Utusan Online - Johor Posted: 12 May 2011 09:47 AM PDT Budayakan ICT kepada pelajar Posted: Budayakan ICT kepada pelajarBudayakan ICT kepada pelajar Oleh HANIZA HASSAN utusanjohor@utusan.com.my
|
TUNKU Ismail Sultan Ibrahim melawat dan melihat murid SK Bandar UDA 2 belajar menggunakan Zoom A ketika melawat tapak pameran pada majlis pelancaran Semarak Mahkota Pendidikan dan perasmian Karnival ICT
|
JOHOR BAHRU 11 Mei – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru pelbagai pihak menganjurkan program yang dapat melengkapkan diri pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat. Baginda bertitah, ini penting kerana kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat signifikan kepada pembangunan pendidikan pada era globalisasi. "Pembangunan pendidikan yang dirancang hendaklah mengambil kira pembudayaan dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar di negeri ini demi merapatkan jurang digital terutamanya mereka yang berada di luar bandar. "Saya sendiri secara peribadi akan terus memberi sokongan kepada usaha-usaha membudayakan ICT terutamanya dalam kalangan pelajar luar bandar dan sekali gus dapat membuka minda mereka dan masyarakat terhadap keperluan ICT," titah baginda. Tunku Ismail bertitah demikian semasa melancarkan Semarak Mahkota Pendidikan dan Karnival ICT Sekolah-Sekolah Negeri Johor di sini hari ini. Program tersebut bertujuan menjalinkan hubungan yang lebih erat antara pihak istana dan pelajar dengan menjadikan TMJ sebagai ikon bagi pelajar negeri ini dan penaung program pelajar. Karnival ICT kali kedua anjuran bersama UEM Land Holdings Berhad, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru (PPDJB) dan Jabatan Pelajaran negeri itu bertujuan memberikan pendedahan dan mendidik pelajar terhadap teknologi dan aplikasi terkini ICT. Program yang turut dihadiri Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Nor A. Ghani itu untuk memperkayakan kemahiran ICT para pelajar, guru serta pihak pentadbiran dan pengurusan pendidikan terutama dalam memperluas dan mengintegrasikan penggunaan ICT di semua peringkat akademik. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | KTM 2011 'gemparkan' Pontian Posted: KTM 2011 'gemparkan' PontianKTM 2011 'gemparkan' Pontian Oleh MUHAMMAD ZIKRI editjohor@utusangroup.com.my
|
PESERTA program Kayuhan Terowong Masa (KTM) 2011 berbasikal mengelilingi Bandar Pontian, baru-baru ini.
|
PONTIAN 11 Mei - Keheningan bandar di Penghujung Benua Asia di sini ini tiba-tiba 'digemparkan' dengan kehadiran kumpulan penunggang basikal dengan pelbagai gaya pakaian awal tahun 1930-an hingga 1970-an. Mereka menggayakan pakaian peon, kerani, cikgu, posmen, penjual air botol, penghantar barang, ke kelab malam, tentera Jepun, mandor ladang serta penjual nasi kandar yang menggunakan basikal sebagai kenderaan utama pada waktu itu. Jenama basikal yang digunakan seperti Raleigh, BSAm Hercules, Hooper, Chooper, Sumbeam, Humber dan Robin Hood yang semuanya dihasilkan di London dari awal 1920-an hingga 1970-an. Itulah ragam 220 peserta program Kayuhan Terowong Masa (KTM) 2011 dari seluruh negara termasuk seorang peserta dari Indonesia. Menurut Pengerusi Penganjur, Mofti Marzuki, 45, program anjuran Kelab Basikal Klasik Johor dengan kerjasama Kelab Basikal Antik itu melibatkan 17 pasukan dari dalam dan luar negara seperti Komunitas Sepeda Tua Indonesia (Kosti), Kelab Speda Klasik Kota Tinggi (KSKKT), Gerek Tua Alor Star (Getuas), Speda Klasik Sijangkang dan Pemilik Basikal Klasik Negeri Sembilan. "KTM 2011 merupakan aktiviti kayuhan yang mampu mengimbau semula kenangan silam ketika negara pada era 1920-an hingga 1970-an apabila basikal merupakan kenderaan utama masyarakat. "Namun kegemilangan dan keunikan basikal lama mula pudar dan hilang akibat perubahan arus kemodenan dengan penghasilan kereta, motosikal atau kenderaan awam," katanya ditemui di Stadium Mini Pontian, di sini baru-baru ini. Program tersebut dirasmikan Penolong Pegawai Daerah Pontian, Nurul Fadila Jaafar yang turut menaiki basikal mengelilingi bandar Pontian sejauh 12 kilometer bersama peserta KTM 2011 bermula dari Dataran Seri Perhentian menuju ke Jalan Taib, Jalan Parit Masjid, Jalan Sekolah Arab dan berhenti rehat di Pusat Perdagangan Pontian serta berakhir di Menara Jam Dataran Sri Perhentian. KTM 2011 merupakan wadah dan usaha bagi memperluaskan kefahaman masyarakat terutamanya generasi muda mengenai kepentingan hubungan penduduk yang berbilang kaum di negara ini, kata Mofti. "Pemilihan bandar Pontian bagi mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan yang berdaya maju sejajar dengan kedudukannya di Tanah Penghujung Benua Asia," katanya. Menurutnya, KTM 2011 juga dapat memperkenalkan pelbagai jenis basikal lama yang jarang ditemui generasi muda dan program dimeriahkan dengan jualan alat ganti kepada pemilik atau peminat basikal antik yang berminat membelinya," katanya. Selain itu, para peserta turut mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan kerja amal membantu golongan yang memerlukan, katanya. Sementara itu, Pengerusi Kelab Basikal Antik Benut (KBAB), Azreen Mukayat, 27, berkata, pihaknya selaku tuan rumah dan penganjur bersama KTM 2011 gembira dengan sambutan yang diberikan oleh kelab-kelab basikal dari seluruh negara. Menurutnya, walaupun baru ditubuhkan tujuh bulan lalu, KBAB yang dianggotai 30 ahli berjaya menganjurkan program tersebut dengan meriah dan kini pihaknya menyasarkan untuk menarik lebih ramai keahlian. "Nyata program ini mendapat sambutan ramai dan penduduk gembira kerana dapat menyaksikan pelbagai jenis basikal yang digunakan sejak dulu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Feminin Posted: 12 May 2011 09:14 AM PDT Elaine 'panjat' tangga demi pelanggan Posted: Elaine 'panjat' tangga demi pelangganElaine 'panjat' tangga demi pelanggan Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA maria.zakaria@utusan.com.my Gambar SAIFUL BAHARI
|
Elaine Saw Eng Khim berbangga dengan kejayaan syarikatnya yang telah beroperasi sejak empat tahun lalu.
|
SETELAH mendirikan rumah tangga, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. Tetapi apabila anak-anak semakin membesar, Elaine Saw Eng Khim, 37, mula berasa bosan dan akhirnya membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun, di awal pembabitannya dalam bidang tersebut hanyalah sekadar suka-suka dan untuk memenuhi masa terluang. Tetapi siapa sangka, perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan melalui Internet mendapat sambutan yang menggalakkan setelah tiga bulan mengusahakannya. Ini kerana produk yang dijualnya selain merupakan barangan tempatan, kualiti yang ditampilkan tidak mampu ditandingi produk-produk dari negara luar. Wanita kelahiran Bagan Jemal, Pulau Pinang ini, boleh dikategorikan sebagai seorang wanita dan ibu yang berhati waja. Ini kerana ketika perniagaanya baru bermula, dialah bos dan dia jugalah kuli sehingga sanggup 'memanjat' tangga pejabat untuk menghantar barangan yang dipesan pelanggan. Hanya berbekalkan modal RM3,000, hari ini setelah empat tahun beroperasi, Elmod (M) Sdn. Bhd. mampu memberi saingan kepada syarikat-syarikat perabot yang lain. Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, kelebihan syarikatnya adalah bergantung kepada produk tempatan sepenuhnya. Malah tambah beliau, sebagai warga Malaysia setiap orang seharusnya berbangga dengan produk tempatan kerana tidak semua produk dari negara-negara luar itu berkualiti. ''Kami di Elmod hanya membekalkan perabot-perabot yang dibuat di Malaysia dan menggunakan bahan-bahan mentah tempatan. ''Sebenarnya jika hendak dibandingkan dengan perabot dari negara luar, perabot kita juga setanding malah sesetengahnya lebih berkualiti,'' ujar Elaine ketika ditemui di premis perniagaannya di 17-1 Jalan Puteri 2/1, Bandar Puteri Puchong, Puchong, Selangor baru-baru ini. Mengulas lanjut mengenai produk yang dikeluarkan, Elaine berkata, selain menawarkan perabot untuk kediaman, syarikat tersebut turut menawarkan perabot untuk pejabat, kafe, restoran, institut pengajian tinggi swasta dan sebagainya. Boleh dikatakan, Elmod merupakan pusat sehenti bagi mereka yang ingin mendapatkan pelbagai perabot untuk menghiasi premis atau kediaman masing-masing. Siapa sangka, walaupun baru empat tahun beroperasi, Elmod sudah mampu mengumpul pelanggan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Tidak tidak ketinggalan negara-negara luar seperti Brunei, Singapura, Maldives, Papua New Guinea, Mesir, Australia, New Zealand, Mauritius, Yemen dan Sri Lanka. Hari ini setelah yakin syarikatnya mampu memberikan perkhidmatan terbaik, Elaine kini dalam perancangan untuk menjadikan perniagaanya sebuah perniagaan francais. Untuk itu, Elmod bukan sahaja dilihat menjual produk tetapi ia turut menjual konsep serta idea untuk dikongsi bersama pelanggan. ''Bagi memenuhi keperluan dan kemudahan pelanggan, kami di Elmod bukan sahaja menyediakan perabot-perabot untuk dimiliki malah kami turut menawarkan perkhidmatan membaiki perabot yang rosak. ''Kami akan pastikan setiap pelanggan yang membeli produk kami menerima layanan serta perkhidmatan yang memuaskan terutama selepas jualan,'' ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kehebatan jurugambar wanita Posted: Kehebatan jurugambar wanitaKehebatan jurugambar wanita Oleh SITI AISHAH YUSOFF
|
LOw Ngai Yuen ( berdiri, kiri) dan Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur (berdri, kanan) pada pameran Persembahan Seni: Melalui Kaca Mata Empat Jurugambar Wanita dan Kempen Wanita:100 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
|
SEMAKIN ramai wanita menceburi bidang fotografi yang dahulunya lebih didominasi oleh kaum Adam. Ketajaman lensa kamera golongan Hawa ini disaksikan dalam pameran Persembahan Seni: Melalui Kaca Mata Empat Jurugambar Wanita anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Kakiseni, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pameran ini menampilkan karya-karya luar biasa empat jurugambar wanita iaitu Sharon Lam, Naomi Aw Shui Ching, Visithra Manikam dan Evelyn Lam Lip Lin. Melalui pameran tersebut setiap wanita tersebut berkongsi interpretasi mereka melalui gambar-gambar yang dirakamkan tentang persembahan teater, tarian dan muzik yang ditampilkan sepanjang kempen Wanita:100. Setiap hasil karya mereka yang setiap satunya memiliki nilai seni berbeza dipamerkan kepada orang ramai darii 28 April hingga 8 Meli lalu di Sky Bridge, Pavilion. Pengarah Kakiseni, Low Ngai Yuen berkata, pameran tersebut merupakan kemuncak kepada kempen Wanita:100 yang dicetuskan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2011. "Pameran ini menjadi penutup yang manis kepada Kempen Wanita:100 sekali gus memenuhi matlamat kami untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu wanita melalui saluran lebih kreatif seperti persembahan seni," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penutup pameran dan kempen Wanita:100 yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur. Sepanjang kempen dilancarkan, pelbagai industri seni turut terlibat dalam menjayakan kempen dan berkongsi peranan mereka bersama orang ramai. Selain itu katanya, hampir 61,000 orang telah mengunjungi laman sesawang Kakiseni dan 4,000 melalui Twitter sepanjang kempen dilancarkan pada 8 Mac lalu. Sepanjang berlangsungnya kempen pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan persembahan teater, tarian, nyanyian dan bengkel motivasi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Ratu Posted: 12 May 2011 01:10 AM PDT Kasih jururawat Posted: 11 May 2011 08:10 PM PDT Ratu Pengorbanan besar tidak dihargai KERJAYA jururawat mungkin tidak glamor seperti bidang lain, malah sering dilepas pandang bermula daripada ketika ingin memilih bidang melanjutkan pengajian, mahu pun pemberian pengiktirafan.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan jasa dan pengorbanan jururawat amat besar. Peranan mereka cukup penting terutama membantu merawat dan menjaga orang sakit. Demi tugas, jururawat menyuapkan makan dan ubat pesakit tidak berupaya, menjadi penenang kepada ibu mengandung yang gelisah, memujuk serta mententeramkan si anak kecil menderita sakit, bahkan membantu menyucikan kumuhan pesakit yang tidak terdaya dan semua itu dilakukan tanpa sedikit pun rasa jijik juga keluhan. Ketika melakukan tugas berkenaan sudah pasti jururawat terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis perangai dan kerenah manusia. Ada yang diherdik, dimarah, apatah lagi pengorbanan tidak dihargai. Sememangnya kerjaya sebagai jururawat memerlukan pengorbanan selain kesabaran tinggi dalam menghadapi pelbagai ragam pesakit dan mungkin juga keluarga mereka.
Tanggungjawab dan bebanan kerja jururawat tidak terhad di hospital, pusat kesihatan atau klinik tetapi di serata tempat seperti di kawasan banjir dan tanah runtuh serta kawasan hutan pedalaman dan sebagainya bagi memastikan kesihatan orang ramai terus terpelihara.
Malah, bebanan kerja mereka menjadi bertambah berlipat kali ganda apabila adanya wabak atau penyakit berjangkit yang menular seperti denggi dan Influenza A (H1N1).
Begitulah cabaran dan mulia kerjaya jururawat. Justeru, sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia yang disambut setiap 12 Mei, RATU berkongsi pengalaman dan harapan beberapa jururawat yang sempat ditemui, baru-baru ini.
Halijah Midin, 57
Ketua Jururawat, Hospital Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia, Gombak
Pengalaman 35 tahun dalam bidang kejururawatan sudah semestinya mencoretkan banyak kenangan pahit manis dalam hidup Halijah Midin. Namun, wanita yang berwajah tenang ini tidak pernah jemu dan kenal erti penat lelah untuk terus berbakti melalui kerjayanya.
Halijah berkata, kerjaya jururawat pada masa kini sudah banyak melalui perubahan berbanding pembabitan awalnya dalam bidang itu. Jika dulu, jumlah bilangan jururawat terlalu kecil, sekali gus bebanan tugas begitu banyak, kini semakin ramai yang menyertai bidang itu dan membuatkan kerjaya itu juga semakin berkembang.
Komunikasi antara doktor dan jururawat satu ketika dulu menjadi antara masalah utama kerana kebanyakan doktor dari negara luar dan tidak fasih berbahasa Malaysia.
"Saya memilih kerjaya jururawat kerana dulu tidak banyak pilihan kerjaya untuk wanita. Selepas menceburinya, saya semakin mencintai kerjaya ini dan sepanjang bekerja sebagai jururawat, saya sudah bertugas di lima hospital, termasuk di Melaka, Ipoh dan Kuala Lumpur hinggalah yang terakhir di hospital ini. Banyak suka-duka yang ditempuhi sepanjang bertugas," katanya.
Seiring dengan pengalaman dilalui, Halijah amat berharap kerjaya jururawat dimartabatkan dan tidak lagi dipandang sebelah mata. Pada masa yang sama, ibu empat anak itu menggesa generasi muda jururawat supaya tidak jemu menimba pengalaman dan berusaha melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat paling tinggi supaya kerjaya jururawat mendapat pengiktirafan sewajarnya.
Faridah Hanim Solihin, 42,
Jururawat, Hospital Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia, Gombak
Bagi Faridah Hanim Solihin, kerjaya jururawat adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat membantu orang ramai. Sudah bekerja selama 16 tahun sebagai jururawat, akuinya saat paling menggembirakan dan mengujakan ialah apabila dapat membantu menyelamatkan pesakit yang sudah kritikal meneruskan kelangsungan hidup.
Berpengalaman beberapa tahun bertugas di Unit Penjagaan Kritikal (CCU) dan kini di wad medikal tibi/kusta, Faridah berpendapat sesiapa saja yang memilih kerjaya itu perlulah sentiasa ikhlas membantu pesakit.
Tegasnya, pengalaman sedih sememangnya banyak ditempuhi tetapi seboleh-bolehnya tidak mahu menyimpan dalam hati dan fikiran kerana tidak mahu episod sedih itu terbawa-bawa dalam diri sehingga menjejaskan kerjaya.
"Jangan pilih kerjaya jururawat hanya kerana tiada kerja lain kerana dibimbangi tugas dan tanggungjawab dipikul tidak dibuat dengan sepenuh hati. Jururawat juga perlu ingat bidang kerja utama kerjaya ini adalah membantu orang, jadi bantulah selagi terdaya dan seramai yang mungkin," katanya.
Tan Chiu Lee, 32
Pengurus Jururawat Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Tugas jururawat bukan saja menuntut kesabaran tinggi tetapi juga perlu mengetahui cara untuk menangani setiap masalah yang timbul, lebih-lebih lagi setiap pesakit dan keluarga mereka mempunyai karektor masing-masing.
Tan Chiu Lee yang sudah 11 tahun berkecimpung dalam bidang kejururawatan berkata, kepuasan bekerja akan dapat dirasakan apabila dapat menolong pesakit dan memberikan khabar gembira kepada keluarga mereka.
"Setiap jururawat perlu melakukan tugas sebaik yang mungkin untuk membantu orang lain dan jangan mengeluh kerana pada akhirnya, itulah kepuasan bekerja yang akan kita kecapi," katanya.
Antara pengalaman tidak boleh dilupakan Chiu Lee ialah ketika masih menjalani latihan praktikal dan merawat wanita muda yang menghidapi penyakit barah serta berdepan dengan maut. Lebih malang, dalam kesedihan dan kesengsaraan melawan penyakit, wanita berkenaan berjauhan dan suami serta anak-anak.
Hampir setiap hari, ceritanya, wanita itu berkongsi perasaan rindu dan kesedihannya terhadap suami dan anak, malah sehingga menghembuskan nafas terakhir dia tidak berkesempatan menemui mereka.
"Mungkin masa itu saya masih muda dan ia adalah antara pengalaman awal sebagai jururawat sebab itulah hati mudah tersentuh. Tetapi kini saya sudah biasa dengan keadaan seumpama itu dan sebagai jururawat, saya berasa perlu memberikan pesakit semangat untuk melawan penyakit dihadapi," katanya.
Norhanizah Ani, 39
Jururawat Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Pernah bertugas di luar negara dan membantu merawat mangsa tsunami di Acheh adalah antara kisah menarik dilalui Norhanizah Ani sepanjang 14 tahun bergelar jururawat.
Lebih menarik, Norhanizah sebelum itu pernah bekerja sebagai guru tetapi akhirnya beralih arah memilih kerjaya jururawat selepas mendapati jiwanya lebih senang untuk membantu orang lain.
"Saya menjadi guru hanya setahun. Walaupun tugasnya mulia mendidik anak bangsa, hati saya lebih tertarik memilih kerjaya jururawat kerana ia lebih memberikan kepuasan kepada saya," katanya.
Mengenai cabaran sebagai jururawat, Norhanizah yang bekerja di jabatan pengawalan jangkitan berkata, apa yang dilihatnya masih ada jurang ketara yang wujud antara jururawat dan masyarakat sehingga masih ada yang takut-takut untuk mendapatkan rawatan apabila sakit.
Katanya, perspektif seperti itu perlu diubah kerana dalam usaha membanteras dan mengawal penyakit berjangkit, hubungan antara jururawat dan masyarakat perlu erat terutama dalam mendidik serta memberikan kefahaman mengenai perkara sepatutnya supaya kesihatan dapat dijaga dengan baik.
INFO:
Setakat ini, ada lebih kurang 90 kolej kejururawatan di seluruh negara dan 17 daripadanya milik kerajaan.
Kolej kejururawatan di negara ini mampu melahirkan 8,000 jururawat bertauliah setahun.
Setakat ini, ada 80,000 jururawat di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 75 peratus berkhidmat dengan kerajaan.
Menjelang 2015, kerajaan mensasarkan nisbah jururawat kepada pesakit ialah 1:200 (seorang jururawat untuk 200 pesakit) berbanding sekarang, 1:329.
Kebanyakan jururawat bekerja secara syif menyebabkan ada kalanya mereka pulang malam atau pun 'bermalam' di hospital.
INFO: Sejarah Hari Jururawat Sedunia
Hari Jururawat Sedunia dipilih sempena hari kelahiran Florence Nightingale pada 12 Mei 1820.
Florence dilahirkan di Firenze, Itali dan dibesarkan dalam keluarga yang berada adalah pelopor jururawat moden.
Florence berminat dengan kerja kemanusiaan dan ingin merawat orang sakit. Tetapi keinginan merawat pesakit ditentang keras oleh ibu dan kakaknya kerana pada masa itu merawat adalah pekerjaan hina dan rumah sakit adalah tempat paling teruk. Banyak orang memanggil doktor untuk datang ke rumah dan dirawat di rumah.
Tugas merawat orang ketika itu turut dianggap tidak berapa elok kerana banyak berdepan langsung dengan tubuh dalam keadaan terbuka, sehingga dilihat bukan kerjaya sopan wanita baik-baik.
Pada 1846, Florence mengunjungi Kaiserswerth, Jerman dan mengenal lebih jauh mengenai rumah sakit moden yang dipelopori oleh Pendeta Theodor Fliedner dan isterinya serta dikelola biarawati Lutheran (Katholik).
Ketika di sana, Florence terpesona dengan komitmen yang dipraktikkan oleh biarawati kepada pesakit dan mula jatuh cinta pada pekerjaan sosial kejururawatan.
Pada zaman perang Crimean pada 1854, Florence selalu melawat pesakit pada waktu malam dengan lampunya untuk melihat askar perang yang cedera dan memerlukan bantuan. Kesungguhannya ini menyebabkannya lebih dikenali sebagai "The Lady With The Lamp" .
Sumbangan Florence dalam bidang kejururawatan:
- Memperkenalkan jururawat wanita dalam perang ketika perang Crimean di Turki.
- Pada tahun 1860, Florence menubuhkan sekolah jururawat di Hospital St Thomas di London.
- Florence menulis buku bertajuk "Notes on Nursing" iaitu buku pengenalan 136 muka surat mengenai kejururawatan.
- Florence juga berpengetahuan tinggi dan pakar dalam bidang statistik. Beliau menjalankan beberapa kajian dan menerbitkan lebih 200 laporan dan risalah mengenai pelbagai isu kebersihan, pengurusan hospital dan kesihatan.
Florence meninggal dunia di bilik tidurnya di 10 South Street, Dauk Lan, London pada 13 Ogos 1910 ketika berusia 90 tahun. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Perlu jururawat lelaki Posted: 11 May 2011 08:09 PM PDT Ratu SEBAHAGIAN besar daripada mereka bukan saja memiliki diploma dan ijazah dalam bidang kejururawatan, malah ada yang lulusan sarjana. Namun, kerjaya dilakukan mungkin dipandang rendah, kotor dan perlu melayani kerenah pesakit tanpa mengira latar belakang agama dan kaum. Tugas jururawat ini rencam, daripada proses menukar lampin, baju, celana serta cadar sehingga memberi ubat dan memantau keadaan pesakit dilakukan. Berbanding banyak lagi kerjaya yang boleh diceburi dengan persekitaran lebih selesa, bersih, tidak berhadapan kerenah orang ramai yang pelbagai.
Persepsi segelintir masyarakat juga masih memandang rendah dan menganggap kerjaya ini tidak ada 'kelas'. Lebih-lebih lagi apabila mereka perlu melakukan mengurus pesakit yang mungkin layak dilakukan amah. Lebih memburukkan keadaan, ada pula laporan jururawat tidak mesra, suka menengking dan menarik muka masam dengan pesakit. Ketua Jabatan Sains Kejururawatan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Khadijah Lim Abdullah, mengakui persepsi masyarakat terhadap kerjaya ini memang berada pada tahap rendah, walaupun ia adalah tugas dianggap mencabar kerana perlu berhadapan dengan pesakit yang sesetengahnya amat sensitif.
Kerjaya ini memerlukan minat yang tinggi, memahami tugas dengan baik, berkorban bekerja waktu shif.
Katanya, mereka perlu memantau situasi pesakit dan memberikan ubat yang betul untuk mengelak sebarang kompilasi yang memburukkan lagi keadaan.
Majoriti jururawat adalah wanita. Jururawat lelaki amat jarang kelihatan walhal perkhidmatan mereka amat diperlukan.
Dalam tempoh lima tahun ini, hanya 461 jururawat lelaki daripada 83,000 jururawat dilahirkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).
"Di UM umpamanya, seramai 15 calon lelaki mengikuti kursus kejururawatan daripada 100 pelajar yang terpilih. Mereka mampu mengikuti program berkenaan dengan baik tetapi kita sentiasa memberi mereka galakkan dan motivasi bagi mengelakkan rasa terasing atau wujud perbezaan gender apabila memulakan tugas kelak.
"Tiada jurang perbezaan antara tugas jururawat wanita dan lelaki kerana mereka dilatih untuk melakukan kerja sewajarnya," katanya.
Lazimnya, kata Khadijah, jururawat lelaki diletakkan di bahagian psikiatari, bahagian kemalangan dan kecemasan.
Jururawat lelaki tidak diletakkan di bahagian perbidanan dan sakit puan kerana bahagian ini khusus untuk pesakit wanita. Namun, kehadiran mereka sememangnya diperlukan dalam dunia perubatan, terutama bagi menguruskan pesakit lelaki yang malu dijaga jururawat wanita.
"Ada kalanya pesakit lelaki tidak suka berterus terang mengenai keadaannya terutama berkaitan kehidupan seksual. Jika ada jururawat lelaki, pesakit boleh berkongsi cerita mengenai dirinya tanpa rasa malu. Di sini, peranan jururawat lelaki memberi kaunseling kepada pesakit juga diperlukan," katanya.
Bagaimanapun, masyarakat masih belum dapat menerima sepenuhnya kehadiran lelaki dalam bidang ini dan sering kali ia dianggap hanya sesuai untuk kaum wanita. Jumlah jururawat lelaki memang tidak ramai, tetapi dianggap tinggi berbanding sesetengah negara lain.
Sejak awal 2000, kata Khadijah, banyak IPTS yang berlumba-lumba menyediakan kursus kejururawatan bagi menampung keperluan di hospital baru.
"Persoalannya, dengan lambakan graduan yang ramai itu, adakah ia benar-benar mempunyai kualiti dan berkemahiran? Kita selalu juga dengar aduan orang ramai mengenai tingkah laku jururawat yang tidak memuaskan hati mereka.
"Kita perlu lihat secara menyeluruh supaya jururawat dikeluarkan mempunyai pakej yang terbaik dalam menawarkan khidmat mereka. Tugas utama mereka memberi khidmat kepada masyarakat," katanya yang pernah menjadi jururawat hampir 10 tahun di Hospital Universiti (sekarang dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Malaya).
Justeru, pelajar kejururawatan wajib menjalani latihan praktikal di hospital bagi mendedahkan mereka kepada situasi sebenar kerjaya itu.
Sewajarnya juga, kata Khadijah, pemantauan lebih menyeluruh perlu dilakukan untuk memastikan semua IPTS melaksanakan program teori dan praktikal mengikut prosedur ditetapkan mengikut Lembaga Jururawat Malaysia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Horizon Posted: 11 May 2011 09:23 PM PDT Fenomena disko kasut roda Posted: Fenomena disko kasut rodaFenomena disko kasut roda Oleh MOHD. ALIF ABU BAKA alif.abubakar@kosmo.com.my
KASUT roda disko bukanlah perkara baru di Malaysia. Tempat rekreasi seumpama itu pernah bertapak di beberapa negeri seperti Melaka, Johor dan Kuala Lumpur. Namun, jangka hayatnya tidak pernah lama kerana tidak mampu menangkap minat masyarakat. Tanggapan negatif terhadap kasut roda disko sebagai pusat hiburan semata-mata sedikit sebanyak mencalarkan imej tempat tersebut yang sebenarnya bertujuan menggalakkan anak-anak muda melibatkan diri dengan aktiviti sihat. Bermain kasut roda merupakan satu bentuk riadah namun, pendekatan yang diaplikasikan The Wheels mungkin tampak berbeza dan agak sukar diasimilasisecara drastik memandangkan terdapatnya sekatan budaya di Malaysia yang melihat tempat seperti itu penyumbang kepada masalah sosial. Bagaimanapun itu merupakan kisah lama kerana hari ini masyarakat Malaysia terutama golongan remaja semakin berfikiran moden. Kasut roda disko kembali menambat hati mereka sebagai satu tempat bersantai bersama teman dan seisi keluarga. The Wheels di Subang Avenue, Selangor mungkin masih baharu dalam kalangan penduduk Lembah Klang malah, ada yang tidak pernah mengetahui akan kewujudannya. Memulakan operasi awal Januari lalu, The Wheels merupakan kasut roda disko terbesar pernah dibina di Malaysia. Dengan keluasan 1,486 meter persegi (16,000 kaki persegi), ruang buat pengunjung meluncur dengan kasut roda mereka sememangnya luas dan membuatkan pergerakan lebih lancar tanpa perlu bersesak-sesak. Pemilik The Wheels, Thomas Ang memberitahu pusat hiburan yang juga bertindak sebagai tempat rekreasi itu hanya mengambil masa dua bulan untuk disiapkan. "Walaupun baru sahaja beroperasi tetapi, sambutan yang diterima amat menggalakkan. "Setakat ini purata kunjungan setiap bulan mencecah 5,000 orang dan saya menyasarkan untuk menerima kunjungan antara 15,000 hingga 30,000 orang pada masa akan datang," jelasnya yang telah mempunyai pengalaman selama 25 tahun menguruskan perniagaan kasut roda disko. Meskipun kesemua pusat kasut roda disko yang pernah dibuka Thomas sebelum ini telah ditutup namun, dia tidak pernah berputus asa dalam perniagaan tersebut malah, yakin The Wheels mampu untuk bertahan. Platform bakat muda THE WHEELS menjadi gelanggang anak muda mengasah bakat dalam sukan kasut roda.
Memasuki ruangan meluncur The Wheels mewujudkan kelapangan dan keterujaan luar biasa. Melihatkan aksi-aksi anak-anak muda meluncur dengan kasut roda mengikut rentak muzik yang diputarkan membuatkan penulis ingin turut serta bersama mereka. Ada juga di antara mereka mempamerkan skil dan kehebatan masing-masing yang secara tidak langsung memberi perspektif positif terhadap The Wheels. Sewajarnya pusat hiburan dan rekreasi seperti The Wheels dibina kerana ia dapat berfungsi sebagai medan latihan buat mereka yang mempunyai minat dan bakat dalam sukan kasut roda. Jika kebanyakan pusat hiburan lain menyediakan bilik khas buat pengunjung yang ingin merokok, The Wheels menolak strategi itu dan memilih untuk menyediakan bilik telefon. Menurut Thomas, sebagai pusat hiburan berasaskan rekreasi, tidak wajar baginya membuat ruangan merokok kerana aktiviti itu hanya menyumbang kepada masalah kesihatan. Lampu-lampu pelbagai warna melimpahi segenap ruang kawasan itu nyata menghidupkan suasana menjadi lebih ceria menambahkan keseronokan pengunjung. Di satu sudut pula kelihatan seorang deejay (DJ) begitu asyik memutarkan pelbagai jenis rentak muzik yang adakalanya merupakan permintaan daripada pengunjung sendiri. Sajid Jahangir, DJ tetap The Wheels menjelaskan kebanyakan muzik yang dimainkan di situ tidak terhad kepada genre tertentu sahaja malah, dia mempunyai hampir kesemua jenis muzik. "Tidak semua lagu di sini berbahasa Inggeris, ada ketika saya akan memainkan lagu Melayu dan lagu-lagu bahasa lain seperti Arab, Tamil dan Mandarin. Pengunjung juga sering membuat permintaan lagu kegemaran mereka dan saya pasti akan menunaikannya," kata DJ berusia 26 tahun itu. Beli kasut roda DJ Sajid Jahangir turut memutarkan lagu permintaan pengunjung.
Kasut roda yang disediakan di The Wheels pula didatangkan dalam dua jenis bagi memberi kebebasan kepada pengunjung membuat pilihan jenis kasut roda yang bersesuaian dengan mereka. Bagi mereka yang menggemari kasut roda yang mempunyai empat roda bolehlah memilih roller skate, sementara mereka yang lebih selesa dengan kasut roda inline disarankan menggunakan roller blade. Menariknya, pengunjung yang berminat dengan kasut roda di The Wheels turut berpeluang memiliki kasut roda tersebut pada harga berpatutan. Menurut Thomas, kesemua kasut roda The Wheels ditempah khas dari Taiwan dan mampu bertahan selama lima tahun bagi tujuan perniagaan dan 10 tahun untuk kegunaan peribadi. "Pengunjung boleh memilih untuk membeli sama ada kasut roda jenis biasa yang berharga RM250 ataupun kasut roda berkualiti tinggi pada harga RM350. "Jadi pada masa akan datang apabila mereka mengunjungi The Wheels mereka boleh memakai kasut roda sendiri," ujarnya. Monopoli perempuan Tidak menolak majoriti pengunjung The Wheels merupakan golongan remaja terutama pelajar dari kolej-kolej berdekatan, ahli perniagaan dari Singapura itu menjelaskan golongan perempuan mendominasi pengunjung di situ. Thomas menyatakan ia mungkin disebabkan sifat semula jadi golongan tersebut yang menggemari bentuk rekreasi santai seperti itu. Seorang pengunjung yang ditemui, Rozita Mat Som merupakan antara pengunjung yang kerap meluangkan masa di The Wheels. "Saya suka dengan suasana di sini. Daripada pergi kelab malam lebih baik pergi tempat seperti ini kerana ia merupakan aktiviti berfaedah," katanya yang berasal dari Selangor. Sementara itu seorang lagi pengunjung, Rahaiza Ab. Halim memberitahu, ini merupakan kunjungannya yang pertama di The Wheels. Wanita berusia 27 tahun itu juga tidak segan menyatakan bahawa dia tidak pernah bermain kasut roda dan menjadikan The Wheels sebagai tempat untuk belajar. "Selain dapat mengeluarkan peluh, muzik yang dimainkan di sini memang membuatkan pengunjung tidak berasa jemu untuk terus bermain," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bertahan menakluk Gunung Tahan Posted: Bertahan menakluk Gunung TahanBertahan menakluk Gunung Tahan Oleh RIZAM ZAKARIYA mohdrizam@kosmo.com.my BIARPUN dalam keadaan cuaca sejuk, para peserta ekspedisi tetap ceria bergambar kenangan tanda kejayaan mereka menjayakan ekspedisi pendakian.
AKTIVITI mendaki gunung di negara ini sudah semakin popular dalam kalangan golongan muda termasuklah pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Tidak ketinggalan menakluk gunung-gunung di dalam negara ialah Kelab Rekreasi Unisains dari Universiti Sains Malaysia (KRU USM). KRU USM baru-baru ini menjayakan ekspedisi mendaki Gunung Tahan di Pahang sebagai salah satu aktiviti kelab itu pada tahun ini. Aktiviti selama empat hari tiga malam itu disertai oleh 27 orang peserta bersama tiga pegawai pengiring termasuk penulis dengan menjadikan laluan Merapoh-Gunung Tahan-Merapoh sebagai trek pendakian. Terkenal sebagai puncak gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2,187 meter dari paras laut, sudah semestinya laluan yang tersedia menjanjikan pelbagai cabaran untuk ditempoh oleh para pendaki. Hari pertama Para peserta tiba di pekarangan Taman Negara Tahan di Merapoh, Kuala Lipis kira-kira pukul 5.30 pagi setelah menempuh perjalanan jauh selama hampir 10 jam dari Pulau Pinang dengan menaiki sebuah bas yang disediakan oleh Pusat Sukan USM. Selepas solat subuh dan bersiap untuk memulakan perjalanan, para peserta terlebih dahulu diperkenalkan kepada tiga orang jurupandu arah dari Taman Negara Tahan yang akan menjadi pengemudi sepanjang pendakian dilakukan. Kemudian, kesemua peserta diberi taklimat berhubung fungsi Taman Negara Tahan dan bentuk muka bumi serta flora dan fauna yang menjadi penghuni di sekitar Taman Negara Tahan. Perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda dari pekarangan Taman Negara Tahan ke Kuala Juram hanya mengambil masa kira-kira 20 minit. Cabaran sebenar dalam ekspedisi itu bermula dari Kuala Juram apabila para peserta mula menggalas beg masing-masing yang mempunyai berat purata antara 15 hingga 20 kilogram. Kami memulakan perjalanan hari pertama pendakian menuju ke tapak perkhemahan pertama di Kuala Koh sejauh 12 kilometer (km) pada pukul 11.30 pagi. Walaupun pendakian hari pertama hanya mengambil masa kira-kira lima jam perjalanan meredah hutan menyusuri laluan yang agak landai selain melintasi tidak kurang dari empat batang sungai, ia sudah memadai untuk dijadikan pemanas badan sebelum memulakan pendakian pada hari kedua yang lebih mencabar. Hari kedua
|
LALUAN merentas sungai juga antara cabaran dalam ekspedisi mendaki ini.
|
Seawal pukul 6.30 pagi, sebahagian peserta sudah sibuk menyiapkan juadah untuk makan pagi manakala sebahagian lagi menyiapkan diri dengan memakai semula 'uniform' untuk meneruskan pendakian. Tepat pukul 9 pagi, perjalanan diteruskan dengan menyusuri sebatang sungai sebelum bertemu dengan trek pendakian yang lebih mencabar. Cabaran perjalanan yang dimaksudkan itu adalah permukaan agak menegak dari Kem Kor ke Kem Permatang dan itu memaksa para pendaki memerah keringat. Di laluan itulah kekuatan mental dan fizikal para peserta mula teruji – sama ada mereka benar-benar mampu bertahan atau pun mudah menyerah kalah sebelum tiba di puncak. Walaupun penulis mempunyai pengalaman mendaki hingga ke puncak Gunung Tahan lapan tahun lalu menerusi trek dari Kuala Tahan, namun tidak dapat dinafikan cabaran trek Merapoh bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Trek tersebut membuatkan ramai para pendaki terutamanya yang baharu berjinak-jinak dalam aktiviti lasak ini 'dibelasah' teruk oleh alam semula jadi sehingga ada yang sudah menganggap pendakian tersebut adalah yang pertama dan terakhir bagi mereka. Laluan dari Kem Permatang ke Kem Kubang juga memerlukan pada pendaki memanjat akar-akar pokok dan sesekali menuruni tebing bukit dengan terpaksa berpaut pada tali yang disediakan di laluan. Sebaik tiba di Kem Kubang kira-kira pukul 1 tengah hari, kesemua peserta berkumpul semula bagi membolehkan perut diisi agar tenaga yang telah hilang dapat dikembalikan semula sebelum meneruskan perjalanan. Setelah perut diisi, perjalanan diteruskan ke Kem Belumut yang terletak kira-kira 30 minit pendakian dari Kem Kubang. Disebabkan jaraknya yang dekat, kami mengambil keputusan untuk tidak berhenti rehat sebaliknya meneruskan perjalanan ke Kem Bonsai yang terletak kira-kira 5.5 kilometer lagi dari Kem Belumut. Sebaik tiba di Kem Bonsai, kepenatan seolah-olah sedikit terubat apabila para peserta disajikan dengan pemandangan yang luas dan indah berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa. Dari situ jugalah kelibat puncak Gunung Tahan sudah boleh dilihat dan ternyata ia telah menjadi pembakar semangat untuk para peserta meneruskan pendakian, walaupun ada pendaki yang hanya tiba di situ selepas sejam kumpulan pertama tiba. Walaupun laluan pendakian dari Kem Bonsai ke Kem Botak hanya mengambil masa kurang dari satu jam, pemandangan yang dihidangkan ternyata cukup indah apabila sepanjang pendakian, pemandangan Banjaran Titiwangsa di kiri dan kanan laluan terbentang di depan mata. Para peserta juga sesekali merempuh kabus tebal yang cukup menyamankan. Pendakian hari kedua berakhir di Kem Botak dengan kumpulan terakhir tiba di tapak perkhemahan kira-kira pukul 7 petang setelah penat mendaki sejauh 18 km. Disebabkan keadaan udara yang terlalu sejuk, ditambah pula dengan angin yang bertiup kencang membawa kabus tebal, tidak banyak aktiviti boleh dilalukan selain memasang khemah dan menyediakan makanan untuk makan malam. Hari ketiga SEBAHAGIAN peserta sempat berehat seketika di lereng sebelum meneruskan pendakian.
Pendakian hari ketiga bermula lebih awal apabila kesemua peserta memulakan perjalanan seawal pukul 6.30 pagi dengan meredah kegelapan awal pagi menyusuri laluan bukit yang berbatu untuk tiba puncak Gunung Tahan. Selepas 30 minit pendakian, terpancar kegembiraan dalam kalangan semua peserta apabila semuanya selamat tiba di puncak mengikut perancangan. Walaupun sedikit kecewa kerana hasrat untuk melihat keindahan matahari terbit dari ufuk timur tidak kesampaian kerana dilindungi kabus tebal di awal pagi, ternyata kegembiraan menjejakkan kaki di puncak itu mengatasi segala-galanya. Selepas menghabiskan masa kira-kira 40 minit untuk bergambar kenangan, perjalanan menuruni puncak pun bermula. Sebaik tiba di Kem Botak, para peserta mengambil masa yang ada untuk bersarapan selain mengemas semula khemah secepat mungkin sebelum meneruskan perjalanan turun menuju ke Kem Bonsai. Kami pelu pantas kerana ketua jurupandu arah telah memberi amaran awal kepada kami agar tidak melengahkan perjalanan kerana jarak antara Kem Botak ke Kem Kor mengambil masa kira-kira lapan hingga sembilan jam, itupun sekiranya tiada sebarang kecederaan berlaku. Justeru mengikut perkiraan kasar, sekiranya kami bergerak turun dari Kem Botak pada pukul 10 pagi, kami hanya akan tiba di Kem Kor kira-kira pukul 7 malam. Berbekalkan pengalaman yang ada dalam pendakian sebelum ini, penulis mengambil keputusan untuk tidak lagi menjadi sweeper, sebaliknya berada dalam kumpulan terawal menuruni puncak sebelum hari gelap. Ternyata keputusan penulis tepat apabila berjaya tiba di Kem Kor pada pukul 6.30 petang. Dalam kesuntukan waktu, penulis bersama beberapa rakan terpaksa bergegas untuk mendirikan khemah sebelum hari gelap. Disebabkan perjalanan menuruni puncak Kem Botak melalui laluan yang sama sewaktu mendaki, maka lebih banyak laluan menurun dan curam terpaksa ditempuhi. Ketika inilah para pendaki akan terdedah dengan risiko mendapat kecederaan terutama pada bahagian kaki kerana terpaksa menahan beban beg yang berat selain terpaksa mengawal keseimbangan badan sewaktu menuruni curam. Malah tidak dinafikan, ada rakan penulis yang terpaksa menahan sakit apabila kuku kakinya tercabut gara-gara memakai kasut yang agak ketat sepanjang pendakian. Hari keempat KENDERAAN pacuan empat roda membawa para peserta pendakian ke Kuala Juram.
Para peserta mula bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan hari terakhir untuk ke Kuala Juram kira-kira pukul 11 pagi selepas memastikan tapak perkhemahan dalam keadaan bersih. Disebabkan perjalanan ke Kuala Juram hanya sejauh 12km, para peserta meneruskan perjalanan dalam keadaan santai. Kumpulan pertama tiba di Kuala Juram pada pukul 2 petang manakala kumpulan terakhir tiba sejam kemudian. Di Kuala Juram, para peserta sempat melihat kakitangan Taman Negara Tahan memberi makan ikan kelah di kawasan santuari yang diwujudkan di situ. Sebaik tiba di pekarangan Taman Negara Tahan dengan menaiki pacuan empat roda, bas sudah sedia menunggu. Selepas selesai membuat pengisytiharan mengenai barangan yang perlu dibawa turun semula, para peserta mengucapkan selamat tinggal kepada Taman Negara Tahan untuk pulang semula ke Pulau Pinang bersama 1,001 kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Nyaman Pulau Aur Posted: Nyaman Pulau AurNyaman Pulau Aur BOT laju pembawa penumpang berlabuh di pantai Pulau Aur.
BAGI golongan pencinta alam, keindahan latar hutan dan bukit sudah dianggap anugerah terindah. Apatah lagi kalau pemandangan itu digandingkan dengan pasir pantai memutih, air jernih dan formasi karang laut yang cantik. Terletak kira-kira 76 kilometer (km) dari Bandar Mersing, Pulau Aur merupakan pulau yang paling jauh jaraknya dari tanah besar. Secara tidak langsung, pulau tersebut terhindar daripada pencemaran yang merosakkan persekitarannya. Tidak hairanlah jika dalam jarak dua batu nautika dari pantai pulau tersebut, terdapat kawasan yang diwartakan sebagai Taman Laut Johor. Keletihan pengunjung yang merentas perjalanan dengan bot laju ke pulau selama dua jam setengah seakan-akan hilang sejurus disambut keindahan gaya hidup pulau di situ. Air laut pulau yang membiru menyuntik rasa segar lantas mengajak pengunjung bermandi-manda. Pada masa yang sama, mereka boleh menghargai panorama bukit-bukau dan pulau-pulau kecil berhampiran. Semua itu mampu melenyapkan rasa bosan dan buntu akibat menjalani kesibukan hidup di kota. Penginapan Para pengunjung yang bercuti di Pulau Aur tidak perlu khuatir dengan kemudahan calet yang disediakan terutama di pusat pulau berkenaan iaitu di Kampung Teluk Berhala yang kini dikenali sebagai Kampung Teluk Sakinah. Antaranya ialah calet Blue Water Holiday Resort yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas yang mencukupi. Dengan harga yang berpatutan, pengunjung bakal merasai keselesaan ketika menginap di sini ibarat seperti berada di rumah sendiri. Pengurus Blue Water Holiday Resort, Siti Salsiah Mohamad, 33, berkata, caletnya menyediakan 16 bilik berhawa dingin dan empat tanpa hawa dingin serta menawarkan harga yang berpatutan dan mampu disewa para pengunjung. Harga yang ditawarkan bagi bilik standard berhawa dingin ialah RM180 dan RM120 bagi bilik tidak berhawa dingin. Katanya, di samping kemudahan bilik, calet itu turut menawarkan kemudahan bilik seminar. Dengan kapasiti bilik yang mampu memuatkan 100 orang pada satu-satu masa, tidak hairanlan ia menjadi pilihan kumpulan akademik, korporat atau organisasi untuk mengadakan seminar, mesyuarat atau kursus di pulau itu. Salasiah memberitahu, sejak beroperasi kira-kira 10 tahun, lalu, resort itu sering menjadi pilihan pengunjung dari dalam dan luar negara. "Lazimnya, tempahan akan bertambah pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Selain bermandi-manda, pengunjung boleh mencuba aktiviti selam skuba, snorkeling dan memancing," ujarnya yang turut menawarkan pakej kembara hutan. "Para pengunjung akan bertambah terutama pada hujung minggu termasuk tempahan yang dibuat oleh kaki pancing dari Singapura," katanya. Bagi pemandu bot laju syarikat Blue Water, Asfarizal Nasrul, 33, selama empat tahun dia bekerja sebagai pemandu bot, baginya, Pulau Aur merupakan pulau yang paling cantik di daerah tersebut. "Walaupun terletak paling jauh dari Mersing, keindahan dan kecantikan Pulau Aur tiada tandingannya," katanya. Pendapatnya itu turut dikongsi seorang penduduk pulau yang ditemui, Zainab Awang Kechik, 68, berkata, dia yang sejak turun-temurun tinggal di situ sudah biasa dengan suasana gaya hidup kampung di pulau. "Kini pembangunan di Pulau Aur lebih rancak dan bilangan pengunjung yang hadir semakin ramai, berbeza dengan keadaan 20 tahun lalu," katanya. – NORAZMAN ABDUL RAHIM Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Komuniti Kita Posted: 11 May 2011 03:21 PM PDT USM rawat 3O pesakit kronik sempena Program Sayangi Keluarga Posted: USM rawat 3O pesakit kronik sempena Program Sayangi KeluargaUSM rawat 3O pesakit kronik sempena Program Sayangi Keluarga BEBERAPA kakitangan USM melakukan senamrobik pada Karnival Kesihatan dan Kecergasan di Kampung Pak Rahmat Seterpa, Kota Bharu baru-baru ini.
BANTU. Sebanyak 100 kakitangan termasuk doktor pakar Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian menyertai program 'Sayangi Keluarga' pada Karnival Kesihatan dan Kecergasan di Kampung Pak Rahmat Seterpa, Kota Bharu baru-baru ini. Sepanjang program itu, kumpulan terbabit telah merawat 30 pesakit kronik termasuk pesakit sawan, angin ahmar dan sakit tua, di mana ada diantara mereka telah terlantar di rumah sejak 20 tahun lalu. Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Dr. Wan Nudri Wan Daud berkata, pihak universiti itu sentiasa menekankan aspek nilai-nilai murni di kalangan kakitangan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat. "Melalui program turun padang itu, keluarga pesakit telah diberikan tunjuk ajar mengenai kaedah rawatan anggota keluar yang sakit di rumah," katanya. Program yang julung-julung kali diadakan itu dianjurkan bersama oleh Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Bahagian Hal Ehwal Wanita Pusat Islam USM, Persatuan Perubatan Keluarga dan Persatuan Jururawat Malaysia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Karnival Keusahawanan 1Malaysia bantu usahawan pasar produk Posted: Karnival Keusahawanan 1Malaysia bantu usahawan pasar produk Karnival Keusahawanan 1Malaysia bantu usahawan pasar produk KU ABD. RAHMAN (empat dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada seorang peserta yang menyertai Karnival Keusahawan 1Malaysia di Star Parade, Alor Setar baru-baru ini.
USAHAWAN. Students in Free Enterprise (SIFE) Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan Karnival Keusahawanan 1Malaysia di pusat beli-belah Star Parade, Alor Setar selama tiga hari hari bermula 29 April lalu. Sebanyak 33 gerai dibuka untuk memberi peluang kepada para usahawan dan syarikat perniagaan memasarkan produk masing-masing antaranya Koperasi Pekan Rabu Alor Setar, Wan Hantaran Enterprise dan Resipi Kak Ani. Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi negeri Kedah, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, karnival anjuran penuntut UUM itu berjaya mewujudkan satu platform yang baik kepada kalangan usahawan untuk memasarkan produk keluaran mereka. "Karnival seperti ini secara tidak langsung membolehkan para usahawan berkongsi pengalaman, idea dan membentuk jaringan kerjasama untuk meningkatkan perniagaan masing-masing," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | SK Temin juara pertandingan robotik Posted: SK Temin juara pertandingan robotikSK Temin juara pertandingan robotik LAU LEE (tiga dari kanan) dan Wan Norizan (tiga dari kiri) bergambar bersama murid-murid SK Temin yang menjuarai pertandingan robotik di Karnival Sains dan Teknologi Jerantut 2011 semalam.
JUARA. Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Temin muncul juara pertandingan robotik pada Karnival Sains dan Teknologi Jerantut 2011 di Dewan Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Jerantut, Pahang baru-baru ini. Dengan kemenangan itu, lima murid sekolah berkenaan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM250 serta pingat, piala dan sijil setelah menumpaskan tujuh buah sekolah lain yang bertanding. Naib johan pula milik SK Jerantut manakala tempat ketiga disandang oleh SK Pusat Penyelidikan Tun Razak dengan masing-masing menerima wang tunai RM150 dan RM100 beserta pingat, piala dan sijil. Karnival itu telah berlangsung selama tiga hari dan dianjurkan oleh MDJ dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Perikanan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) dan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee yang turut dihadiri oleh Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Keluarga Posted: 11 May 2011 01:35 PM PDT Nostalgia piring hitam Posted: Nostalgia piring hitamNostalgia piring hitam Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
|
Ramai peminat setia pengumpul piring hitam 'menyerbu' pasar lambak mingguan Amcorp Mall untuk mendapatkan koleksi mereka.
|
Piring hitam mungkin tidak lagi diminati oleh generasi muda kini tetapi ia pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Juga dikenali sebagai rekod gramofon, rekod fonograf atau hanya rekod, piring hitam terdapat dalam pelbagai versi. Jika sesebuah piring hitam hanya memuatkan satu atau dua lagu, ia dipanggil SP (single play), jika empat buah lagu dikenali sebagai EP (extended play) dan jika lebih daripada itu, LP (long play). Hari ini, peranan piring hitam yang pernah menjadi kegilaan peminat-peminat lagu dan muzik, telah diambil alih oleh kecanggihan cakera padat (CD). Itu nasib yang dialami oleh piring hitam. Seperti juga penyanyi-penyanyi lama yang semakin terpinggir, begitulah nasib dialami piring hitam. Ia diketepikan seiring dengan perubahan masa. Walaupun amat jarang untuk kita menemui piring hitam, namun bagi peminat tegar 'alat tradisional' ini, mereka sentiasa tahu di mana untuk mendapatkannya bagi dijadikan koleksi. Antara tempat yang tidak asing lagi untuk mendapatkan piring hitam adalah di pasar lambak mingguan di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Dikenali sebagai pusat peminat piring hitam terpakai dan jarang ditemui, Amcorp Mall telah berkhidmat sebagai pusat kegiatan menjual alat audio bunyi itu sejak hampir sedekad lalu. Selain piring hitam, pasar lambak yang hanya dibuka setiap Ahad dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang itu menjual pelbagai jenis barangan terpakai lain termasuk buku, perhiasan dalaman dan barangan antik lain. Lebih 30 gerai di tingkat bawah Amcorp Mall itu turut menjadi tempat bagi mereka yang sudah lama mahu pun baru berjinak-jinak memburu barang kegilaan mereka untuk dikumpul. Seorang pengunjung, Khairunizam Mokhtar, 37, berkata, pasar lambak tersebut merupakan lokasi bagi pemburu piring hitam mendapatkan koleksi klasik seperti album P. Ramlee dan Saloma yang jarang ditemui di tempat-tempat lain. Katanya, dia masih sempat merasai fenomena mengumpul piring hitam penyanyi kegemaran berikutan ketika itu hampir kebanyakan rumah harus memiliki sebuah pemain piring hitam. "Keadaan itu kian pudar pada awal tahun 90-an setelah teknologi kaset diperkenalkan, diikuti dengan CD dan MP3 ketika ini. "Saya selalunya akan meluangkan waktu hujung minggu seperti ini bagi mencari judul-judul piring hitam yang pada saya mempunyai nilai sentimental untuk koleksi peribadi saya," katanya yang juga Presiden Kelab P.Ramlee Malaysia. Menurutnya, piring-piring hitam yang dikumpul menggambarkan minatnya yang mendalam terhadap seniman agung, Allahyarham P.Ramlee yang menjadi kebanggaannya. "Saya mencari piring hitam seperti ini di serata tempat serta sudah berdekad lamanya dihabiskan untuk mengumpul sebuah koleksi lengkap album-album seniman agung tersebut, tetapi di pasar lambak ini, kebanyakan album tersebut boleh didapati dengan mudah," tambahnya. Seorang lagi pengunjung, Abdul Malik Mokhtar, 54, berkata, pasar lambak itu turut menjadi pusat komuniti bagi para peminat piring hitam berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. "Pengumpul piring hitam dari semua peringkat umur berkunjung ke sini untuk membeli, belajar dan bersosial. Kami mewujudkan satu rangkaian peminat piring hitam yang teguh," jelasnya. Menurut Abdul Malik, para peminat terlibat akan meluangkan masa berjam-jam untuk memilih ribuan piring hitam yang terdapat di situ. "Seperti 'pemburu' barangan antik, kami juga sanggup menghabiskan masa dan ribuan ringgit untuk mencari piring hitam yang sangat bernilai kepada kami," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Mengelak ruam lampin Posted: Mengelak ruam lampinMengelak ruam lampin
|
Bayi yang bebas ruam lampin lebih ceria. - Gambar hiasan
|
TANDA-TANDA ruam seperti kemerahan, melecet dan bengkak pada kulit bahagian punggung dan kelengkang berlaku ke atas 58 peratus bayi yang lahir. Sesetengah ibu berpendapat ruam tersebut terhasil akibat lampin pakai buang yang digunakan.Memang tidak dinafikan lampin bayi yang lembap dan tidak segera diganti menjadi punca utama ruam, alahan dan masalah kulit lain. Lazimnya masalah ruam ini mendatangkan masalah kepada bayi berusia enam hingga 12 bulan dengan nisbah perempuan lebih ramai menghidapinya berbanding bayi lelaki. Kulit bayi yang nipis dan sensitif memang mudah terjejas kerana masalah ruam ini. Apabila ruam terjadi bayi akan menangis, tidak selesa dan merengek sekali gus mengganggu emosi ibu dan bapa. Ibu bapa yang prihatin akan mencuba pelbagai kaedah bagi menghilangkan ruam dan biasa ia berhasil masa dua hingga tiga hari sahaja. Tetapi jika ibu bapa mengambil sikap tidak peduli, pasti masalah tersebut akan menjadi mimpi ngeri untuk anda sekeluarga. Krim, bedak dan losyen khas bagi mengatasi masalah ruam lampin boleh diperoleh dengan mudah di farmasi. Pada masa sama ibu bapa janganlah sewenangnya membiarkan lampin bayi dalam keadaan basah dan rajinlah untuk menukarnya. Satu kajian pernah dilakukan oleh para pekerja di Institut Pediatrik dengan kerjasama beberapa kolej di Jerman, Sepanyol dan United Kingdom tentang kesan jenis lampin pada kulit bayi. Dalam kajian tersebut, mereka telah memilih 250 bayi dari usia sebulan hingga 18 bulan. Seminggu pertama bayi-bayi tersebut dipakaikan lampin kain dan separuh lagi bayi menggunakan lampin pakai buang. Hasilnya kulit bayi yang dipakaikan lampin pakai buang lebih baik dari yang dipakaikan lampin dari fabrik. Ini kerana lampin fabrik memang tidak akan kering apabila ia menyerap cecair. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan