Utusan Online - Johor Posted: 14 May 2011 09:29 AM PDT Mampu tarik 3 juta pengunjung Posted: Mampu tarik 3 juta pengunjungMampu tarik 3 juta pengunjung Oleh HANIZA HASSAN utusanjohor@utusan.com.my JOHOR BAHRU 13 Mei - Iskandar Malaysia mampu menarik kira-kira tiga juta pelancong tahun depan dengan perkembangan sektor peruncitan yang bakal menjadi satu tarikan baru di wilayah berkenaan. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pembukaan sektor peruncitan yang memberi tumpuan kepada peniaga tempatan dan luar negara sebelum akhir tahun depan akan menyediakan pelbagai produk yang memenuhi kehendak pembeli. Beliau berkata, sektor peruncitan itu adalah insentif awal untuk mengesan keperluan dan permintaan masyarakat sekali gus memberi pilihan kepada mereka untuk membeli-belah. "Malah dengan perkembangan sektor berkenaan, vendor akan terus berkembang seiring dengan permintaan pembeli sekali gus membantu Iskandar Malaysia untuk menjadi satu pusat perniagaan peruncitan yang mampu menarik pengunjung tempatan dan negara berhampiran. "Percaya dengan perkara tersebut, saya menjangkakan seramai tiga juta pengunjung akan mengunjungi Iskandar Malaysia pada tahun depan ekoran beberapa daya tarikan baru berkenaan," katanya semasa merasmikan pembukaan Pasaraya Komuniti @mart Kempas di sini kelmarin. Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) merangkap Pengerusi Damansara Assets Sdn. Bhd., Kamaruzzaman Abu Kassim. Pasaraya Komuniti @mart Kempas dibina dengan kos RM30 juta di atas tapak seluas kira-kira lima hektar menawarkan 175 unit ruang perniagaan dengan jumlah keluasan 1150,000 kaki persegi merangkumi pasar basah, lot kedai serbaneka, medan selera dan kiosk. Pasar raya yang terletak di Jalan Persiaran Tanjung, Taman Cempaka itu dibangunkan oleh Damansara Assets, anak syarikat milik JCorp dengan kesemua premis perniagaan beroperasi sejak Mac lalu dan turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung seperti 500 petak letak kereta percuma, surau dan kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU). Abdul Ghani berkata, ketika trend pengguna semakin cenderung untuk membeli barangan segar, bermutu dan bersih, maka pasar raya serba lengkap di bawah satu bumbung seperi @mart Kempas mampu menepati keperluan masyarakat. "Kita yakin perniagaan di sini akan mendapat sambutan hangat dan terus berkembang maju. Tidak mustahil dalam masa terdekat ini, @mart mampu berdiri setanding rangkaian pasar raya besar lain di bandar raya ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | TUTA dapat 600 tong sampah tambahan Posted: TUTA dapat 600 tong sampah tambahanTUTA dapat 600 tong sampah tambahan
|
Jason Teoh (kiri) bersama wakil penduduk pada majlis penyerahan tong sampah kepada pihak pengurusan Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru, semalam.
|
JOHOR BAHRU 13 Mei - Masalah kekurangan tempat pembuangan sampah di flat Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di sini dijangka selesai apabila 600 tong sampah bernilai RM300,000 ditempatkan di kawasan perumahan tersebut. Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh berkata, semua tong sampah tersebut mula diserahkan kepada pihak pengurusan flat berkenaan secara berperingkat-peringkat sejak awal tahun lalu. Katanya, inisiatif untuk menyediakan tong sampah tersebut merupakan kerjasama antara MCA Bahagian Gelang Patah dan Majlis Bandaraya Johor Bahru Tengah (MBJBT). "Tahun lalu kami banyak mendapat aduan daripada penduduk setempat mengenai masalah kekurangan tempat pembuangan sampah di kawasan berkenaan. "Setelah mengadakan perbincangan dengan MPJBT, kami mengambil keputusan untuk menyediakan tong sampah tambahan bagi menampung tempat pembuangan sampah sedia ada," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan tong sampah kepada pihak pengurusan taman berkenaan di sini hari ini. Jason berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) bagi memastikan kerja-kerja mengangkut sampah di kawasan itu dapat dijalankan mengikut waktu yang ditetapkan. Sementara itu, Bendahari Jawatankuasa Pengurusan Blok 45-54 taman berkenaan, Wong Mian Kim, 60, berkata, penduduk setempat amat menghargai sumbangan tong sampah tersebut. Menurutnya, kekurangan tempat pembuangan sampah di flat berkenaan sebelum ini menyebabkan banyak masalah, antaranya sampah bertaburan hingga menyebabkan ia menjadi tumpuan binatang seperti tikus, anjing dan kucing. "Kami berharap dengan tong sampah yang diberikan ini dapat menyelesaikan masalah tempat pembuangan sampah di sini pada masa akan datang," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Feminin Posted: 14 May 2011 09:25 AM PDT Dramatik beg tangan Michealangelo Posted: Dramatik beg tangan MichealangeloDramatik beg tangan Michealangelo Oleh NOOR FAZRINA KAMAL pengarang@utusan.com.my
|
KOLEKSI beg tangan Michelangelo dicipta daripada kulit yang lembut dengan kemasan dalaman mewah. Tas clucth pula sesuai mememenuhi cita rasa wanita pesona eksotik.
|
BAYANGKAN anda berjalan melalui bahagian hadapan sebuah butik yang dihiasi dinding kaca. Anda nampak refleksi diri anda di situ yang anggun dan elegan dengan beg tangan. Bagi wanita yang arif bergaya dengan cita rasa tersendiri, beg tangan bukanlah aksesori semata-mata. Ia sebahagian penting identiti dirinya. Diinspirasi oleh Michelangelo, artis agung zaman Renaissance, beg tangan kulit mewah Michelangelo dari Milan bertatahkan kristal Swarovski dicipta untuk wanita anggun dan berani tampil melangkaui trend fesyen yang sentiasa berubah. Dibawakan kepada anda secara eksklusif oleh Oriental Links di Bangsar Shopping Centre, beg tangan kulit bergaya ini dihiasi warna anggun dengan reka bentuk menarik, pasti membuatkan yang lain menoleh tidak kira apa jua majlis. Dicipta daripada kulit yang lembut, kemasan dalaman mewah, teliti dan rapi, setiap beg menampilkan 'kejutan' tersendiri bagi pemakainya dengan fungsi luar jangkaan. Ia termasuk rantai hiasan dengan charm yang boleh digunakan sebagai rantai tangan, beg kecil berbentuk ikan yang boleh dicabut menjadi beg syiling, serta beg kecil yang boleh ditukar menjadi beg sandang. Lampu kecil bersaiz duit syiling turut disertakan di poket bahagian dalam beg bagi membantu anda mencari 'harta karun' di dalam beg anda. Tidak perlulah teraba-raba mencari gincu atau kunci kereta lagi. Untuk wanita moden berkerjaya, beg Michelangelo dengan pilihan warna hitam, krim dan gangsa adalah penyeri pakaian pejabat anda. Dipersembahkan dengan reka bentuk ranggi tersendiri Michelangelo bertatahkan gemerlapan kristal Swarovski, beg tangan anggun dan menyerlah ini sesuai digayakan sama ada untuk makan tengah hari bersama klien sehinggalah ke mesyuarat rasmi. Ingin menyerlah apabila keluar malam bersama rakan-rakan? Tonjolkan diri anda dengan beg clutch Michelangelo yang bergaya. Sebahagian daripada beg clutch ini dilengkapi pemegang yang boleh ditukar gaya sebagai rantai leher. Dipadankan dengan print dress atau baju leher kutang kasual, beg clutch Michelangelo yang direka indah dengan teliti adalah sesuai untuk wanita dengan pesona eksotik misteri. Untuk membeli-belah hujung minggu bersama rakan, bag tote yang lebih besar dengan pemegang yang panjang dan kukuh membolehkan anda bergaya dengan selesa. Kulit selembut baldu dibentuk rapi menimbulkan rasa mewah apabila disentuh dengan hujung jari, kemasan luar jangkaan seperti sulaman berbentuk pepatung dan corak kristal menghasilkan rekaan yang moden dan menyerlah. Manjakan naluri cita rasa gaya tersendiri anda dengan pelbagai rekaan dan warna dari dompet dan tas Michelangelo yang melengkapkan gaya beg tangan Michelangelo anda dengan sempurna. Ciri unik seperti bahagian untuk kad SIM menunjukkan ketelitian pereka Itali terhadap kemasan dan fungsi. Daripada rekaan penuh keranggian tersendiri hingga anggun bergaya, anda akan menjadi rambang mata dengan pilihan pelbagai motif, bentuk, saiz dan tema warna untuk dipadankan dengan mana-mana pakaian dan majlis. Rangkaian produk Michelangelo terdiri daripada beg, dompet, tas, beg kecil, pemegang iPod dan iPad dengan harga dari RM300 hingga RM5,000. Koleksi ini boleh didapati di butik Oriental Links di F13, 1st Floor, East Wing, Bangsar Shopping Centre di Jalan Maarof, Kuala Lumpur dan beberapa booth terpilih di Parkson Department Stores di pusat beli-belah Pavillion dan Suria KLCC. Untuk wanita dengan cita rasa gaya tersendiri dan meminati barangan kulit berkualiti, beg tangan dan aksesori berkualiti Michelangelo adalah pilihan pasti untuk bekerja, bersuka-ria dan apa-apa majlis. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Jam tangan mesra alam Posted: Jam tangan mesra alamJam tangan mesra alam
|
GELANG jam tangan Sprout diperbuat daripada kapas organik, langsung tidak menggunakan bahan kimia.
|
PERNAHKAH anda terfikir apa cara yang anda boleh lakukan untuk menyelamatkan alam sekitar? Tahukah anda dengan hanya memakai jam tangan jenama Sprout sudah pun melaksanakan tanggungjawab itu. Diperbuat daripada bahan-bahan seperti kristal, resin jagung, mutiara, buluh, kapas dan lain-lain. Jam Sprout menepati matlamatnya untuk pencinta alam sekitar. Jam ini sebenarnya telah dilancarkan di Singapura khusus untuk pencinta alam sekitar. Ia direka khas dengan memikirkan segala impak alam walaupun impak yang kecil. Bayangkan inovasi ini dimulakan dengan penggunaan resin jagung untuk bahagian buckle dan bekasnya 100 peratus tiada kesan minyak. Dan yang lebih penting bahan ini boleh dibiodegrasi dan tidak akan tersimpan lama dalam tanah. Untuk bahagian kantanya pula diperbuat daripada kristal manakala bahagian jarum penunjuk diperbuat dari buluh. Gelang jam tangan Sprout pula diperbuat daripada kapas organik dan juga resin jagung. Untuk pengetahuan anda kapas organik ini langsung tidak menggunakan bahan kimia. Jadi untuk pencinta alam atau sesiapa sahaja yang mahukan sesuatu untuk membuktikan mereka mencintai alam ini, mulakanlah dengan memakai jam tangan Sprout yang boleh dimiliki daripada harga RM165 sahaja. Untuk memilikinya sila ke kaunter Sprout yang terdapat di Tangs, Empire Level 1, Kuala Lumpur. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Pesona Posted: 14 May 2011 07:01 AM PDT Ekspresi perasaan meraih perhatian Posted: Ekspresi perasaan meraih perhatianEkspresi perasaan meraih perhatian Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN farhana.mydin@kosmo.com.my
SETIAP ibu bapa sudah tentu menaruh kebimbangan tentang setiap perlakuan anak yang semakin menginjak usia. Lebih merunsingkan lagi apabila zuriat yang dikendong selama sembilan bulan 10 hari itu mula menunjukkan sifat negatifnya bermula usia dua tahun lagi. Bagi si kecil, Balqis Farhanis Azimi yang genap tiga tahun April ini, dia bakal menerima kedatangan ahli baru dalam keluarga Mei nanti gemar mengekspresikan perasaannya dengan mengamuk atau bergolek ke lantai sambil meraung panjang untuk menarik perhatian. Paling merunsingkan kepala ibunya, Nur Raihana Mohammad, 31, apabila Balqis sentiasa menggunakan tangisan sebagai senjata bagi memastikan permintaannya dipenuhi. Masalah yang berlarutan itu merisaukan ibunya yang kadangkala, terpaksa berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk membawa Balqis ke sebarang majlis dianjurkan saudara-mara atau rakan taulan. Bukan bimbang dimalukan di khalayak jika anaknya membuat onar tetapi, bingung memikirkan cara untuk memujuk sekiranya anaknya mengamuk. "Kadangkala walau saya turut apa yang dia mahukan, dia tetap mengamuk, pernah juga dia membaling telefon bimbit saya dari beranda rumah. "Bila saya naik geram, saya tidak mampu berbuat apa-apa dan dengan pantas tangan saya akan naik ke badannya. Sambil menangis-nangis dia akan mendapatkan perhatian neneknya yang tinggal bersama kami," kata pegawai bank itu. Lain pula cerita, Mohd. Aliff Abu Zharr, 45, yang mempunyai seorang anak kandung dan seorang anak tiri. "Walaupun saya beri serta turut segala permintaan kedua-dua anak saya dengan sama rata, tetapi, anak kandung saya sering kali tidak puas hati dan mahukan lebih daripada apa yang saya beri kepada saudara tirinya itu. "Saya rasakan mungkin dia bertindak begitu kerana kecewa dengan perpisahan saya dengan ibu kandungnya. Dia sememangnya rapat dengan ibunya tetapi selepas berpisah, hak penjagaan anak diberi kepada saya," kata ahli perniagaan produk makanan halal itu. Merujuk kepada kedua-dua kes itu, mungkin ramai lagi yang mempunyai kisah-kisah seperti yang pernah terjadi dalam hidup mereka terutamanya ketika anak mereka menginjak ke usia dua tahun dan ke atas. Perlakuan normal ANAK tantrum biasanya tidak mempedulikan orang di sekeliling ketika mengamuk.
Menurut Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, kanak-kanak yang suka mengamuk atau lebih dikenali dengan istilah tantrum adalah keadaan emosi yang datang secara tiba-tiba. Ia menyebabkan kanak-kanak boleh merengek, menangis, menendang atau memukul orang lain tanpa sebab. Terdapat juga kes di mana kanak-kanak yang sengaja menahan nafas sehingga pengsan apabila mengamuk. Lebih teruk, ia boleh menyebabkan kanak-kanak itu membenci seseorang, melukakan diri atau orang lain. Bagaimanapun Zulkifli berkata, kelakuan itu adalah agak normal dalam kalangan kanak-kanak berumur bermula usia dua tahun dan ia berlaku bukan sahaja kepada kanak-kanak lelaki bahkan, kanak-kanak perempuan. Sementara, istilah tantrum di laman sesawang Mayoclinic.com melalui artikel Temper tantrums: How to keep the peace menjelaskan, kebanyakkan pakar psikologi kanak-kanak melihat ia sebagai luahan rasa kekecewaan kanak-kanak tidak kira dari sudut fizikal, emosi atau mental. Menurut artikel itu, dalam lingkungan usia dua hingga tiga tahun, anak kecil cenderung untuk mudah marah kerana kehendaknya tidak difahami. Mereka akan membaling barang, menghentak-hentakkan kaki atau menjerit sekuat-kuat hati sebagai cara meluahkan kekecewaan itu. Adakalanya luahan kemarahan itu berlaku selama 20 saat atau berjam-jam lamanya. Tantrum dianggap normal kerana terdapat juga segelintir kanak-kanak yang memiliki kecenderungan untuk mudah marah berbanding kanak-kanak yang lain lazimnya kerana faktor letih, lapar atau tertekan menyebabkan mereka mudah mengamuk. Bagaimanapun tegas Zulkifli, terdapat dua faktor berlakunya tantrum iaitu apabila kanak-kanak itu mahukan perhatian lebih daripada kedua-dua ibu bapanya dan juga kerana kecewa. "Semua kanak-kanak akan melalui proses ini bagaimanapun ia bergantung kepada cara asuhan yang betul. Saya pasti ramai akan mengakui mereka menatang anak mereka dengan penuh kasih sayang, tetapi saya yakin cara yang dipratikkan itu kurang betul," terang Zulkifli yang juga merupakan Bekas Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia. Bercerita lanjut, beliau berkata titik bermulanya sikap negatif anak-anak perlu diatasi dari hari pertama kanak-kanak itu mula menunjukkan sifat tantrum atau mengamuk. "Dari episod pertama lagi, ibu bapa perlu bijak menangani anak mereka dan yang paling penting perlu persetujuan daripada kedua-dua pihak iaitu di antara ibu dan bapa dimana kedua-dua perlu tegas. "Ini kerana sejak dahulu lagi sudah menjadi trend apabila si ayah marah, si ibu pula akan menjadi tempat mengadu, justeru apabila berlaku senario ini, ia menjadikan kanak-kanak itu sukar dikawal," katanya menerangkan hanya kanak-kanak normal yang suka mengamuk digelar tantrum. Terangnya, terdapat perbezaan kanak-kanak normal yang suka mengamuk dengan kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD). ADHD merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat. "Sekiranya sikap seorang kanak-kanak semakin sukar dikawal, ibu bapa perlu bertindak dengan merujuk masalah tersebut kepada pakar kanak-kanak kerana dia mungkin mengidap ADHD atau autisme. "Sekiranya disahkan normal, maka ibu bapa perlu bertindak dengan memberi asuhan yang terbaik dengan mengikut cara yang betul," katanya yang mencadangkan ibu bapa juga boleh mendapatkan nasihat daripada pakar psikologi kanak-kanak. Tip tangani anak tantrum BELAI dan berikan sepenuh kasih sayang anda kerana anak tantrum biasanya bersikap negatif kerana inginkan perhatian.
Beliau turut berkongsi dua langkah menangani anak kecil yang suka mengamuk. "Yang pertama, dari hari pertama kita melihat dia mula menunjukkan sifat-sifat tantrum, abaikan mereka apabila mereka mula menangis atau merengek. Sekiranya masih terus menangis, ambil anak anda, letakkan di satu sudut rumah dan biarkan dia di sana. Itu yang saya buat pada anak saya. "Langkah kedua, tetapkan masa dan selepas tiga minit, dapatkan anak anda dan tanya apa yang dia mahu walaupun kita tahu dia tidak akan jawab kerana geram atau merajuk," katanya. Terang, Zulkifli yang juga merupakan Pakar Kardiologi Kanak-kanak, berkomunikasi dengan lemah lembut mampu menyejukkan hati si kecil. "Yang penting kaedah itu dilakukan pada saat pertama kita mengesan anak mula menunjukkan perubahan sikap kerana ia akan memudahkan kita melentur sikapnya terutama pada usia dua tahun," katanya yang turut menggalakkan ibu bapa mengucapkan kata-kata yang positif ketika memujuk. Selain itu, ibu bapa juga perlu menetapkan rutin bagi anak-anak mereka seperti masa tidur, masa makan, masa berjalan-jalan, menonton televisyen atau beriadah bersama-sama. "Sekiranya ada rutin, kehidupannya akan lebih teratur, sebaliknya jika tiada rutin yang ditetapkan, ia boleh mengganggu harmoni dalam diri kanak-kanak itu. "Selain itu, ibu bapa juga perlu mengetahui kemahuan anak-anak mereka dan sekali sekala menuruti apa yang dipinta tetapi, diikuti dengan kata-kata nasihat," terangnya. Selain daripada itu, terdapat satu lagi cabaran dalam membesarkan anak-anak dengan peraturan yang betul apabila nenek atau datuknya tinggal bersama. Walaupun kehadiran mereka membantu menjaga anak-anak dengan lebih selamat dan sempurna ketika kita keluar bekerja, namun terdapat cabarannya apabila mereka kadangkala campur tangan dalam cara kita membesarkan anak. Mereka akan terlalu memanjakan anak, melonggarkan peraturan dan rutin yang telah tetapkan. "Justeru itu anda dan ibu bapa anda perlu mencapai persetujuan terlebih dahulu mengenai cara membesarkan anak," katanya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pengasuhan Positif yang turut mengeluarkan buku dwi-bahasa mengenai pengasuhan positif. Buku yang ditulis bersama beberapa lagi pakar pediatrik itu dihasilkan serta diedarkan secara percuma khas bagi membantu golongan ibu bapa dalam mengharungi cabaran membesarkan anak-anak pada masa kini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pertukaran budaya dua negara Posted: Pertukaran budaya dua negaraPertukaran budaya dua negara Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my SEBAHAGIAN daripada pelajar Sekolah Tinggi Kokuryo bersemangat selepas mempersembahkan tarian tradisi masyarakat Jepun pada majlis penutup.
DEWAN Sekolah Sri Garden di Taman Maluri, Kuala Lumpur baru-baru ini riuh dengan suara sekumpulan pelajar. Mereka begitu asyik bercerita tentang pengalaman masing-masing. Ada pula yang sekadar tersenyum sambil tekun mendengar kisah yang dikongsi sahabat mereka itu. Di satu sudut lain, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menyeka air mata yang mengalir di pipi. Tangisnya sedikit teresak-esak. Rakan di sebelah yang berbaju oren pantas memainkan peranan memujuk gadis bermata sepet itu. Sambil memandang antara satu sama lain, kedua-duanya terus berpelukan. Erat seperti tidak mahu dilepaskan. Situasi itu mampu menyentuh hati sesiapa yang melihatnya. Walaupun baru sahaja kenal selama tiga hari, tetapi hubungan yang terjalin ibarat persahabatan yang sudah terikat bertahun lamanya. Itulah yang dialami kumpulan pelajar dari daerah Kyoto, Jepun yang menyertai Program Pertukaran Budaya dan Pendidikan antara Sekolah Tinggi Hokuryo dengan Sri Garden. Sejak dimulakan pada tahun 2004, program berkenaan sudah pun memasuki tahun kelapan penganjurannya. Ia bertujuan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa melalui nilai-nilai unik masyarakat Malaysia melalui penglibatan para pelajarnya. Bagi Nao Yoshinaga, 17, kedatangannya buat kali pertama ke Malaysia memberi persepsi positif kepadanya. Dia mengakui sangat gembira kerana terpilih menyertai program pertukaran pelajar tersebut. "Duduk bersama keluarga rakan tempatan yang baru dikenali memberi satu pengalaman baru yang cukup berharga untuk saya. Malah, saya tidak langsung berasa janggal kerana mereka menganggap saya seperti keluarga sendiri. "Paling seronok apabila menikmati keenakan masakan Malaysia seperti nasi lemak, roti canai dan pelbagai lauk-pauk kampung. Walaupun agak pedas tetapi, ia sedap dan menyelerakan," kata Yoshinaga sambil tersenyum memandang rakan barunya, Sharon Wong, 16. Teladan contoh AKSI rancak para pelajar Jepun ketika membuat persembahan tarian secara berkumpulan.
Menurut Sharon, Yoshinaga dan kumpulan pelajar dari Sekolah Tinggi Hokuryo, masing-masing menunjukkan keperibadian yang baik untuk dicontohi. Jelasnya, sewaktu tinggal bersama keluarga angkat di Malaysia, mereka begitu baik dan bersopan santun dalam setiap perkara yang dilakukan. "Walaupun agak susah untuk berkomunikasi kerana mereka kurang mahir berbahasa Inggeris tetapi, ia tidak menghalang hubungan mesra antara kami. "Bahkan, mereka tetap berusaha untuk berkomunikasi sama ada menggunakan bahasa tubuh mahu pun menulisnya di kertas," demikian pujian jujur Sharon terhadap sikap pelajar dari Kyoto itu. Pada program tersebut, seramai 73 orang pelajar dari Sekolah Tinggi Hokuryo terpilih untuk mengenali budaya masyarakat di Malaysia. Lawatan itu turut disertai Timbalan Pengetua sekolah tersebut, Toshihiko Kono. Sementara itu, Pengetua Sekolah Sri Garden, Peter Wells mengakui kehadiran rombongan pelajar dari Sekolah Tinggi Hokuryo tahun ini mencatat satu lagi episod indah dalam hubungan jangka panjang yang terjalin antara mereka sejak tahun 2004. "Apabila bercakap dengan guru dan pelajar, melihat apa yang mereka tulis di kertas, blog mahu pun laman web sosial serta menyaksikan rakaman video yang dibuat, semuanya menunjukkan mereka melalui satu pengalaman yang berharga. "Pelajar Sri Garden yang terlibat dalam program ini memainkan peranan sebagai duta kecil negara bagi menyalurkan maklumat mengenai Malaysia kepada rakan-rakan dari Jepun yang baru dikenali," ujar Wells yang dilihat begitu sporting apabila diajak menari bersama dalam persembahan kebudayaan yang dipersembahkan para pelajar. Jati diri PERTEMBUNGAN nilai tradisi antara para pelajar dua buah negara sememangnya memeriahkan suasana majlis.
Tambah beliau, program seperti pertukaran pelajar mampu memberi kesan positif dalam mendidik golongan muda agar mempunyai semangat dan jati diri yang tinggi. "Keadaan ini sekali gus boleh melahirkan bangsa yang mampu bersaing dalam apa jua aspek di persada dunia," tegasnya sambil memberitahu bahawa dengan mempelajari budaya sesuatu bangsa, ia membuatkan kita memahami cara mereka berfikir selain menjadikan kita lebih menghargai tanahair sendiri. Perkara ini diakui oleh Nur Najihah Jamri, 16, pelajar Sri Garden yang menganggap tanggungjawab yang digalas mereka amat besar. Sebagai tuan rumah, mereka perlu menunjukkan keistimewaan yang ada di Malaysia agar ia menjadi ingatan yang tidak dilupakan kepada pelajar dari Jepun. Dalam pada itu, Ketua Bahagian Menengah Sri Garden, Datin Christine Chiu berkata, program antarabangsa yang dianjurkan saban tahun itu hanya boleh disertai pelajar yang berjaya melepasi ujian kelayakan seperti yang telah ditetapkan pihak sekolah. Tidak ketinggalan, pelajar yang telah lulus pula dikehendaki mengikuti kurikulum khas sebagai persediaan untuk terbang ke Jepun dan tinggal bersama keluarga angkat di sana. "Bagi tahun 2011, sekurang-kurangnya 35 orang pelajar Sri Garden akan dipilih untuk menyertai program pertukaran pelajar. Kesemua mereka terdiri daripada pelajar yang sentiasa mempamerkan prestasi cemerlang di sekolah," ungkapnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pembahagian adil ikut faraid Posted: Pembahagian adil ikut faraidPembahagian adil ikut faraid
|
PEMBAHAGIAN daging korban paling afdal ialah menyedekahkan kesemua daging korban kepada fakir miskin.
|
BAGAIMANAKAH pembahagian harta mengikut hukum faraid? JAWAPAN: Faraid dari segi bahasa adalah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, ia adalah pembahagian harta seseorang Muslim yang telah meninggal dunia, sama ada meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka, harta peninggalannya akan dibahagikan kepada waris seperti anak, isteri, ibu dan lain-lain menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang si mati (zakat, nazar dan sebagainya) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara faraid ialah: 1- Tanah 2- Bangunan (rumah) 3- Barang kemas (emas, perak dan sebagainya) 4- Insurans dan wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak) 5- Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan sebagainya. Merujuk kepada persoalan di atas, harta tersebut boleh dibahagikan setelah ditolak hutang, zakat, nazar dan lain-lain dan segala pembiayaan pengurusan jenazah. Bahagian untuk waris si mati yang meninggalkan anak perempuan lebih daripada seorang ialah anak-anak perempuan tersebut berkongsi 2/3 daripada harta yang ditinggalkan oleh ibu bapanya yang meninggal dunia. Adapun nafkah untuk adik-adik perempuan yang kematian suami ialah mewarisi harta yang ditinggalkan oleh suaminya. Firman Allah Taala yang bermaksud: "Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua orang, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah separuh harta itu. Dan bagi ibu bapa si mati, tiap-tiap seorang dari keduanya seperenam dari harta yang harta yang ditinggalkan jika si mati ada anak. Tetapi jika si mati tiada anak, sedang yang mewarisinya hanyalah ibu bapanya, maka bahagian ibunya sepertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa saudara, maka bahagian ibunya ialah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya lebih dekat manfaaatnya kepada kamu. Ini adalah ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah An-Nisa' : Ayat 11). Salah satu hikmah Allah menetapkan ilmu faraid adalah untuk mengelakkan berlakunya perebutan harta pusaka peninggalan si mati. Semua ahli waris layak mendapat hak masing-masing. Ini adalah keadilan menurut Islam yang perlu difahami bagi umat yang berakal. Afdal sedekah semua bahagian BAGAIMANAKAH jika tulang daging korban itu tidak ditanam atau dibakar? Kepada siapakah kepala, tulang, ekor, perut dan kaki haiwan korban perlu dibahagikan? JAWAPAN: Tiada dalil yang sahih memerintahkan agar menanam tulang daripada akikah dan korban. Ia berdasarkan kepada anggapan masyarakat Nusantara yang menganggap masyarakat sentiasa menjaga kebersihan kerana tulang yang terbiar akan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan dan mengundang pencemaran. Dalam hal pengurusan pembahagian daging korban berlegar antara dua sahaja iaitu untuk dimakan dan untuk disedekahkan. Paling afdal ialah menyedekahkan kesemua daging korban kepada fakir miskin kecuali sedikit daripadanya yang sunat diambil untuk dimakan bagi mendapat berkat dan beramal dengan sunah Nabi SAW. Baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu melakukan korban, maka makanlah daripada daging korbannya." (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah RA / al-Jami' al-Saghir, No. 737). Tidak harus orang yang melakukan korban menjual sebarang bahagian daripada binatang korban sama ada daging, kulit, tanduk, bulu, lemak atau sebagainya. Ia berdasarkan Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: "Sesiapa yang menjual kulit binatang korbannya, maka tiada pahala korban baginya." (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) Begitu juga tidak harus menjadikan kulit dan bulu haiwan korban sebagai upah tukang sembelih. Upah hendaklah datang daripada sumber yang lain dan bukan daripada binatang korban. Kesemua ini harus disedekahkan kerana ia telah termasuk dalam daging korban. Diriwayatkan daripada Saidina Ali yang menceritakan: "Rasulullah SAW memerintahku supaya menguruskan (penyembelihan) unta baginda dan menyedekahkan daging, kulit serta kain atau pakaian yang diletakkan di atas belakang unta itu (kepada orang miskin). Dan baginda juga memerintahkan supaya aku tidak memberi kepada tukang sembelih upah dari unta itu." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Namun, jika ia telah memberi upah kepada tukang sembelih dengan wangnya, kemudian setelah itu ia memberi pula daging korban kepadanya atas dasar sedekah jika ia miskin (bukan sebagai upah) atau memberinya sebagai hadiah (jika ia kaya), maka itu adalah harus. Pihak yang diberi tanggungjawab untuk mengagihkan daging korban itu perlu mengedarkan daging kepada mereka yang layak dengan sebaiknya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Ratu Posted: 14 May 2011 01:41 AM PDT Cinta Marion Posted: 13 May 2011 07:06 PM PDT Ratu Buang perangai lama demi suamiPERKAHWINAN pasangan ini Disember tahun lalu tidak mendapat liputan meluas di kalangan media tempatan. Barangkali Marion Rose Caunter Abdullah, 30, mahupun suaminya, Nasarudin SM Nazimudin, 27, mempunyai alasan tersendiri tidak mahu mengundang wartawan di hari bersejarah mereka. Mereka memilih untuk mengadakan majlis secara tertutup, dimulakan dengan akad nikah pada 16 Disember, diikuti majlis bersanding pada 17 dan 18 Disember yang dihadiri keluarga serta kawan terdekat dan seminggu selepas itu majlis resepsi di Maldives. Tetapi kalau sudah bergelar figura awam, gambar mereka di beberapa majlis yang diadakan, pantas tersebar di laman maya. Ada saja tetamu yang memuat naik gambar perkahwinan mereka sama ada melalui Facebook atau Twitter. Melewati kira-kira lima bulan usia rumah tangga yang dibina, Marion dihubungi INSPIRASI untuk berkongsi sedikit bingkisan indahnya melayari kehidupan sebagai isteri kepada Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza itu. Mengimbas kembali detik perkenalan, mereka mula bersua di sebuah majlis yang dikendalikan Marion sebagai pengacara. Sejak itu, perasaan suka bertukar cinta. Tepat usia lima tahun percintaan mereka, si suami melamarnya. "Hingga ke saat ini, saya masih tidak dapat melupakan perasaan gementar dan takut saat menghitung hari bahagia kami menjelma. Masa seakan mencemburui kerana bayangkan komitmen saya terhadap kerjaya seperti mengacarakan E! News Asia dan The Biggest Loser Asia musim kedua begitu padat. "Tetapi Alhamdulillah, semuanya sudah berakhir dan menjadi kenyataan. Kini saya boleh memberi tumpuan lebih kepada rumah tangga kerana setakat ini saya hanya terikat dengan tugasan mengacara di E! News Asia saja. Cuma dalam seminggu itu saya akan terbang sehari dua ke Singapura untuk melaksanakan tanggung jawab itu," ungkapnya yang ditemui pada 22 April lalu di Butik Syomir Izwa, Solaris Dutamas. Pertama kali tinggal sebumbung bersama suami, gadis kelahiran Pulau Pinang itu mengakui agak cuak untuk membiasakan diri bergelar isteri. Bayangkan selama ini, Marion hidup berdikari seorang diri. Marion juga mengakui dirinya juga seorang yang tidak terlalu terurus terutama dalam soal mengemas rumah. "Dia (suami) pula seorang yang sangat tersusun dalam segala macam aspek. Sedikit demi sedikit, saya cuba untuk membuang perangai lama. Ini fasa baru untuk saya. Tambah pula, rumah kami tidak ada pembantu rumah sendiri. Yang ada pun hanya pembantu rumah milik keluarganya yang datang seminggu sekali. "Pernah sekali saya membiarkan gelas yang digunakan di atas meja. Apa lagi, dia menjeling dan mula menyindir saya. Pada akhirnya, saya bersyukur kerana situasi ini semua mula mengajar saya menjadi lebih disiplin sekali gus menghargai dan menghormati pasangan kita," ungkapnya yang secara rasmi bakal bergelar duta dan wajah Asia jenama Estee Lauder selama setahun mulai Jun depan. Sekalipun masing-masing sibuk dengan tuntutan kerja, Marion dan suaminya tidak pernah menjadikan ia sebagai alasan untuk terus menjarakkan diri. Pernah dua minggu mereka tidak bersua tetapi ruang bersama pantas diisi dengan penuh manfaat contohnya seperti pergi bercuti. Minggu lalu sebelum fotografi ini berlangsung, mereka berdua sempat mengembara ke Paris. Biarpun tidak lama, ia masih menjadi momen yang cukup berharga. Februari lalu, mereka berbulan madu di Eropah menjejakkan kaki ke Rome, Itali dan London selama 10 hari. "Kami tak banyak ambil gambar sepanjang di sana. Sebab pergi berdua. Lebih banyak gambar seorang daripada berdua kerana kami masing-masing bergilir mengambil gambar," tuturnya kepada INSPIRASI yang turut meminta gambar yang diabadikan mereka ketika berbulan madu. Mahu bikin kejutan HINGGA kini, Marion memanjat kesyukuran kerana suaminya masih boleh bertolak ansur dalam beberapa hal. Tanpa berselindung, Marion memberitahu dia belum berkesempatan memasak untuk suaminya. Tambah pula, si suami tidak cerewet dan tak kisah makan di luar. "Kami jarang makan tengah hari bersama. Tetapi makan malam itu memang selalu. Saya ini nak kata boleh memasak, kira bolehlah. Insya-Allah, suatu hari nanti, saya mahu kejutkan dia dengan hidangan yang dimasak sendiri. Saya nak buat ini secara diam-diam. Tunggu dan lihat saja. "Setakat menu biasa yang tidak beberapa istimewa itu bolehlah rasanya saya bikin. Tetapi, mak mentua saya memang diakui cukup berbisa di dapur dengan sentuhannya. Pada kebiasaannya, hari Ahad akan jadi hari bertandang ke rumahnya untuk kami menjamu selera. "Hari Ahad juga kami namakan sebagai Hari Ibu. Separuh hari kami habiskan masa di rumah mentua dan sebaliknya di rumah keluarga saya. Sekarang lebih senang kerana ibu saya pun sudah berpindah ke Kuala Lumpur dan tidak lagi tinggal di Pulau Pinang," katanya yang pernah tiga musim mengacarakan One In A Million di 8TV bergandingan dengan Awal Ashaari. Ditanya bagaimana Islam memberi refleksi di dalam hidup dan rumah tangganya, bekas pengacara Channel (V) itu tidak melihatnya sebagai tekanan buat saudara baru sepertinya. Begitu juga dalam soal anak, dia dan suami sentiasa berusaha untuk memiliki anak yang diharap akan menambah seri kehidupan mereka. "Saya memeluk Islam beberapa bulan sebelum nikah. Ia berlaku tanpa sebarang paksaan. Dalam tempoh mengenali suami, saya juga berasa semakin dekat dengan Islam. Saya gembira dengan pilihan ini. Ia seperti perjalanan indah dan tenang dalam hidup saya. Saya membiasakannya perlahan demi perlahan. "Keluarga mentua saya juga cukup tebal dengan pegangan Islam. Sembahyang jemaah bersama-sama di rumah keluarga mentua seperti rutin hairan dalam kehidupan saya kini. Kehidupan kami semestinya akan lebih istimewa jika dihadiri insan bernama anak. Kami juga mahu bergelar ibu dan bapa," katanya yang sudah genap setahun lebih bersama E! News Asia sejak Mac lalu. Nasa masih seperti dulu IKUTKAN fotografi ini dirancang bagi mengabadikan Marion dan suaminya. Bagaimanapun, Marion menjelaskan, mereka memilih untuk tidak bergambar bersama secara baik. Ia boleh dianggap sebagai prinsip yang dipegang untuk tidak mencampur adukkan urusan kerjaya dengan peribadi. Marion sudi membawakan beberapa keping gambar perkahwinannya untuk disiarkan. Terlanjur bertanyakan soal suami, wanita kacukan Inggeris, Portugis dan Cina ini berkata, beliau masih seperti lelaki yang pernah dikenalinya dulu. Nasarudin masih tebal dengan sikap 'gila-gila' dan lucu. "Boleh dikatakan hampir sepanjang waktu bersama, kami akan ketawa besar. Ada saja modal untuknya mengusik. Namun di sebalik sikapnya itu, dia seorang yang sangat komited terhadap kerja. Dia juga seorang yang merendah diri dan menyayangi ibunya. "Hatinya bersih. Dia tak suka bergosip. Dia pernah cakap kepada saya, jangan buang masa bercakap mengenai hal atau masalah orang. Sebaliknya, dia gemar mengingatkan saya untuk mencari aura positif dalam meneruskan kehidupan," katanya yang pernah mengacarakan 8TV Quickie. Selain itu, Marion dan suaminya turut berkongsi keghairahan terutama dalam soal bergaya dan fesyen. Lalu tidak hairan, Marion sudah mula mempertimbangkan hasrat untuk serius di dalam bidang terbabit daripada menanam cita-cita untuk memiliki program TV sendiri seiring dengan bakat pengacaraan. "Suami pun mahu saya membantunya mengembangkan lagi rangkaian butik fesyen, InAddMinus yang beroperasi di Los Angeles. Jadi tak salah, saya mempertimbangkannya. Butik itu menyediakan busana yang sedia dipakai. Saya sendiri pernah memakai jenama ini ketika mengacarakan E! News Asia. "Ikut perancangan kami nak majukan perniagaan itu di luar negara dan kemudian selepas itu mungkin boleh difikirkan untuk membawa jenama ini ke dalam negara. Fesyen ini bukan sekadar bergaya semata-mata, sebaliknya ia cara kita menterjemahkan diri di hadapan khalayak," katanya usai selesai fotografi petang itu. Sepintas
Bagaimana kawan baik menggambarkan diri Marion? - Setia, menyeronokkan dan pendengar yang baik. Apakah perkara pertama yang dilakukan anda setiap pagi? - Memeriksa telefon pintar, Blackberry Apa yang membuatkan anda ketawa? - Suami menonton gelagat Joan Rivers di dalam program Fashion Police, menonton sitkom Friends berulang kali dan saya sendiri suka ketawa. Lokasi menarik untuk merehatkan dan menenangkan diri? - Bali, Maldives atau mana-mana tempat yang memiliki pulau. Saya cintakan pulau. Tempat menarik untuk membeli belah? - Topshop antara butik kegemaran saya dan M Shop di Gardens Mall. Saya juga suka membeli-belah di Los Angeles dan London. Gaya yang paling utama ada di dalam kabinet pakaian anda? - Sepasang kasut tumit tinggi berwarna nude, sepasang skinny jeans, jaket dan tas tangan Chanel. Anda takkan meninggalkan rumah tanpa? - Blackberry saya (Blackberry lagi) Panggilan manja Marion kepada Nasa dan sebaliknya? - Sayang, baby, b dan boo.Penghargaan • Solekan: Sheng Saw, Dandanan rambut: Shawn Yap • Lokasi, busana dan aksesori: Syomir Izwa, Unit A1-1-09, Solaris Dutamas 1, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur (03-62079720) Terima kasih Syomir Izwa dan Ena Rusli Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Dari dalam diri: Terkenang gulung popia Posted: 13 May 2011 06:49 PM PDT Ratu SITI bersama ibu (dua dari kiri) serta ibu mentua dan suaminya. ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca INSPIRASI. Alhamdulillah pada minggu ini Siti mula menulis dalam ruangan Dari Dalam Diri Siti. Begitu banyak keistimewaan bulan Mei ini termasuklah hari yang kita raikan iaitu sambutan Hari Ibu. Ibu adalah insan yang amat istimewa dalam hidup setiap insan. Tanpa ibu tidak lahirlah kita ke dunia ini. Begitu besar jasa dan pengorbanan ibu dalam hidup setiap seorang daripada kita. Insan bergelar ibu ini bertarung nyawa melahirkan kita, mengandungkan kita selama sembilan bulan dan mendidik sejak kita lahir hinggalah dewasa. Tidak ternilai apa yang telah mereka curahkan kepada kita. Sebagai anak, selagi ibu masih bernyawa, kita haruslah sentiasa menghargai dan mengasihi mereka. Bagi Siti, ibu adalah tempat yang paling damai untuk kita berteduh, hati yang paling dingin untuk kita sentuh. Ibu adalah anugerah yang paling hebat untuk setiap insan di dunia ini. Saban tahun kita meraikan hari istimewa iaitu Hari Ibu. Pelbagai cara kita lakukan untuk menghargai kasih seorang ibu. Pihak penganjur juga sudah banyak mengadakan majlis meraikan Hari Ibu. Turut diadakan saban tahun ialah Anugerah Ibu Mithali. Ini menggambarkan betapa kita amat menghargai seorang wanita yang bergelar ibu. Siti juga berasa amat bertuah dikurniakan seorang ibu yang bernama Siti Salmah Bachik. Siti tidak pernah jemu menyatakan kesyukuran memiliki seorang ibu seperti beliau. Bagi Siti, ibu adalah cerminan diri Siti. Beliau seorang wanita yang amat tabah, sanggup berkorban membesarkan anak-anak walaupun kehidupan kami sekeluarga tidaklah semewah mana tetapi ibu tidak pernah mengeluh. Ibu cekal membantu arwah abah Siti mencari rezeki seperti menjual kuih dan bekerja di kantin di dalam berek polis tempat kami tinggal. Ibu Siti seorang yang amat lembut dari segi cara dan tutur bicaranya namun hatinya amat tegas. Meskipun ibu terkenal dengan kelembutannya tetapi dalam mendidik anak-anak ibu amat tegas. Sikap ibu itulah yang telah membuatkan Siti mampu berfikir lebih matang dari usia Siti sejak kecil. Siti tidak malu membantu ibu Siti berniaga kuih meskipun harus bangun seawal jam 5 pagi untuk membantu ibu di dapur. Sempat lagi Siti tidur di dapur setelah menggulung popia dan juga mengelim karipap. Kemudian Siti bersiap-siap pula ke sekolah dengan membawa kuih dalam bakul yang disediakan ibu. Hari-hari lainnya kami akan berniaga di hadapan balai polis ataupun di pekan sehari di bandar Kuala Lipis. Siti lakukan ini kerana melihatkan kecekalan ibu Siti. Ibu seorang yang amat pandai mengendalikan soal wang dan kami sekeluarga menamakannya Menteri Kewangan. Walaupun Siti sudah berkahwin tetapi ibu masih juga menjaga soal kewangan Siti. Walaupun ibu tidak berpendidikan tinggi tetapi kemampuan ibu untuk berfikir dan merancang masa depan amat Siti kagumi. Sebetulnya Siti amat bersyukur kerana sebagai anak, apa yang terdaya telah Siti lakukan untuk membahagiakan ibu Siti. Siti tahu kami sekeluarga pernah susah dan apabila ada sedikit rezeki, kami menyediakan rumah yang selesa buat ibu dan arwah abah. Siti juga gembira kerana dapat mengerjakan ibadah haji dengan ibu beberapa tahun dulu. Ia adalah pengalaman yang amat manis kerana selain ke Tanah Suci bersama suami, Siti juga akan mengerjakan haji bersama ibu yang turut ditemani abang Siti. Jika pada hari ini ada di antara kita yang lalai atau terlepas pandang betapa berharganya ibu dalam hidup kita, Siti amat berharap agar kita segera mengubah sikap itu kerana tidak ternilai jasa yang telah mereka curahkan. Bagaimana keadaan kita pada hari ini jika ibu tidak memberikan belaian yang baik sejak kecil? Doa ibu juga sangat berkat untuk kesejahteraan anak-anak. Siti bertuah kerana ibu telah mengajar kami untuk memohon restu dalam apa jua pekerjaan atau perkara yang kami mahu lakukan. Ibu tidak pernah lupa mendoakan kejayaan dan kebaikan anak-anaknya. Alangkah bertuahnya kita memiliki ibu dan berikan kasih sayang kita semampunya kerana itulah yang mereka mahu. Seorang ibu tidak memerlukan wang ringgit atau harta sebagai tanda kasih anaknya tetapi cukuplah perhatian, kasih sayang dan juga cara kita melayan mereka hingga ke hari tua. Pada sambutan Hari Ibu setiap tahun, jika Siti mengadakan persembahan, Siti akan mengundang ibu Siti dan kini Siti juga mempunyai ibu mentua. Pernah dalam satu majlis Hari Ibu, Siti berpeluang menyanyi berduet dengan ibu Siti. Meskipun sudah tiga tahun ibu berseorangan kerana pemergian arwah abah, Siti melihat ibu amat tabah. Ibu menjalani kehidupan seperti biasa walaupun Siti akui yang ibu juga merindui arwah abah. Insya-Allah, selagi nyawa dikandung badan, Siti akan berusaha menjaga ibu dengan baik. Sesekali ibu datang ke Kuala Lumpur, Siti akan minta ibu tinggal di rumah Siti. Lazimnya orang tua tidak betah kerana mahu kembali ke rumah mereka juga tetapi sekurang-kurangnya ada masa Siti dapat luangkan bersama ibu. Jika tidak ada aktiviti, Siti juga turut pulang ke Kuala Lipis menemui ibu. Masakan ibu pasti Siti nanti-nantikan. Rasanya tiada bandingan air tangan ibu terutama ikan patin masak tempoyak dan juga kari. Pada kesempatan ini, Siti ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu. Semoga terus dilindungi Allah selalu. Bertemu kembali kita dua minggu lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rekreasi Posted: 14 May 2011 01:22 AM PDT Bukit Broga uji fizikal Mohd. Noor Posted: Bukit Broga uji fizikal Mohd. NoorBukit Broga uji fizikal Mohd. Noor Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY rekreasi@utusan.com.my
|
PENUNTUT universiti tempatan tidak melepaskan peluang bergambar bersama pendaki solo negara ketika sampai ke puncak Bukit Broga.
|
IMPIAN pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin untuk memecahkan rekod dunia tidak pernah pudar walaupun tarikh pendakian Menara Kuala Lumpur terpaksa ditunda sekali lagi kepada 16 dan 17 Julai ini ekoran kekurangan dana untuk menampung kos yang agak tinggi. Masalah penajaan daripada pihak korporat tidak melemahkan semangat pendaki solo itu walaupun pendakian untuk memecahkan rekod dunia terpaksa ditangguhkan lagi kepada Julai ini. Walaupun masuk kali keempat pendakian ini terpaksa ditunda, Mohd. Noor tetap cekal dan akur dengan suasana masa kini dan menganggap ia satu cabaran yang harus dihadapi sebelum melakukan cabaran untuk mengharumkan nama negara. Beliau akan melakukan percubaan dengan mendaki sebanyak 70 kali anak tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam tanpa henti bermula pukul 10 pagi pada 16 Julai dan akan berakhir tepat pukul 10 pagi dan 17 Julai. Rekod lama yang dilakukan oleh pendaki Switzerland, Kurt Hess yang berjaya melakukan pendakian di Menara Esterli, Switzerland pada tahun 2007 bakal dicabar oleh beliau. "Sebenarnya, jika nak memecahkan sesuatu rekod dunia, saya perlu buat di menara yang sama di Switzerland, tetapi saya berjaya memberi keyakinan kepada Guinness World Records bahawa tangga Menara Kuala Lumpur mempunyai cabaran sekali ganda jika dibandingkan dengan di Menara Esterli. "Ini kerana suhu di dalam Menara Esterli lebih sejuk dan udara atau angin dapat keluar masuk dengan ketinggian hanya 45 meter, sedangkan keadaan di dalam Menara Kuala Lumpur lebih panas kerana ia tertutup dan saya akan naik turun setinggi 282 meter minimum sebanyak 70 kali dalam tempoh 24 jam," ujarnya. Latihan tingkatkan semangat Mohd. Noor tetap melakukan latihan mingguan seperti biasa dan ia tidak sama sekali melemahkan semangat untuk mencipta nama untuk negara. Beliau bersama urus setia telah menjalani latihan pendakian di Bukit Broga, Semenyih setinggi 400 meter dengan jarak pendakian sejauh 1.7 kilometer. Selain itu, beliau juga mengadakan latihan pendakian di Bukit Tabuh yang terletak di Ulu Kelang bersebelahan dengan Taman Melawati. Setiap latihan diadakan di dua lokasi itu, pendaki solo terus mendapat sentuhan semangat oleh ramai pendaki dan orang ramai termasuklah penuntut universiti tempatan yang melakukan riadah pendakian mingguan untuk kecergasan. Program pendakian solo tangga menara Kuala Lumpur ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Kota dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Menara Kuala Lumpur. Sementara itu, pelbagai program sampingan telah disusun oleh pihak Total Sports Asia yang diberi tanggungjawab untuk menjayakan program yang bertaraf dunia itu. Antara acara sampingan yang boleh menarik perhatian golongan muda seperti pameran bertajuk rintangan di sebalik kejayaan, pertandingan mendaki tembok tiruan, karnival jualan dan klinik mendaki turut diadakan pada tarikh tersebut. Kepada syarikat korporat yang ingin turut sama menjayakan program yang bertaraf dunia ini boleh menghubungi terus kepada pihak Total Sports Asia di talian 03-7660 9661 (Nina Mohd. Noor) atau team pendaki solo di talian 03-9284 0619. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pendidikan Posted: 13 May 2011 11:24 PM PDT Festival Hari Guru di Tebingan Kuching bermula Posted: Festival Hari Guru di Tebingan Kuching bermulaFestival Hari Guru di Tebingan Kuching bermula
|
Persiapan akhir dilakukan di pentas utama bagi menjayakan Festival Hari Guru 2011 di Tebingan Kuching, Sarawak, semalam. - utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN
|
KUCHING 12 Mei - Bahang Festival Hari Guru 2011 anjuran Kumpulan Utusan bersama Kementerian Pelajaran di Tebingan Kuching bermula esok semakin dirasai dengan setiap agensi dan sektor swasta yang terbabit sibuk melakukan persiapan terakhir hari ini. Penganjuran festival berkenaan selama empat hari adalah bersempena pemilihan bandar raya ini sebagai lokasi sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun. Pengurus festival dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim berkata, festival itu akan bermula esok dengan majlis praperasmian oleh Pengarah Pelajaran Sarawak, Abdillah Adam. Beliau berkata, Abdillah kemudiannya akan melancarkan e-LAB.com.my sebelum program diteruskan pada sebelah petang dan malam dengan persembahan Pentarama yang turut melibatkan penyanyi terkenal, Rahmat Mega. ''Selain itu, terdapat kira-kira 90 gerai pameran, jualan dan demonstrasi produk oleh peserta pameran yang terdiri daripada agensi kerajaan dan syarikat swasta termasuk institusi pengajian tinggi (IPT). ''Turut dianjurkan jualan buku dan majalah serta permainan yang melibatkan interaksi secara langsung antara warga pendidik, pelajar, sektor korporat, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat setempat," katanya di sini hari ini. Sementara itu, Wahid memberitahu, gerai Kumpulan Utusan juga menganjurkan pelbagai program antaranya jualan buku, pertandingan mewarna dan teka-teki, sesi bergambar untuk muka depan majalah serta banyak lagi. Dalam pada itu, katanya, majlis perasmian Festival Hari Guru 2011 bakal disempurnakan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Awang Tengah Ali Hassan Sabtu ini yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Pada Ahad pula, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud dijangka menyempurnakan pelancaran 'Intelligent Learning Management System (iLMS)' peringkat negeri di Tebingan Kuching pada pukul 10 pagi. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan menyempurnakan majlis penutupan pada hari terakhir yang akan turut dihadiri Abdul Taib. Sebelum ini, Festival Hari Guru anjuran Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran pernah diadakan di Terengganu pada 2009 dan Pahang pada 2010. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Komuniti Kita Posted: 13 May 2011 03:27 PM PDT 80,000 alumni ESQ kini jadi sukarelawan PPIM Posted: 80,000 alumni ESQ kini jadi sukarelawan PPIM80,000 alumni ESQ kini jadi sukarelawan PPIM PARA peserta bergambar selepas pelancaran Program Sukarelawan PPIM-Alumni ESQ di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
SUKARELAWAN. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kini bergerak lebih aktif dalam pelbagai program kemasyarakatan berikutan kemasukan 80,000 orang sukarelawan yang merupakan Alumni Emotional and Spiritual Quotient (ESQ). Ia merupakan projek khas di bawah Program Sukarelawan PPIM-Alumni ESQ yang telah dilancarkan di Pusat Konvensyen Shah Alam di Shah Alam baru-baru ini. Pada majlis itu, Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak menerima keahlian 80,000 orang Alumni ESQ menjadi sukarelawan PPIM. Menurut Tunku Azwil, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak badan bukan kerajaan Melayu dan Islam supaya bersatu di bawah persatuan tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 75 penjaja terima lesen Posted: 75 penjaja terima lesen75 penjaja terima lesen RAJA NONG CHIK (belakang empat dari kiri) bergambar bersama sebahagian daripada penjaja yang menerima lesen perniagaan di Bangsar, baru-baru ini.
SERAH. Seramai 75 penjaja kecil dari Parlimen Pantai, Kuala Lumpur menerima lesen perniagaan masing-masing daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini. Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Pusat Komuniti UMNO, Bangsar. Raja Nong Chik berkata, penjaja diminta supaya tidak memajakkan lesen perniagaan masing-masing kepada orang lain termasuk warga asing. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Pengurusan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff dan Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) DBKL, Datuk Amin Nordin Abdul Aziz. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Siri jelajah Kelab Nuri meriah Posted: Siri jelajah Kelab Nuri meriahSiri jelajah Kelab Nuri meriah SEBAHAGIAN daripada 1,000 murid yang menyertai Siri Jelajah Kelab Nuri Bank Rakyat di SK Sri Suria 1, Tanah Merah baru-baru ini.
CERIA. Lebih 1,000 murid menyertai tiga program sempena Siri Jelajah Kelab Nuri Bank Rakyat peringkat negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Suria 1, Tanah Merah baru-baru ini. Tiga program tersebut melibatkan pertandingan mewarna, ceramah motivasi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan klinik bola sepak. Menurut Pengurus Bank Rakyat Cawangan Tanah Merah, Abdul Rashid Mohd. Noor, siri jelajah tersebut bertujuan menanam minat menabung dari peringkat kanak-kanak lagi. "Ibu bapa murid-murid itu juga memberi kerjasama yang cukup baik bagi menjayakan program tersebut," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Pemotoran Posted: 13 May 2011 01:43 PM PDT Sport rim naikkan nama Racing Boy Posted: Sport rim naikkan nama Racing BoySport rim naikkan nama Racing Boy Oleh SHAWKATH AZDE shawkath.ashraf@kosmo.com.my
INDUSTRI motosikal khususnya bagi kategori bawah 150cc semakin menarik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pelbagai teknik diketengahkan oleh para pengeluar kapcai untuk memenuhi selera pengguna. Aspek warna, rekaan sporty, kekemasan rupa bentuk, keselesaan menunggang, penambahbaikan enjin dan aksesori seperti sport rim diadun membentuk satu produk yang lebih baik. Jika melihat kepada motosikal atau kapcai yang dihasilkan sekitar tahun 1980-an dan awal 1990-an, rekaannya berkotak-kotak dan bulat dengan pilihan terhad. Tiada sport rim didatangkan bersama motosikal yang dikeluarkan secara standard dari kilang. Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh mendapatkan sport rim yang ditawarkan sebagai aksesori dalam industri aftermarket tempatan. Kebanyakan produk tersebut datangnya dari Thailand. Salah seorang individu yang berada di kedua-dua zaman perkembangan segmen tersebut ialah Lee Meng Tek, seorang mekanik di sebuah bengkel di Pulau Pinang. Kerjaya selama 15 tahun membenarkan dirinya memperoleh pemahaman mendalam mengenai keperluan pelanggan. Pendedahan tersebut mengubah kerjayanya dan industri aftermarket tempatan. Beliaulah individu di sebalik kelahiran jenama Racing Boy. Rangkaian produk aksesori dan alat ganti aftermarket tempatan untuk motosikal underbone. Merupakan Pengarah Urusan Meng Kah Auto Parts Trading Sdn. Bhd. (Meng Kah Auto), syarikat tersebut bertanggungjawab mengeluar dan mengedar pelbagai jenis produk di bawah jenama Racing Boy, Uma Racing, Koso dan Solcar. ANTARA barisan produk Aftermarket Racing Boy yang berada dalam pasaran.
Antara rangkaian produk Racing Boy meliputi set sport rim, rim aloi, penyerap hentak, balancer, angkup brek, fork stabilizer, pam silinder utama, set ceper brek, sistem perehat kaki, lengan ayun serta baju hujan. Harus tahu bahawa bukan semua produk ditawarkan yang Meng Kah Auto mampu memenuhi segala keperluan model kapcai dalam pasaran. Ada sebilangan aksesori boleh diguna pakai untuk semua model, misalnya rim aloi dan penyerap hentak. Sementara sebahagian lain pula dikhususkan kepada model-model tertentu seperti Yamaha LC 135, RXZ, Nouvo, Lagenda, Ego, Honda Wave 100R dan 125, Suzuki Belang 150 dan Modenas Kriss dan GT128. Sebabnya, model-model berkenaan ialah antara jentera panas dalam pasaran. Jadi, bagaimana untuk menghasilkan komponen yang boleh diterima ramai? Salah satu caranya, Meng Kah Auto akan membeli mana-mana model laris dalam pasaran, sebelum meleraikannya dan menghasilkan aksesorinya. Oleh itu, tidak hairan jika senarai model yang dinyatakan tadi mempunyai lebih banyak pilihan aksesori. Formulanya cukup mudah. Model yang laris mewujudkan pasaran aftermarket lebih luas. Meskipun begitu, harus diakui bahawa pengguna lebih mengenali Racing Boy dengan produk sport rim. Sebenarnya itulah produk pertama Racing Boy dan berjaya mempopularkan jenama tersebut. Faktor kenapa sport rim keluarannya terkenal agak subjektif. Antara elemen penting adalah rekaan, warna yang menarik serta rasa percaya pengguna terhadap kualitinya. Namun apa yang pasti, kesukaran untuk mendapatkan jenama sport rim lain seperti Daiichi atau Enkei sememangnya membuka laluan kepada Racing Boy. KAKITANGAN Meng Kah Auto sibuk menguruskan tempahan produk yang diterima daripada pengedar seluruh negara.
"Awal tahun 1990-an, hanya ada sport rim keluaran syarikat Thailand di pasaran. Kualiti buatannya pula rendah dan kasar. Sport rim itu juga berat dan tebal. Harganya pun sangat mahal. Tetapi ia masih dianggap sebagai aksesori yang cantik," kata Meng Tek. Penglibatan Meng Tek dalam industri aftermarket bermula dengan mengedar set sport rim buatan Thailand. Hampir empat tahun dihabiskan untuk menjual produk tersebut di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Bagaimanapun jualan kurang memberangsangkan. Cuma 50 set sport rim sebulan. "Harga pada ketika itu adalah sekitar RM400 sehingga RM500 untuk setiap set," katanya. Bermula dari situ, timbul keinginan untuk memperkenalkan produk sport rim yang lebih berkualiti dan mendahului lambakan produk-produk kurang bermutu dalam pasaran. Pengeksportan produk Penerimaan sport rim aloi jenama Racing Boy dalam pasaran bukannya mudah. Ia perlu bersaing dengan barangan Thailand. Apatah lagi ketika itu, penerimaan sesuatu produk berkait rapat dengan soal harga. Produk berharga rendah mudah mendapat tempat dalam pasaran. Sasarannya ialah keuntungan. Berbeza dengan jenama Racing Boy yang lebih mengutamakan kualiti. Ini menyebabkan harga sport rim keluarannya lebih mahal, sekali gus menguji kemampuannya untuk bertahan dalam industri. Meng Tek mengakui perjalanan cukup mencabar sehingga terpaksa membuat pinjaman di merata-rata tempat untuk membayar gaji pekerja. "Banyak sekali kesusahan yang terpaksa ditempuh demi menjayakan jenama ini," katanya yang memberitahu Racing Boy mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk mendapat kepercayaan daripada para pengguna. Ia nyata satu penantian yang berbaloi buat Racing Boy. Lihat sahaja kepada statistik jualan sport rim keluarannya sekarang. Sebanyak 60,000 set hingga 70,000 set sport rim mampu dijual dalam setahun. Nilai jualan keseluruhan produk Racing Boy juga sudah mencecah lebih daripada RM1 juta sebulan. Bilangan pengedarnya menjangkau 1,000 orang di seluruh negara. Malah rangkaian produk itu juga sudah dipasarkan ke beberapa negara lain termasuk Thailand, Vietnam, Singapura, Filipina dan terbaru di Greece. Bagi Norwati Nordin, 26, pemilihan sport rim jenama Racing Boy dibuat berdasarkan kepada kualiti serta daya ketahanannya untuk kegunaan harian. Turut bersetuju ialah Aliff Shah Sedek, 23. Baginya, penggunaan produk Racing Boy dalam Kejohanan Cup Prix Malaysia oleh para pelumba menguatkan lagi minatnya untuk mencuba jenama itu. MODEL Yamaha LC 135 dilengkapi pelbagai produk Racing Boy antaranya lengan ayun, sistem perehat kaki, monoshock, sport rim, set ceper brek, penegang rantai automatik dan balancer.
"Setakat ini, nama Racing Boy memang boleh dipercayai. Rekabentuk dan kualitinya juga bagus," demikian kata Chua Kok Sing dari Ah Hong Motor Sdn. Bhd. yang bertindak selaku pengedar produk Racing Boy. Penyelidikan dan pembangunan Setiap produk baru Racing Boy perlu melalui peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebelum ia dijual. Tempoh masa yang diambil untuk kerja-kerja R&D untuk satu-satu produk kadangkala boleh melebihi satu tahun. Secara puratanya, Meng Kah Auto akan menjalankan proses R&D melibatkan 10 hingga 20 jenis rekaan baru dan barangan dengan pelaburan mencecah RM500,000 setiap tahun. "Pada tahun ini, kami akan menjalankan R&D untuk 35 produk dan aksesori baru. Ini adalah jumlah tertinggi yang pernah direkodkan kerana pasaran kita masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara Asia yang lain," katanya. Malaysia dikatakan menduduki tangga keempat pasaran aftermarket motosikal di negara Asia selepas Jepun, Taiwan dan Thailand. Menyentuh tentang industri aftermarket kapcai tempatan, Meng Tek mengakui tidak banyak maklumat yang mampu diberinya. Mungkin kerana sebelum ini belum ada kajian mendalam mengenainya dijalankan. "Biasanya pasaran ini tertumpu kepada golongan berusia di antara 16 tahun sehingga 29 tahun. Selepas usia itu, mereka akan beralih menggunakan kereta," katanya. Berdasarkan kepada senario tersebut, boleh dikatakan bahawa segmen pasaran aftermarket kapcai tidak seluas mana. Pelanggan terbesarnya ialah kaum lelaki dengan 80 peratus pelanggan Racing Boy terdiri daripada orang Melayu. "Kami berharap pada suatu hari nanti, komponen dan aksesori aftermarket untuk motosikal superbike mampu dihasilkan. Namun, saya akui, masih jauh untuk sampai ke peringkat itu. Itulah rancangan masa depan Racing Boy," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Versi Jazz terbaru lebih menyerlah Posted: Versi Jazz terbaru lebih menyerlahVersi Jazz terbaru lebih menyerlah JAZZ sudah terjual sebanyak 3.7 juta unit di seluruh dunia.
HONDA Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) baru-baru ini mengumumkan kemasukan versi terbaru model Jazz ke dalam pasaran tempatan. Model generasi kedua itu menerima beberapa penambahbaikan berbanding model sebelumnya. Rekabentuk kini lebih sporty, di samping peningkatan aspek keselamatan dan utiliti. Jentera itu turut didatangkan dengan ciri Vehicle Stability Assist (VSA). Sistem tersebut berperanan meningkatkan keselamatan dengan menstabilkan kenderaan sewaktu mengambil selekoh dan mengelakkan daripada tergelincir. Mula diperkenalkan di pasaran global pada tahun 2001, model Jazz dikenali sebagai Honda Fit di Jepun, China dan Amerika Syarikat. Jumlah jualan generasi pertama dan kedua Honda Jazz sudah melebihi 3.7 juta unit di seluruh dunia. Model tersebut dikatakan menjadi perintis dalam segmen tersendiri apabila membuka pasaran kenderaan kompak hatchback lima pintu di Asia dan Ocenia. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno memberitahu model Jazz menjadi pilihan mereka yang mahukan kombinasi gaya dan pemanduan menyeronokkan. Pada masa sama tidak mengabaikan soal keselesaan, ruang dan prestasi sebuah kenderaan kompak.
|
LAMPU belakang yang kemas dan praktikal.
|
"Model Jazz akan memberikan lebih banyak nilai kepada peminat-peminat Honda menerusi semua penambahbaikan baru ini. Harganya juga kekal iaitu RM109,800 (di atas jalan dan insurans)," katanya. Jazz dilengkapi dengan enjin bersesaran 1.5 liter i-VTEC. Dipadankan bersama transmisi automatik lima kelajuan, ia menawarkan pemanduan dan prestasi cemerlang selain penggunaan bahan bakar yang efisien. Enjin tersebut berupaya menjana kuasa sehingga 120 PS. Jazz juga menepati piawaian emisi Euro 4. Menyentuh aspek keselamatan, Jazz menggunakan teknologi G-CON pada struktur badannya. Fungsi ini membolehkan impak pelanggaran disebarkan untuk mengurangkan impak ke dalam kabin. Ia mampu mengurangkan kecederaan pada pemandu, penumpang dan pejalan kaki. Jazz dilengkapi dua beg udara SRS, sistem ABS, tali pinggang keledar tiga pin untuk penumpang tengah barisan belakang dan perehat kepala untuk semua penumpang. Perehat kepala berfungsi menyerap hentakan dan memberi pelindungan kepada kepala dan tengkuk penumpang jika berlaku kemalangan. Jazz memiliki rekaan baru yang aerodinamik, sekali gus menyerlahkan gaya penampilan dan imej sporty menerusi bampar hadapan, belakang serta gril radiator baru. Model itu memiliki lampu hadapan yang menonjol dengan lilitan warna perak di sekelilingnya. Sistem pencahayaan Jazz juga diberi kelainan melalui lampu kabus dan kombinasi lampu belakang yang lebih menyerlah. JAZZ dilengkapi dengan sistem VSA untuk kestabilan pemanduan yang lebih mantap.
Rekaan bahagian dalaman membabitkan skema warna baru iaitu biru hitam pada bahagian tempat duduk serta panel pintunya. Meter kelajuan dan paparan audio diserikan dengan lampu latar berwarna oren. Honda turut melakukan beberapa penambahbaikan hasil maklum balas yang diterima daripada pelanggannya. Antara aspek yang diberi perhatian ialah tombol kunci dalaman dengan penyerlah warna oren, bunyi ketika membuka penutup tangki dan penanda warna oren pada butang kawalan pendingin hawa. Empat warna tersedia untuk pilihan anda iaitu perak, hitam, putih dan oren. Maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang www.honda.com.my. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pesaing terbaru daripada Kia Posted: Pesaing terbaru daripada Kia Pesaing terbaru daripada Kia Oleh MUHAMMAD MD. TAJUDIN geartinggimedia@gmail.com KIA RIO tidak mustahil akan dibawa masuk ke pasaran tempatan.
APABILA berita mengenai kereta Korea ditulis, ada saja yang membandingkannya dengan pengeluar kereta nasional, Proton. Antara persoalan yang ditimbulkan adalah bagaimana mereka begitu maju dalam masa singkat. Sama ada dari segi teknologi mahupun rekabentuknya. Biarpun begitu, anda harus tahu bahawa perjalanan pengeluar kereta Korea tidak sepantas dan semudah yang disangka. Kia sebagai contoh bermula pada tahun 1944 dan bukannya sezaman dengan Proton seperti fahaman sesetengah mereka yang membuat ulasan. Kia bermula sebagai pembuat tiub besi dan peralatan basikal. Ia kemudian menghasilkan basikal sendiri, sebelum skuter dan motosikal. Pada tahun 1962, Kia mengeluarkan trak Korea pertama. Sementara pemasangan model Peugeot 604 dan Fiat 132 pula dilakukan oleh Kia pada tahun 1974. Perjalanan gah Kia bermula pada tahun 1991 apabila mereka mengumumkan kemasukan produknya ke dalam pasaran Amerika Syarikat (AS). Tiga tahun kemudian, model Sephia mula dijual di sana. Langit tidak selalu cerah, pada tahun 1997 Kia bankrap dan diselamatkan oleh Hyundai pada tahun 1998. Ironinya, Hyundai Motor Company ditubuhkan pada tahun 1967 dan boleh dianggap sebagai adik kepada Kia. Berbekalkan pengalaman jatuh bangunnya dalam industri, Kia kini bangkit sebagai antara pengeluar automotif yang disegani. Pendapatan bersihnya pada tahun 2010 mencecah AS$2.06 bilion (RM6.15 bilion), manakala eksport kumulatifnya sudah melebihi 10 juta unit. Produk-Produk 'pengacau' Jika dahulu ciri utama larisnya kereta Kia adalah kerana harga yang murah, kini faktor itu masih tidak berubah. Pada laras harga global, Kia masih lagi mampu dimiliki. Cuma bonusnya ialah rekaan yang menawan dan kejuruteraan berkualiti. Buktinya? Lihat sahaja sejauh mana produk Kia sudah berubah. Bandingkan model terdahulu seperti Sephia dengan Forte atau Sportage lama dengan yang baru. Hebat bukan? Kia tidak putus-putus melancarkan produk-produk 'pengacau' buat pengeluar kereta Asia Barat. Model Forte, Koup, Soul, Sportage dan Optima berjaya mengukuhkan lagi kedudukan Kia dalam pasaran global. Terkini, Kia melancarkan Rio 2012 di New York. JENTERA ini dikuasakan oleh enjin GDI bersama transmisi automatik atau manual enam kelajuan.
Rio generasi pertama agak masyhur. Rekabentuk wagon seperti kereta api laju yang diaplikasinya mendahului zaman. Bahkan lebih dulu popular sebelum jalan raya negara ini dibanjiri Toyota Caldina. Walau bagaimanapun, Rio generasi kedua gagal untuk meneruskan kegemilangan model sebelumnya dalam pasaran tempatan. Dengan rekaan yang segar dan spesifikasi penuh pada Rio 2012, model itu dijangka kembali popular di pasaran tempatan. Teknologi ISG "Rio serba baru adalah lambang kejayaan kombinasi rekaan kelas dunia, penggunaan bahan api ekonomikal, teknologi maju serta nilai tinggi dalam barisan kenderaan paling kecil dan ekonomikal Kia," kata Naib Presiden Pemasaran & Komunikasi Kia Motors America, Michael Sprague. Untuk pasaran Amerika Syarikat (AS), Rio 2012 dipasang dengan enjin 1.6 liter Gasoline Direct Injection (GDI) Gamma generasi ketiga dengan opsyen transmisi enam kelajuan manual atau enam kelajuan automatik. Enjin itu berkuasa 138 kuasa kuda (hp) dengan rating penggunaan minyak 30/40 batu segelen (bandar/lebuh raya) mengikut standard AS. Rio juga mempunyai teknologi Idle, Stop & Go (ISG), suatu yang baru untuk kenderaan Kia dan merupakan trend popular dalam penjimatan minyak. ISG berfungsi dengan mematikan enjin apabila kereta berada dalam keadaan pegun seperti berhenti di lampu isyarat atau kesesakan trafik. Enjin dihidupkan semula apabila pemandu melepaskan pendikit dan seterusnya mengurangkan pengunaan minyak. RUANG kabin mengekalkan konsep rekaan horizontal three-cylinder.
Jurutera Rio turut mengurangkan berat enjin sebanyak 13.2kg berbanding enjin generasi terdahulu, menerusi penggunaan penutup injap dan blok aluminium, selain pelapik besi acuan untuk lebih ketahanan. Identiti Kia Diilhamkan di studio rekaan Kia di Irvine, California, Rio kelihatan bergaya dengan garisan bahu dengan bentuk badan seperti baji (wedge) yang membayangkan profail atlet bertenaga dan lincah. Rekabentuk seperti itu bukan asing kerana ia adalah identiti Kia yang juga boleh dilihat pada model Optima dan Sportage baru. Identiti Kia juga dilangsungkan pada gril Rio yang dinipiskan untuk diselaras dengan lampu depan, di samping corong kemasukan udara yang lebih besar bagi menyerlahkan lagi personanya. Beralih ke bahagian dalaman, Rio mengalu-alukan penumpang dengan kabin yang moden. Panel instrumen kekal dengan identiti Kia iaitu horizontal three-cylinder. Pereka turut menggunakan dua tona warna untuk menimbulkan suasana luas dan selesa. Tubuh Rio juga tegar dengan 63 peratus bahan yang digunakan ialah keluli regangan tinggi. Rekaan kerangkanya juga menawarkan tahap ketegaran tinggi untuk pengendalian dan keselesaan yang lebih baik. Bagi mengurangkan tahap NVH (noise, vibration, harshness), Rio dipasangkan insulator pada hud dan papan pemuka. Selain busa yang boleh mengembang pada tiang A dan C serta Thinsulate daripada 3M pada tiang A dan B. Bagi sistem suspensi, Rio menggunakan topang MacPherson dengan bar penstabil untuk roda hadapan dan gandar palang kilasan (axle torsion beam) pada roda belakang. Rio ialah kereta global. Saya optimis ia bakal dijual di Malaysia. Saingan terdekat Rio ialah Honda City, Toyota Vios dan mungkin juga model gantian Proton Persona. Jika diletakkan pada harga yang betul, Rio bakal menerima respon menggalakkan seperti Forte dan menjadi alternatif yang bagus untuk pesaing sekelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Keluarga Posted: 13 May 2011 01:21 PM PDT Highland Towers Selepas 18 tahun Posted: Highland Towers Selepas 18 tahunHighland Towers Selepas 18 tahun
|
SETELAH 18 tahun berlalu, Muhammad Zhariff Affandi kembali menjejakkan kaki ke tapak kondominium Highland Towers yang sebelum itu menjadi tempat permainannya ketika kanak-kanak.
|
TEMPOH 18 tahun tidak cukup untuk melenyapkan penderitaan dan kepiluan yang ditanggung penduduk di tiga buah pangsapuri 12 tingkat di Taman Hillview, Hulu Klang itu. Bermula dengan bunyi letupan kuat pada kira-kira pukul 1.30 petang, 11 Disember 1993, siapa sangka lima minit kemudian, bangunan Blok A yang mempunyai 48 unit rumah termasuk dua penthouse itu akhirnya menyembah bumi dan mengorbankan 48 penghuni. Hakikatnya, peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam buat negara. Apatah lagi, ia satu-satunya tragedi bangunan runtuh terburuk dalam sejarah tanah air. Kisah korban Highland Towers bukan sahaja menghantui ahli keluarga mangsa dan penghuni dua blok lain, bahkan turut berbekas di hati mereka yang mengikuti rentetan laporan tragedi tersebut. Tiada siapa pernah menjangkakan, perumahan elit yang sewanya mencecah RM2,500 sebulan dan sudah diduduki sejak 1980-an di kawasan lereng bukit tersebut mengalami nasib sedemikian. Wartawan S2, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan ROSALINDA MD. SAID mengambil masa tiga minggu untuk menjejaki kisah korban di sebalik runtuhan bangunan mewah Highland Towers. Bersama jurugambar FAUZI BAHARUDIN, MOHD. FARIZWAN HASBULLAH, ASMARUDDIN JAMALUDDIN dan MUHAMAD IQBAL ROSLI, mereka berpeluang membawa bekas Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Zaman Khan serta salah seorang mangsa, Muhammad Zhariff Afandi, kembali ke tapak runtuhan itu. Paling menyedihkan, kawasan yang dahulunya mewah kini hanya dipenuhi semak-samun dan nyamuk. Malah suasana sunyi dirasai, seolah-olah menggambarkan ratapan dan kepiluan keluarga mangsa yang terkorban. Ikuti laporan penuh dalam S2 Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Tertekan nikah di sempadan Posted: Tertekan nikah di sempadanTertekan nikah di sempadan REMAJA BERSAMA ANIZ SAYA Kamalia, tujuan saya menulis kepada Puan adalah untuk mendapatkan nasihat berkaitan situasi saya yang amat tertekan saat ini. Sebenarnya saya baru melangsungkan perkahwinan di sempadan bersama kekasih saya kira-kira 7 bulan lalu, tanpa pengetahuan ibu bapa. Apa yang menjadi masalahnya sekarang ini saya rasa dibohongi apabila mengetahui suami saya seorang penagih dadah dan bertambah berat tekanan lagi, saya kini dalam tahun akhir pengajian. Dengan beban tugasan pelajar, konflik rumah tangga dan perkahwinan yang dilalui saya rasa cukup tercabar. Mungkin inilah balasan daripada Allah kerana membelakangi ibu bapa. Saya kini tersepit sama ada ingin meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Tolong bantu saya Puan untuk merungkai dan meredakan tekanan yang saya alami. KAMALIA Pulau Pinang TERIMA kasih atas e-mel Kamalia. Inilah sebahagian warna-warni kehidupan. Permainan emosi, akal fikiran dan iman silih berganti mengambil tempat. Saya percaya setiap ujian ada mesej yang disampaikan Allah. Bagi Kamalia sendiri mungkin beranggapan perkahwinan ini kesilapan. Tapi ketahuilah ujian yang hadir tidak pernah silap, pasti ada hikmah dan pengajaran yang boleh Kamalia jadikan ikhtibar. Menjawab soalan Kamalia sama ada ingin meneruskan perkahwinan atau sebaliknya, mohonlah petunjuk Allah menerusi solat istiharah. Jika sebelum ini keputusan menurut gejolak hati dan perasaan, kali ini biarlah pimpinan Allah menjadi pautan dan kekuatan untuk Kamalia mengambil keputusan tanpa ragu. Berterus-teranglah kepada keluarga Kamalia walaupun agak perit menyatakan kebenaran ini tetapi itulah cara terbaik untuk mendapatkan sokongan dan kekuatan untuk meneruskan langkah seterusnya. Dan jangan lupa seperkara lagi tanggungjawab Kamalia sebagai seorang pelajar jangan dihancurkan hanya kerana kekecewaan terhadap janji-janji manis seorang lelaki yang kini telah pun bergelar suami kepada Kamalia. Sebuah perkahwinan itu menuntut persediaan bukan sahaja sudut fizikal, material semata-mata tetapi juga emosi, spiritual dan minda. Ia harus diisi dengan penuh keikhlasan, persefahaman, kasih sayang, kejujuran dan amanah. Perkahwinan satu landasan murni untuk pasangan memburu reda Allah. Namun sekiranya ada hati-hati yang tidak reha bila mana hak terabai, Islam tidak memandang sepi perkara ini. Anda berhak memilih sama ada ingin meneruskan perkahwinan atau membubarkannya. Pilihan di tangan Kamalia, buatlah keputusan dengan adil, bijaksana dan jujur demi masa hadapan Kamalia. Rasa sayang, rasa kasih sebenarnya akan jauh lebih bermakna jika ia dimulai dengan kita menghargai dan menyayangi diri kita. Bukan maksud memikirkan kepentingan diri sendiri semata-mata tetapi untuk kita belajar menghormati hak diri sendiri. Saya yakin dengan meletakkan Allah sebagai pergantungan, insya-Allah Kamalia bertemu kekuatan, keindahan dan solusi dicari-cari. Semoga Kamalia dihadiahkan jawapan dalam pencarian ini, serta perjalanan lebih harmoni, sejahtera dan bahagia di sebalik dugaan Allah yang hadir ini. Salam rahmat! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Johor Posted: 12 May 2011 09:47 AM PDT Budayakan ICT kepada pelajar Posted: Budayakan ICT kepada pelajarBudayakan ICT kepada pelajar Oleh HANIZA HASSAN utusanjohor@utusan.com.my
|
TUNKU Ismail Sultan Ibrahim melawat dan melihat murid SK Bandar UDA 2 belajar menggunakan Zoom A ketika melawat tapak pameran pada majlis pelancaran Semarak Mahkota Pendidikan dan perasmian Karnival ICT
|
JOHOR BAHRU 11 Mei – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru pelbagai pihak menganjurkan program yang dapat melengkapkan diri pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat. Baginda bertitah, ini penting kerana kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat signifikan kepada pembangunan pendidikan pada era globalisasi. "Pembangunan pendidikan yang dirancang hendaklah mengambil kira pembudayaan dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar di negeri ini demi merapatkan jurang digital terutamanya mereka yang berada di luar bandar. "Saya sendiri secara peribadi akan terus memberi sokongan kepada usaha-usaha membudayakan ICT terutamanya dalam kalangan pelajar luar bandar dan sekali gus dapat membuka minda mereka dan masyarakat terhadap keperluan ICT," titah baginda. Tunku Ismail bertitah demikian semasa melancarkan Semarak Mahkota Pendidikan dan Karnival ICT Sekolah-Sekolah Negeri Johor di sini hari ini. Program tersebut bertujuan menjalinkan hubungan yang lebih erat antara pihak istana dan pelajar dengan menjadikan TMJ sebagai ikon bagi pelajar negeri ini dan penaung program pelajar. Karnival ICT kali kedua anjuran bersama UEM Land Holdings Berhad, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru (PPDJB) dan Jabatan Pelajaran negeri itu bertujuan memberikan pendedahan dan mendidik pelajar terhadap teknologi dan aplikasi terkini ICT. Program yang turut dihadiri Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Nor A. Ghani itu untuk memperkayakan kemahiran ICT para pelajar, guru serta pihak pentadbiran dan pengurusan pendidikan terutama dalam memperluas dan mengintegrasikan penggunaan ICT di semua peringkat akademik. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | KTM 2011 'gemparkan' Pontian Posted: KTM 2011 'gemparkan' PontianKTM 2011 'gemparkan' Pontian Oleh MUHAMMAD ZIKRI editjohor@utusangroup.com.my
|
PESERTA program Kayuhan Terowong Masa (KTM) 2011 berbasikal mengelilingi Bandar Pontian, baru-baru ini.
|
PONTIAN 11 Mei - Keheningan bandar di Penghujung Benua Asia di sini ini tiba-tiba 'digemparkan' dengan kehadiran kumpulan penunggang basikal dengan pelbagai gaya pakaian awal tahun 1930-an hingga 1970-an. Mereka menggayakan pakaian peon, kerani, cikgu, posmen, penjual air botol, penghantar barang, ke kelab malam, tentera Jepun, mandor ladang serta penjual nasi kandar yang menggunakan basikal sebagai kenderaan utama pada waktu itu. Jenama basikal yang digunakan seperti Raleigh, BSAm Hercules, Hooper, Chooper, Sumbeam, Humber dan Robin Hood yang semuanya dihasilkan di London dari awal 1920-an hingga 1970-an. Itulah ragam 220 peserta program Kayuhan Terowong Masa (KTM) 2011 dari seluruh negara termasuk seorang peserta dari Indonesia. Menurut Pengerusi Penganjur, Mofti Marzuki, 45, program anjuran Kelab Basikal Klasik Johor dengan kerjasama Kelab Basikal Antik itu melibatkan 17 pasukan dari dalam dan luar negara seperti Komunitas Sepeda Tua Indonesia (Kosti), Kelab Speda Klasik Kota Tinggi (KSKKT), Gerek Tua Alor Star (Getuas), Speda Klasik Sijangkang dan Pemilik Basikal Klasik Negeri Sembilan. "KTM 2011 merupakan aktiviti kayuhan yang mampu mengimbau semula kenangan silam ketika negara pada era 1920-an hingga 1970-an apabila basikal merupakan kenderaan utama masyarakat. "Namun kegemilangan dan keunikan basikal lama mula pudar dan hilang akibat perubahan arus kemodenan dengan penghasilan kereta, motosikal atau kenderaan awam," katanya ditemui di Stadium Mini Pontian, di sini baru-baru ini. Program tersebut dirasmikan Penolong Pegawai Daerah Pontian, Nurul Fadila Jaafar yang turut menaiki basikal mengelilingi bandar Pontian sejauh 12 kilometer bersama peserta KTM 2011 bermula dari Dataran Seri Perhentian menuju ke Jalan Taib, Jalan Parit Masjid, Jalan Sekolah Arab dan berhenti rehat di Pusat Perdagangan Pontian serta berakhir di Menara Jam Dataran Sri Perhentian. KTM 2011 merupakan wadah dan usaha bagi memperluaskan kefahaman masyarakat terutamanya generasi muda mengenai kepentingan hubungan penduduk yang berbilang kaum di negara ini, kata Mofti. "Pemilihan bandar Pontian bagi mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan yang berdaya maju sejajar dengan kedudukannya di Tanah Penghujung Benua Asia," katanya. Menurutnya, KTM 2011 juga dapat memperkenalkan pelbagai jenis basikal lama yang jarang ditemui generasi muda dan program dimeriahkan dengan jualan alat ganti kepada pemilik atau peminat basikal antik yang berminat membelinya," katanya. Selain itu, para peserta turut mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan kerja amal membantu golongan yang memerlukan, katanya. Sementara itu, Pengerusi Kelab Basikal Antik Benut (KBAB), Azreen Mukayat, 27, berkata, pihaknya selaku tuan rumah dan penganjur bersama KTM 2011 gembira dengan sambutan yang diberikan oleh kelab-kelab basikal dari seluruh negara. Menurutnya, walaupun baru ditubuhkan tujuh bulan lalu, KBAB yang dianggotai 30 ahli berjaya menganjurkan program tersebut dengan meriah dan kini pihaknya menyasarkan untuk menarik lebih ramai keahlian. "Nyata program ini mendapat sambutan ramai dan penduduk gembira kerana dapat menyaksikan pelbagai jenis basikal yang digunakan sejak dulu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Feminin Posted: 12 May 2011 09:14 AM PDT Elaine 'panjat' tangga demi pelanggan Posted: Elaine 'panjat' tangga demi pelangganElaine 'panjat' tangga demi pelanggan Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA maria.zakaria@utusan.com.my Gambar SAIFUL BAHARI
|
Elaine Saw Eng Khim berbangga dengan kejayaan syarikatnya yang telah beroperasi sejak empat tahun lalu.
|
SETELAH mendirikan rumah tangga, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. Tetapi apabila anak-anak semakin membesar, Elaine Saw Eng Khim, 37, mula berasa bosan dan akhirnya membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun, di awal pembabitannya dalam bidang tersebut hanyalah sekadar suka-suka dan untuk memenuhi masa terluang. Tetapi siapa sangka, perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan melalui Internet mendapat sambutan yang menggalakkan setelah tiga bulan mengusahakannya. Ini kerana produk yang dijualnya selain merupakan barangan tempatan, kualiti yang ditampilkan tidak mampu ditandingi produk-produk dari negara luar. Wanita kelahiran Bagan Jemal, Pulau Pinang ini, boleh dikategorikan sebagai seorang wanita dan ibu yang berhati waja. Ini kerana ketika perniagaanya baru bermula, dialah bos dan dia jugalah kuli sehingga sanggup 'memanjat' tangga pejabat untuk menghantar barangan yang dipesan pelanggan. Hanya berbekalkan modal RM3,000, hari ini setelah empat tahun beroperasi, Elmod (M) Sdn. Bhd. mampu memberi saingan kepada syarikat-syarikat perabot yang lain. Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, kelebihan syarikatnya adalah bergantung kepada produk tempatan sepenuhnya. Malah tambah beliau, sebagai warga Malaysia setiap orang seharusnya berbangga dengan produk tempatan kerana tidak semua produk dari negara-negara luar itu berkualiti. ''Kami di Elmod hanya membekalkan perabot-perabot yang dibuat di Malaysia dan menggunakan bahan-bahan mentah tempatan. ''Sebenarnya jika hendak dibandingkan dengan perabot dari negara luar, perabot kita juga setanding malah sesetengahnya lebih berkualiti,'' ujar Elaine ketika ditemui di premis perniagaannya di 17-1 Jalan Puteri 2/1, Bandar Puteri Puchong, Puchong, Selangor baru-baru ini. Mengulas lanjut mengenai produk yang dikeluarkan, Elaine berkata, selain menawarkan perabot untuk kediaman, syarikat tersebut turut menawarkan perabot untuk pejabat, kafe, restoran, institut pengajian tinggi swasta dan sebagainya. Boleh dikatakan, Elmod merupakan pusat sehenti bagi mereka yang ingin mendapatkan pelbagai perabot untuk menghiasi premis atau kediaman masing-masing. Siapa sangka, walaupun baru empat tahun beroperasi, Elmod sudah mampu mengumpul pelanggan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Tidak tidak ketinggalan negara-negara luar seperti Brunei, Singapura, Maldives, Papua New Guinea, Mesir, Australia, New Zealand, Mauritius, Yemen dan Sri Lanka. Hari ini setelah yakin syarikatnya mampu memberikan perkhidmatan terbaik, Elaine kini dalam perancangan untuk menjadikan perniagaanya sebuah perniagaan francais. Untuk itu, Elmod bukan sahaja dilihat menjual produk tetapi ia turut menjual konsep serta idea untuk dikongsi bersama pelanggan. ''Bagi memenuhi keperluan dan kemudahan pelanggan, kami di Elmod bukan sahaja menyediakan perabot-perabot untuk dimiliki malah kami turut menawarkan perkhidmatan membaiki perabot yang rosak. ''Kami akan pastikan setiap pelanggan yang membeli produk kami menerima layanan serta perkhidmatan yang memuaskan terutama selepas jualan,'' ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kehebatan jurugambar wanita Posted: Kehebatan jurugambar wanitaKehebatan jurugambar wanita Oleh SITI AISHAH YUSOFF
|
LOw Ngai Yuen ( berdiri, kiri) dan Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur (berdri, kanan) pada pameran Persembahan Seni: Melalui Kaca Mata Empat Jurugambar Wanita dan Kempen Wanita:100 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
|
SEMAKIN ramai wanita menceburi bidang fotografi yang dahulunya lebih didominasi oleh kaum Adam. Ketajaman lensa kamera golongan Hawa ini disaksikan dalam pameran Persembahan Seni: Melalui Kaca Mata Empat Jurugambar Wanita anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Kakiseni, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pameran ini menampilkan karya-karya luar biasa empat jurugambar wanita iaitu Sharon Lam, Naomi Aw Shui Ching, Visithra Manikam dan Evelyn Lam Lip Lin. Melalui pameran tersebut setiap wanita tersebut berkongsi interpretasi mereka melalui gambar-gambar yang dirakamkan tentang persembahan teater, tarian dan muzik yang ditampilkan sepanjang kempen Wanita:100. Setiap hasil karya mereka yang setiap satunya memiliki nilai seni berbeza dipamerkan kepada orang ramai darii 28 April hingga 8 Meli lalu di Sky Bridge, Pavilion. Pengarah Kakiseni, Low Ngai Yuen berkata, pameran tersebut merupakan kemuncak kepada kempen Wanita:100 yang dicetuskan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2011. "Pameran ini menjadi penutup yang manis kepada Kempen Wanita:100 sekali gus memenuhi matlamat kami untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu wanita melalui saluran lebih kreatif seperti persembahan seni," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penutup pameran dan kempen Wanita:100 yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur. Sepanjang kempen dilancarkan, pelbagai industri seni turut terlibat dalam menjayakan kempen dan berkongsi peranan mereka bersama orang ramai. Selain itu katanya, hampir 61,000 orang telah mengunjungi laman sesawang Kakiseni dan 4,000 melalui Twitter sepanjang kempen dilancarkan pada 8 Mac lalu. Sepanjang berlangsungnya kempen pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan persembahan teater, tarian, nyanyian dan bengkel motivasi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Ratu Posted: 12 May 2011 01:10 AM PDT Kasih jururawat Posted: 11 May 2011 08:10 PM PDT Ratu Pengorbanan besar tidak dihargai KERJAYA jururawat mungkin tidak glamor seperti bidang lain, malah sering dilepas pandang bermula daripada ketika ingin memilih bidang melanjutkan pengajian, mahu pun pemberian pengiktirafan.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan jasa dan pengorbanan jururawat amat besar. Peranan mereka cukup penting terutama membantu merawat dan menjaga orang sakit. Demi tugas, jururawat menyuapkan makan dan ubat pesakit tidak berupaya, menjadi penenang kepada ibu mengandung yang gelisah, memujuk serta mententeramkan si anak kecil menderita sakit, bahkan membantu menyucikan kumuhan pesakit yang tidak terdaya dan semua itu dilakukan tanpa sedikit pun rasa jijik juga keluhan. Ketika melakukan tugas berkenaan sudah pasti jururawat terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis perangai dan kerenah manusia. Ada yang diherdik, dimarah, apatah lagi pengorbanan tidak dihargai. Sememangnya kerjaya sebagai jururawat memerlukan pengorbanan selain kesabaran tinggi dalam menghadapi pelbagai ragam pesakit dan mungkin juga keluarga mereka.
Tanggungjawab dan bebanan kerja jururawat tidak terhad di hospital, pusat kesihatan atau klinik tetapi di serata tempat seperti di kawasan banjir dan tanah runtuh serta kawasan hutan pedalaman dan sebagainya bagi memastikan kesihatan orang ramai terus terpelihara.
Malah, bebanan kerja mereka menjadi bertambah berlipat kali ganda apabila adanya wabak atau penyakit berjangkit yang menular seperti denggi dan Influenza A (H1N1).
Begitulah cabaran dan mulia kerjaya jururawat. Justeru, sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia yang disambut setiap 12 Mei, RATU berkongsi pengalaman dan harapan beberapa jururawat yang sempat ditemui, baru-baru ini.
Halijah Midin, 57
Ketua Jururawat, Hospital Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia, Gombak
Pengalaman 35 tahun dalam bidang kejururawatan sudah semestinya mencoretkan banyak kenangan pahit manis dalam hidup Halijah Midin. Namun, wanita yang berwajah tenang ini tidak pernah jemu dan kenal erti penat lelah untuk terus berbakti melalui kerjayanya.
Halijah berkata, kerjaya jururawat pada masa kini sudah banyak melalui perubahan berbanding pembabitan awalnya dalam bidang itu. Jika dulu, jumlah bilangan jururawat terlalu kecil, sekali gus bebanan tugas begitu banyak, kini semakin ramai yang menyertai bidang itu dan membuatkan kerjaya itu juga semakin berkembang.
Komunikasi antara doktor dan jururawat satu ketika dulu menjadi antara masalah utama kerana kebanyakan doktor dari negara luar dan tidak fasih berbahasa Malaysia.
"Saya memilih kerjaya jururawat kerana dulu tidak banyak pilihan kerjaya untuk wanita. Selepas menceburinya, saya semakin mencintai kerjaya ini dan sepanjang bekerja sebagai jururawat, saya sudah bertugas di lima hospital, termasuk di Melaka, Ipoh dan Kuala Lumpur hinggalah yang terakhir di hospital ini. Banyak suka-duka yang ditempuhi sepanjang bertugas," katanya.
Seiring dengan pengalaman dilalui, Halijah amat berharap kerjaya jururawat dimartabatkan dan tidak lagi dipandang sebelah mata. Pada masa yang sama, ibu empat anak itu menggesa generasi muda jururawat supaya tidak jemu menimba pengalaman dan berusaha melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat paling tinggi supaya kerjaya jururawat mendapat pengiktirafan sewajarnya.
Faridah Hanim Solihin, 42,
Jururawat, Hospital Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia, Gombak
Bagi Faridah Hanim Solihin, kerjaya jururawat adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat membantu orang ramai. Sudah bekerja selama 16 tahun sebagai jururawat, akuinya saat paling menggembirakan dan mengujakan ialah apabila dapat membantu menyelamatkan pesakit yang sudah kritikal meneruskan kelangsungan hidup.
Berpengalaman beberapa tahun bertugas di Unit Penjagaan Kritikal (CCU) dan kini di wad medikal tibi/kusta, Faridah berpendapat sesiapa saja yang memilih kerjaya itu perlulah sentiasa ikhlas membantu pesakit.
Tegasnya, pengalaman sedih sememangnya banyak ditempuhi tetapi seboleh-bolehnya tidak mahu menyimpan dalam hati dan fikiran kerana tidak mahu episod sedih itu terbawa-bawa dalam diri sehingga menjejaskan kerjaya.
"Jangan pilih kerjaya jururawat hanya kerana tiada kerja lain kerana dibimbangi tugas dan tanggungjawab dipikul tidak dibuat dengan sepenuh hati. Jururawat juga perlu ingat bidang kerja utama kerjaya ini adalah membantu orang, jadi bantulah selagi terdaya dan seramai yang mungkin," katanya.
Tan Chiu Lee, 32
Pengurus Jururawat Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Tugas jururawat bukan saja menuntut kesabaran tinggi tetapi juga perlu mengetahui cara untuk menangani setiap masalah yang timbul, lebih-lebih lagi setiap pesakit dan keluarga mereka mempunyai karektor masing-masing.
Tan Chiu Lee yang sudah 11 tahun berkecimpung dalam bidang kejururawatan berkata, kepuasan bekerja akan dapat dirasakan apabila dapat menolong pesakit dan memberikan khabar gembira kepada keluarga mereka.
"Setiap jururawat perlu melakukan tugas sebaik yang mungkin untuk membantu orang lain dan jangan mengeluh kerana pada akhirnya, itulah kepuasan bekerja yang akan kita kecapi," katanya.
Antara pengalaman tidak boleh dilupakan Chiu Lee ialah ketika masih menjalani latihan praktikal dan merawat wanita muda yang menghidapi penyakit barah serta berdepan dengan maut. Lebih malang, dalam kesedihan dan kesengsaraan melawan penyakit, wanita berkenaan berjauhan dan suami serta anak-anak.
Hampir setiap hari, ceritanya, wanita itu berkongsi perasaan rindu dan kesedihannya terhadap suami dan anak, malah sehingga menghembuskan nafas terakhir dia tidak berkesempatan menemui mereka.
"Mungkin masa itu saya masih muda dan ia adalah antara pengalaman awal sebagai jururawat sebab itulah hati mudah tersentuh. Tetapi kini saya sudah biasa dengan keadaan seumpama itu dan sebagai jururawat, saya berasa perlu memberikan pesakit semangat untuk melawan penyakit dihadapi," katanya.
Norhanizah Ani, 39
Jururawat Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Pernah bertugas di luar negara dan membantu merawat mangsa tsunami di Acheh adalah antara kisah menarik dilalui Norhanizah Ani sepanjang 14 tahun bergelar jururawat.
Lebih menarik, Norhanizah sebelum itu pernah bekerja sebagai guru tetapi akhirnya beralih arah memilih kerjaya jururawat selepas mendapati jiwanya lebih senang untuk membantu orang lain.
"Saya menjadi guru hanya setahun. Walaupun tugasnya mulia mendidik anak bangsa, hati saya lebih tertarik memilih kerjaya jururawat kerana ia lebih memberikan kepuasan kepada saya," katanya.
Mengenai cabaran sebagai jururawat, Norhanizah yang bekerja di jabatan pengawalan jangkitan berkata, apa yang dilihatnya masih ada jurang ketara yang wujud antara jururawat dan masyarakat sehingga masih ada yang takut-takut untuk mendapatkan rawatan apabila sakit.
Katanya, perspektif seperti itu perlu diubah kerana dalam usaha membanteras dan mengawal penyakit berjangkit, hubungan antara jururawat dan masyarakat perlu erat terutama dalam mendidik serta memberikan kefahaman mengenai perkara sepatutnya supaya kesihatan dapat dijaga dengan baik.
INFO:
Setakat ini, ada lebih kurang 90 kolej kejururawatan di seluruh negara dan 17 daripadanya milik kerajaan.
Kolej kejururawatan di negara ini mampu melahirkan 8,000 jururawat bertauliah setahun.
Setakat ini, ada 80,000 jururawat di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 75 peratus berkhidmat dengan kerajaan.
Menjelang 2015, kerajaan mensasarkan nisbah jururawat kepada pesakit ialah 1:200 (seorang jururawat untuk 200 pesakit) berbanding sekarang, 1:329.
Kebanyakan jururawat bekerja secara syif menyebabkan ada kalanya mereka pulang malam atau pun 'bermalam' di hospital.
INFO: Sejarah Hari Jururawat Sedunia
Hari Jururawat Sedunia dipilih sempena hari kelahiran Florence Nightingale pada 12 Mei 1820.
Florence dilahirkan di Firenze, Itali dan dibesarkan dalam keluarga yang berada adalah pelopor jururawat moden.
Florence berminat dengan kerja kemanusiaan dan ingin merawat orang sakit. Tetapi keinginan merawat pesakit ditentang keras oleh ibu dan kakaknya kerana pada masa itu merawat adalah pekerjaan hina dan rumah sakit adalah tempat paling teruk. Banyak orang memanggil doktor untuk datang ke rumah dan dirawat di rumah.
Tugas merawat orang ketika itu turut dianggap tidak berapa elok kerana banyak berdepan langsung dengan tubuh dalam keadaan terbuka, sehingga dilihat bukan kerjaya sopan wanita baik-baik.
Pada 1846, Florence mengunjungi Kaiserswerth, Jerman dan mengenal lebih jauh mengenai rumah sakit moden yang dipelopori oleh Pendeta Theodor Fliedner dan isterinya serta dikelola biarawati Lutheran (Katholik).
Ketika di sana, Florence terpesona dengan komitmen yang dipraktikkan oleh biarawati kepada pesakit dan mula jatuh cinta pada pekerjaan sosial kejururawatan.
Pada zaman perang Crimean pada 1854, Florence selalu melawat pesakit pada waktu malam dengan lampunya untuk melihat askar perang yang cedera dan memerlukan bantuan. Kesungguhannya ini menyebabkannya lebih dikenali sebagai "The Lady With The Lamp" .
Sumbangan Florence dalam bidang kejururawatan:
- Memperkenalkan jururawat wanita dalam perang ketika perang Crimean di Turki.
- Pada tahun 1860, Florence menubuhkan sekolah jururawat di Hospital St Thomas di London.
- Florence menulis buku bertajuk "Notes on Nursing" iaitu buku pengenalan 136 muka surat mengenai kejururawatan.
- Florence juga berpengetahuan tinggi dan pakar dalam bidang statistik. Beliau menjalankan beberapa kajian dan menerbitkan lebih 200 laporan dan risalah mengenai pelbagai isu kebersihan, pengurusan hospital dan kesihatan.
Florence meninggal dunia di bilik tidurnya di 10 South Street, Dauk Lan, London pada 13 Ogos 1910 ketika berusia 90 tahun. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Perlu jururawat lelaki Posted: 11 May 2011 08:09 PM PDT Ratu SEBAHAGIAN besar daripada mereka bukan saja memiliki diploma dan ijazah dalam bidang kejururawatan, malah ada yang lulusan sarjana. Namun, kerjaya dilakukan mungkin dipandang rendah, kotor dan perlu melayani kerenah pesakit tanpa mengira latar belakang agama dan kaum. Tugas jururawat ini rencam, daripada proses menukar lampin, baju, celana serta cadar sehingga memberi ubat dan memantau keadaan pesakit dilakukan. Berbanding banyak lagi kerjaya yang boleh diceburi dengan persekitaran lebih selesa, bersih, tidak berhadapan kerenah orang ramai yang pelbagai.
Persepsi segelintir masyarakat juga masih memandang rendah dan menganggap kerjaya ini tidak ada 'kelas'. Lebih-lebih lagi apabila mereka perlu melakukan mengurus pesakit yang mungkin layak dilakukan amah. Lebih memburukkan keadaan, ada pula laporan jururawat tidak mesra, suka menengking dan menarik muka masam dengan pesakit. Ketua Jabatan Sains Kejururawatan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Khadijah Lim Abdullah, mengakui persepsi masyarakat terhadap kerjaya ini memang berada pada tahap rendah, walaupun ia adalah tugas dianggap mencabar kerana perlu berhadapan dengan pesakit yang sesetengahnya amat sensitif.
Kerjaya ini memerlukan minat yang tinggi, memahami tugas dengan baik, berkorban bekerja waktu shif.
Katanya, mereka perlu memantau situasi pesakit dan memberikan ubat yang betul untuk mengelak sebarang kompilasi yang memburukkan lagi keadaan.
Majoriti jururawat adalah wanita. Jururawat lelaki amat jarang kelihatan walhal perkhidmatan mereka amat diperlukan.
Dalam tempoh lima tahun ini, hanya 461 jururawat lelaki daripada 83,000 jururawat dilahirkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).
"Di UM umpamanya, seramai 15 calon lelaki mengikuti kursus kejururawatan daripada 100 pelajar yang terpilih. Mereka mampu mengikuti program berkenaan dengan baik tetapi kita sentiasa memberi mereka galakkan dan motivasi bagi mengelakkan rasa terasing atau wujud perbezaan gender apabila memulakan tugas kelak.
"Tiada jurang perbezaan antara tugas jururawat wanita dan lelaki kerana mereka dilatih untuk melakukan kerja sewajarnya," katanya.
Lazimnya, kata Khadijah, jururawat lelaki diletakkan di bahagian psikiatari, bahagian kemalangan dan kecemasan.
Jururawat lelaki tidak diletakkan di bahagian perbidanan dan sakit puan kerana bahagian ini khusus untuk pesakit wanita. Namun, kehadiran mereka sememangnya diperlukan dalam dunia perubatan, terutama bagi menguruskan pesakit lelaki yang malu dijaga jururawat wanita.
"Ada kalanya pesakit lelaki tidak suka berterus terang mengenai keadaannya terutama berkaitan kehidupan seksual. Jika ada jururawat lelaki, pesakit boleh berkongsi cerita mengenai dirinya tanpa rasa malu. Di sini, peranan jururawat lelaki memberi kaunseling kepada pesakit juga diperlukan," katanya.
Bagaimanapun, masyarakat masih belum dapat menerima sepenuhnya kehadiran lelaki dalam bidang ini dan sering kali ia dianggap hanya sesuai untuk kaum wanita. Jumlah jururawat lelaki memang tidak ramai, tetapi dianggap tinggi berbanding sesetengah negara lain.
Sejak awal 2000, kata Khadijah, banyak IPTS yang berlumba-lumba menyediakan kursus kejururawatan bagi menampung keperluan di hospital baru.
"Persoalannya, dengan lambakan graduan yang ramai itu, adakah ia benar-benar mempunyai kualiti dan berkemahiran? Kita selalu juga dengar aduan orang ramai mengenai tingkah laku jururawat yang tidak memuaskan hati mereka.
"Kita perlu lihat secara menyeluruh supaya jururawat dikeluarkan mempunyai pakej yang terbaik dalam menawarkan khidmat mereka. Tugas utama mereka memberi khidmat kepada masyarakat," katanya yang pernah menjadi jururawat hampir 10 tahun di Hospital Universiti (sekarang dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Malaya).
Justeru, pelajar kejururawatan wajib menjalani latihan praktikal di hospital bagi mendedahkan mereka kepada situasi sebenar kerjaya itu.
Sewajarnya juga, kata Khadijah, pemantauan lebih menyeluruh perlu dilakukan untuk memastikan semua IPTS melaksanakan program teori dan praktikal mengikut prosedur ditetapkan mengikut Lembaga Jururawat Malaysia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Horizon Posted: 11 May 2011 09:23 PM PDT Fenomena disko kasut roda Posted: Fenomena disko kasut rodaFenomena disko kasut roda Oleh MOHD. ALIF ABU BAKA alif.abubakar@kosmo.com.my
KASUT roda disko bukanlah perkara baru di Malaysia. Tempat rekreasi seumpama itu pernah bertapak di beberapa negeri seperti Melaka, Johor dan Kuala Lumpur. Namun, jangka hayatnya tidak pernah lama kerana tidak mampu menangkap minat masyarakat. Tanggapan negatif terhadap kasut roda disko sebagai pusat hiburan semata-mata sedikit sebanyak mencalarkan imej tempat tersebut yang sebenarnya bertujuan menggalakkan anak-anak muda melibatkan diri dengan aktiviti sihat. Bermain kasut roda merupakan satu bentuk riadah namun, pendekatan yang diaplikasikan The Wheels mungkin tampak berbeza dan agak sukar diasimilasisecara drastik memandangkan terdapatnya sekatan budaya di Malaysia yang melihat tempat seperti itu penyumbang kepada masalah sosial. Bagaimanapun itu merupakan kisah lama kerana hari ini masyarakat Malaysia terutama golongan remaja semakin berfikiran moden. Kasut roda disko kembali menambat hati mereka sebagai satu tempat bersantai bersama teman dan seisi keluarga. The Wheels di Subang Avenue, Selangor mungkin masih baharu dalam kalangan penduduk Lembah Klang malah, ada yang tidak pernah mengetahui akan kewujudannya. Memulakan operasi awal Januari lalu, The Wheels merupakan kasut roda disko terbesar pernah dibina di Malaysia. Dengan keluasan 1,486 meter persegi (16,000 kaki persegi), ruang buat pengunjung meluncur dengan kasut roda mereka sememangnya luas dan membuatkan pergerakan lebih lancar tanpa perlu bersesak-sesak. Pemilik The Wheels, Thomas Ang memberitahu pusat hiburan yang juga bertindak sebagai tempat rekreasi itu hanya mengambil masa dua bulan untuk disiapkan. "Walaupun baru sahaja beroperasi tetapi, sambutan yang diterima amat menggalakkan. "Setakat ini purata kunjungan setiap bulan mencecah 5,000 orang dan saya menyasarkan untuk menerima kunjungan antara 15,000 hingga 30,000 orang pada masa akan datang," jelasnya yang telah mempunyai pengalaman selama 25 tahun menguruskan perniagaan kasut roda disko. Meskipun kesemua pusat kasut roda disko yang pernah dibuka Thomas sebelum ini telah ditutup namun, dia tidak pernah berputus asa dalam perniagaan tersebut malah, yakin The Wheels mampu untuk bertahan. Platform bakat muda THE WHEELS menjadi gelanggang anak muda mengasah bakat dalam sukan kasut roda.
Memasuki ruangan meluncur The Wheels mewujudkan kelapangan dan keterujaan luar biasa. Melihatkan aksi-aksi anak-anak muda meluncur dengan kasut roda mengikut rentak muzik yang diputarkan membuatkan penulis ingin turut serta bersama mereka. Ada juga di antara mereka mempamerkan skil dan kehebatan masing-masing yang secara tidak langsung memberi perspektif positif terhadap The Wheels. Sewajarnya pusat hiburan dan rekreasi seperti The Wheels dibina kerana ia dapat berfungsi sebagai medan latihan buat mereka yang mempunyai minat dan bakat dalam sukan kasut roda. Jika kebanyakan pusat hiburan lain menyediakan bilik khas buat pengunjung yang ingin merokok, The Wheels menolak strategi itu dan memilih untuk menyediakan bilik telefon. Menurut Thomas, sebagai pusat hiburan berasaskan rekreasi, tidak wajar baginya membuat ruangan merokok kerana aktiviti itu hanya menyumbang kepada masalah kesihatan. Lampu-lampu pelbagai warna melimpahi segenap ruang kawasan itu nyata menghidupkan suasana menjadi lebih ceria menambahkan keseronokan pengunjung. Di satu sudut pula kelihatan seorang deejay (DJ) begitu asyik memutarkan pelbagai jenis rentak muzik yang adakalanya merupakan permintaan daripada pengunjung sendiri. Sajid Jahangir, DJ tetap The Wheels menjelaskan kebanyakan muzik yang dimainkan di situ tidak terhad kepada genre tertentu sahaja malah, dia mempunyai hampir kesemua jenis muzik. "Tidak semua lagu di sini berbahasa Inggeris, ada ketika saya akan memainkan lagu Melayu dan lagu-lagu bahasa lain seperti Arab, Tamil dan Mandarin. Pengunjung juga sering membuat permintaan lagu kegemaran mereka dan saya pasti akan menunaikannya," kata DJ berusia 26 tahun itu. Beli kasut roda DJ Sajid Jahangir turut memutarkan lagu permintaan pengunjung.
Kasut roda yang disediakan di The Wheels pula didatangkan dalam dua jenis bagi memberi kebebasan kepada pengunjung membuat pilihan jenis kasut roda yang bersesuaian dengan mereka. Bagi mereka yang menggemari kasut roda yang mempunyai empat roda bolehlah memilih roller skate, sementara mereka yang lebih selesa dengan kasut roda inline disarankan menggunakan roller blade. Menariknya, pengunjung yang berminat dengan kasut roda di The Wheels turut berpeluang memiliki kasut roda tersebut pada harga berpatutan. Menurut Thomas, kesemua kasut roda The Wheels ditempah khas dari Taiwan dan mampu bertahan selama lima tahun bagi tujuan perniagaan dan 10 tahun untuk kegunaan peribadi. "Pengunjung boleh memilih untuk membeli sama ada kasut roda jenis biasa yang berharga RM250 ataupun kasut roda berkualiti tinggi pada harga RM350. "Jadi pada masa akan datang apabila mereka mengunjungi The Wheels mereka boleh memakai kasut roda sendiri," ujarnya. Monopoli perempuan Tidak menolak majoriti pengunjung The Wheels merupakan golongan remaja terutama pelajar dari kolej-kolej berdekatan, ahli perniagaan dari Singapura itu menjelaskan golongan perempuan mendominasi pengunjung di situ. Thomas menyatakan ia mungkin disebabkan sifat semula jadi golongan tersebut yang menggemari bentuk rekreasi santai seperti itu. Seorang pengunjung yang ditemui, Rozita Mat Som merupakan antara pengunjung yang kerap meluangkan masa di The Wheels. "Saya suka dengan suasana di sini. Daripada pergi kelab malam lebih baik pergi tempat seperti ini kerana ia merupakan aktiviti berfaedah," katanya yang berasal dari Selangor. Sementara itu seorang lagi pengunjung, Rahaiza Ab. Halim memberitahu, ini merupakan kunjungannya yang pertama di The Wheels. Wanita berusia 27 tahun itu juga tidak segan menyatakan bahawa dia tidak pernah bermain kasut roda dan menjadikan The Wheels sebagai tempat untuk belajar. "Selain dapat mengeluarkan peluh, muzik yang dimainkan di sini memang membuatkan pengunjung tidak berasa jemu untuk terus bermain," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bertahan menakluk Gunung Tahan Posted: Bertahan menakluk Gunung TahanBertahan menakluk Gunung Tahan Oleh RIZAM ZAKARIYA mohdrizam@kosmo.com.my BIARPUN dalam keadaan cuaca sejuk, para peserta ekspedisi tetap ceria bergambar kenangan tanda kejayaan mereka menjayakan ekspedisi pendakian.
AKTIVITI mendaki gunung di negara ini sudah semakin popular dalam kalangan golongan muda termasuklah pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Tidak ketinggalan menakluk gunung-gunung di dalam negara ialah Kelab Rekreasi Unisains dari Universiti Sains Malaysia (KRU USM). KRU USM baru-baru ini menjayakan ekspedisi mendaki Gunung Tahan di Pahang sebagai salah satu aktiviti kelab itu pada tahun ini. Aktiviti selama empat hari tiga malam itu disertai oleh 27 orang peserta bersama tiga pegawai pengiring termasuk penulis dengan menjadikan laluan Merapoh-Gunung Tahan-Merapoh sebagai trek pendakian. Terkenal sebagai puncak gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2,187 meter dari paras laut, sudah semestinya laluan yang tersedia menjanjikan pelbagai cabaran untuk ditempoh oleh para pendaki. Hari pertama Para peserta tiba di pekarangan Taman Negara Tahan di Merapoh, Kuala Lipis kira-kira pukul 5.30 pagi setelah menempuh perjalanan jauh selama hampir 10 jam dari Pulau Pinang dengan menaiki sebuah bas yang disediakan oleh Pusat Sukan USM. Selepas solat subuh dan bersiap untuk memulakan perjalanan, para peserta terlebih dahulu diperkenalkan kepada tiga orang jurupandu arah dari Taman Negara Tahan yang akan menjadi pengemudi sepanjang pendakian dilakukan. Kemudian, kesemua peserta diberi taklimat berhubung fungsi Taman Negara Tahan dan bentuk muka bumi serta flora dan fauna yang menjadi penghuni di sekitar Taman Negara Tahan. Perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda dari pekarangan Taman Negara Tahan ke Kuala Juram hanya mengambil masa kira-kira 20 minit. Cabaran sebenar dalam ekspedisi itu bermula dari Kuala Juram apabila para peserta mula menggalas beg masing-masing yang mempunyai berat purata antara 15 hingga 20 kilogram. Kami memulakan perjalanan hari pertama pendakian menuju ke tapak perkhemahan pertama di Kuala Koh sejauh 12 kilometer (km) pada pukul 11.30 pagi. Walaupun pendakian hari pertama hanya mengambil masa kira-kira lima jam perjalanan meredah hutan menyusuri laluan yang agak landai selain melintasi tidak kurang dari empat batang sungai, ia sudah memadai untuk dijadikan pemanas badan sebelum memulakan pendakian pada hari kedua yang lebih mencabar. Hari kedua
|
LALUAN merentas sungai juga antara cabaran dalam ekspedisi mendaki ini.
|
Seawal pukul 6.30 pagi, sebahagian peserta sudah sibuk menyiapkan juadah untuk makan pagi manakala sebahagian lagi menyiapkan diri dengan memakai semula 'uniform' untuk meneruskan pendakian. Tepat pukul 9 pagi, perjalanan diteruskan dengan menyusuri sebatang sungai sebelum bertemu dengan trek pendakian yang lebih mencabar. Cabaran perjalanan yang dimaksudkan itu adalah permukaan agak menegak dari Kem Kor ke Kem Permatang dan itu memaksa para pendaki memerah keringat. Di laluan itulah kekuatan mental dan fizikal para peserta mula teruji – sama ada mereka benar-benar mampu bertahan atau pun mudah menyerah kalah sebelum tiba di puncak. Walaupun penulis mempunyai pengalaman mendaki hingga ke puncak Gunung Tahan lapan tahun lalu menerusi trek dari Kuala Tahan, namun tidak dapat dinafikan cabaran trek Merapoh bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Trek tersebut membuatkan ramai para pendaki terutamanya yang baharu berjinak-jinak dalam aktiviti lasak ini 'dibelasah' teruk oleh alam semula jadi sehingga ada yang sudah menganggap pendakian tersebut adalah yang pertama dan terakhir bagi mereka. Laluan dari Kem Permatang ke Kem Kubang juga memerlukan pada pendaki memanjat akar-akar pokok dan sesekali menuruni tebing bukit dengan terpaksa berpaut pada tali yang disediakan di laluan. Sebaik tiba di Kem Kubang kira-kira pukul 1 tengah hari, kesemua peserta berkumpul semula bagi membolehkan perut diisi agar tenaga yang telah hilang dapat dikembalikan semula sebelum meneruskan perjalanan. Setelah perut diisi, perjalanan diteruskan ke Kem Belumut yang terletak kira-kira 30 minit pendakian dari Kem Kubang. Disebabkan jaraknya yang dekat, kami mengambil keputusan untuk tidak berhenti rehat sebaliknya meneruskan perjalanan ke Kem Bonsai yang terletak kira-kira 5.5 kilometer lagi dari Kem Belumut. Sebaik tiba di Kem Bonsai, kepenatan seolah-olah sedikit terubat apabila para peserta disajikan dengan pemandangan yang luas dan indah berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa. Dari situ jugalah kelibat puncak Gunung Tahan sudah boleh dilihat dan ternyata ia telah menjadi pembakar semangat untuk para peserta meneruskan pendakian, walaupun ada pendaki yang hanya tiba di situ selepas sejam kumpulan pertama tiba. Walaupun laluan pendakian dari Kem Bonsai ke Kem Botak hanya mengambil masa kurang dari satu jam, pemandangan yang dihidangkan ternyata cukup indah apabila sepanjang pendakian, pemandangan Banjaran Titiwangsa di kiri dan kanan laluan terbentang di depan mata. Para peserta juga sesekali merempuh kabus tebal yang cukup menyamankan. Pendakian hari kedua berakhir di Kem Botak dengan kumpulan terakhir tiba di tapak perkhemahan kira-kira pukul 7 petang setelah penat mendaki sejauh 18 km. Disebabkan keadaan udara yang terlalu sejuk, ditambah pula dengan angin yang bertiup kencang membawa kabus tebal, tidak banyak aktiviti boleh dilalukan selain memasang khemah dan menyediakan makanan untuk makan malam. Hari ketiga SEBAHAGIAN peserta sempat berehat seketika di lereng sebelum meneruskan pendakian.
Pendakian hari ketiga bermula lebih awal apabila kesemua peserta memulakan perjalanan seawal pukul 6.30 pagi dengan meredah kegelapan awal pagi menyusuri laluan bukit yang berbatu untuk tiba puncak Gunung Tahan. Selepas 30 minit pendakian, terpancar kegembiraan dalam kalangan semua peserta apabila semuanya selamat tiba di puncak mengikut perancangan. Walaupun sedikit kecewa kerana hasrat untuk melihat keindahan matahari terbit dari ufuk timur tidak kesampaian kerana dilindungi kabus tebal di awal pagi, ternyata kegembiraan menjejakkan kaki di puncak itu mengatasi segala-galanya. Selepas menghabiskan masa kira-kira 40 minit untuk bergambar kenangan, perjalanan menuruni puncak pun bermula. Sebaik tiba di Kem Botak, para peserta mengambil masa yang ada untuk bersarapan selain mengemas semula khemah secepat mungkin sebelum meneruskan perjalanan turun menuju ke Kem Bonsai. Kami pelu pantas kerana ketua jurupandu arah telah memberi amaran awal kepada kami agar tidak melengahkan perjalanan kerana jarak antara Kem Botak ke Kem Kor mengambil masa kira-kira lapan hingga sembilan jam, itupun sekiranya tiada sebarang kecederaan berlaku. Justeru mengikut perkiraan kasar, sekiranya kami bergerak turun dari Kem Botak pada pukul 10 pagi, kami hanya akan tiba di Kem Kor kira-kira pukul 7 malam. Berbekalkan pengalaman yang ada dalam pendakian sebelum ini, penulis mengambil keputusan untuk tidak lagi menjadi sweeper, sebaliknya berada dalam kumpulan terawal menuruni puncak sebelum hari gelap. Ternyata keputusan penulis tepat apabila berjaya tiba di Kem Kor pada pukul 6.30 petang. Dalam kesuntukan waktu, penulis bersama beberapa rakan terpaksa bergegas untuk mendirikan khemah sebelum hari gelap. Disebabkan perjalanan menuruni puncak Kem Botak melalui laluan yang sama sewaktu mendaki, maka lebih banyak laluan menurun dan curam terpaksa ditempuhi. Ketika inilah para pendaki akan terdedah dengan risiko mendapat kecederaan terutama pada bahagian kaki kerana terpaksa menahan beban beg yang berat selain terpaksa mengawal keseimbangan badan sewaktu menuruni curam. Malah tidak dinafikan, ada rakan penulis yang terpaksa menahan sakit apabila kuku kakinya tercabut gara-gara memakai kasut yang agak ketat sepanjang pendakian. Hari keempat KENDERAAN pacuan empat roda membawa para peserta pendakian ke Kuala Juram.
Para peserta mula bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan hari terakhir untuk ke Kuala Juram kira-kira pukul 11 pagi selepas memastikan tapak perkhemahan dalam keadaan bersih. Disebabkan perjalanan ke Kuala Juram hanya sejauh 12km, para peserta meneruskan perjalanan dalam keadaan santai. Kumpulan pertama tiba di Kuala Juram pada pukul 2 petang manakala kumpulan terakhir tiba sejam kemudian. Di Kuala Juram, para peserta sempat melihat kakitangan Taman Negara Tahan memberi makan ikan kelah di kawasan santuari yang diwujudkan di situ. Sebaik tiba di pekarangan Taman Negara Tahan dengan menaiki pacuan empat roda, bas sudah sedia menunggu. Selepas selesai membuat pengisytiharan mengenai barangan yang perlu dibawa turun semula, para peserta mengucapkan selamat tinggal kepada Taman Negara Tahan untuk pulang semula ke Pulau Pinang bersama 1,001 kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Nyaman Pulau Aur Posted: Nyaman Pulau AurNyaman Pulau Aur BOT laju pembawa penumpang berlabuh di pantai Pulau Aur.
BAGI golongan pencinta alam, keindahan latar hutan dan bukit sudah dianggap anugerah terindah. Apatah lagi kalau pemandangan itu digandingkan dengan pasir pantai memutih, air jernih dan formasi karang laut yang cantik. Terletak kira-kira 76 kilometer (km) dari Bandar Mersing, Pulau Aur merupakan pulau yang paling jauh jaraknya dari tanah besar. Secara tidak langsung, pulau tersebut terhindar daripada pencemaran yang merosakkan persekitarannya. Tidak hairanlah jika dalam jarak dua batu nautika dari pantai pulau tersebut, terdapat kawasan yang diwartakan sebagai Taman Laut Johor. Keletihan pengunjung yang merentas perjalanan dengan bot laju ke pulau selama dua jam setengah seakan-akan hilang sejurus disambut keindahan gaya hidup pulau di situ. Air laut pulau yang membiru menyuntik rasa segar lantas mengajak pengunjung bermandi-manda. Pada masa yang sama, mereka boleh menghargai panorama bukit-bukau dan pulau-pulau kecil berhampiran. Semua itu mampu melenyapkan rasa bosan dan buntu akibat menjalani kesibukan hidup di kota. Penginapan Para pengunjung yang bercuti di Pulau Aur tidak perlu khuatir dengan kemudahan calet yang disediakan terutama di pusat pulau berkenaan iaitu di Kampung Teluk Berhala yang kini dikenali sebagai Kampung Teluk Sakinah. Antaranya ialah calet Blue Water Holiday Resort yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas yang mencukupi. Dengan harga yang berpatutan, pengunjung bakal merasai keselesaan ketika menginap di sini ibarat seperti berada di rumah sendiri. Pengurus Blue Water Holiday Resort, Siti Salsiah Mohamad, 33, berkata, caletnya menyediakan 16 bilik berhawa dingin dan empat tanpa hawa dingin serta menawarkan harga yang berpatutan dan mampu disewa para pengunjung. Harga yang ditawarkan bagi bilik standard berhawa dingin ialah RM180 dan RM120 bagi bilik tidak berhawa dingin. Katanya, di samping kemudahan bilik, calet itu turut menawarkan kemudahan bilik seminar. Dengan kapasiti bilik yang mampu memuatkan 100 orang pada satu-satu masa, tidak hairanlan ia menjadi pilihan kumpulan akademik, korporat atau organisasi untuk mengadakan seminar, mesyuarat atau kursus di pulau itu. Salasiah memberitahu, sejak beroperasi kira-kira 10 tahun, lalu, resort itu sering menjadi pilihan pengunjung dari dalam dan luar negara. "Lazimnya, tempahan akan bertambah pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Selain bermandi-manda, pengunjung boleh mencuba aktiviti selam skuba, snorkeling dan memancing," ujarnya yang turut menawarkan pakej kembara hutan. "Para pengunjung akan bertambah terutama pada hujung minggu termasuk tempahan yang dibuat oleh kaki pancing dari Singapura," katanya. Bagi pemandu bot laju syarikat Blue Water, Asfarizal Nasrul, 33, selama empat tahun dia bekerja sebagai pemandu bot, baginya, Pulau Aur merupakan pulau yang paling cantik di daerah tersebut. "Walaupun terletak paling jauh dari Mersing, keindahan dan kecantikan Pulau Aur tiada tandingannya," katanya. Pendapatnya itu turut dikongsi seorang penduduk pulau yang ditemui, Zainab Awang Kechik, 68, berkata, dia yang sejak turun-temurun tinggal di situ sudah biasa dengan suasana gaya hidup kampung di pulau. "Kini pembangunan di Pulau Aur lebih rancak dan bilangan pengunjung yang hadir semakin ramai, berbeza dengan keadaan 20 tahun lalu," katanya. – NORAZMAN ABDUL RAHIM Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Komuniti Kita Posted: 11 May 2011 03:21 PM PDT USM rawat 3O pesakit kronik sempena Program Sayangi Keluarga Posted: USM rawat 3O pesakit kronik sempena Program Sayangi KeluargaUSM rawat 3O pesakit kronik sempena Program Sayangi Keluarga BEBERAPA kakitangan USM melakukan senamrobik pada Karnival Kesihatan dan Kecergasan di Kampung Pak Rahmat Seterpa, Kota Bharu baru-baru ini.
BANTU. Sebanyak 100 kakitangan termasuk doktor pakar Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian menyertai program 'Sayangi Keluarga' pada Karnival Kesihatan dan Kecergasan di Kampung Pak Rahmat Seterpa, Kota Bharu baru-baru ini. Sepanjang program itu, kumpulan terbabit telah merawat 30 pesakit kronik termasuk pesakit sawan, angin ahmar dan sakit tua, di mana ada diantara mereka telah terlantar di rumah sejak 20 tahun lalu. Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Dr. Wan Nudri Wan Daud berkata, pihak universiti itu sentiasa menekankan aspek nilai-nilai murni di kalangan kakitangan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat. "Melalui program turun padang itu, keluarga pesakit telah diberikan tunjuk ajar mengenai kaedah rawatan anggota keluar yang sakit di rumah," katanya. Program yang julung-julung kali diadakan itu dianjurkan bersama oleh Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Bahagian Hal Ehwal Wanita Pusat Islam USM, Persatuan Perubatan Keluarga dan Persatuan Jururawat Malaysia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Karnival Keusahawanan 1Malaysia bantu usahawan pasar produk Posted: Karnival Keusahawanan 1Malaysia bantu usahawan pasar produk Karnival Keusahawanan 1Malaysia bantu usahawan pasar produk KU ABD. RAHMAN (empat dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada seorang peserta yang menyertai Karnival Keusahawan 1Malaysia di Star Parade, Alor Setar baru-baru ini.
USAHAWAN. Students in Free Enterprise (SIFE) Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan Karnival Keusahawanan 1Malaysia di pusat beli-belah Star Parade, Alor Setar selama tiga hari hari bermula 29 April lalu. Sebanyak 33 gerai dibuka untuk memberi peluang kepada para usahawan dan syarikat perniagaan memasarkan produk masing-masing antaranya Koperasi Pekan Rabu Alor Setar, Wan Hantaran Enterprise dan Resipi Kak Ani. Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi negeri Kedah, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, karnival anjuran penuntut UUM itu berjaya mewujudkan satu platform yang baik kepada kalangan usahawan untuk memasarkan produk keluaran mereka. "Karnival seperti ini secara tidak langsung membolehkan para usahawan berkongsi pengalaman, idea dan membentuk jaringan kerjasama untuk meningkatkan perniagaan masing-masing," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | SK Temin juara pertandingan robotik Posted: SK Temin juara pertandingan robotikSK Temin juara pertandingan robotik LAU LEE (tiga dari kanan) dan Wan Norizan (tiga dari kiri) bergambar bersama murid-murid SK Temin yang menjuarai pertandingan robotik di Karnival Sains dan Teknologi Jerantut 2011 semalam.
JUARA. Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Temin muncul juara pertandingan robotik pada Karnival Sains dan Teknologi Jerantut 2011 di Dewan Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Jerantut, Pahang baru-baru ini. Dengan kemenangan itu, lima murid sekolah berkenaan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM250 serta pingat, piala dan sijil setelah menumpaskan tujuh buah sekolah lain yang bertanding. Naib johan pula milik SK Jerantut manakala tempat ketiga disandang oleh SK Pusat Penyelidikan Tun Razak dengan masing-masing menerima wang tunai RM150 dan RM100 beserta pingat, piala dan sijil. Karnival itu telah berlangsung selama tiga hari dan dianjurkan oleh MDJ dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Perikanan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) dan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee yang turut dihadiri oleh Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Keluarga Posted: 11 May 2011 01:35 PM PDT Nostalgia piring hitam Posted: Nostalgia piring hitamNostalgia piring hitam Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
|
Ramai peminat setia pengumpul piring hitam 'menyerbu' pasar lambak mingguan Amcorp Mall untuk mendapatkan koleksi mereka.
|
Piring hitam mungkin tidak lagi diminati oleh generasi muda kini tetapi ia pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Juga dikenali sebagai rekod gramofon, rekod fonograf atau hanya rekod, piring hitam terdapat dalam pelbagai versi. Jika sesebuah piring hitam hanya memuatkan satu atau dua lagu, ia dipanggil SP (single play), jika empat buah lagu dikenali sebagai EP (extended play) dan jika lebih daripada itu, LP (long play). Hari ini, peranan piring hitam yang pernah menjadi kegilaan peminat-peminat lagu dan muzik, telah diambil alih oleh kecanggihan cakera padat (CD). Itu nasib yang dialami oleh piring hitam. Seperti juga penyanyi-penyanyi lama yang semakin terpinggir, begitulah nasib dialami piring hitam. Ia diketepikan seiring dengan perubahan masa. Walaupun amat jarang untuk kita menemui piring hitam, namun bagi peminat tegar 'alat tradisional' ini, mereka sentiasa tahu di mana untuk mendapatkannya bagi dijadikan koleksi. Antara tempat yang tidak asing lagi untuk mendapatkan piring hitam adalah di pasar lambak mingguan di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Dikenali sebagai pusat peminat piring hitam terpakai dan jarang ditemui, Amcorp Mall telah berkhidmat sebagai pusat kegiatan menjual alat audio bunyi itu sejak hampir sedekad lalu. Selain piring hitam, pasar lambak yang hanya dibuka setiap Ahad dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang itu menjual pelbagai jenis barangan terpakai lain termasuk buku, perhiasan dalaman dan barangan antik lain. Lebih 30 gerai di tingkat bawah Amcorp Mall itu turut menjadi tempat bagi mereka yang sudah lama mahu pun baru berjinak-jinak memburu barang kegilaan mereka untuk dikumpul. Seorang pengunjung, Khairunizam Mokhtar, 37, berkata, pasar lambak tersebut merupakan lokasi bagi pemburu piring hitam mendapatkan koleksi klasik seperti album P. Ramlee dan Saloma yang jarang ditemui di tempat-tempat lain. Katanya, dia masih sempat merasai fenomena mengumpul piring hitam penyanyi kegemaran berikutan ketika itu hampir kebanyakan rumah harus memiliki sebuah pemain piring hitam. "Keadaan itu kian pudar pada awal tahun 90-an setelah teknologi kaset diperkenalkan, diikuti dengan CD dan MP3 ketika ini. "Saya selalunya akan meluangkan waktu hujung minggu seperti ini bagi mencari judul-judul piring hitam yang pada saya mempunyai nilai sentimental untuk koleksi peribadi saya," katanya yang juga Presiden Kelab P.Ramlee Malaysia. Menurutnya, piring-piring hitam yang dikumpul menggambarkan minatnya yang mendalam terhadap seniman agung, Allahyarham P.Ramlee yang menjadi kebanggaannya. "Saya mencari piring hitam seperti ini di serata tempat serta sudah berdekad lamanya dihabiskan untuk mengumpul sebuah koleksi lengkap album-album seniman agung tersebut, tetapi di pasar lambak ini, kebanyakan album tersebut boleh didapati dengan mudah," tambahnya. Seorang lagi pengunjung, Abdul Malik Mokhtar, 54, berkata, pasar lambak itu turut menjadi pusat komuniti bagi para peminat piring hitam berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. "Pengumpul piring hitam dari semua peringkat umur berkunjung ke sini untuk membeli, belajar dan bersosial. Kami mewujudkan satu rangkaian peminat piring hitam yang teguh," jelasnya. Menurut Abdul Malik, para peminat terlibat akan meluangkan masa berjam-jam untuk memilih ribuan piring hitam yang terdapat di situ. "Seperti 'pemburu' barangan antik, kami juga sanggup menghabiskan masa dan ribuan ringgit untuk mencari piring hitam yang sangat bernilai kepada kami," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Mengelak ruam lampin Posted: Mengelak ruam lampinMengelak ruam lampin
|
Bayi yang bebas ruam lampin lebih ceria. - Gambar hiasan
|
TANDA-TANDA ruam seperti kemerahan, melecet dan bengkak pada kulit bahagian punggung dan kelengkang berlaku ke atas 58 peratus bayi yang lahir. Sesetengah ibu berpendapat ruam tersebut terhasil akibat lampin pakai buang yang digunakan.Memang tidak dinafikan lampin bayi yang lembap dan tidak segera diganti menjadi punca utama ruam, alahan dan masalah kulit lain. Lazimnya masalah ruam ini mendatangkan masalah kepada bayi berusia enam hingga 12 bulan dengan nisbah perempuan lebih ramai menghidapinya berbanding bayi lelaki. Kulit bayi yang nipis dan sensitif memang mudah terjejas kerana masalah ruam ini. Apabila ruam terjadi bayi akan menangis, tidak selesa dan merengek sekali gus mengganggu emosi ibu dan bapa. Ibu bapa yang prihatin akan mencuba pelbagai kaedah bagi menghilangkan ruam dan biasa ia berhasil masa dua hingga tiga hari sahaja. Tetapi jika ibu bapa mengambil sikap tidak peduli, pasti masalah tersebut akan menjadi mimpi ngeri untuk anda sekeluarga. Krim, bedak dan losyen khas bagi mengatasi masalah ruam lampin boleh diperoleh dengan mudah di farmasi. Pada masa sama ibu bapa janganlah sewenangnya membiarkan lampin bayi dalam keadaan basah dan rajinlah untuk menukarnya. Satu kajian pernah dilakukan oleh para pekerja di Institut Pediatrik dengan kerjasama beberapa kolej di Jerman, Sepanyol dan United Kingdom tentang kesan jenis lampin pada kulit bayi. Dalam kajian tersebut, mereka telah memilih 250 bayi dari usia sebulan hingga 18 bulan. Seminggu pertama bayi-bayi tersebut dipakaikan lampin kain dan separuh lagi bayi menggunakan lampin pakai buang. Hasilnya kulit bayi yang dipakaikan lampin pakai buang lebih baik dari yang dipakaikan lampin dari fabrik. Ini kerana lampin fabrik memang tidak akan kering apabila ia menyerap cecair. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Varia Posted: 11 May 2011 11:45 AM PDT Himpunan setiausaha meriah Posted: Himpunan setiausaha meriahHimpunan setiausaha meriah Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR alif.abubakar@kosmo.com.my SERAMAI 350 setiausaha serata Malaysia menyertai seminar anjuran UP&D kali ke-10 ini.
EDISI ke-10 seminar setiausaha anjuran Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) yang diadakan baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya menghimpunkan seramai 350 setiausaha di seluruh negara. Bertempat di Hotel Marriott Putrajaya, seminar yang mengetengahkan tema Menjana Profesionalisme dan Integriti itu merupakan acara tahunan UP&D sejak 2002 lagi. Menjadi kelaziman April setiap tahun, pelbagai program dirangka syarikat-syarikat korporat seperti majlis makan malam yang diserikan dengan persembahan artis-artis terkemuka tanah air bagi meraikan orang paling kanan kepada pengurus dan pengarah syarikat. Namun, pendekatan yang digunakan UP&D jelas berbeza apabila menampilkan gabungan nilai-nilai akademik serta maklumat dan persembahan hiburan. Majlis yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang itu dibahagikan kepada empat slot dengan menampilkan empat panel profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Menjadi usahawan Sesi pertama dimulakan dengan pembentangan mantap oleh Pengerusi dan Pengasas Waqaf An Nur Corporation Bhd. (WANCorp), Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim yang menyampaikan mesej berkenaan Integriti: Peningkatan Kualiti Organisasi. Sebagai seorang tokoh usahawan berjaya dan penceramah berkaliber, Muhammad Ali begitu mudah menangkap perhatian peserta-peserta seminar menerusi ucapan bernas selama satu jam setengah. "Kejayaan seseorang itu bermula daripada sekecil-kecil usaha terutama dalam perniagaan. "Rata-rata usahawan di Malaysia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan dan berkat usaha serta kebijaksanaan dalam pengurusan, mereka mampu berjaya ke peringkat lebih tinggi. "Begitu juga dengan anda semua, tidak semestinya bergelar setiausaha anda tidak mempunyai kemampuan untuk berjaya setaraf dengan individu-individu ini," jelas Muhammad Ali dengan menjadikan beberapa individu prolifik sebagai contoh. Dewan seminar terus gamat apabila panel kedua, Dr. Robiah Kulop Hamzah, Pengarah Urusan dan Perunding Utama RKH Motivation & Services memulakan sesi Petua Membentuk Kecemerlangan Dalam Kesetiausahaan. Dengan gaya bersahaja disulamkan dengan unsur humor, Robiah bijak berinteraksi dengan peserta-peserta di samping menyampaikan isi ceramahnya dengan menjadikan situasi sebenar dunia setiausaha sebagai asas. Setiausaha keluarga Seperti telah masak dengan tugas seorang setiausaha, Robiah memberi gambaran bahawa tugas setiausaha perlu diimbangi dengan tugasan lain terutama perihal keluarga. "Anda semua tidak hanya menjadi setiausaha di pejabat malah, anda juga setiausaha di rumah. "Tanggungjawab kepada suami dan anak-anak lebih utama dan perlu dijalankan dengan baik. Secara tidak langsung ia akan memudahkan tugas anda di pejabat," kata Robiah kepada peserta yang majoriti merupakan golongan wanita. Dua lagi panel yang terlibat dengan seminar itu ialah Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rashid, Pengarah Pusat Pembelajaran Futuristik, Kreativiti dan Inovasi yang mengendalikan sesi Mengurus Bos Anda, manakala panel terakhir dikendalikan Dr. Zaitun Sulaiman merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Complementary Therapies Academy (Asia) Sdn. Bhd. berkenaan Mengurus Tekanan di Tempat Kerja. Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif UP&D, Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar memberitahu, seminar itu tidak hanya menarik peserta dari Lembah Klang malah, turut disertai peserta dari Sarawak, Kedah, Johor dan Melaka. "Edisi kali ini berjaya meningkatkan keyakinan golongan setiausaha dalam mengenali potensi diri mereka bagi melakukan sesuatu tindakan. "Kesemua sesi yang dikendali ahli-ahli panel jemputan juga dilihat memberi kesan positif kepada mereka agar melaksanakan tugasan dengan lebih dinamik pada masa akan datang," katanya. Majlis turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi terkenal, Adibah Noor serta diserikan dengan telatah Roslan Shah yang bertindak sebagai pengacara sepanjang majlis itu berlangsung. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bengkel solekan pertama Amy di KL Posted: Bengkel solekan pertama Amy di KLBengkel solekan pertama Amy di KL Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM amir.azam@kosmo.com.my PARA peserta sempat bergambar dengan Amy selepas selesai bengkel Amy's Glitter Touch.
SERI wajah keayuan wanita tentu sekali akan lebih terserlah apabila teknik dan gaya solekan dipadankan dengan sempurna. Menyedari kepentingan itu, bengkel solekan Amy's Glitter Touch diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini. Bengkel dikendalikan jurusolek Mohd. Azmin Noordin atau Amy yang cukup sinonim di Kelantan itu berjaya mengumpul 20 peserta untuk bersama-sama menimba pengalaman dalam bidang solekan. Ternyata populariti Amy di Kelantan menyebabkan kemahiran solekan lelaki berusia 29 tahun itu turut mendapat perhatian peminat dunia kecantikan di ibu negara. Amy berkata, dia mula menceburi bidang solekan dengan serius pada tahun 2000. "Pada mulanya, saya hanya melakukan solekan secara suka-suka semasa majlis perkahwinan tetapi lama-kelamaan kawan-kawan mula membayar apabila disolek. "Saya melihat terdapat potensi dalam bidang solekan ini dan terus mendalami seni solekan dengan serius," katanya. Dia menambah, Internet, buku dan latihan berterusan menjadi teman setia dalam pembelajaran solekan. Katanya, dia juga menggunakan pengalaman yang ada dalam memberi solekan terbaik kepada pelanggan-pelanggan. "Apabila kita sudah mempunyai banyak pengalaman secara automatik penggunaan ton warna dan produk akan muncul secara semula jadi," katanya yang tidak menang tangan mengendalikan bengkel dan tempahan solekan di Kelantan. Tempah setahun lalu AMY turun dari Kelantan untuk mengadakan bengkel solekan kepada peserta di Kuala Lumpur.
Penganjur bengkel berkenaan, Norizzati Syamimi Zainal Abidin, 26, memberitahu, terdapat 20 peserta yang menyertai bengkel tersebut untuk bersama-sama menimba ilmu pengetahuan bersama jurusolek Amy. "Agak sukar untuk mendapatkan Amy kerana dia mempunyai banyak tempahan dan bengkel yang perlu dikendalikan di Kelantan. "Saya telah menempah bengkel ini kira-kira satu tahun yang lalu untuk memberi peluang kepada peminat Amy mempelajari seni solekan kerana dia mempunyai laman sosial dan blog sendiri. Ini merupakan julung-julung kali Amy melakukan bengkel di Kuala Lumpur," ujarnya. Sementara itu, peserta bengkel berkenaan, Wan Juliana Wan Abdullah, 26, berkata, terdapat pelbagai jenis gaya dan teknik yang perlu diketahui untuk dipadankan dengan kesesuaian sesuatu keraian. "Melalui bengkel ini, saya dapat mempelajari mengenai teknik solekan persandingan, makan malam dan sebagainya. "Ia bukan satu tugas mudah kerana memerlukan kesabaran, ketelitian dan latihan agar dapat memahirkan diri dalam teknik-teknik dipelajari," kata ibu kepada dua cahaya mata itu. Junaidah Azan, 27, pula memberitahu, dia ingin membantu ibunya yang merupakan mak andam dengan mengetahui teknik-teknik terbaru dalam bidang persolekan. LAMAN blog Amy yang berkongsi mengenai hasil kerja solekannya.
"Sebelum ini tidak terlintas untuk mempelajari solekan tetapi memandang ibu semakin meningkat usia dan memerlukan pembantu dalam bidang andaman saya mempelajari teknik-teknik solekan agar dapat memberi yang terbaik kepada pelanggan kelak. "Pendedahan diberikan jurusolek Amy yang sarat dengan pelbagai tip juga dapat membantu saya apabila ingin menceburi bidang solekan satu hari nanti," katanya. Norasikin Mat Jasin, 21, menambah, dia dapat mempelajari mengenai penggunaan produk dan gabungan warna yang sesuai apabila menyertai bengkel berkenaan. "Gabungan warna dan penggunaan produk amat penting apabila menggunakan palet pembayang mata, penggaris mata, pemerah pipi, gincu dan banyak lagi," katanya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jurusolek Amy's Touch, anda boleh melayari laman web www.keanggunanmukuserlahkan.blogspot.com atau www.facebook.com/amytouch. glitterfaces. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Johor Posted: 11 May 2011 09:35 AM PDT Raih untung besar cara mudah Posted: Raih untung besar cara mudahRaih untung besar cara mudah Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR utusanjohor@utusan.com.my
|
ABDUL Hamid Abu Bakar (dua dari kanan) menunjukkan tong kecil yang gasnya dipindahkan ke tong besar di sebuah premis di Taman Perindustrian Tiram, Johor Bahru, semalam.
|
JOHOR BAHRU 10 Mei - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri membongkar kegiatan memindah gas memasak domestik ke dalam tong industri bagi meraih keuntungan dalam serbuan ke atas sebuah premis di Taman Perindustrian Tiram di sini hari ini. Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, sebanyak 181 tong gas memasak seberat 14 kilogram dan 140 tong gas industri seberat 50 kilogram bernilai kira-kira RM50,000 dirampas. Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, kegiatan itu dilarang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana sebahagian harga jualan bagi tong gas domestik ditanggung oleh kerajaan. Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati premis tersebut dilengkapi sistem khas untuk memindahkan gas dengan menggunakan beberapa saluran paip. "Mereka membeli gas memasak domestik seberat 14 kilogram pada harga kira-kira RM26 setong dan memindahkannya ke dalam tong gas industri bagi meraih keuntungan besar dengan mudah. "Dipercayai tong-tong gas industri yang ada di sini untuk pasaran di sekitar kawasan bandar raya," katanya semasa ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. Abdul Hamid berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun dipercayai pekerja tetapi gagal mengesan pemilik premis berkenaan. "Ketika serbuan, kita menjumpai beberapa dokumen berkaitan premis ini tetapi gagal untuk mengesan pemiliknya," katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda RM250,000 kepada syarikat dan RM100,000 bagi individu dan boleh dipenjara tiga tahun jika sabit kesalahan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kokurikulum terbaik bentuk jiwa tenang Posted: Kokurikulum terbaik bentuk jiwa tenangKokurikulum terbaik bentuk jiwa tenang JOHOR BAHRU 10 Mei – Aktiviti kokurikulum dan kesenian merupakan antara pendekatan terbaik bagi murid-murid membentuk jiwa yang tenang selain membantu mengisi masa lapang secara terancang. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, melalui program seperti Kem Muzik Sekolah-Sekolah Malaysia 2011, pihaknya yakin dapat membantu mengenal pasti dan membina personaliti murid-murid. Beliau berkata, pihaknya sentiasa berusaha memberikan pendidikan holistik serta seimbang kepada murid-murid selain daripada bidang akademik menerusi kokurikulum dan kesenian. "Menerusi program seperti kem muzik ini, kita dapat menyemai, memperkembang serta menghargai minat murid-murid terhadap bidang seni selain mahu mereka berbangga dengan khazanah seni bangsa sendiri. "Kem muzik ini selain dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman, ia juga dapat memberikan kemahiran sosial, kepimpinan sertu komunikasi," katanya pada Majlis Penutupan Konsert Gempita 1Malaysia Kem Muzik Sekolah-sekolah Malaysia 2011 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru di sini malam tadi. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Dr. Khair Mohamad Yusof. Konsert selama dua jam itu disertai 130 murid sekolah dari seluruh Malaysia dan ia merupakan acara kemuncak bagi Kem Muzik Sekolah-sekolah Malaysia 2011 yang berlangsung selama 10 hari bermula 4 Mei lalu. Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Nor A. Ghani berkata, kem itu bertujuan membimbing serta mengangkat kreativiti murid-murid dalam bidang muzik selain membentuk disiplin dalam kalangan mereka. Beliau berkata, ia juga bertujuan membantu membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, harmoni, kreatif dan inovatif. "Bidang kesenian dan kebudayaan ini juga mampu menjadi elemen utama dalam memupuk nilai-nilai murni serta kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi dan sosial," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Feminin Posted: 11 May 2011 09:25 AM PDT Safi Rania Gold boleh dimiliki Posted: Safi Rania Gold boleh dimilikiSafi Rania Gold boleh dimiliki Oleh SITI AISHAH YUSOFF Gambar ASRI KHUZAIRY
|
Koleksi terbaru Safi Rania Gold.
|
SEMEMANGNYA wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Apabila wanita mencapai peringkat umur 30 tahun ke atas, pastinya keanjalan dan kedutan pada kulit menjadi masalah utama kepada mereka. Seiring untuk membantu wanita memelihara dan mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, jenama produk penjagaan kulit halal dan suci Safi Rania Gold telah memilih pelakon dan model terkemuka tanah air Rozita Che Wan sebagai duta terbarunya. Produk yang dilancarkan pada tahun 2009 adalah produk anti-penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus dalam hanya tiga minggu. Keistimewaan rangkaian produk penjagaan kulit eksklusif dari Safi ini diperkaya dengan protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah , memulihkan kesegaran dan seri wajah di samping memperkuatkan struktur kulit. Safi Rania Gold yang mempunyai sembilan rangkaian produk ini boleh dimiliki oleh setiap golongan wanita kerana harganya yang berpatutan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan