Sabtu, 19 April 2014

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di serkam</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Mar 2014 01:24 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Keturunan Tok Kepau: TOK ANDAK <b>SERKAM</b> & SUNGAI BENTAYAN

Posted: 07 Nov 2013 05:30 AM PST


MENYELUSURI WARISAN  TOK ANDAK  SERKAM
Nama sebenarnya ialah Hj Md Said bin Penghulu Marsah  bin Tok Senin. Beliau dilahirkan dikampung Serkam Melaka, mempunyai 14  orang adik beradik, tetapi yang diketahui setakat ini ialah  9 orang sahaja, iaitu: Landa binti Marsah, Hj Md Said (Tok Andak ) bin Marsah, Penghulu Amar bin Marsah, Jamaludin bin Marsah, Md Aris bin Marsah, Satariah binti Marsah, Senah binti Marsah bersuamikan Penghulu Kaem, Badariah binti Marsah bersuamikan Lajis, dan Nanggau bin Marsah (Jurai ini banyak terdapat di kampung Sungai Rambai.)
Hj Md Said (Tok Andak) mempunyai 2 orang isteri yang dikahwini nya, iaitu isteri pertama nya bernama Suri binti Sa'ban, namun tidak dikurniakan zuriat. Manakala isterri kedua nya pula bernama Sa'diah. Menurut setengah kaul mengatakan , isteri keduanya  Sa'diah ini ialah anakanda kepada Temenggong Ibrahim (Daeng Ronggek) ibni Temenggong Abd Rahman Johor. Melalui perkahwinan ini dikurniakan anak ia itu: Hj Kamaludin beristerikan Nye (Beliau lah yang meneroka lorong pandan Melaka), Hj Hasanuddin (Jurai ini banyak terdapat di kampung Sungai Rambai, kebanyakan nya menjadi pegawai syarak), Hj Md Zin, Hj Md Ali, Bijah, Kamariah, Timah, Hajjah Che'Mah bersuamikan Tannuddin (Tannuddin ini ialah berkaum dengan kerabat Tun Tan Cheng Lok , Melaka), Halimah, Jagoh (Beliau lah yang meneroka kampung Bukit Senggeh Melaka), Nukiah, Liah, dan Temah bersuamikan Hj Muhamad.
Ada pun jurai keturunan ini banyak terdapat di Serkam, Tedung, Muar, Semerah, Sungai Balang, Bukit Senggeh, Sungai Rambai, dan ada juga tempat tempat lain yang tidak dipenakan disini. Keturunan ini juga banyak menelurkan ramai cendikiawan, ulamak , Ahli politik, Ketua masyarakat, orang orang seni, dan orang orang kenamaan yang berjawatan penting di Malaysia. Ada setengah riwayat  mengatakan keturunan ini ada yang merantau  dan semende menyemenda melalui perkahwinan dengan keturunan Melayu Patani di Thailand, dan dengan kerabat kesultanan Sulu di Filipinah. Namun perhubungan kekeluargaan telah terputus dan tidak dapat dikesan hingga kehari  ini.
Semasa hayat nya Hj Md Said (Tok Andak) ini, berjawatan sebagai tuan Imam dan ulamak yang disegani dan tersohor bukan sahaja dikampung Serkam, malahan diluar kawasan itu, sehinggakan kampung Serkam mendapat jolokan sebagai serambi Mekah. Dizaman beliaulah , anak anak  kariah di Serkam telah bergotong royong  membina sebuah mesjid pada tahun 1853 dibawah pengawasan beliau sendiri dan dibantu olih adindanya Penghulu Amar bin Penghulu Marsah.
Mengimbau kembali sejarah penglibatan nya didalam satu pemberontakan yang dinamakan perang rokam . Peristiwa ini berlaku pada tahun 1887, yang mana penduduk Serkam yang dipimpin olih Hj Md Said (Tok Andak) tidak berpuas hati , terhadap sistem baru pembayaran cukai yang diperkenalkan olih pihak British. Olih kerana rundingan menemui jalan buntu  , maka pihak British yang dipimpin olih pesuruh jaya tanah di Melaka bernama BH Alcum  telah datang ke Serkam dengan membawa sejumlah besar mata mata lengkap bersenapang dan bersangkur , menaiki kerita kuda dari Melaka, bagi menakut nakutkan penduduk Serkam  yang telah pun bersedia dengan alat senjatanya , bagi menghadapi  sebarang kemunkinan.
Didalam keadaan yang amat genting , Sultan Abu Bakar Johor telah menjadi orang tengah , mengundang Hj Md Said (Tok Andak) dan anak anak buah nya berpindah ke Muar. Kumpulan ini berperahu dari Serkam  memasuki sungai Muar , seterusnya memudiki sungai Bentayan Muar, lebih kurang satu setengah km dari muara , telah membuka penempatan baru disebelah kanan tebing sungai Bentayan  dan tempat ini dinamakan lorong Serkam hingga kehari ini. Pada tahun 1888, Hj Md Said (Tok Andak) telah meninggal dunia dan dikebumikan ditanah perkuburan islam  " Saiddiah "  batu: 1 Bakri Muar, di tepi sungai Bentayan dibawah pohon tembusu. Tanah perkuburan ini dinamakan tanah perkuburan Saiddiah , ialah sempena nama beliau.
Olih kerana beliau berasal dari Serkam Melaka, maka dibahagian kepala makam nya telah dibina kubah, saperti kubah mesjid mesjid tua di Melaka, manakala disebelah kanan makam beliau ialah makam isteri nya Sa'diah. Makam ini dijaga rapi olih ahli ahli waris kadim keturunan ini , turun temurun, dan orang yang menyumbang khidmat mengecat makam nya disaban tahun ialah En Abas bin Md Kaus bin Abd Manaf bin Hj Kamaludin bin Hj Md Said (Tok Andak), tinggal di lorong Pandan Melaka. Semoga beliau dipanjangkan usia dan ditambah rezeki yang melimpah ruah.
Setelah kematian Hj Md Said (Tok Andak), maka anak anak buah nya yang tinggal dilorong Serkam Muar , sebahagian nya telah berpindah semula kekampung asal nya di Serkam Melaka.  Kini lorong Serkam telah lengang , banyak lot lot tanah telah terjual kepada bangsa Cina, dan tersepit dengan arus pembangunan. Yang tinggal ialah sebuah surau, sebuah madrasah belajar ugama dan beberapa buah rumah kediaman , termasuklah sebuah rumah cucu cicit nya ia itu Allahyarhamah Hajjah Jamilah binti Kasim. Selebih nya ialah orang orang luar sebagai penyewa dan tidak seorang pun yang tahu, apabila ditanya tentaaang keujudan dan sejarah lorong Serkam, serta asal usul peneroka   asal nya didalam erti kata yang sebenar. Sehinggakan makam Hj Md Said (Tok Andak) sendiri pun, ada pihak yang tidak bertanggung jawab , telah menafikan nya dan mendakwa  sebagai makam  "Tok Bentayan " yang tiada lansung kena mengena dengan sejarah yang sebenar, semata mata untuk mendapatkan publisiti murahan, tanpa merujuk terlebih dahulu kepada ahli ahli waris kadim keturunan ini. Apa tah lagi kalau ditanya kepada ahli ahli waris Tok Bentayan sendiri pun , merika tidak akan bersetuju , makam itu adalah makam moyang nya. Begitu lah resam dunia , pabila itik sudah bertaji, pabila kadok dah naik junjung, pabila cacing naik kemata, lantas merasakan diri sehebat hebat nya.
(Coretan ini adalah sebagai serpihan dari sejarah yang dipena olih ahli ahli waris Tok Andak yang berada di Serkam Melaka, jika ada kelemahan dari segi sejarah dan  fakta , harap diperbetulkan, untuk kebaikan kita bersama)

BLOG MELAKA: 04 <b>di serkam</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2014 01:31 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

My Rainbow...: Ikan Bakar Lagi... <b>di Serkam</b>, Melaka

Posted: 29 Jan 2014 05:00 PM PST

Assalamualaikum.....

Jangan tanya bila kejadian peristiwa ini. Kita tak ingat. Tapi belumlah sampai setahun lagi usianya..heehehehe. Oh, entry2 kat blog kita ni memang tak ada tarikh kan. Kita bukan style menulis blog untuk diary. Blog ini adalah untuk rakaman rekod kehidupan dan yang paling penting, untuk berkongsi dengan umum. Lebih kepada makan2 jer kan... Dah itu jer yang tinggi trafiknya. Hahahahaha.

Lagipun, ramai yang nak bercuti2 Mesia hujung minggu ni kan? Kalau ada yang nak melancung ke Melaka, bolehlah selongkar blog kita ni yer...

Anyway, ada satu weekend tu, hubby ajak kami semua makan di luar. Saja lah...sebab Adam dapat no. 3 masa final exam, tapi kami belum ajak dia dinner lagi. Sekadar satu penghargaan untuk usaha Adam. Ain belum ada lagi masa tu. So, kami anak beranak dengan Mommy dan Firdaus jer la. Tak ada hala tujuan nak makan di mana. Last2, ikan bakar juga la....

Dah biasa pergi ke Umbai. Dengan niat nak explore dan mempromosikan tarikan di Melaka, kami menuju ke Serkam. Serkam ni kalau dari Melaka, ikut sign board arah ke Muar. Akan lalu Umbai dulu, lepas tu baru jumpa Serkam. Kalau dah termasuk highway AMJ tu, ikut arah ke Umbai. Alah...sekarang semua dah ada google maps, waze, dan berbagai2 lagi kan. Tapi ada segelintir yang masih old school dan lebih selesa dengan cara lama iaitu signboard...Insya Allah tak sesat. Susah2 sangat, tanya jer orang tepi jalan ke, kedai runcit ke...mana Medan Ikan Bakar Serkam.

Disebabkan kami tak berapa biasa di sini, maka kami belasah jer kedai yang pertama tu. Ramai juga lah pelanggannya walaupun bukan musim cuti.

Pandai2 lah baca signboard tu yer...

Kami pergi ke kedai yang ada signboard kat atas tu. Macam biasa, pilih ikan, pilih hidupan laut yang lain dan pilih menu.


Kami ambil dua ekor ikan. Ambil jenahak sekor, dan bahagi dua. Bakar sambal jer. Aduh mak...sodap ehhh. Sambal dia sedappp. Isi ikannya tak kering..dibakar sedang elok masaknya dan lembut sangat. Sambalnya wangi dengan bau hirisan daun kunyit. Tak pedas sangat. Cilinya terasa sedang2 je dan sambalnya pun lightly covered the fish. Ok, yang ni, recommended. Tak sah kalau tak ambil siakap. Ikan, kalau ikut selera kami sekeluarga, sedap tiga rasa jer. Sweet and sour ni tak berapa ngam dengan ikan. Manis jer yang lebih kadang2 tu. Tapi, pesan siap2 lah dengan kedai...kami tak nak ikan tu digoreng garing sangat. Nanti nak makan jadi keras dan liat. Dan Alhamdulillah, memang sedap dia masak. Ikan memang tak garing sampai jadi keropok. Rasa pun boleh tahan sedap.
Ok, ini antara hidangan yang lain. Kiri atas adalah sotong goreng tepung. Menu wajib kan. Lepas tu ada kepah goreng halia. Not bad.... Yang panjang2 macam batang buluh tu namanya pepahat. Kita pernah makan pepahat nie sekali jer dulu. Adalah 6-7 tahun lepas di kedai ikan bakar di Umbai yang namanya Parameswara tu. Kalau google, ramai yang puji kedai ni. Tapi, kami sekeluarga langsung tak boleh terima. Kat situlah first time kita makan pepahat. Langsunggg tak sedap. Dengan hamisnya, hanyirnya, dengan pahitnya...ishhh. Masakan lain pun tak kena dengan selera kami. So, blacklist kedai tu.

Anyway, setelah bertahun2...kita beri peluang kedua pada pepahat. So, cuba lagi. Eh, kat sini..pepahat tu jadi sedapppp sangat. Macam mana ekk.. Isinya macam panjang2 juga. Macam kepah tu, tapi versi kurus dan panjang. Bila makan, masuk mulut dan kunyah...oh my...juicy sangat. Dia masak pun light jer. Tak pedas sangat, tak masin, tak manis...sedang2 elok... Memang semua orang pun kejap2 cekup si pepahat nie.

Ikan, di cicah dengan sambal kicap. Lagi satu, sambal cicahnya ialah sambal tumis. Sambal tumis nasi lemak yang biasa tu.... Dia beri semangkuk sambal tumis, dan terpulang pada kita nak makan dengan ikan ke, atau dengan nasi lemak. Oh, nasi lemak dia tak campur dengan sambal. Sebab tu sambal tu asing. Bagus kan... Yer lah, ada yang datang..Chinese. Tak makan pedas...nak sambal pun, colek2 hujung sudu jer. Ada juga yang bawa anak kecik, nasi tak boleh campur sambal. So, baguslah dia bungkus nasi lemak macam ni.

Ada yang tak tahu? Kat Melaka, kalau makan ikan bakar, biasanya di makan dengan nasi lemak tau. Tapi jangan risau, nasi putih pun ada..... Minta jer. Jangan minta nasi minyak atau nasi Arab..sudaaahhh!

Antara pilihan bahan mentah yang ada.

Kedai ni, masakan dia memang sedap. Cumaaaaa......yang tak bestnya ialah mahal sangatttt! Kami makan hidangan yang kat atas tu, sikit lagi nak cecah RM300.00 tau. Mak aii..terperanjat kita. Rupa2nya, bilnya jenis bahan mentah dan upah memasak kira asing. Kat bahan mentah dia dah top up untung, kat upah masak, confirm top up lagi.

Hmmm.... walaupun sedap, tapi kami takkan repeat kot. Agak kurang berbaloi dengan harga. Kalau di Umbai, kedai No. 5 tu, koman2 pun, separuh dari itu jer harganya. Sedap pun sedap....

So, terpulang pada anda semua... Kalau agak2 Umbai tu penuh sangat sampai nak masuk kereta ke parking lot pun tak muat dah, bolehlah teruskan perjalanan ke depan sikit dan pergi sini. Tapi tepuk wallet dulu yer...Agak2 tebal, bolehlah...


Che Hasrah: Utusan Online - Selatan

Posted: 20 Mar 2014 03:40 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Rimbunan Kaseh ubah nasib 97 keluarga

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

Oleh Nursuraya Zulkifli
utusanmelaka@utusan.com.my

Mohd. Khalil Yaakob melawat tapak penternakan ikan keli dan jadeperch dalam sangkar ketika melawat projek Rimbunan Kaseh Serkam di Jasin, Melaka, baru-baru ini.

JASIN 19 Mac - Apabila Projek Rimbunan Kaseh Serkam mula diperkenalkan, ramai yang tidak terfikir itu adalah satu model baharu yang diperkenalkan kerana dapat mengubah kehidupan golongan berpendapatan rendah menikmati kehidupan lebih selesa.

Jika sebelum ini, golongan tersebut terlalu bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tetapi kini nasib mereka sudah jauh berubah.

Kini, mereka tidak lagi memerlukan bantuan sebaliknya sudah boleh berbangga melalui Projek Rimbunan Kaseh yang merupakan penempatan baharu yang dibangunkan dengan industri pertanian dan penternakan bagi membela nasib serta mengeluarkan rakyat daripada garis kemiskinan.

Projek Rimbunan Kaseh Serkam adalah yang kedua selepas projek perintis pertama diperkenalkan di Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang.

Projek Rimbunan Kaseh Serkam merupakan model transformasi masyarakat di kawasan luar bandar yang moden, memenuhi keperluan penempatan kehidupan komuniti, selain menjana ekonomi menerusi industri pertanian yang mengamalkan kaedah pertanian berteknologi tinggi.

Berkeluasan 14.164 hektar, projek di Serkam Darat itu merupakan sebahagian program transformasi ke arah memberi keselesaan kehidupan rakyat dalam suasana yang perkampungan abad ke-21, dilengkapi kemudahan infrastruktur dan sumber perekonomian baharu serba moden.

Terdapat dua bahagian pembangunan bagi projek Rimbunan Kaseh ini iaitu kawasan perumahan seluas 8.094 hektar dan 6.07 hektar untuk pertanian serta ternakan.

Projek tersebut dibiayai Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM24 juta bagi membangunkan infrastruktur dan prasarana yang merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru kerajaan untuk membasmi kemiskinan di negeri ini.

Sebanyak RM3 juta pula dibiaya oleh kerajaan negeri menerusi MAIM yang bertanggungjawab menyediakan tapak tanah.

Rimbunan Kaseh yang dibangunkan ini merupakan projek pembangunan khas bagi menaik taraf hidup keluarga miskin terpilih bagi membolehkan mereka menikmati kualiti hidup lebih baik.

Kini, Projek Rimbunan Kaseh di Serkam yang hampir setahun dibangunkan mula memperlihatkan hasil apabila berjaya mengubah kehidupan 97 peserta terdiri daripada penerima asnaf zakat MAIM menambah pendapatan pertanian moden.

Peserta melalui penglibatan dalam mengikat kontrak dengan syarikat IRIS Corporation Berhad menjadi petani moden selama lima tahun, melaksanakan kerja-kerja penternakan dan pertanian secara hidroponik yang disediakan di kawasan tersebut.

Bagi memudahkan lagi usaha yang dijalankan peserta, IRIS membeli hasil tanaman itu untuk dijual dan ini tidak menimbulkan masalah bagi peserta untuk memasarkan hasil tanaman serta ternakan.

Setiap peserta bukan sahaja disediakan perumahan selesa, bahkan turut diberi peluang bekerja di ladang moden yang dibangunkan, sekali gus mampu menjana pendapatan sekitar RM1,500 sebulan.

Dalam lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke tapak projek berkenaan awal Februari lalu, beliau melihat projek itu sebagai pemangkin kepada transformasi pertanian berdasarkan tiga paksi.

Tiga paksi penting itu ialah mentransformasikan pertanian menjadi sumber pendapatan tinggi kepada masyarakat luar bandar iaitu dengan menggunakan teknologi moden, meluaskan pasaran dan amalan pertanian yang baik seterusnya memberi pendapatan tinggi, khususnya kepada masyarakat miskin negara ini.

Ladang bersepadu projek Rimbunan Kaseh menggunakan sistem berteknologi tinggi seperti sistem autopots dan aquaponics bagi proses pembiakan ikan serta tanaman pertanian menjana hasil segar dan memberi pulangan lumayan.

Perladangan bersepadu yang dilaksanakan di bawah projek ini oleh IRIS menggunakan kaedah Iris Autopot System, Iris Aquaponic System, penternakan ikan serta penanaman padi menggunakan kaedah sustainable rhizosphere improvement innovations (SRI2).

Projek yang diusahakan ialah golden melon, halia, limau kasturi, ikan talapia merah, keli dan jadeperch (ikan yang tinggi kandungan Omega-3 dari Australia) serta tanaman padi Siraj (campuran benih beras Basmathi dan Jepun).

Projek ini juga memperlihatkan penggunaan teknologi yang bersesuaian dan terkini dalam industri pertanian yang mampu memberi hasil lebih banyak, bermutu dan kualiti lebih tinggi dan stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, konsep projek Rimbunan Kaseh Serkam ini dilihat boleh diguna pakai untuk dibangunkan di kesemua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu golongan miskin di negeri ini.

Menurutnya, projek tersebut yang mula beroperasi sejak Mei tahun lalu telah diakui sebagai contoh terbaik di Malaysia kerana berjaya mencapai kejayaan dalam masa ditetapkan.

"Projek ini mewujudkan peluang pekerjaan dan membantu golongan yang berpendapatan rendah serta kurang bernasib baik keluar dari kepompong kemiskinan dan membina kehidupan lebih selesa.

"Ini memperlihatkan impak yang positif dalam pelbagai sudut, malah menjadi tumpuan baharu dalam agro-pelancongan di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas mengiringi lawatan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke tapak projek Rimbunan Kaseh Serkam kelmarin.

Dalam pada itu, Hasan berkata, seiring dengan matlamat kerajaan negeri, Melaka Maju Negeri Berteknologi Hijau, usaha penambahbaikan perlu dipertingkat bagi memastikan projek pertanian dan ternakan ikan itu terus berdaya saing.

Katanya, aktiviti ekonomi di kawasan itu seharusnya dipelbagaikan dengan mewujudkan industri hiliran seperti pengeluaran produk sebagai contoh pemprosesan bebola ikan, pengetinan buah-buahan dan sebagainya untuk dikomersial dan dipasarkan dalam dan luar negara.

"Saya percaya peserta projek ini mempunyai masa depan cerah dan seperti digambar oleh pihak Iris Corporation Berhad yang bertanggungjawab melaksanakan projek pertanian di kawasan itu. Syarikat itu pasti mempunyai rancangan untuk terus membangunkan kawasan berkenaan," katanya.

Hidup peserta lebih baik, pendapatan meningkat

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

Tanaman golden melon yang menggunakan kaedah teknologi pertanian moden dalam projek Rimbunan Kaseh Serkam.

JASIN 19 Mac - Usaha kerajaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat menerusi Projek Rimbunan Kaseh di Serkam dilihat membuahkan hasil.

Projek berkenaan memberi peluang kepada pesertanya yang merupakan penerima asnaf zakat dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berubah kepada kehidupan lebih baik.

Salah seorang peserta, Aswamati Kadir, 38, berkata, pendapatan yang diperolehnya sebagai petani di situ dapat membantu meringankan beban suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

Katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan sebelum ini, kehidupan mereka sekarang berada tahap lebih baik, selain masa bekerja yang sangat teratur dan mempunyai masa lapang bersama keluarga.

"Syukur alhamdulillah kerana terpilih menjadi peserta Projek Rimbunan Kaseh ini memandangkan ramai yang memohon untuk bekerja di sini. Kehidupan rasa lebih selesa berbanding dahulu," katanya.

Bagi Husin Mohd. Jeffry, 36, pula, sejak menyertai Rimbunan Kaseh, kehidupannya sekeluarga lebih bermakna kerana mempunyai pendapatan tetap sebanyak RM1,500 sebulan.

"Jika sebelum ini, kami selalu bingung memikirkan wang sewa bulanan rumah, namun kini kami mampu hidup dengan lebih baik kerana mendapat sewa rumah yang murah iaitu serendah RM100, selain mendapat potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Pekerjaan dahulu gajinya RM1,200, selain bayaran sewa RM150, tetapi kini, gaji bulanan diperoleh ialah RM1,500 dan ini cukup untuk menampung hidupan isteri yang tidak bekerja dengan seorang anak," katanya.

Bagi Hadilah Hasan, 45, selain bekerja sebagai petani di ladang itu, dia juga mengambil inisiatif membuka kelas mengaji di rumahnya.

Ibu tunggal dengan enam anak itu berkata, usaha tersebut dilakukannya untuk berbakti kepada anak-anak asnaf yang berada di Taman Rimbunan Kaseh Serkam itu dengan menekankan pembangunan kerohanian.

"Kelas ini dibuka untuk kanak-kanak seawal usia tiga tahun hingga pelajar sekolah menengah yang berminat untuk belajar mengaji.

"Selain bekerja di ladang, ini adalah usaha yang mampu saya lakukan untuk membantu anak-anak bangsa dalam menerapkan pembelajaran agama," katanya.

Belajar konsisten rahsia kejayaan pelajar cemerlang STPM

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

TENGKU Shahiran Tengku Ruslan dijulang rakan-rakannya selepas memperoleh keputusan cemerlang peperiksaan STPM di SMK Dato Undang Musa Al-Haj, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 19 Mac - "Mengulang kaji secara konsisten serta dorongan ibu bapa merupakan kunci kejayaan saya memperoleh keputusan ini."

Demikian kata S. Sivaloyshini, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampangan yang mencatat keputusan empat prinsipal A dan satu B+ bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 di negeri ini.

"Setiap hari saya akan pastikan diri saya mengulang kaji pelajaran kerana mahu mendapatkan keputusan yang cemerlang.

"Kejayaan ini bukan sahaja menggembirakan diri saya, tetapi apa yang penting ialah ibu bapa saya," kata anak kepada seorang ejen insurans itu.

Sivaloyshini berharap keputusan itu akan menjadi tiket untuk dia melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang demi mencapai cita-cita menjadi seorang peguam kelak.

Pelajar SMK Dato Undang Musa Al-Haj di Jelebu, Tengku Shahiran Tengku Ruslan, 20, pula berkata, selain menjaga hubungan dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan serta pengurusan sekolah, kejayaan itu berikutan usahanya menjaga hubungan yang baik dengan Maha Pencipta.

"Bagi saya selain solat wajib, amalan mengerjakan solat sunat duha turut menjadi penyumbang dalam mengecapi kejayaan ini. Biasanya saya akan mengulangkaji pelajaran dua hingga tiga jam selepas solat Maghrib.

"Apa yang penting usaha serta komitmen yang konsisten setiap hari untuk mengulangkaji pelajaran perlu disemat dalam diri," kata anak keempat daripada enam beradik yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sementara itu, pelajar SMK St. Paul, See Yan Teng, 20, memberitahu, dia amat gembira dan tidak menyangka mampu mencatatkan keputusan empat prinsipal A.

"Saya hanya menumpukan perhatian dalam kelas ketika guru mengajar dan selalu bertanya sekiranya tidak faham. Rakan-rakan juga banyak membantu ketika mengulang kaji bersama.

"Selain sokongan ibu bapa, kakak saya merupakan antara yang banyak membantu ketika mengulang kaji pelajaran, saya sering bertanya kepadanya jika tidak faham apa yang diajar di sekolah," kata pelajar jurusan sains itu.

Anak bongsu daripada dua beradik itu berhasrat untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan bagi mengejar cita-citanya menjadi seorang pakar nutrisi.

Jumaat, 18 April 2014

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Dia buat dah: Maut bertembung bas persiaran <b>di Jasin</b>

Posted: 12 Apr 2014 03:31 AM PDT

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
Jasin: Lelaki maut apabila kereta dipandu bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 26 Jalan Jasin Merlimau, Merlimau di sini, 10.40 malam tadi.
Difahamkan, Proton Wira dipandu mangsa, Mohd Syafiq Abd Latif, 24, dalam perjalanan dari Merlimau ke Jasin manakala bas dipandu lelaki berusia 47 tahun datang dari arah bertentangan. 
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superitendan Mohd Nur Hishamudin Hashim berkata, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan bas dinaiki 20 penumpang terbabit.

"Rempuhan mengakibatkan mangsa tersepit dan dikeluarkan anggota bomba sebelum disahkan maut di tempat kejadian kerana parah di kepala.


"Semua penumpang dan pemandu bas itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/12

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Feb 2014 09:52 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Oct 2013 09:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Sep 2013 09:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tingkat hasil udang <b>di</b> Sungai <b>Ramuan China</b> - Utusan Online

Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT

AMIRUDDIN Yusof (dua dari kanan) dan Mas Ermieyati Samsudin (tiga dari kanan) bergambar beramai-ramai sebelum melepaskan sebahagian daripada 100,000 benih udang galah di Pangkalan Paya Lebar, baru-baru ini.

ALOR GAJAH 24 Jun - Sungai Ramuan China dekat sini akan terus menjadi punca rezeki nelayan sungai melalui hasil tangkapan udang galah.

Pengarah Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali berkata, bagi menambah dan mengekalkan stok udang galah yang semakin berkurangan, pihaknya telah melepaskan sebanyak 100,000 ekor benih udang galah di sungai tersebut.

Menurutnya, usaha tersebut dilihat mampu meningkatkan hasil tangkapan kepada nelayan sungai selain ia mampu memberi kepuasan kepada pemancing yang kerap menjadikan sungai berkenaan sebagai lokasi memancing udang galah.

''Program pelepasan benih udang ini secara tidak langsung dapat memelihara sumber udang galah daripada pupus selain ia dapat melindungi stok di sepanjang sungai Ramuan China," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan 100,000 ekor benih udang galah di Pengkalan Paya Lebar, Sungai Ramuan China di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Shamsuddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Amiruddin Yusof.

Rosmawati berkata, program pelepasan benih udang galah itu dilihat sebagai langkah terbaik untuk melestarikan sumber perikanan di sungai tersebut.

Justeru katanya, selain pelepasan benih udang galah di sepanjang sungai berkenaan, pihaknya turut akan melaksanakan pelepasan itu di beberapa sungai lain di negeri ini.

Beliau berkata, usaha yang dijalankan oleh jabatan itu sepatutnya turut mendapat sokongan padu daripada pihak swasta terutamanya pengeluar-pengeluar benih udang galah dengan memberi sumbangan meneruskan pelaksanaan program tersebut.

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di durian tunggal</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2014 09:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di durian tunggal - Google Blog Search

BLOG MELAKA: 04 <b>di durian tunggal</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2014 09:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TEKO KOPI AG MELAKA CYBERTROPPERS: MEMBARA <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2014 08:00 AM PDT

Durian Tunggal Melaka 16 Feb 2014 :
Perghhh...!!!! 3 program serentak dari UMNO untuk rakyat...!!!! fuyooo...!!!! terangkat bro...!!!
UMNO telah mengadakan 3 progam secara serentak di DUN Durian Tunggal Parlimen Alor Gajah Melaka pagi tadi iaitu Program MEMBARA Gotong Royong membaiki sebuah rumah rakyat di Kg Padang Keladi bersama YB Datuk Wira Ketua UMNO Bahagian, Lawatan Kebajikan di Kg Padang Kerbau oleh YB ADUN Durian Tunggal serta Gerakerja Daftar Pemilih Baru dan Keahlian UMNO di Kg Panchor.
Program MEMBARA (UMNO Membantu Rakyat) di Kg Padang Keladi Durian Tunggal Melaka bersama YB Datuk Wira Hj Abdul Ghafaar bin Hj Atan, Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah Melaka.
 Program Lawatan Kebajikan di Kg Padang Kerbau Durian Tunggal Melaka oleh YB Datuk Hj Ab Wahab bin Hj Ab Latip ADUN Durian Tunggal.  Program Daftar Pemilih dan Keahlian UMNO dari rumah ke rumah oleh Pergerakan Pemuda UMNO.
Untuk makluman, Program MEMBARA (UMNO MEMBANTU RAKYAT) telah menjadi medium utama parti keramat UMNO untuk membantu rakyat dan telah bermula sejak Januari lalu sehingga PRU14 di kesemua Bahagian UMNO. Program ini meliputi pendidikan, kebajikan, keagamaan, kesihatan dan merangkumi penglibatan rakyat daripada pelbagai usia dan kaum. "Kita mahu membantu rakyat tanpa mengira parti, itu syarat modul program ini. Mereka yang susah dan memerlukan bantuan, Umno akan bantu. Kita mahu terus membantu rakyat dengan semangat membara seperti api," -NAJIB

Jadi nampaknya Si Adly Zahari Pesuruhjaya PAS Melaka yang sememangnya akan bertanding di DUN Durian Tunggal akan semakin resah gelisah melihat gerakerja UMNO nie. Aku amat berharap agar rakyat di DUN Durian Tunggal dapat menilai kesungguhan UMNO untuk membela rakyat, tidak seperti mamat nie yang hanya akan muncul 12 bulan sebelum Pilihanraya Umum nanti....masa tu kira dialar makhluk yang paling prihatin dan paling suci bagai debu di DUN Durian Tunggal Melaka ini...erk eleh...!!!!

Syabas juga aku nak ucapkan kepada UMNO DUN Durian Tunggal yang terus menerus berusaha untuk mengekalkan momentum mendekati pengundi menerusi aktiviti aktiviti yang dirancang. Kalau kita BERSATU, SEGALA GALANYA AKAN MENJADI MUDAH.... Bagi aku, semua program program ini hendaklah di highlightkan nama UMNO, Barisan Nasional serta sayap sayap UMNO dan bukannya NGO seperti Belia 4B atau blablabla yang sewaktu dengannya. Kita mahu rakyat di DUN Durian Tunggal ini sentiasa menyebut nama UMNO dan Barisan Nasional...almaklumlar yang nak bertanding dalam PRU14 nanti adalah UMNO@Barisan Nasional....bukannya NGO nie...ada betul..???? NGO ini diwujudkan untuk membantu UMNO, bukannya untuk 'takeover' UMNO atau Pemuda UMNO atau Puteri UMNO atau Wanita UMNO...itular seperti sedang berlaku di DUN Durian Tunggal mahupun di Parlimen Alor Gajah ini....masing masing seperti ingin mengejar "sesuatu"......!!!.. ini pendapat peribadi aku...kalau ada yang tidak bersetuju....terpulanglah...!!!..ada aku kesah...?? hehehe...!!!

psstt... bekerjalar dengan penuh STRATEGI bro...!!! In sya Allah UMNO akan DIBERKATI....!!! adios...

Paras Air Empangan <b>Durian Tunggal</b> Turun - MYNEWSHUB.MY <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2014 03:51 AM PST


MELAKA – Paras air di Empangan Durian Tunggal dekat sini yang merupakan nadi bekalan air di negeri ini mengalami penurunan antara 0.9 peratus hingga satu peratus setiap hari sejak musim panas bermula bulan lepas.

Sumber daripada Syarikat Bekalan Air Melaka (SAMB) berkata, paras air di empangan itu berada pada tahap 73 peratus hari ini berbanding 73.1 peratus semalam, namun masih jauh dari paras kritikal 50 peratus.

Namun beliau mengingatkan: "Jika tiada hujan yang berterusan hingga hujung bulan ini paras air di empangan ini akan menurun kepada 60 peratus.

"Sekiranya cuaca panas dan hujan tidak turun sehingga pertengahan bulan depan, dikhuatiri air akan mencecah paras kritikal 50 peratus".

Antara sebab penurunan itu ialah cuaca panas sejak kebelakangan ini dan kawasan di empangan itu hanya menerima hujan sebanyak dua kali sejak bulan lepas, katanya ketika dihubungi.

Sumber itu turut menyatakan SAMB kini sedang menggunakan empat buah pam untuk mengepam kira-kira 48 juta gelen air sehari antaranya dari Sungai Gersik, Muar, Johor ke Empangan Durian Tunggal dalam usaha menstabilkan paras air di empangan itu. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Paras Air Empangan Durian Tunggal Turunhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Empangan-Durian-Tunggal.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Empangan-Durian-Tunggal-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

MELAKA - Paras air di Empangan Durian Tunggal dekat sini yang merupakan nadi bekalan air di negeri ini mengalami penurunan antara 0.9 peratus hingga satu peratus setiap hari sejak musim panas bermula bulan lepas. Sumber daripada Syarikat Bekalan Air Melaka (SAMB) berkata, paras air di empangan itu berada pada tahap...

<p style="text-align: justify;">MELAKA - Paras air di Empangan Durian Tunggal dekat sini yang merupakan nadi bekalan air di negeri ini mengalami penurunan antara 0.9 peratus hingga satu peratus setiap hari sejak musim panas bermula bulan lepas.</p> <p style="text-align: justify;">Sumber daripada Syarikat Bekalan Air Melaka (SAMB) berkata, paras air di empangan itu berada pada tahap 73 peratus hari ini berbanding 73.1 peratus semalam, namun masih jauh dari paras kritikal 50 peratus.</p> <p style="text-align: justify;">Namun beliau mengingatkan: "Jika tiada hujan yang berterusan hingga hujung bulan ini paras air di empangan ini akan menurun kepada 60 peratus.</p> <p style="text-align: justify;">"Sekiranya cuaca panas dan hujan tidak turun sehingga pertengahan bulan depan, dikhuatiri air akan mencecah paras kritikal 50 peratus".</p> <p style="text-align: justify;">Antara sebab penurunan itu ialah cuaca panas sejak kebelakangan ini dan kawasan di empangan itu hanya menerima hujan sebanyak dua kali sejak bulan lepas, katanya ketika dihubungi.</p> <p style="text-align: justify;">Sumber itu turut menyatakan SAMB kini sedang menggunakan empat buah pam untuk mengepam kira-kira 48 juta gelen air sehari antaranya dari Sungai Gersik, Muar, Johor ke Empangan Durian Tunggal dalam usaha menstabilkan paras air di empangan itu. - BERNAMA</p>

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2014 09:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Masjid Lama <b>Machap</b>, Melaka - Perjalanan Percaturan Pengisian

Posted: 01 Jan 2014 12:13 PM PST

Masjid Lama Machap, Melaka

Tapaknya mula didirikan Masjid pada tahun 1511 setelah serangan kedua Portugis menjajah Melaka. Tok Machap telah terlepas daripada serangan menyusuri Sungai Anak Air Pasir ketika ribut banjir berlaku. Perahunya telah tersadai di atas sebuah bukit lalu Tok Machap telah mendirikan Solat dan merasakan tapak di atas bukit sesuai dijadikan Mercu tanda pembukaan Kg Machap.

Pada Tahun 1865 pembinaan semula telah dijalankan hasil daripada kutipan masyarakat cina untuk  mendirikan Masjid daripada binaan Batu. Terdapat mural lukisan di dinding masjid dan bumbung daripada terracota daripada negeri China.

Dimaklumkan oleh Mi Majeed AL Fatani : Semua makam yang ada di kawasan masjid adalah daripada  kerabat  Dato Machap dan pengikutnya.termasuk yang di bahagian belakang masjid. 
Laksamana Cheng Ho dan pengikut puteri Hang Li Po pernah  berkampong di situ ketika Portugis menyerang melaka pada ketika itu.

 Suasana di dalam Masjid,

Tapi kini masjid ini tidak berfungsi terbuka tempat bersembahyang kepada penduduk. Ianya telah menjadi WARISAN - Kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada tahun 2005.
Lukisan Mural di tepi dinding masjid

Makam Datuk Machap @ Jalini Mendik Masap.
Anak Raja Bugis dan Ulama daripada Makassar Indonesia datang ke Melaka pada tahun 1500-an

Anak tangga daripada tepi masjid ke dasar Empangan tasik Durian Tungal,..
Difahamkan di tasik ini adalah perkampungan asal yang telah musnah akibat daripada pembinaan Tadahan Air empangan. Ketika Musm Kemarau melanda negeri Melaka kelihatan tiang2 rumah timbul daripada dasar empangan,


Dihadapan Makam Tok Machap dan Masjid Lama Machap.

Disekeliling kawasan ini telah dijaga rapi untuk para pengunjung. Terdapat bilik air dibahagian belakang masjid
----------------------------------------------------------------------
Catatan Penulis: Lawatan sehari sebelum Tahun baru 2014.
Perjalanan bermula daripada Highway KL-JB jam 10am. Susur keluar di Alor Gajah.  Selepas Tol (RM16.50) belok ke kanan menuju ke Durian Tunggal. Jalan menuju ke arah Tasik Empangan Durian Tunggal di sebelah kiri.  Selepas melepasi Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam Machap, ada simpang belok ke kiri, Ada Signboard arah ke Masjid Lama Machap. Jalan selorong dalam 85 meter sampai ke masjid ini. 

Percaturan: (Dimaklumkan kelak)

Pengisian:  (Dimaklumkan kelak)

Ceramah Kempen PRU13 <b>Di Machap</b> Melaka 23/04/2013

Posted: 24 Apr 2013 06:15 PM PDT

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Kisah Kucing dan biawak <b>di</b> pinggir tali air pantai <b>klebang</b> - Busuk.org

Posted: 15 Apr 2014 12:34 PM PDT

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 2,776
Widget Aktif : 3,864
Banner Aktif : 5,428

Domain Dibenarkan: 9,292
Jumlah Artikel : 651,371

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Bincang Idea Perniagaan: Homestay Melaka <b>di Bukit Katil</b> (Murah <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2014 08:57 AM PST

Homestay Bukit Katil, terletaknya di Taman Tun Rahah yang  bersebelahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ciri-ciri homestay ini adalah seperti berikut : 


  1.  3 bilik tidur yang dilengkapi katil queen dan 2 bilik air
  2. Air cond + kipas siling (bilik utama), kipas siling (bilik kedua dan ketiga)
  3. Kelengkapan dapur Memasak (Periuk, kuali, cerek elektrik, Pinggan mangkuk dan lain-lain)
  4. Kelengkapan sembahyang (3 unit Telekung, 3 unit Sejadah dan 3 unit kain Pelikat)
  5. Kelengkapan mandian (3 unit tuala mandi, sabun badan)
  6. Kelengkapan tidur (14 unit bantal, 3 unit selimut, 2 unit tilam single extra)
  7. Lain-lain kelengkapan (1 unit TV, sofa 3 seater, meja makan 4 kerusi, 1 unit seterika + iron board)
  8. Kemudahan parking berbumbung
Harga : RM150.00 per malam (tiada promosi ketika ini)

 Klik <
DI SINI > untuk tempahan.
 Anda juga boleh melayari laman web rasmi kami,  

Lokasi Homestay Melaka ini adalah berdekatan dengan tempat-tempat berikut :

  1. Uni. Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) -   15 minit.
  2. Melaka International Trade Centre (MITC) - 10 minit (Mydin Hypermarket, Kota Fesyen, )
  3. Ayer Keroh -  10 minit (Taman Buaya, Taman mini Malaysia, Taman Rama-rama, Zoo Melaka, Taman Rekreasi)
  4. Bandar Melaka - 15 minit (River Cruise, A'Famosa, Stadthuys, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari, Eye On Malaysia, Muzium, Memorial Pengistiharan kemerdekaan, Perigi Hang Li Poh, muara ikan bakar sg. Duyong dan lain-lain lagi)
Video keadaan Homestay Melaka (Homestay Bukit Katil)

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


Angler&#39;s File: Pantai Puteri, <b>Tanjung Kling</b> Melaka

Posted: 09 Apr 2014 01:15 PM PDT


Minggu ni cuti panjang skit. Kalau ambik isnin campug dengan selasa dah 4 hari cuti.  Cuti panjang ni sempena pak janggut putih turun nak bg hadiah, ho ho ho. Aku ambik kesempatan cuti ni utk bwk famili aku berjalan. Destinasi kali ni ialah Melaka. Salah satu negeri yg agak jarang aku singgah. Kali ni kami ke Pantai Puteri yg terletak di Tanjung Kling. Pantai ini berada di Daerah Melaka Tengah, berdekatan dengan Pantai Klebang dan kira kira 10km dari Bandar Melaka. Inilah pertama kali aku dan famili sampai ke pantai ini.
First Impression?…terbaik la. Aku terkejut jugak tgk keadaan pantai di sini. Walaupun pantai tidak selebar pantai di sebelah Pantai Timur tetapi keadaan pantai ni amat bersih. Dengan pokok rhu yg memenuhi sebahagian pantai dan selebihnya diliputi pasir. Pantai ni amat sesuai utk aktiviti perkhemahan. Beberapa kemudahan utk kaki kaki nak berkhemah juga ada. Contohnya beberapa buah tandas awan. Kalau famili suka aktiviti outdoor, aku rasa pantai ni sesuai. Ramai jugak group group yg berkhemah disini.
Tu cerita kaki camping. Ni cerita kaki pancing. Dua tiga hari sebelum start trip, aku check dlm web, xtvt yg biasanya org buat kat sini. Antara yg dilistkan ialah memancing. Keadaan pantai yg tidak lebar tetapi memanjang memang amat sesuai utk dijadikan port memancing pantai. Disepanjang pantai ini terdapat berberapa pondok nelayan menyimpan bot dan deretan kedai kedai menjuai ikan. Umpan bukan masalah la. Boleh didapati sepanjang jalan ditepi pantai tersebut. Ada satu bahagian tu, ada tambak batu yg agak kedepan dr pantai. Ini cun kalau jadi tempat tenggek utk surfcast. Aku tak bawak peralatan. So cuma peram mata saja tgk dari jauh. Next trip, memang aku bwk sekali. Kalau nak lg cun, boleh riki bot nelayan yg byk ditepi pantai. Manatau kot kot ada yg bwk utk trip memancing. Jgn tanya aku. Tak dan nak riki.
Kami sekeluarga menginap di Hotel Pantai Puteri. Hotel yg baik, selesa dan lengkap dengan kemudahan dengan kadar sewa yg berpatutan. Wifi laju dan utk kwan aku yg tiap kali tanya hotel, syarat utama mesti ada swimming pool, hotel ni pun ada. Jgn risau nak apply MOU. Hotel pulak berada betui betui berhadapan dengan pantai. Cross jalan utama, terus boleh bukak baju dan terjun laut. Dalam kepala aku dah plan utk next trip.
Utk keterangan lanjut boleh ke http://pantaiputeri.hotels.net.my/.

Sumber 

More Fishing News: www.gofishtalk.com

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


berapa banyak rasuah yang dimakan pbt untuk <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 16 Apr 2014 06:03 AM PDT


Nak buka kasino, tak dibenarkan. Nak buka pusat perjudian berlesen, kena lalui pelbagai kerumitan dan halangan. Nak buat pusat perjudian on-line pun, masalah prosedur lebih banyak menggagalkan rancangan tersebut daripada membenarkan kewujudannya.

Akhir sekali buka pusat perjudian atas nama PUSAT HIBURAN KELUARGA!

Itu yang berlaku di Alor Gajah, Melaka. Empat buah PUSAT HIBURAN KELUARGA yang kesemuanya merupakan PUSAT PERJUDIAN ONLINE dan MESIN JUDI telah dibuka dan dibenarkan buka oleh Kerajaan Tempatan, PBT tanpa kelulusan Polis Daerah Alor Gajah.




Pusat-pusat hiburan keluarga tersebut terletak di Taman Seri Pelangi, Masjid Tanah dan Pulau Sebang. Ketiga-tiganya dibuka tanpa proses daripada pihak polis dan kelulusan bagaimanapun tetap diberikan oleh Majlis Daerah Alor Gajah.

Kewujudan pusat-pusat hiburan berkenaan menyumbang kepada kegiatan tidak bermoral dan perjudian di Alor Gajah. Yang peliknya pemohon-pemohon lesen tersebut adalah Melayu tetapi dalang sebenar adalah Cina.




Berapakah bayaran yang diterima oleh keempat-empat Melayu yang 'memohon' lesen perjudian yang berselindung di atas nama Pusat Hiburan Keluarga itu? Adakah mereka menerima bayaran bulanan? Atau adakah mereka telah diberikan insuran apabila terpaksa berhadapan dengan implikasi undang-undang nanti?

Namun yang paling menarik, BERAPA BANYAKKAH KOMISYEN YANG DITERIMA OLEH INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU DALAM MAJLIS DAERAH ALOR GAJAH yang memberikan kelulusan dan lesen untuk pusat-pusat hiburan keluarga yang menawarkan mesin-mesin judi untuk pelanggan mereka?

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Kerajaan <b>negeri Melaka</b> percaya ada harta karun <b>di</b> Pulau Nangka <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2014 07:30 PM PDT

Harta karun dikatakan bernilai berbilion ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai di sini.Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diraja.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri telah memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

"Buat masa ini, mereka hanya diberi kuasa untuk mengumpul bukti bergambar," katanya.

Idris berkata, harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut.

"Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar," kata ketua menteri.

Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus.

Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun.

Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas.

Difahamkan bahawa wakil kedua-dua syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja penggalian untuk kerajaan negeri telah meminta "bantuan kerohanian" sebelum melaksanakan usaha mereka.

Antara perkara-perkara yang mereka "bersetuju" adalah untuk mendapatkan persetujuan pentadbiran di negeri itu dan kekayaan daripadanya digunakan untuk manfaat dan kebaikan rakyat.
-Pusat Himpunan Produk2 Kebahagiaan Rumahtangga Suami & Isteri Disini!… KLIK SINI
-Jus Kekal Dara Istimewa Untuk Para Isteri Ketatkan, Rapatkan & Tambah Ummpphh!…KLIK SINI
-Minyak Urutan Untuk Lelaki Paling Hebat & Berkesan!…KLIK SINI

Pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek itu setakat ini menggali beberapa lubang berdiameter 130mm untuk ke dalam gua itu dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

Difahamkan laporan perkembangan terkini mengenai kerja yang masih berterusan itu diserahkan kepada kerajaan negeri pada minggu lepas.

Pulau Nangka terletak kira-kira 4km dari pulau utama negeri iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.

Pulau yang berbatu itu berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya.

Terumbu karang berdekatan pulau tersebut turut menarik perhatian menarik para penyelam.

ads