Jumaat, 23 Mac 2012

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


think health, not drugs: Sorakan SKUAD 1Malaysia <b>di Masjid Tanah</b>

Posted: 19 Mar 2012 12:06 AM PDT


Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2012 peringkat Negeri Melaka telah dilaksanakan dengan meriah di Dewan JAPERUN Lendu, Masjid Tanah pada 18 Mac 2012 yang lalu. Pelbagai lapisan masyarakat terutamanya dari sekitar daerah Masjid Tanah telah hadir dengan semangat kesukarelaan.
YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah sudi merasmikan dan melancarkan Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat negeri Melaka serta SKUAD 1Malaysia. Di antara intipati ucapannya beliau telah berharap agar SKUAD 1Malaysia di kawasan Masjid Tanah memulakan aktiviti kesukarelaan antidadah dan menjadi contoh kepada ahli-ahli SKUAD yang lain di negeri Melaka.
Selepas ucapan pelancaran, 60 orang wakil SKUAD 1Malaysia telah berarak masuk ke dewan dengan dimulakan dengan bunyi drum beat. Sejurus selesai majlis penyampaian kad keahlian kepada wakil-wakil SKUAD, dewan telah digamatkan dengan sorakan SKUAD 1Malaysia oleh wakil-wakil SKUAD.
Di antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan adalah pertandingan melukis oleh 100 orang kanak-kanak, pertunjukan SENTAP oleh Maktab Penjara Kuala Lumpur, persembahan nyanyian oleh Jabatan RELA dan persembahan dikir barat dari PUSPEN Tiang Dua. 
































"SKUAD 1Malaysia, Sukarelawan Prihatin"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads