04 di klebang - Google Blog Search |
BLOG MELAKA: 04 <b>di klebang</b> - Google Blog Search Posted: 30 Jun 2011 09:37 PM PDT | Pantai <b>Klebang</b> Melaka Makin Teruk? | Blog Melaka Daily Posted: 27 Jun 2011 03:29 AM PDT [+] Kongsi Artikel di Facebook Anda Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.LAMBANG SATU MALAYSIA YANG TERDAPAT DI PANTAI KLEBANG, MELAKA Sejak kebelakangan ini, Melaka telah membuat banyak perubahan yang ketara..Menaik taraf kehidupan rakyat mahupun menaik taraf kawasan yang berpotensi untuk dijadikan aset pelancongan di negeri Hang Tuah ini…Pantai Klebang, Melaka contohnya yang dulu adalah satu pantai yang boleh dikatakan menarik dengan pelbagai aktiviti boleh dijalankan disepanjang pantai itu.. Kalau di sepanjang Pantai Klebang sebelum ini lebih sumber pendapatan bagi penduduk di situ..Di pesisiran pantai mereka boleh menangkap udang geragau untuk membuat cencalok,belacan dan sebagai nya..Bagi yang mempunya bot mereka mungkin tidak mengalami masalah yang besar kerana mereka boleh pergi ke tempat lain dan kawasan untuk penangkapan ikan tidak diganggu.. Bagi saya, memang nampak kesan negatif dari pembangunan tersebut tetapi kesan positif juga perlu di ambil kira kerana jika pembangunan itu lebih banyak positif dari negatifnya tidak salah kiranya kita menerima pembangunan itu sebagai yang positif..Apa yang dapat dilihat sekarang ini, Pantai Klebang memang banyak perubahan dari struktur muka bumi dengan penambakkan pantai sehinggalah penduduk setempat.. Bagi penduduk setempat mereka mempunyai banyak peluang perniagaan boleh dibuat tetapi mereka perlu bijak mengambil peluang tersebut ini kerana banyak pihak dan orang luar sedang mengintai peluang perniagan yang berpotensi untuk diusahakan disitu.. Penduduk Pantai Klebang haruslah berbangga dengan pembaharuan yang terdapat di situ kerana kawasan mereka diangkat atau di iktiraf sebagai tempat beriadah yang cantik dan menjadi salah satu tempat perlancongan di Melaka..Bak kata pepatah hujan emas dinegeri orang,lebih bik hujan batu di negeri sendiri..
SEBAHAGIAN GERAI DI SEKITAR PANTAI KLEBANG, MELAKA
AKTIVITI PENAMBAKAN PANTAI Aktiviti yang boleh dan ada di Pantai Klebang
P/S : Ada yang di sini yang tinggal atau pernah datang di sekitar Pantai Klebang? Apa pandangan anda dengan penambaikan yang ada sekarang ini di sana? |
BLOG MELAKA: 04 <b>di klebang</b> - Google Blog Search Posted: 23 Jun 2011 09:03 PM PDT Tugu: Pemuda PAS Melaka tuntut penjelasan MELAKA, 22 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menggesa kerajaan negeri memberikan penjelasan tentang pembaziran yang berlaku di dalam pembinaan tugu 1Malaysia yang ditempatkan di Pantai Klebang. Ketua penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, kos pembinaan tugu 1Malaysia tersebut bernilai RM352,000 iaitu semasa dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 4 Februari lalu. Katanya, os tersebut meningkat tiga kali ganda berbanding harga pasaran iaitu RM100,000. Tugu 1Malaysia tersebut dibina daripada tetulang besi dengan ketinggian 17.7 meter dan lebar 9.1 meter yang dibaluti dengan kanvas pada bahagian depan dan belakangnya dengan asasnya diperbuat daripada konkrit. Manakala pada bahagian kiri kanannya ditutup dengan menggunakan aluminium nipis dan lantai pentas kecil di hadapannya ditutup dengan kayu lapis nipis beserta 15 unit tiang bendera di tepi tugu tersebut. Pada waktu malam tugu tersebut diterangkan dengan cahaya lampu kalimantang yang jika dinilai secara kasar harganya tidak sampai RM5,000. "Ini suatu yang pelik bagaimana kos tugu tersebut boleh mencecah RM352,000," ujarnya. Beliau difahamkan pembaziran juga berlaku semasa majlis makan malam pelancaran tugu 1Malaysia tersebut di mana kos berjumlah RM600,000 telah digunakan semata-mata untuk menampung kos makan malam bersama Najib. Katanya, hasil tinjauan setelah 16 bulan tugu tersebut dilancarkan, ia berada dalam keadaan yang menyedihkan yang mana terdapat kesan koyak pada kanvas tugu tersebut, pada bahagian lantai pentas tugu tersebut yang diperbuat daripada kayu telah patah dan terdapat kesan-kesan karat pada kerangka besi tugu tersebut (gambar kiri). Ini, katanya suatu pembaziran yang ketara dilakukan oleh kerajaan negeri di saat rakyat negeri Melaka terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang. "Bayangkan kos pembinaan dan kos makan malam tersebut sahaja sudah berjumlah RM952,000 iaitu satu jumlah yang mampu menampung orang-orang miskin di Melaka," katanya. Baru-baru ini rakyat Melaka juga telah dibebani dengan kenaikan 20 % harga air yang meningkat bermula 1 April lalu. Ia, ujarnya suatu lagi bebanan yang terpaksa ditanggung di saat kerajaan negeri sendiri mampu berbelanja besar untuk membina sebuah tugu yang tidak memberikan manfaat besar pada rakyat. Katanya, kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam seharusnya memikirkan tentang nasib rakyat yang terkesan dengan kenaikan pelbagai barang. Sebelum ini, ujarnya pembinaan tugu 1Malaysia ini menjadi isu agama di mana pembinaan tugu tersebut dikhuatiri mengandungi unsur-unsur pemujaan. "Sebelum ini juga dewan pemuda PAS Negeri Johor telah membangkitkan isu ini dengan menggesa kerajaan persekutuan menyatakan pendirian berkenaan tugu tersebut," katanya. Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya juga berpendapat agar pembinaan tugu 1 Malaysia tidak di lakukan jika ia mengandungi unsur-unsur pemujaan yang membawa kepada syirik. Beliau berkata, adalah malang bagi rakyat Melaka dengan pembinaan tugu 1Malaysia tersebut kerana rakyat bukan sahaja terpaksa menanggung bebanan hidup yang tinggi atas pembaziran ketara kerajaan negeri malah terpaksa menanggung risiko kemungkinan tergelincirnya aqidah umat Islam disebabkan pembinaan tugu tersebut andainya mengundang unsur-unsur pemujaan. -HD |
You are subscribed to email updates from di klebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan