04 di machap - Google Blog Search |
- BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search
- BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search
- BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search
BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT Kes ini sesuai disebut sebagai kes rompakan kerana, pencerobohan dan salah laku ADUN Machap ini dilakukan secara terang-terangan seolah-olah beliau melakukan perkara yang sah. Pencuri buat kerja jahat sembunyi-sembunyi, tapi ADUN Machap buat kerja jahat terang-terangan. Beberapa hari lalu, Saudara Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Central Johor Bahru terhadap salah laku yang dilakukan oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abdul Rahman ADUN Machap, Johor selaku Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam. Beliau didakwa telah mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digazetkan sebagai hutan simpan. Berikut adalah kandungan Laporan Polis yang telah dibuat: Laporan Polis di Ibu pejabat Polis Central Johor Bahru. 18 hb. Mac 2011.Aduan terhadap : 1. YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap 2. Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Johor. 3. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor. 4. Pentadbir Tanah Daerah Mersing. Muqadimah Hutan Simpan Semberong Tambahan telah diwartakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor pada 3 hb Mac 2005 melalui no warta 362. Ianya terletak di Kahang di antara Daerah Kluang dan Mersing dengan anggaran keluasan 15,000 ekar. Aduan 1. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd yang dimiliki oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digezetkan sebagai hutan simpan? 2. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenar membuka Ladang Hutan Getah di kawasan Hutan Simpan Semberong Tambahan sedangkan telah ada papan tanda larangan memasuki kawasan hutan simpan kekal, mengambil dan menebang isi hutan serta membuat kerosakan khazanah hutan? 3. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenarkan mengusahakan aktiviti pertanian seperti tanaman keledek sedangkan telah ada papan tanda larangan meneroka tanah dan pertanian? 4. Adakah Pejabat Tanah dan Galian Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Pejabat Tanah Daerah Mersing terlibat memberi kelulusan terhadap aktiviti mereka? Aduan dibuat berdasarkan maklumat yang diterima dan tinjauan sendiri di lokasi bekaitan. Siasatan dan tindakan mesti dibuat segera kerana dakwaan membabitkan syarikat milik seorang wakil rakyat yang menunjukkan contoh buruk selaku pemimpin masyarakat. Pelan lokasi hutan Saudara mazlan Aliman di lokasi hutan Simpan Sembrong Papan tanda Hutan Simpan Semberong. Hutan simpan dah jadi Ladang Hutan Getah. Siap terpampang lagi nama Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd. ReJaM© "Banyak lagi skandal pemimpin BN akan didedahkan dalam masa yang terdekat ini..." [Selatan Online] Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search Posted: 15 Jun 2011 09:19 PM PDT MUAR - "Saya tidak menyangka panahan petir telah menyebabkan rumah ibu saudara saya musnah terbakar," demikian pengakuan saksi kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Parit Raja, Pagoh, di sini, semalam. Mahzan Abdul Manaf, 46, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.10 petang, dalam keadaan hujan lebat yang disusuli dengan dua panahan petir sangat kuat. Menurutnya, semasa kejadian dia berada dalam rumahnya yang terletak kurang daripada 50 meter di belakang rumah ibu saudara. "Sejurus selepas :panahan petir ini menyebabkan bekalan elektrik di rumah saya turut terputus. "Selepas 10 minit berada dalam rumah tanpa bekalan elektrik memaksa saya keluar ke beranda hadapan rumah kerana kurang selesa dengan keadaan rumah yang agak panas," katanya kepada Sinar Harian. Mahzan berkata, sebaik berada di hadapan rumah, dia terhidu bau hangit yang kuat tetapi tidak tahu dari mana puncanya. "Kerana bimbang, saya memeriksa seluruh rumah dan lega apabila mendapati keadaan rumah selamat kerana kesemua suis dan plug elektrik rumah telah ditutup sebaik sahaja bekalan elektrik terputus. "Tetapi, saya terkejut apabila keluar semula dari rumah apabila melihat kepulan asap hitam keluar dari bumbung rumah ibu saudara," katanya. Menurutnya, melihat keadaan api mula marak dia segera bertindak menghubungi pihak bomba kerana bimbang api merebak ke rumah berhampiran. Mangsa kebakaran, Asiah Taib, 50, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana berniaga kedai makan di Machap. "Saya mendapat berita rumah terbakar selepas dihubungi saudara mara dan bergegas pulang ke rumah. "Sejak berniaga di Machap, saya tinggal di sana dan hanya balik ke rumah ini sekurang-kurangnya seminggu sekali," katanya. Menurutnya, meskipun terkejut dengan insiden yang berlaku itu, tetapi Asiah bersyukur kerana tiada anak-anak yang tinggal di rumah berkenaan. Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar berkata, sebaik menerima laporan seramai sembilan anggota bomba dengan dua jentera bergegas ke tempat kejadian. Menurutnya, sebaik tiba keadaan api semakin marak dan rumah berkenaan telah terbakar sebanyak 80 peratus. "Pihak bomba mengambil masa 10 minit untuk memadamkan api bagi mengelakkan api daripada merebak ke rumah berhampiran. "Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya. Sinar Harian |
BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search Posted: 03 Jul 2011 09:14 PM PDT TANJUNG BALAI, KARIMUN- KEPULAUAN RIAU INDONESIA HARI 01 KOTA BHARU> KUKUP Jam 1700 Berkumpul Jam 1800 Bertolak ke Kukup, Johor Bharu Jam2000 Singgah di R & R Bukit Besi untuk makan malam (tidak disediakan) Meneruskan perjalanan Hari 02 Kukup> Tanjung Balai (T/M) Jam 0600 Dijangka tiba di Pekan Kukup. Solat subuh Jam 0700 Sarapan pagi di Kukup sementara menunggu urusan feri dan imigresen Jam 0745 Daftar masuk ke Terminal Feri Jam 0830 Berlepas dari Kukup ke Tanjung Balai Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit Jam 0930 Dijangka berlabuh di Terminal Feri Tanjung Balai (waktu Indonesia) Urusan Imigresen Disambut dan di bawa ke hotel menaiki KIJANG Daftar masuk hotel dan rehat Jam 1100 Berkumpul di lobi untuk dibawa ke Pasar Karimun (Jalan kaki) Bebas membeli belah Jam 0100 Makan tengahari disediakan Acara bebas… Membeli belah Jam 0700 Hidangan Nasi Padang untuk makan malam Berehat….Manja diri. HARI 03 TANJUNG BALAI (S/T/M) Jam 0730 Sarapan pagi di hotel. Acara membeli belah Jam 1100 Berkumpul di lobi Di bawa ke restoran untuk mencuba masakan selera melayu Kampung Melayu Pondok Otek untuk makan Tengah hari dengan menaiki BAS KAYU. Singgah bergambar di Masjid Agung Karimun. Jam 2000 Hidangan istimewa tanjung balai nasi goreng ayam bakar disediakan. Aturcara bebas.. Manja diri. HARI 04 TANJUNG BALAI > KUKUP > KOTA BHARU (S) Jam 0730 Sarapan pagi disediakan. Jam0930 Daftar masuk hotel. Dibawa ke jeti untuk daftar masuk dan urusan imigresen. Jam 1030 Berlepas dari Tanjung Balai ke Kukup Jam 1230 (Wkt Malaysia). Dijangka berlabuh di terminal feri Kukup. Urusan imigresen/ kastam. Menaiki bas terus ke R&R Machap. (Makan tengahari tidak termasuk dalam pakej. Jam 1330 Dijangka tiba Di R&R Machap. Jam 1430 Meneruskan perjalanan. Jam 1440 Singgah membeli belah di Air Itam . Jam 1540 Bertolak balik ke Kota Bharu. Jam 1900 Singgah di R&R untuk makan malam dan solat. HARI 05 KOTA BHARU Jam 0400 Dijangka tiba di Kota Bharu. Membeli Belah : Pekan Tanjung Balai….T-Shirt, Jeans & Busana Muslim. Mana Diri : Reflexologi, Spa Massage Dan Mandi Lumpur. S: Sarapan Pagi / T: Makan Tengahari/ M: Makan Malam Harga Pakej : Dewasa RM560.00 seorang (30-40 Pax) RM635.00 seorang (15-20pax) Kanak-Kanak RM450.00 seorang v Pengangkutan bas dari Kota Bharu > Kukup > Kota Bharu. v Feri dari Terminal Kukup > Tanjung Balai > Kukup. v Tax pelabuhan pergi / balik. v Pengangkutan (Van / Bas) Terminal Feri> Hotel> Terminal Feri. v Penginapan 2 malam di Hotel Rasa Sayang (2 Sebilik). v 2 Sarapan pagi (hotel), 2 Makan Tengahari, 2 Makan Malam. v Insurans berkumpulan. (P.A) v Makan minum tambahan yang tidak dinyatakan dalam aturcara. v Bil telefon, laundry dan lain-lain yang tidak dinyatakan dalam aturcara. v Lawatan pusing pulau rm 90.00 / van satu trip (2-3 jam) **Aturcara lawatan dan harga tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis** Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di machap - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan