04 di sungai udang - Google Blog Search |
10 tagal <b>udang</b> galah dalam RMK-10 « Pembeli ikan keli, Hubungi <b>...</b> Posted: 12 May 2011 10:58 PM PDT
BEAUFORT 4 Mei – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri menyasar mewujudkan sekurang-kurangnya 10 tagal udang galah di sungai-sungai utama Sabah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, pembinaan sistem tagal itu amat penting dalam usaha memulihara hasil sungai seterusnya meningkatkan pendapatan nelayan setempat. "Pada masa ini, kita sedang giat berusaha mengenal pasti beberapa sungai yang berpotensi dan sesuai bagi pelaksanaan sistem ini kerana tidak semua sungai sesuai. "Antara sungai yang dikenal pasti termasuklah Sungai Segama, Sungai Kinabatangan, Sungai Labuk dan Sungai Sugut," katanya pada majlis perasmian tagal udang galah di Sungai Terusan, di sini semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Kamarlin Ombi; Pengarah Perikanan Negeri, Rayner Galid dan Pengerusi Jawatankuasa Tagal Udang Galah Sungai Terusan, Ruslan Muharan. Menurut Yahya, sistem tagal merupakan salah satu strategi yang diguna untuk memulihkan sumber perikanan sungai yang kian merosot pada masa ini. Justeru, katanya, kerajaan negeri amat komited melaksanakan sistem tersebut kerana terbukti berkesan melindungi dan memulihara sungai dan khazanah sungai di negeri ini. "Pada masa akan datang, kita bercadang mengadakan program pelepasan benih udang galah dan benih ikan ketutu ke sungai yang di tagal supaya populasi udang dan ikan lebih cepat bertambah," katanya. Dalam pada itu, beliau memberitahu, pada masa ini Sabah berjaya mewujudkan 416 tagal khususnya tagal ikan kelah di sungai di seluruh negeri. Katanya, sistem tagal itu melibatkan 16 daerah yang meliputi lebih 140 batang sungai di negeri ini. "Kita juga berjaya mewujudkan satu tagal di kawasan daerah Kota Belud yang dimulakan awal tahun 2011 dengan menumpukan pada ikan seperti puyu, keli dan haruan," katanya. Sementara itu, katanya, pada masa ini sebanyak 67 peratus daripada 23,763 nelayan di negeri ini adalah nelayan kecil yang masih menggunakan peralatan tradisional seperti bubu dan pukat hanyut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di sungai udang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan