04 di machap - Google Blog Search |
BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search Posted: 04 Jul 2011 09:05 PM PDT Ramai di kalangan guru Sekolah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merungut kerana dipaksa menghadiri program makan malam 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah sekolah Cina di Machap Baru malam ini."Kami sudah tidak tahan dengan paksaan sebegini, bayangkan kami yang kebanyakan wanita dipaksa hadir pada program tersebut sehingga pukul 12.00 malam. "Ada yang dari Sungai Rambai dan lain-lain tempat yang jaraknya agak jauh dari Machap Baru, kami berasa kesal dengan Jaim dan Kerajaan Negeri Melaka yang seringkali memaksa kami hadir pada program bersama pemimpin," kata seorang guru yang tidak mahu namanya disiarkan. Selain itu, menurut guru tersebut murid-murid sekolah Jaim juga dipaksa balik awal iaitu pada pukul 4.30 petang. Menurutnya, sudah banyak kali sekolah diarahkan ditutup awal hanya kerana program-program bersama pemimpin kerajaan pusat. Apa yang dikesalkan ialah semua guru-guru diwajibkan hadir dan sesiapa yang didapati tidak hadir akan diambil tindakan tegas oleh Jaim. "Masa murid-murid belajar digadaikan hanya semata-mata kerana politik," tegas seorang bapa yang kesal. "Saya risau dengan keselamatan anak saya yang terpaksa menunggu saya mengambilnya agak lewat iaitu sekitar jam 5.45 petang. "Anak saya kadang-kadang terpaksa menunggu saya seorang diri, siapa yang dapat menjamin keselamatan anak saya sedangkan sekarang ini bermacam jenayah berlaku melibatkan anak-anak sekolah," tegas beliau. Sementara itu Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata tindakan Jaim dan kerajaan negeri Melaka benar-benar merugikan pembelajaran anak-anak kerana masa belajar menjadi pendek selain ianya membebankan guru-guru dan juga mendedahkan murid-murid kepada ancaman keselamatan. "Tindakan Jaim ini benar-benar merugikan pembelajaran anak-anak kita selain ianya membebankan guru-guru yang terpaksa bekerja lebih masa kerana terpaksa menghadiri program berkaitan sehingga jauh malam. "Kita juga bimbang tentang keselamatan anak-anak kita kerana mereka terpaksa menunggu ibubapa sehingga sampai jam 6.00 petang atau mungkin lebih lambat kerana habis kerja pun jam 5.00 petang," kata Yusof. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di machap - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan