Jumaat, 23 Mac 2012

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


Hak PAS untuk bertanding <b>di</b> PRK <b>Merlimau</b> | Free Malaysia Today

Posted: 28 Jan 2011 12:00 AM PST

FMT LETTER: From Wan Nasuha Wan Hassan, via e-mail

Hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil DUN Merlimau dijangka diadakan pada Feb 19,  dan pengundian diadakan pada Feb 27.

PRK ini diadakan setelah kematian ADUN BN Mohamad Hidhir Abu Hassan pada Jan 20 yang lepas. Ada 10,471 pengundi di DUN Merlimau dengan 64% pengundi Melayu, 21% pengundi Cina dan 14% pengundi India. Pada PRU 12, 2008, Hidhir telah mengalahkan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. Pada PRU 11 2004, Hidhir telah menewaskan calon PKR S Jayantas dengan majoriti 5,087 undi.

Berikutan ura-ura yang PKR akan meletakkan calon mereka, Shamsul Iskandar Amin, Ketua AMK untuk pilihan raya kecil tersebut, ketua pemuda PAS pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi telah mengeluarkan kenyataan bahawa hak PAS untuk bertanding dikekalkan dan dihormati rakan dalam Pakatan Rakyat.

Saya menyokong penuh pendirian Ustaz Nasrudin. Peluang calon PAS untuk memenangi pilihan raya kecil ini adalah jauh lebih baik dari calon PKR. Hujah yang menyatakan bahawa ini giliran untuk PKR bertanding adalah amat dangkal sekali. PAS hanya mengekalkan hak mereka untuk bertanding pada PRU 12.

PRK ini adalah berikutan kematian ADUN yang dipilih pada PRU 12. Peluang PKR untuk menang pilihan raya kecil ini amat tipis sekali. Kredibiliti Anwar Ibrahim telah merudum di kalangan pengundi Melayu.

Tambah lagi, PKR dianggap sebagai sebuah parti politik yang penuh dengan carca-marba. Umum juga tahu yang Shamsul Iskandar menyandang jawatan ketua AMK kerana pengundian untuk jawatan tersebut di Sabah dan Sarawak telah disusun oleh Anwar Ibrahim.

Di Semenanjung, Che Gu Bard telah mengalahkan Shamsul Iskandar dengan teruk. Diharap dengan kemenangan calon PAS di pilihan raya kecil DUN Tenang, Insya Allah, akan mendorong pengundi-pengundi di DUN Merlimau untuk memilih calon PAS.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads