Sabtu, 29 Mac 2014

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


My Rainbow...: Ikan Bakar Lagi... <b>di Serkam</b>, Melaka

Posted: 29 Jan 2014 05:00 PM PST

Assalamualaikum.....

Jangan tanya bila kejadian peristiwa ini. Kita tak ingat. Tapi belumlah sampai setahun lagi usianya..heehehehe. Oh, entry2 kat blog kita ni memang tak ada tarikh kan. Kita bukan style menulis blog untuk diary. Blog ini adalah untuk rakaman rekod kehidupan dan yang paling penting, untuk berkongsi dengan umum. Lebih kepada makan2 jer kan... Dah itu jer yang tinggi trafiknya. Hahahahaha.

Lagipun, ramai yang nak bercuti2 Mesia hujung minggu ni kan? Kalau ada yang nak melancung ke Melaka, bolehlah selongkar blog kita ni yer...

Anyway, ada satu weekend tu, hubby ajak kami semua makan di luar. Saja lah...sebab Adam dapat no. 3 masa final exam, tapi kami belum ajak dia dinner lagi. Sekadar satu penghargaan untuk usaha Adam. Ain belum ada lagi masa tu. So, kami anak beranak dengan Mommy dan Firdaus jer la. Tak ada hala tujuan nak makan di mana. Last2, ikan bakar juga la....

Dah biasa pergi ke Umbai. Dengan niat nak explore dan mempromosikan tarikan di Melaka, kami menuju ke Serkam. Serkam ni kalau dari Melaka, ikut sign board arah ke Muar. Akan lalu Umbai dulu, lepas tu baru jumpa Serkam. Kalau dah termasuk highway AMJ tu, ikut arah ke Umbai. Alah...sekarang semua dah ada google maps, waze, dan berbagai2 lagi kan. Tapi ada segelintir yang masih old school dan lebih selesa dengan cara lama iaitu signboard...Insya Allah tak sesat. Susah2 sangat, tanya jer orang tepi jalan ke, kedai runcit ke...mana Medan Ikan Bakar Serkam.

Disebabkan kami tak berapa biasa di sini, maka kami belasah jer kedai yang pertama tu. Ramai juga lah pelanggannya walaupun bukan musim cuti.

Pandai2 lah baca signboard tu yer...

Kami pergi ke kedai yang ada signboard kat atas tu. Macam biasa, pilih ikan, pilih hidupan laut yang lain dan pilih menu.


Kami ambil dua ekor ikan. Ambil jenahak sekor, dan bahagi dua. Bakar sambal jer. Aduh mak...sodap ehhh. Sambal dia sedappp. Isi ikannya tak kering..dibakar sedang elok masaknya dan lembut sangat. Sambalnya wangi dengan bau hirisan daun kunyit. Tak pedas sangat. Cilinya terasa sedang2 je dan sambalnya pun lightly covered the fish. Ok, yang ni, recommended. Tak sah kalau tak ambil siakap. Ikan, kalau ikut selera kami sekeluarga, sedap tiga rasa jer. Sweet and sour ni tak berapa ngam dengan ikan. Manis jer yang lebih kadang2 tu. Tapi, pesan siap2 lah dengan kedai...kami tak nak ikan tu digoreng garing sangat. Nanti nak makan jadi keras dan liat. Dan Alhamdulillah, memang sedap dia masak. Ikan memang tak garing sampai jadi keropok. Rasa pun boleh tahan sedap.
Ok, ini antara hidangan yang lain. Kiri atas adalah sotong goreng tepung. Menu wajib kan. Lepas tu ada kepah goreng halia. Not bad.... Yang panjang2 macam batang buluh tu namanya pepahat. Kita pernah makan pepahat nie sekali jer dulu. Adalah 6-7 tahun lepas di kedai ikan bakar di Umbai yang namanya Parameswara tu. Kalau google, ramai yang puji kedai ni. Tapi, kami sekeluarga langsung tak boleh terima. Kat situlah first time kita makan pepahat. Langsunggg tak sedap. Dengan hamisnya, hanyirnya, dengan pahitnya...ishhh. Masakan lain pun tak kena dengan selera kami. So, blacklist kedai tu.

Anyway, setelah bertahun2...kita beri peluang kedua pada pepahat. So, cuba lagi. Eh, kat sini..pepahat tu jadi sedapppp sangat. Macam mana ekk.. Isinya macam panjang2 juga. Macam kepah tu, tapi versi kurus dan panjang. Bila makan, masuk mulut dan kunyah...oh my...juicy sangat. Dia masak pun light jer. Tak pedas sangat, tak masin, tak manis...sedang2 elok... Memang semua orang pun kejap2 cekup si pepahat nie.

Ikan, di cicah dengan sambal kicap. Lagi satu, sambal cicahnya ialah sambal tumis. Sambal tumis nasi lemak yang biasa tu.... Dia beri semangkuk sambal tumis, dan terpulang pada kita nak makan dengan ikan ke, atau dengan nasi lemak. Oh, nasi lemak dia tak campur dengan sambal. Sebab tu sambal tu asing. Bagus kan... Yer lah, ada yang datang..Chinese. Tak makan pedas...nak sambal pun, colek2 hujung sudu jer. Ada juga yang bawa anak kecik, nasi tak boleh campur sambal. So, baguslah dia bungkus nasi lemak macam ni.

Ada yang tak tahu? Kat Melaka, kalau makan ikan bakar, biasanya di makan dengan nasi lemak tau. Tapi jangan risau, nasi putih pun ada..... Minta jer. Jangan minta nasi minyak atau nasi Arab..sudaaahhh!

Antara pilihan bahan mentah yang ada.

Kedai ni, masakan dia memang sedap. Cumaaaaa......yang tak bestnya ialah mahal sangatttt! Kami makan hidangan yang kat atas tu, sikit lagi nak cecah RM300.00 tau. Mak aii..terperanjat kita. Rupa2nya, bilnya jenis bahan mentah dan upah memasak kira asing. Kat bahan mentah dia dah top up untung, kat upah masak, confirm top up lagi.

Hmmm.... walaupun sedap, tapi kami takkan repeat kot. Agak kurang berbaloi dengan harga. Kalau di Umbai, kedai No. 5 tu, koman2 pun, separuh dari itu jer harganya. Sedap pun sedap....

So, terpulang pada anda semua... Kalau agak2 Umbai tu penuh sangat sampai nak masuk kereta ke parking lot pun tak muat dah, bolehlah teruskan perjalanan ke depan sikit dan pergi sini. Tapi tepuk wallet dulu yer...Agak2 tebal, bolehlah...


Che Hasrah: Utusan Online - Selatan

Posted: 20 Mar 2014 03:40 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Rimbunan Kaseh ubah nasib 97 keluarga

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

Oleh Nursuraya Zulkifli
utusanmelaka@utusan.com.my

Mohd. Khalil Yaakob melawat tapak penternakan ikan keli dan jadeperch dalam sangkar ketika melawat projek Rimbunan Kaseh Serkam di Jasin, Melaka, baru-baru ini.

JASIN 19 Mac - Apabila Projek Rimbunan Kaseh Serkam mula diperkenalkan, ramai yang tidak terfikir itu adalah satu model baharu yang diperkenalkan kerana dapat mengubah kehidupan golongan berpendapatan rendah menikmati kehidupan lebih selesa.

Jika sebelum ini, golongan tersebut terlalu bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tetapi kini nasib mereka sudah jauh berubah.

Kini, mereka tidak lagi memerlukan bantuan sebaliknya sudah boleh berbangga melalui Projek Rimbunan Kaseh yang merupakan penempatan baharu yang dibangunkan dengan industri pertanian dan penternakan bagi membela nasib serta mengeluarkan rakyat daripada garis kemiskinan.

Projek Rimbunan Kaseh Serkam adalah yang kedua selepas projek perintis pertama diperkenalkan di Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang.

Projek Rimbunan Kaseh Serkam merupakan model transformasi masyarakat di kawasan luar bandar yang moden, memenuhi keperluan penempatan kehidupan komuniti, selain menjana ekonomi menerusi industri pertanian yang mengamalkan kaedah pertanian berteknologi tinggi.

Berkeluasan 14.164 hektar, projek di Serkam Darat itu merupakan sebahagian program transformasi ke arah memberi keselesaan kehidupan rakyat dalam suasana yang perkampungan abad ke-21, dilengkapi kemudahan infrastruktur dan sumber perekonomian baharu serba moden.

Terdapat dua bahagian pembangunan bagi projek Rimbunan Kaseh ini iaitu kawasan perumahan seluas 8.094 hektar dan 6.07 hektar untuk pertanian serta ternakan.

Projek tersebut dibiayai Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM24 juta bagi membangunkan infrastruktur dan prasarana yang merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru kerajaan untuk membasmi kemiskinan di negeri ini.

Sebanyak RM3 juta pula dibiaya oleh kerajaan negeri menerusi MAIM yang bertanggungjawab menyediakan tapak tanah.

Rimbunan Kaseh yang dibangunkan ini merupakan projek pembangunan khas bagi menaik taraf hidup keluarga miskin terpilih bagi membolehkan mereka menikmati kualiti hidup lebih baik.

Kini, Projek Rimbunan Kaseh di Serkam yang hampir setahun dibangunkan mula memperlihatkan hasil apabila berjaya mengubah kehidupan 97 peserta terdiri daripada penerima asnaf zakat MAIM menambah pendapatan pertanian moden.

Peserta melalui penglibatan dalam mengikat kontrak dengan syarikat IRIS Corporation Berhad menjadi petani moden selama lima tahun, melaksanakan kerja-kerja penternakan dan pertanian secara hidroponik yang disediakan di kawasan tersebut.

Bagi memudahkan lagi usaha yang dijalankan peserta, IRIS membeli hasil tanaman itu untuk dijual dan ini tidak menimbulkan masalah bagi peserta untuk memasarkan hasil tanaman serta ternakan.

Setiap peserta bukan sahaja disediakan perumahan selesa, bahkan turut diberi peluang bekerja di ladang moden yang dibangunkan, sekali gus mampu menjana pendapatan sekitar RM1,500 sebulan.

Dalam lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke tapak projek berkenaan awal Februari lalu, beliau melihat projek itu sebagai pemangkin kepada transformasi pertanian berdasarkan tiga paksi.

Tiga paksi penting itu ialah mentransformasikan pertanian menjadi sumber pendapatan tinggi kepada masyarakat luar bandar iaitu dengan menggunakan teknologi moden, meluaskan pasaran dan amalan pertanian yang baik seterusnya memberi pendapatan tinggi, khususnya kepada masyarakat miskin negara ini.

Ladang bersepadu projek Rimbunan Kaseh menggunakan sistem berteknologi tinggi seperti sistem autopots dan aquaponics bagi proses pembiakan ikan serta tanaman pertanian menjana hasil segar dan memberi pulangan lumayan.

Perladangan bersepadu yang dilaksanakan di bawah projek ini oleh IRIS menggunakan kaedah Iris Autopot System, Iris Aquaponic System, penternakan ikan serta penanaman padi menggunakan kaedah sustainable rhizosphere improvement innovations (SRI2).

Projek yang diusahakan ialah golden melon, halia, limau kasturi, ikan talapia merah, keli dan jadeperch (ikan yang tinggi kandungan Omega-3 dari Australia) serta tanaman padi Siraj (campuran benih beras Basmathi dan Jepun).

Projek ini juga memperlihatkan penggunaan teknologi yang bersesuaian dan terkini dalam industri pertanian yang mampu memberi hasil lebih banyak, bermutu dan kualiti lebih tinggi dan stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, konsep projek Rimbunan Kaseh Serkam ini dilihat boleh diguna pakai untuk dibangunkan di kesemua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu golongan miskin di negeri ini.

Menurutnya, projek tersebut yang mula beroperasi sejak Mei tahun lalu telah diakui sebagai contoh terbaik di Malaysia kerana berjaya mencapai kejayaan dalam masa ditetapkan.

"Projek ini mewujudkan peluang pekerjaan dan membantu golongan yang berpendapatan rendah serta kurang bernasib baik keluar dari kepompong kemiskinan dan membina kehidupan lebih selesa.

"Ini memperlihatkan impak yang positif dalam pelbagai sudut, malah menjadi tumpuan baharu dalam agro-pelancongan di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas mengiringi lawatan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke tapak projek Rimbunan Kaseh Serkam kelmarin.

Dalam pada itu, Hasan berkata, seiring dengan matlamat kerajaan negeri, Melaka Maju Negeri Berteknologi Hijau, usaha penambahbaikan perlu dipertingkat bagi memastikan projek pertanian dan ternakan ikan itu terus berdaya saing.

Katanya, aktiviti ekonomi di kawasan itu seharusnya dipelbagaikan dengan mewujudkan industri hiliran seperti pengeluaran produk sebagai contoh pemprosesan bebola ikan, pengetinan buah-buahan dan sebagainya untuk dikomersial dan dipasarkan dalam dan luar negara.

"Saya percaya peserta projek ini mempunyai masa depan cerah dan seperti digambar oleh pihak Iris Corporation Berhad yang bertanggungjawab melaksanakan projek pertanian di kawasan itu. Syarikat itu pasti mempunyai rancangan untuk terus membangunkan kawasan berkenaan," katanya.

Hidup peserta lebih baik, pendapatan meningkat

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

Tanaman golden melon yang menggunakan kaedah teknologi pertanian moden dalam projek Rimbunan Kaseh Serkam.

JASIN 19 Mac - Usaha kerajaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat menerusi Projek Rimbunan Kaseh di Serkam dilihat membuahkan hasil.

Projek berkenaan memberi peluang kepada pesertanya yang merupakan penerima asnaf zakat dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berubah kepada kehidupan lebih baik.

Salah seorang peserta, Aswamati Kadir, 38, berkata, pendapatan yang diperolehnya sebagai petani di situ dapat membantu meringankan beban suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

Katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan sebelum ini, kehidupan mereka sekarang berada tahap lebih baik, selain masa bekerja yang sangat teratur dan mempunyai masa lapang bersama keluarga.

"Syukur alhamdulillah kerana terpilih menjadi peserta Projek Rimbunan Kaseh ini memandangkan ramai yang memohon untuk bekerja di sini. Kehidupan rasa lebih selesa berbanding dahulu," katanya.

Bagi Husin Mohd. Jeffry, 36, pula, sejak menyertai Rimbunan Kaseh, kehidupannya sekeluarga lebih bermakna kerana mempunyai pendapatan tetap sebanyak RM1,500 sebulan.

"Jika sebelum ini, kami selalu bingung memikirkan wang sewa bulanan rumah, namun kini kami mampu hidup dengan lebih baik kerana mendapat sewa rumah yang murah iaitu serendah RM100, selain mendapat potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Pekerjaan dahulu gajinya RM1,200, selain bayaran sewa RM150, tetapi kini, gaji bulanan diperoleh ialah RM1,500 dan ini cukup untuk menampung hidupan isteri yang tidak bekerja dengan seorang anak," katanya.

Bagi Hadilah Hasan, 45, selain bekerja sebagai petani di ladang itu, dia juga mengambil inisiatif membuka kelas mengaji di rumahnya.

Ibu tunggal dengan enam anak itu berkata, usaha tersebut dilakukannya untuk berbakti kepada anak-anak asnaf yang berada di Taman Rimbunan Kaseh Serkam itu dengan menekankan pembangunan kerohanian.

"Kelas ini dibuka untuk kanak-kanak seawal usia tiga tahun hingga pelajar sekolah menengah yang berminat untuk belajar mengaji.

"Selain bekerja di ladang, ini adalah usaha yang mampu saya lakukan untuk membantu anak-anak bangsa dalam menerapkan pembelajaran agama," katanya.

Belajar konsisten rahsia kejayaan pelajar cemerlang STPM

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

TENGKU Shahiran Tengku Ruslan dijulang rakan-rakannya selepas memperoleh keputusan cemerlang peperiksaan STPM di SMK Dato Undang Musa Al-Haj, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 19 Mac - "Mengulang kaji secara konsisten serta dorongan ibu bapa merupakan kunci kejayaan saya memperoleh keputusan ini."

Demikian kata S. Sivaloyshini, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampangan yang mencatat keputusan empat prinsipal A dan satu B+ bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 di negeri ini.

"Setiap hari saya akan pastikan diri saya mengulang kaji pelajaran kerana mahu mendapatkan keputusan yang cemerlang.

"Kejayaan ini bukan sahaja menggembirakan diri saya, tetapi apa yang penting ialah ibu bapa saya," kata anak kepada seorang ejen insurans itu.

Sivaloyshini berharap keputusan itu akan menjadi tiket untuk dia melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang demi mencapai cita-cita menjadi seorang peguam kelak.

Pelajar SMK Dato Undang Musa Al-Haj di Jelebu, Tengku Shahiran Tengku Ruslan, 20, pula berkata, selain menjaga hubungan dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan serta pengurusan sekolah, kejayaan itu berikutan usahanya menjaga hubungan yang baik dengan Maha Pencipta.

"Bagi saya selain solat wajib, amalan mengerjakan solat sunat duha turut menjadi penyumbang dalam mengecapi kejayaan ini. Biasanya saya akan mengulangkaji pelajaran dua hingga tiga jam selepas solat Maghrib.

"Apa yang penting usaha serta komitmen yang konsisten setiap hari untuk mengulangkaji pelajaran perlu disemat dalam diri," kata anak keempat daripada enam beradik yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sementara itu, pelajar SMK St. Paul, See Yan Teng, 20, memberitahu, dia amat gembira dan tidak menyangka mampu mencatatkan keputusan empat prinsipal A.

"Saya hanya menumpukan perhatian dalam kelas ketika guru mengajar dan selalu bertanya sekiranya tidak faham. Rakan-rakan juga banyak membantu ketika mengulang kaji bersama.

"Selain sokongan ibu bapa, kakak saya merupakan antara yang banyak membantu ketika mengulang kaji pelajaran, saya sering bertanya kepadanya jika tidak faham apa yang diajar di sekolah," kata pelajar jurusan sains itu.

Anak bongsu daripada dua beradik itu berhasrat untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan bagi mengejar cita-citanya menjadi seorang pakar nutrisi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads