04 di tanjung tuan - Google Blog Search |
<b>Tanjung Tuan</b> persinggahan burung - Utusan Online Posted: 13 Mar 2014 11:42 AM PDT Oleh AMRAN MULUP SEBAHAGIAN pengunjung dan peminat burung helang berjalan kaki menuju ke Rumah Api Tanjung Tuan di PNB Ilham Resort, Melaka, baru-baru ini. MELAKA 13 Mac - Peluang menyaksikan puluhan ribu burung helang dan spesies pemangsa lain adalah satu pengalaman menarik. Sememangnya sungguh unik dan tidak terfikir di benak fikiran bagaimana hampir 50,000 burung pemangsa yang dalam perjalanan ke hemisfera utara boleh menjadikan hutan simpan Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai destinasi persinggahan sejak 15 tahun lalu. Seperti sudah dijadualkan iaitu setiap menjelang Mac hingga April, burung-burung berkenaan mula singgah di ruang udara sekitar Tanjung Tuan yang ditadbir Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka. Burung-burung berkenaan yang datang dalam kelompok yang besar akan berlegar-legar di sekitar hutan simpan Tanjung Tuan hingga menarik ribuan pencinta alam khususnya pemerhati dan peminat burung pemangsa yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin melihat kebanjiran spesies tersebut. Kehadiran burung-burung ini mengikut musim setiap tahun di antara hemisfera utara dan hemisfera selatan. Ketika musim sejuk burung berkenaan mencari kawasan cuaca panas khususnya di Asia Tenggara dan gugusan kepulauan Asia bagi menghindari musim sejuk serta mudah untuk mendapatkan makanan. Uniknya Tanjung Tuan adalah lokasi paling sesuai untuk melihat 14 spesies burung pemangsa tersebut dari dekat. Melalui Raptor Watch 2014 yang diadakan baru-baru ini oleh Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Pejabat Ketua Menteri dengan kerjasama Tourism Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan serta Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), lebih 5,000 peminat burung dari jauh dan dekat berhimpun di PNB Ilham Resort. Peminat burung pemangsa ini bukan sahaja terdiri daripada kalangan rakyat tempatan, malah luar negara seperti Jepun, United Kingdom, Perancis, Taiwan, Singapura, Filipina dan Tunisia. Pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), kanak-kanak dan golongan remaja tidak melepaskan peluang hadir bersama keluarga masing-masing semata-mata ingin melihat dari dekat spesies burung pemangsa berlegar-legar di sekitar hutan simpan Tanjung Tuan. Di ruang halaman PNB Ilham Resort pula didirikan banyak khemah bagaikan satu festival sambil seluruh peminat burung berhimpun mendengar taklimat di samping menyertai pelbagai program anjuran BPP sepanjang dua hari Raptor Watch diadakan iaitu pada 8 hingga 9 Mac lalu. Persembahan hiburan oleh kumpulan Briged Seni Melaka memeriahkan lagi program tersebut. Uniknya Raptor Watch kali ini, biarpun pengunjung datang dari pelbagai negara, mereka dapat berkumpul, berbual dan bertukar-tukar idea. Tidak hairanlah Raptor Watch yang dianjurkan setiap tahun oleh BPP dengan kerjasama pelbagai agensi pelancongan menjadikannya aktiviti menarik dalam kalendar pelancongan dikongsi kerajaan negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Biarpun cuaca panas terik melanda negara ketika ini, keadaan itu tidak menjadi penghalang kepada pemerhati burung pemangsa untuk bersemangat mendaki hutan simpan Tanjung Tuan mencari lokasi menarik melihat dari sudut paling dekat. Di samping itu, kira-kira 30 sukarelawan MNS menjadi pemerhati dan mengira jumlah spesies berkenaan bermula dari Januari hingga April. Tahun lalu jumlah yang direkodkan adalah kira-kira 50,000 burung pemangsa berlegar di ruang udara sekitar Tanjung Tuan. Apabila musim sejuk semakin berakhir, burung-burung berkenaan mula kembali ke lokasi asal bermula awal Februari hingga April dengan melalui perjalanan sama. |
You are subscribed to email updates from di tanjung tuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan