Kosmo Online - Varia Posted: 11 May 2011 11:45 AM PDT Himpunan setiausaha meriah Posted: Himpunan setiausaha meriahHimpunan setiausaha meriah Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR alif.abubakar@kosmo.com.my SERAMAI 350 setiausaha serata Malaysia menyertai seminar anjuran UP&D kali ke-10 ini.
EDISI ke-10 seminar setiausaha anjuran Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) yang diadakan baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya menghimpunkan seramai 350 setiausaha di seluruh negara. Bertempat di Hotel Marriott Putrajaya, seminar yang mengetengahkan tema Menjana Profesionalisme dan Integriti itu merupakan acara tahunan UP&D sejak 2002 lagi. Menjadi kelaziman April setiap tahun, pelbagai program dirangka syarikat-syarikat korporat seperti majlis makan malam yang diserikan dengan persembahan artis-artis terkemuka tanah air bagi meraikan orang paling kanan kepada pengurus dan pengarah syarikat. Namun, pendekatan yang digunakan UP&D jelas berbeza apabila menampilkan gabungan nilai-nilai akademik serta maklumat dan persembahan hiburan. Majlis yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang itu dibahagikan kepada empat slot dengan menampilkan empat panel profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Menjadi usahawan Sesi pertama dimulakan dengan pembentangan mantap oleh Pengerusi dan Pengasas Waqaf An Nur Corporation Bhd. (WANCorp), Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim yang menyampaikan mesej berkenaan Integriti: Peningkatan Kualiti Organisasi. Sebagai seorang tokoh usahawan berjaya dan penceramah berkaliber, Muhammad Ali begitu mudah menangkap perhatian peserta-peserta seminar menerusi ucapan bernas selama satu jam setengah. "Kejayaan seseorang itu bermula daripada sekecil-kecil usaha terutama dalam perniagaan. "Rata-rata usahawan di Malaysia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan dan berkat usaha serta kebijaksanaan dalam pengurusan, mereka mampu berjaya ke peringkat lebih tinggi. "Begitu juga dengan anda semua, tidak semestinya bergelar setiausaha anda tidak mempunyai kemampuan untuk berjaya setaraf dengan individu-individu ini," jelas Muhammad Ali dengan menjadikan beberapa individu prolifik sebagai contoh. Dewan seminar terus gamat apabila panel kedua, Dr. Robiah Kulop Hamzah, Pengarah Urusan dan Perunding Utama RKH Motivation & Services memulakan sesi Petua Membentuk Kecemerlangan Dalam Kesetiausahaan. Dengan gaya bersahaja disulamkan dengan unsur humor, Robiah bijak berinteraksi dengan peserta-peserta di samping menyampaikan isi ceramahnya dengan menjadikan situasi sebenar dunia setiausaha sebagai asas. Setiausaha keluarga Seperti telah masak dengan tugas seorang setiausaha, Robiah memberi gambaran bahawa tugas setiausaha perlu diimbangi dengan tugasan lain terutama perihal keluarga. "Anda semua tidak hanya menjadi setiausaha di pejabat malah, anda juga setiausaha di rumah. "Tanggungjawab kepada suami dan anak-anak lebih utama dan perlu dijalankan dengan baik. Secara tidak langsung ia akan memudahkan tugas anda di pejabat," kata Robiah kepada peserta yang majoriti merupakan golongan wanita. Dua lagi panel yang terlibat dengan seminar itu ialah Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rashid, Pengarah Pusat Pembelajaran Futuristik, Kreativiti dan Inovasi yang mengendalikan sesi Mengurus Bos Anda, manakala panel terakhir dikendalikan Dr. Zaitun Sulaiman merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Complementary Therapies Academy (Asia) Sdn. Bhd. berkenaan Mengurus Tekanan di Tempat Kerja. Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif UP&D, Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar memberitahu, seminar itu tidak hanya menarik peserta dari Lembah Klang malah, turut disertai peserta dari Sarawak, Kedah, Johor dan Melaka. "Edisi kali ini berjaya meningkatkan keyakinan golongan setiausaha dalam mengenali potensi diri mereka bagi melakukan sesuatu tindakan. "Kesemua sesi yang dikendali ahli-ahli panel jemputan juga dilihat memberi kesan positif kepada mereka agar melaksanakan tugasan dengan lebih dinamik pada masa akan datang," katanya. Majlis turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi terkenal, Adibah Noor serta diserikan dengan telatah Roslan Shah yang bertindak sebagai pengacara sepanjang majlis itu berlangsung. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bengkel solekan pertama Amy di KL Posted: Bengkel solekan pertama Amy di KLBengkel solekan pertama Amy di KL Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM amir.azam@kosmo.com.my PARA peserta sempat bergambar dengan Amy selepas selesai bengkel Amy's Glitter Touch.
SERI wajah keayuan wanita tentu sekali akan lebih terserlah apabila teknik dan gaya solekan dipadankan dengan sempurna. Menyedari kepentingan itu, bengkel solekan Amy's Glitter Touch diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini. Bengkel dikendalikan jurusolek Mohd. Azmin Noordin atau Amy yang cukup sinonim di Kelantan itu berjaya mengumpul 20 peserta untuk bersama-sama menimba pengalaman dalam bidang solekan. Ternyata populariti Amy di Kelantan menyebabkan kemahiran solekan lelaki berusia 29 tahun itu turut mendapat perhatian peminat dunia kecantikan di ibu negara. Amy berkata, dia mula menceburi bidang solekan dengan serius pada tahun 2000. "Pada mulanya, saya hanya melakukan solekan secara suka-suka semasa majlis perkahwinan tetapi lama-kelamaan kawan-kawan mula membayar apabila disolek. "Saya melihat terdapat potensi dalam bidang solekan ini dan terus mendalami seni solekan dengan serius," katanya. Dia menambah, Internet, buku dan latihan berterusan menjadi teman setia dalam pembelajaran solekan. Katanya, dia juga menggunakan pengalaman yang ada dalam memberi solekan terbaik kepada pelanggan-pelanggan. "Apabila kita sudah mempunyai banyak pengalaman secara automatik penggunaan ton warna dan produk akan muncul secara semula jadi," katanya yang tidak menang tangan mengendalikan bengkel dan tempahan solekan di Kelantan. Tempah setahun lalu AMY turun dari Kelantan untuk mengadakan bengkel solekan kepada peserta di Kuala Lumpur.
Penganjur bengkel berkenaan, Norizzati Syamimi Zainal Abidin, 26, memberitahu, terdapat 20 peserta yang menyertai bengkel tersebut untuk bersama-sama menimba ilmu pengetahuan bersama jurusolek Amy. "Agak sukar untuk mendapatkan Amy kerana dia mempunyai banyak tempahan dan bengkel yang perlu dikendalikan di Kelantan. "Saya telah menempah bengkel ini kira-kira satu tahun yang lalu untuk memberi peluang kepada peminat Amy mempelajari seni solekan kerana dia mempunyai laman sosial dan blog sendiri. Ini merupakan julung-julung kali Amy melakukan bengkel di Kuala Lumpur," ujarnya. Sementara itu, peserta bengkel berkenaan, Wan Juliana Wan Abdullah, 26, berkata, terdapat pelbagai jenis gaya dan teknik yang perlu diketahui untuk dipadankan dengan kesesuaian sesuatu keraian. "Melalui bengkel ini, saya dapat mempelajari mengenai teknik solekan persandingan, makan malam dan sebagainya. "Ia bukan satu tugas mudah kerana memerlukan kesabaran, ketelitian dan latihan agar dapat memahirkan diri dalam teknik-teknik dipelajari," kata ibu kepada dua cahaya mata itu. Junaidah Azan, 27, pula memberitahu, dia ingin membantu ibunya yang merupakan mak andam dengan mengetahui teknik-teknik terbaru dalam bidang persolekan. LAMAN blog Amy yang berkongsi mengenai hasil kerja solekannya.
"Sebelum ini tidak terlintas untuk mempelajari solekan tetapi memandang ibu semakin meningkat usia dan memerlukan pembantu dalam bidang andaman saya mempelajari teknik-teknik solekan agar dapat memberi yang terbaik kepada pelanggan kelak. "Pendedahan diberikan jurusolek Amy yang sarat dengan pelbagai tip juga dapat membantu saya apabila ingin menceburi bidang solekan satu hari nanti," katanya. Norasikin Mat Jasin, 21, menambah, dia dapat mempelajari mengenai penggunaan produk dan gabungan warna yang sesuai apabila menyertai bengkel berkenaan. "Gabungan warna dan penggunaan produk amat penting apabila menggunakan palet pembayang mata, penggaris mata, pemerah pipi, gincu dan banyak lagi," katanya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jurusolek Amy's Touch, anda boleh melayari laman web www.keanggunanmukuserlahkan.blogspot.com atau www.facebook.com/amytouch. glitterfaces. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Johor Posted: 11 May 2011 09:35 AM PDT Raih untung besar cara mudah Posted: Raih untung besar cara mudahRaih untung besar cara mudah Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR utusanjohor@utusan.com.my
|
ABDUL Hamid Abu Bakar (dua dari kanan) menunjukkan tong kecil yang gasnya dipindahkan ke tong besar di sebuah premis di Taman Perindustrian Tiram, Johor Bahru, semalam.
|
JOHOR BAHRU 10 Mei - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri membongkar kegiatan memindah gas memasak domestik ke dalam tong industri bagi meraih keuntungan dalam serbuan ke atas sebuah premis di Taman Perindustrian Tiram di sini hari ini. Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, sebanyak 181 tong gas memasak seberat 14 kilogram dan 140 tong gas industri seberat 50 kilogram bernilai kira-kira RM50,000 dirampas. Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, kegiatan itu dilarang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana sebahagian harga jualan bagi tong gas domestik ditanggung oleh kerajaan. Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati premis tersebut dilengkapi sistem khas untuk memindahkan gas dengan menggunakan beberapa saluran paip. "Mereka membeli gas memasak domestik seberat 14 kilogram pada harga kira-kira RM26 setong dan memindahkannya ke dalam tong gas industri bagi meraih keuntungan besar dengan mudah. "Dipercayai tong-tong gas industri yang ada di sini untuk pasaran di sekitar kawasan bandar raya," katanya semasa ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. Abdul Hamid berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun dipercayai pekerja tetapi gagal mengesan pemilik premis berkenaan. "Ketika serbuan, kita menjumpai beberapa dokumen berkaitan premis ini tetapi gagal untuk mengesan pemiliknya," katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda RM250,000 kepada syarikat dan RM100,000 bagi individu dan boleh dipenjara tiga tahun jika sabit kesalahan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kokurikulum terbaik bentuk jiwa tenang Posted: Kokurikulum terbaik bentuk jiwa tenangKokurikulum terbaik bentuk jiwa tenang JOHOR BAHRU 10 Mei – Aktiviti kokurikulum dan kesenian merupakan antara pendekatan terbaik bagi murid-murid membentuk jiwa yang tenang selain membantu mengisi masa lapang secara terancang. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, melalui program seperti Kem Muzik Sekolah-Sekolah Malaysia 2011, pihaknya yakin dapat membantu mengenal pasti dan membina personaliti murid-murid. Beliau berkata, pihaknya sentiasa berusaha memberikan pendidikan holistik serta seimbang kepada murid-murid selain daripada bidang akademik menerusi kokurikulum dan kesenian. "Menerusi program seperti kem muzik ini, kita dapat menyemai, memperkembang serta menghargai minat murid-murid terhadap bidang seni selain mahu mereka berbangga dengan khazanah seni bangsa sendiri. "Kem muzik ini selain dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman, ia juga dapat memberikan kemahiran sosial, kepimpinan sertu komunikasi," katanya pada Majlis Penutupan Konsert Gempita 1Malaysia Kem Muzik Sekolah-sekolah Malaysia 2011 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru di sini malam tadi. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Dr. Khair Mohamad Yusof. Konsert selama dua jam itu disertai 130 murid sekolah dari seluruh Malaysia dan ia merupakan acara kemuncak bagi Kem Muzik Sekolah-sekolah Malaysia 2011 yang berlangsung selama 10 hari bermula 4 Mei lalu. Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Nor A. Ghani berkata, kem itu bertujuan membimbing serta mengangkat kreativiti murid-murid dalam bidang muzik selain membentuk disiplin dalam kalangan mereka. Beliau berkata, ia juga bertujuan membantu membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, harmoni, kreatif dan inovatif. "Bidang kesenian dan kebudayaan ini juga mampu menjadi elemen utama dalam memupuk nilai-nilai murni serta kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi dan sosial," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Feminin Posted: 11 May 2011 09:25 AM PDT Safi Rania Gold boleh dimiliki Posted: Safi Rania Gold boleh dimilikiSafi Rania Gold boleh dimiliki Oleh SITI AISHAH YUSOFF Gambar ASRI KHUZAIRY
|
Koleksi terbaru Safi Rania Gold.
|
SEMEMANGNYA wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Apabila wanita mencapai peringkat umur 30 tahun ke atas, pastinya keanjalan dan kedutan pada kulit menjadi masalah utama kepada mereka. Seiring untuk membantu wanita memelihara dan mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, jenama produk penjagaan kulit halal dan suci Safi Rania Gold telah memilih pelakon dan model terkemuka tanah air Rozita Che Wan sebagai duta terbarunya. Produk yang dilancarkan pada tahun 2009 adalah produk anti-penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus dalam hanya tiga minggu. Keistimewaan rangkaian produk penjagaan kulit eksklusif dari Safi ini diperkaya dengan protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah , memulihkan kesegaran dan seri wajah di samping memperkuatkan struktur kulit. Safi Rania Gold yang mempunyai sembilan rangkaian produk ini boleh dimiliki oleh setiap golongan wanita kerana harganya yang berpatutan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Ratu Posted: 11 May 2011 02:01 AM PDT Terang buat yang berani Posted: 10 May 2011 07:45 PM PDT Ratu Trend Color Block kembali mengganas GABUNGAN warna solid, terang dan garang dalam satu penampilan gaya fesyen mungkin agak keterlaluan. Warna seperti rangkaian hijau, kuning, biru, merah, jingga, ungu, merah jambu biasanya diseimbangkan dengan elemen warna semula jadi seperti krim, hitam dan coklat supaya penampilan lebih bersederhana.
Memakai pelbagai warna terang dalam satu penampilan dilihat janggal. Baju kuning, beg tangan merah jambu dan kasut biru, sebagai contoh, dilihat pelik. Hanya mereka yang benar-benar berani bergaya, mampu menjayakannya. Hakikatnya, gaya begini atau dipanggil Color Block, tidak asing, bukan perkara baru. Ketika era 60-an, Color Block menjadi kegilaan penggemar fesyen dan ibarat roda, fesyen itu kini kembali menjadi fenomena. Bagi yang tidak tahu atau kurang arif mengenai Color Block, ia adalah fesyen yang menggabungkan tiga warna dalam satu gaya.
Antara warna yang menjadi kegilaan dalam trend Color Block adalah merah, fuschia, biru elektrik (electric blue), biru diraja (royal blue), kuning, jingga (tangerine orange), merah jambu (neon pink dan shocking pink) serta rangkaian hijau terang.
Pereka fesyen yang banyak menerima undangan menyertai pertunjukan fesyen di luar negara, Hazree Wahid, berkata asasnya fesyen Color Block digayakan dengan satu warna terang untuk baju, satu lagi warna terang lain pada bahagian pinggang serta satu lagi warna terang lain di bahagian bawah.
Ia juga boleh juga digayakan dalam gabungan warna monotone, warna terang, warna pastels, berlawanan warna juga yang senada warnanya.
"Gaya Color Block menghimpunkan warna menonjol yang digabungkan dalam satu gaya pemakaian untuk menyerlahkan penampilan lebih harmoni dan ceria. Namun, perlu hati-hati, pemilihan warna perlu sesuai dengan bentuk tubuh.
"Jika memilih warna terang pada bahagian badan yang sepatutnya disembunyikan, penampilan nampak salah. Contohnya, gabungan warna fuscia dan kuning pada bahagian punggung yang agak bersaiz besar, akan lebih menonjolkan bahagian yang sepatutnya disembunyikan itu.
"Mengikut falsafah fesyen, gunakan nada lebih gelap pada bahagian yang seharusnya disembunyikan atau kurang cantik sementara warna lebih terang pada bahagian yang lebih menonjol untuk menarik lebih perhatian," katanya.
Sesuaikan dengan tubuh dan bentuk badan seperti kelaziman dalam penggayaan. Contohnya, nada warna gelap pada bahagian pinggang ke bawah untuk nampak lebih volume (lebih menonjol) di bahagian bawah badan selain menampakkan kesan langsing.
Fesyen Color Block juga boleh digabungkan bersama aksesori dalam nada warna terang berlainan untuk kasut, tas tangan, aksesori perhiasan diri, solekan dan juga gaya rambut. Tiada had dalam menggayakan fesyen ini, kata Hazree.
Sebagai pereka dan pemerhati fesyen, Hazree menjangkakan gaya Color Block akan bertahan agak lama sejak ia menakluki semula gaya pada 2008.
Ramai pereka antarabangsa juga, katanya, menghasilkan koleksi Color Block setiap kali Minggu Pertunjukan Fesyen Antarabangsa berlangsung. Gaya berkenaan lebih menjadi ikutan bagi mereka yang berusia antara 20 tahun dan 38 tahun kerana golongan ini lebih berani bermain dengan warna.
Sempena gaya warna-warni itu, Hazree dengan jenamanya, Hazree Wahid, turut menampilkan koleksi Color Block untuk himpunan siap dipakai (ready-to-wear). Koleksi beliau boleh didapati di The Twelve, Fahrenheit, Bukit Bintang.
INFO: Gaya mengikut bentuk tubuh
Bentuk pir
- Sentiasa memilih warna gelap pada bahagian pinggang dan ke bawah.
Bentuk epal
- Elakkan memilih warna blok melintang bahagian badan dan elakkan warna terang pada bahagian pinggang.
- Tonjol pada bahagian kaki dengan warna yang lebih terang untuk mendapatkan ilusi lebih tinggi dan langsing.
Bentuk jam kaca (hourglass)
- Tonjolkan bahagian pinggang dengan warna blok terang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Koleksi Resort Alia Bastaman Posted: 10 May 2011 07:30 PM PDT Ratu Potongan glamor, feminin ceriakan percutian MAHU bercuti tetapi tetap bergaya. Koleksi Resort 2011 daripada Alia Bastaman, wajar diberi perhatian.
Mencipta rasa glamor dan relaks untuk wanita moden ketika bercuti selain memahami keperluan tanpa perlu pergi bercuti dengan lebihan bagasi besar, pereka fesyen yang semakin menempa nama ini menumpukan unsur berkenaan dalam rekaannya. Tampil dengan warna minimum, koleksi Resort membolehkan wanita moden mengubah pelbagai gaya fesyen peribadi yang berani dan minimal chic tanpa perlu berbelanja lebih untuk pelbagai persalinan lain. Antara koleksi yang disediakan ialah blaus pendek dan panjang, kemeja serta skirt. Koleksi Resort menyerlah dan boleh dipelbagaikan menerusi potongan glamor dan feminin yang menjadi aspek utama dalam setiap rekaannya. Walaupun dikenali dengan koleksi Resort, wanita moden juga boleh menggayakannya ketika bukan dalam percutian terutama gaya kasual.
Tanpa perlu menyerlah dengan warna terang dan ghairah, warna yang hadir dalam koleksi berkenaan lebih lembut. Antaranya, ungu, merah jambu, biru, krim, putih dan hitam sebagai warna yang dibina dengan baik.
Dalam pemikiran Alia Bastamam yang turut mewakili sebahagian besar wanita di Kuala Lumpur ketika mereka koleksi berkenaan ialah wanita perlu sentiasa berasa cantik dan bergaya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pendidikan Posted: 11 May 2011 12:06 AM PDT MBSB sumbang RM30,000 jayakan Hari Guru Posted: MBSB sumbang RM30,000 jayakan Hari GuruMBSB sumbang RM30,000 jayakan Hari Guru
|
AHMAD Zaini Othman (dua dari kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM20,000 kepada Azmy Mohamed pada majlis penyerahan cek bagi penajaan untuk Karnival Hari Guru 2011 di Wisma MBSB, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, semalam.
|
KUALA LUMPUR 9 Mei - Malaysia Building Society Berhad (MBSB) menyumbang RM30,000 untuk menjaya dan memeriahkan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuching Sarawak dari 13 hingga 16 Mei ini. Daripada jumlah itu, sebanyak RM20,000 adalah untuk penganjuran Festival Hari Guru oleh Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran manakala RM10,000 lagi disalurkan kepada Tabung Perayaan Hari Guru. Replika cek tajaan untuk Festival Hari Guru diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Zaini Othman kepada Penolong Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Azmy Mohamed di Wisma MBSB di sini hari ini. Ahmad Zaini berkata, MBSB sangat menghargai jasa guru dan sumbangan itu diharap dapat memeriahkan pelbagai aktiviti sepanjang sambutan tersebut. Beliau turut berharap orang ramai dapat mengunjungi gerai pameran MBSB untuk mengetahui produk terkini yang ditawarkan seperti pembiayaan peribadi, pembiayaan perumahan dan Ekspres Tunai SME serta pelbagai lagi tawaran menarik. "Sokongan dan penglibatan orang ramai diharap dapat memeriahkan lagi perjalanan festival yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik," jelas beliau. MBSB diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 17 Mac 1970 sebelum disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur pada 14 Mac 1972 dan Institusi Berjadual seperti yang didefinisi di bawah Akta Institusi Kewangan dan Perbankan 1989. Status Syarikat Kewangan Berkecuali diberikan pada MBSB pada 1 Mac 1972 oleh Kementerian Kewangan dan status itu kekal sehingga sekarang dan membolehkan MBSB untuk menjalankan perniagaannya tanpa lesen. Maklumat lanjut mengenai MBSB boleh didapati di www.mbsb.com.my. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lebih 5,000 calon hadir temu duga guru Posted: Lebih 5,000 calon hadir temu duga guruLebih 5,000 calon hadir temu duga guru SANDAKAN 9 Mei - Seramai 5,520 orang telah menghadiri temu duga terbuka proses pengambilan guru pedalaman di tujuh pusat di seluruh negeri ini yang dijalankan selama dua hari bermula semalam. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kementeriannya amat komited untuk memenuhi kuota masing-masing 30 peratus guru bagi Sabah dan Sarawak, bakinya 40 peratus lagi bagi Semenanjung Malaysia. "Pendekatan kementerian ialah bagi memastikan penempatan guru-guru di kawasan pedalaman mesti dipilih daripada kalangan penduduk tempatan," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gum-Gum di sini hari ini. Hadir sama, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris dan pegawai kanan kementerian berkenaan. Tambah Mohd. Puad, jumlah kehadiran itu amat memberangsangkan, malah terdapat juga pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut memohon. Katanya, dalam temu duga itu, kementerian telah melonggarkan sedikit syarat minimum iaitu mana-mana calon yang hanya mendapat keputusan enam lulus dengan kepujian boleh diterima dengan syarat mereka lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. "Apa yang penting mereka merupakan anak tempatan dan berasal daripada keluarga miskin. Melalui proses ini, calon tidak lagi perlu membuat permohonan melalui Internet memandangkan kawasan pedalaman tidak mempunyai akses kepada kemudahan itu. "Dengan adanya temu duga terbuka ini, calon-calon berkenaan hanya perlu membawa sijil mereka untuk hadir temuduga," katanya. Hari ini, Mohd. Puad menyaksikan sendiri proses temu duga di SMK Telupid yang dihadiri oleh 850 calon. Antara pusat lain ialah di SMK Kudat 2, Semporna, Pulau Banggi dan Nabawan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Infiniti Posted: 10 May 2011 09:23 PM PDT D5100 tidak perlu lagi Photoshop Posted: D5100 tidak perlu lagi PhotoshopD5100 tidak perlu lagi Photoshop Oleh ADLAN JAAFAR adlan.jaafar@kosmo.com.my
PANDANGAN stereotaip mengenai kamera DSLR hanya untuk jurufoto profesional sudah begitu kuat melekat di fikiran kebanyakan kita termasuk penulis. Namun, kesempatan yang diberikan untuk menyertai Bengkel Memperkenalkan Model Baru DSLR Nikon dan Cara Menyelamat Penyu di Impiana Resort Cherating, Pahang baru-baru ini memberi penulis satu persepsi baru mengenai kamera DSLR. Bersama-sama dengan hampir 60 orang jurugambar dan wartawan, kami berkampung selama tiga hari dua malam untuk sama-sama merasai pengalaman menggunakan kamera keluaran terbaru Nikon, DSLR D5100. Dalam bengkel itu, kami dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada antara enam hingga tujuh orang peserta untuk bersaing dalam permainan yang disediakan pihak Nikon. Jika dilihat daripada acaranya mungkin ada sesetengah pihak berpendapat, ia seperti tiada kaitan langsung dengan kamera DSLR. Ini kerana kami perlu melukis batik, membuat wau bahkan, lebih menarik setiap kumpulan diberi seorang model wanita seksi sebagai ahli tambahan. Tetapi syarat yang dikenakan sepanjang permainan adalah para peserta perlu mengambil foto serta merakam video pendek dengan kamera yang dibekalkan. Ternyata ia memberi pengalaman baru kepada penulis untuk bukan sahaja mengenali D5100 Nikon bahkan, sebuah kamera DSLR itu sendiri. Tatkala memegang produk terbaru Nikon itu, penulis berpendapat ia sangat ringan berbanding dengan kamera dalam kelasnya. Reka bentuk pemegangnya sangat ergonomik dan kompak, manakala bahan yang digunakan pula membolehkan pengguna menggenggam kemas dan memudahkan pengawalan ketika rakaman dilakukan. Butang-butang fungsi pada kamera DSLR itu pada mulanya kelihatan agak rumit kepada penulis kerana hanya menggunakan simbol-simbol yang ringkas. Walau bagaimanapun, pengguna yang tiada pengetahuan langsung mengenai kamera DSLR dapat menguasainya menerusi buku panduan yang dibekalkan. Apatah lago dengan paparan arahan pada skrin monitor yang sangat jelas dan mudah, ditambah dengan bantuan pekerja Nikon sesiapa sahaja mampu mengendalikannya. TANPA mengira tahap kepakaran seseorang dalam bidang fotografi, DSLR D5100 amat mudah digunakan.
Menurut Pengurus Perkhidmatan Profesional Nikon (NPS) Bahagian Produk Pengguna Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., Mahfooz NR, DSLR D5100 menyasarkan pengguna kamera amatur dan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan seni fotografi. Ciri-ciri fizikal yang jelas pada produk baru Nikon itu adalah sendi pada monitor LCD yang bersaiz 7.5 sentimeter boleh digerak pelbagai sudut yang berbeza mengikut kesesuaian dan ketinggian pengguna. Monitornya boleh dibuka secara horizontal sehingga 180 darjah serta mampu dipusing ke atas dan ke bawah pada sudut maksimum, 270 darjah. Jadi, sepanjang bengkel dan acara berjalan, penulis tidak perlu membongkok bagi mendapatkan sudut yang diingini sebaliknya hanya perlu memutarkan monitornya sahaja. Imej-imej yang terhasil pada sudut-sudut yang berbeza ternyata mampu memberikan sekeping foto pada pandangan yang berbeza serta mempunyai perincian. Efek khas Walaupun penulis serta ahli kumpulan perlu menyiapkan setiap tugas yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan tetapi semua syarat-syarat untuk merakam video pendek dan beberapa keping gambar dilaksanakan dengan jayanya. Salah satu sebabnya sudah tentu kamera yang berada dalam kategori amatur itu mudah dibawa ke mana-mana serta efek yang ada di dalamnya boleh dibuat tanpa perlu diimport ke komputer. Kata Mahfooz, efek-efek khas yang terdapat pada DSLR D5100 adalah kamera pertama keluaran Nikon yang boleh melakukan kesan khas sama seperti yang terdapat dalam perisian Photoshop. LEBIH 60 orang jurufoto dan wartawan berkumpul di Impiana Resort, Cherating baru-baru ini untuk diperkenalkan dengan kamera DSLR D5100.
"Salah satu kesan khasnya adalah pengguna dapat memilih bahagian tertentu dalam gambar untuk meningkatkan ketumpatan warna sama ada tinggi atau rendah. "Paparan hasilnya dapat dilihat terus pada monitor sebelum rakaman dilakukan dan pengguna dapat memastikan imej yang diingini terhasil," katanya dalam bengkel memperkenalkan produk terbaru Nikon itu. DSLR D5100 juga boleh menghasilkan kesan khas seperti lakaran lukisan dengan hanya perlu mengawal keterangan warna dan ketebalan garisan luar imej berpandukan pada paparan monitor. Bukan itu sahaja, kamera itu juga mampu menghasilkan kesan khas pada foto yang kelihatan seakan-akan miniatur dengan menggunakan kesan diorama dalam fungsi D5100. Bagi rakaman video pula, kamera Nikon itu berkemampuan membuat rakaman dalam format video berdefinisi tinggi (HD). "Walaupun D5100 berada dalam kelas paling rendah iaitu kategori amatur tetapi, ia boleh dipasang mikrofon pada luar badan kamera," ujarnya. Penggunaan mikrofon stereo amat penting dalam rakaman supaya bunyi yang dirakam tidak diganggu dengan bunyi getaran kanta auto-fokus ketika pengambaran. Kamera itu juga dilengkapi dengan fungsi D-Movie. Ujarnya lagi, apabila fungsi fokus ditetapkan, kamera secara automatik akan sentiasa memfokus pada subjek walaupun sedang berjalan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Krisis pelunturan batu karang Posted: Krisis pelunturan batu karangKrisis pelunturan batu karang MASYARAKAT setempat di Taman Marin Wakatobi semakin bimbang dengan tragedi pelunturan batu karang yang boleh menjejaskan hidup mereka.
TAMAN Marin Wakatobi yang terletak di selatan kepulauan Sulawesi, Indonesia yang berkeluasan 1,390,000 hektar menempatkan pelbagai flora dan fauna marin. Ia diiktiraf sebagai Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2005. Selain tumbuh-tumbuhan yang boleh didapati di daratan, sebanyak 25 kumpulan terumbu karang boleh didapati di dasar lautannya merangkumi terumbu sawar, terumbu pinggir dan atol atau lebih dikenali sebagai pulau karang. Mengikut kajian yang dilakukan pada tahun 2003, para saintis dapat mengesan sebanyak 396 spesies merangkumi 68 jenis kumpulan dan 15 jenis keluarga batu karang. Keunikan dan kecantikan terumbu karang tersebut bukan sahaja menarik perhatian pelancong dan pencinta seni tetapi, turut menjadi periuk nasi kepada hampir 100,000 orang yang tinggal di sekitarnya serta menjana ekonomi Indonesia setiap tahun. Baru-baru ini, para saintis melahirkan kebimbangan apabila lebih 70 peratus terumbu karang yang terdapat di Wakatobi mengalami pelunturan warna sama ada separa luntur atau sepenuhnya. Kebimbangan mereka bertambah dengan fenomena global batu karang luntur yang berlaku pada tahun 1998 hingga 1999 disebabkan El Nino dan La Nina di Laut Pasifik akan berulang. Mengikut laporan, sebanyak 90 peratus kawasan terumbu karang di wilayah Acheh telah mati, kesan daripada fenomena yang sama. Pelunturan batu karang telah mula dikesan pada tahun lalu apabila berlaku kenaikan suhu laut yang mendadak serta telah mengancam segitiga terumbu karang yang berada di Asia Tenggara terutama di Indonesia. Ahli-ahli alam sekitar seperti The Nature Conservancy dan World Wildlife Fund (WWF) serta pemerintah Indonesia mengadakan ekspedisi bulan lalu untuk melihat tindak balas batu karang di taman marin tersebut. BATU karang yang bertukar menjadi putih akibat kehilangan alga akan mati selepas beberapa hari.
"Terumbu karang yang berusia ratusan tahun di Acheh terselamat daripada bencana tsunami pada tahun 2004 tetapi, hampir 90 peratus mati kerana fenomena peluntur ini. "Kita bernasib baik kerana hanya lima hingga 10 peratus sahaja yang mati di sini (Taman Marin Wakatobi)," kata Timbalan Pengarah Program Marin Indonesia, Joanne Wilson. Ekspedisi yang berjalan selama dua minggu itu di kawasan terumbu karang yang diberi nama Table Coral City dan Blue Hole berharap akan mendapat maklumat bagaimana ia memberi tidak balas kepada tekanan dan perubahan cuaca. Suhu laut Pelunturan batu karang boleh berlaku apabila ia bertindak balas dengan tekanan seperti sinaran matahari yang lebih kuat daripada biasa dan juga kenaikan suhu laut. Tekanan tersebut akan menyebabkan alga yang tinggal di dalam batu karang akan menghilang. Ia berfungsi sebagai pemberi nutrisi dan warna kepada batu karang. Tanpa alga tersebut, batu karang akan bertukar menjadi putih dan akan mati dalam masa beberapa hari. Selain itu, aktiviti manusia seperti urbanisasi, pencemaran disebabkan pertanian serta aktiviti mengorek pasir dalam laut turut menjadi faktor kepada proses tersebut berlaku. GAMBAR dari udara Taman Marin Wakatobi yang diancam pelunturan karang.
Pupus Mengikut kajian yang dilakukan oleh 24 buah kumpulan penyelidik dan pemuliharaan alam sekitar yang diketuai oleh organisasi Sumber Dunia Antarabangsa, batu karang di seluruh dunia akan lenyap pada tahun 2050 jika tiada tindakan pantas yang dilakukan untuk menangani masalah global itu. Ia akan memberi implikasi kepada hampir 500 juta orang penduduk negara membangun di Asia Tenggara dan Lautan Hindi yang banyak bergantung hidup dengan hidupan laut. Di Pulau Tomia, Indonesia masyarakat di situ telah mula berganding bahu bagi menyelamatkan batu karang dengan tidak membenarkan orang luar menggunakan bom dan sianida bagi tujuan perikanan. Namun, penduduk di situ memberitahu, mereka mendapat ugutan bunuh dan beberapa orang tempatan ditangkap pihak polis yang terlibat dengan aktiviti perikanan secara komersial. "Terdapat orang yang menentang usaha kami, ada yang diugut dan beberapa orang lagi dipukul. "Mereka terdiri daripada ahli perniagaan dan politik," kata Eliswan, 32. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Minat botol selepas gali kubur Posted: Minat botol selepas gali kuburMinat botol selepas gali kubur Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN kurizduan.kurahman@kosmo.com.my BLOG Botol Soda diwujudkan Megat Shazrin sejak setahun lalu.
BOTOL adalah tempat penyimpanan yang biasanya bahagian leher lebih sempit daripada badan sehingga ke mulutnya. Botol umumnya terbuat daripada kaca, plastik atau aluminium dan digunakan untuk menyimpan cairan seperti air, susu, minuman ringan, ubat, sabun cecair dan banyak lagi. Sesetengah pihak mungkin menganggap botol tidak mempunyai apa-apa nilai setelah isinya habis digunakan. Namun, seorang lelaki dari Bukit Jelutung, Shah Alam, Selangor mengubah pandangan itu setelah mula 'jatuh cinta' dengan botol minuman ringan. Cintanya itu telah bersemi sejak 15 tahun lalu. Pemburu dan pencinta botol lama atau disebut juga botol soda, Megat Shazrin Khaled memberitahu, minat mengumpul botol tercetus sejak tahun 1996 semasa bekerja dengan sebuah produksi drama. Menurutnya, ketika satu babak di Sungai Bil, Perak dia diarahkan menggali sebuah kubur. Ketika asyik menggali, cangkul terhentak sesuatu seolah-olah bunyi batu. "Jadi apabila saya periksa, terdapat sehelai seluar lama seperti seluar tentera yang sudah reput berwarna coklat. "Apabila saya menggoncang seluar itu ada sesuatu terjatuh daripada poket seluar dan saya dapati sebuah botol minuman Coke (Coca Cola) lama yang unik kerana botolnya pendek. "Pada saat itu saya terus minat dan terjebak mengumpul botol minuman ringan jenis soda malah, sehingga kini keinginan mencarinya masih giat," katanya membuka bicara ketika ditemui Kosmo! di kediamannya baru-baru ini. Terang lelaki berusia 37 tahun itu, minat terhadap botol soda terus dikembang dan dikongsi bersama rakan-rakan sehingga wujudnya grup Botologi Malaya. Selain berkongsi minat yang sama bersama rakan-rakan, Megat yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan turut membangunkan sebuah blog pada April tahun lalu dengan nama Botol Soda. SCHWEPPES antara jenama botol minuman yang dkumpulkan Megat Shazrin.
Katanya, blog yang telah menerima kunjungan seramai 12,247 orang memaparkan koleksi botol soda tempatan yang diperoleh dari seluruh negara kecuali Terengganu dan Perlis. "Tujuan blog ini dibangunkan juga untuk saya berkongsi maklumat tentang variasi botol-botol soda yang mungkin belum pernah diketahui kewujudannya. "Bukan itu sahaja, blog ini mempunyai keunikan tersendiri kerana saya mengetengahkan botol soda yang pelik dan belum dipos oleh sesiapa dalam laman blog," katanya. Megat yang turut meminati motosikal custom berkuasa tinggi memberitahu, antara kelebihan membuat blog ini kerana ia dapat menarik minat pengumpul baru. Daripada situ ujarnya, timbul proses perbincangan dan kajian mendalam mengenai sejarah sesuatu botol soda dihasil dan dipasarkan. "Kadangkala mereka (pengumpul botol baru) tak tahu benda ini. Jadi apabila mereka tengok botol soda Malaysia yang saya pos di blog mereka tertarik malah, ada juga pengumpul baru menjadikan saya sebagai rujukan bila mereka memperoleh botol. "Mana yang saya tahu saya akan beritahu tapi seronok sebab ramai memberi maklum balas. "Selain itu, tujuan utama saya kumpul benda ini bukan untuk mencari keuntungan tetapi disebabkan minat yang mendalam," tuturnya. Dia yang memiliki lebih 100 jenama botol soda berkata, antara jenis botol dalam koleksinya termasuklah Schweppes, Coca Cola, Pepsi, Fraser and Neave (F&N), Green Sport dan 7Up. Sementara botol minuman soda lama keluaran tempatan pula seperti Kastori/Kasturi, Malayan Food Products, Kinta Aerated Water, Poh Siew Taiping Cap Udang, Red Lion dan banyak lagi. "Sehingga kini, saya memiliki di antara 2,000 hingga 3,000 koleksi botol minuman ringan dari tahun 1800-an hingga sekarang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Komuniti Kita Posted: 10 May 2011 03:33 PM PDT Pertemuan nostalgik pelajar SMTU 1977-1981 Posted: Pertemuan nostalgik pelajar SMTU 1977-1981Pertemuan nostalgik pelajar SMTU 1977-1981 SEBAHAGIAN bekas pelajar SM Tasek Utara, Johor Bahru bergambar kenangan selepas satu majlis perjumpaan semula di Johor Bahru, baru-baru ini.
BERTEMU. Setelah agak lama tidak bertemu dek kerana komitmen tugas dan jarak tempat tinggal yang jauh, kira-kira 65 bekas pelajar Sekolah Menengah Tasek Utara (SMTU), Johor Bahru, kumpulan 1977-1981 bertemu dalam satu majlis perjumpaan semula baru-baru ini. Majlis yang diadakan di Pulai Spring Resorts, Johor Bahru itu mengimbau kembali kenangan pahit manis zaman persekolahan sepanjang tempoh tersebut di sekolah itu. Pada pertemuan secara santai itu, setiap orang menceritakan hala tuju masing-masing selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia, kerjaya dan keluarga. Pada sesi foto yang diadakan keadaan agak gamat kerana hampir kesemuanya telahpun hampir mencecah umur 50 tahun. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lagi tiga keluarga terima air percuma Posted: Lagi tiga keluarga terima air percumaLagi tiga keluarga terima air percuma IBU tunggal, Pekan Merak (tengah) bersama pemberi sumbangan Tabung Budi termasuk Nasir Khan (lima dari kanan) di rumahnya di Bestari Jaya semalam.
AIR PERCUMA. Tiga lagi keluarga kurang mampu di Kuala Selangor, Selangor terpilih sebagai penerima bantuan air percuma menerusi program Tabung Budi anjuran Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB). Mereka ialah warga emas, Abd. Latip Yasin, 77, dari Kampung Baru Asam Jawa, Bukit Rotan; ibu tunggal, Pekan Merak, 80, dari Kampung Jaya Setia, Batang Berjuntai dan ibu tunggal, A. Annamal, 73, dari Jalan Kepong, Sungai Buloh, Selangor. Pengarah Eksekutif PNSB, Datuk Nasir Khan Illadad Khan berkata, Abd. Latip, Pekan dan Annamal, masing-masing mempunyai tunggakan bil air berjumlah RM427.21, RM228.21 dan RM359.31. Menurutnya, ini menjadikan jumlah keseluruhan penerima bantuan program berkenaan kini seramai 72 orang. "Tanggungan air percuma ini diberikan selama enam bulan dan selepas tempoh ini, mereka akan dinilai semula untuk tindakan lanjut," katanya di sini baru-baru ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan