Islam
Lokasi: Padang Taman Klebang Prima

Pihak KBHI telah diberi tanggungjawab untuk menjadi supplier kumpulan nasyid dalam menjayakan sambutan tersebut. Dengan itu, pihak KBHI telah menjemput 2 team nasyid iaitu (Firwan dan Nur-ONE) di mana masing-masing telah membawa 2 buah nasyid yang berunsurkan selawat dan nasihat.

Anggota Firwan dianggotai oleh 4 orang terdiri daripada bekas peserta JDK 2010/2011 manakala Nur-ONE pula merupakan kumpulan nasyid yang bakal menyerlah dimana salah seorang daripada mereka merupakan ahli KBHI (Hairul A.Samad). Turut memeriahkan program tersebut ialah Azhan Atan (pemenang Akademi Nasyid TV9) dan ceramah Maulidur Rasul.

Pihak KBHI juga tidak ketinggalan untuk menyewa satu tapak niaga di situ. Produk yang popular di kalangan ahli KBHI - Keropok Krispy, Otak-otak, Samosa dan Air Roselle.

Diharap pihak Klebang Prima tidak akan jemu untuk menjemput kami atau bekerjasama dengan pihak kami lagi untuk menganjurkan program yang mampu meningkatkan hubungan kita dengan Allah swt.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads