Khamis, 9 Jun 2011

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


<b>Tanjung Tuan</b> persinggahan sebelum ke hemisfera utara

Posted: 29 Apr 2011 07:17 PM PDT



AKU mengepak sekuat mungkin sayap agar segera sampai ke destinasi itu. Satu lokasi yang sememangnya wajib menjadi persinggahan tahunan aku dan rakan-rakan.

Selepas beberapa hari terbang dari kepulauan Sumatera merentasi lautan Selat Melaka yang membiru, perut yang lapar perlu diisi. Sayapku juga sudah keletihan untuk terus terbang.

Kehijauan sebuah kawasan tanjung yang sudah kelihatan membuatkan hatiku rasa berbunga. Ya, di situlah persinggahan kami untuk mendapatkan makanan dan juga melepaskan lelah. Tanjung Tuan yang terletak di sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka ialah hutan pinggir pantai terakhir di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Sampai sahaja di langit Tanjung Tuan, aku hanya perlu mendepakan sayap seluas mungkin untuk mengapungkan diri. Lama jua aku terbang di sekitar kawasan itu untuk mencari makanan seperti tikus, kumbang, cengkerik atau tupai.

Aku juga perlu mencari tempat berteduh untuk beberapa hari ini. Aku perlukan tenaga untuk terus terbang lagi melalui Thailand, Vietnam dan China sebelum berlabuh di Siberia berdekatan Laut Bering untuk bersarang.

Namun, mataku sesekali mencuri pandang kepada keramaian sekelompok manusia di padang sebuah resort, PNB Ilham Resort. Ada yang memegang kamera dengan lensa yang panjang, ada juga yang sedang tertunduk-tunduk asyik menggunakan binokular.

Apa yang pasti, pandangan mereka mengarah kepada aku dan rakan-rakan di udara. Rupa-rupanya migrasi aku, seekor burung pemangsa daripada spesies oriental honey-buzzard dari bahagian selatan ke hemisfera utara disebabkan musim sejuk menjadi perhatian mereka.


BEBERAPA pencatat rekod kehadiran burung asyik membuat kiraan di Rumah Api Tanjung Tuan baru-baru ini.


Mereka berkumpul dalam acara yang dinamakan Raptor Watch atau Memerhati Burung-Burung Pemangsa.

Ia merupakan acara yang masuk tahun ke-12 anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).

"Kita menganggarkan lebih daripada 12 jenis burung pemangsa singgah di Tanjung Tuan dalam perjalanan pulang mereka ke utara hemisfera. Mereka bermigrasi dari negara seperti Jepun, Rusia, China dan Mongolia kerana musim sejuk.

"Kita berjaya mengenal pasti tujuh jenis burung pemangsa itu yang yang antaranya oriental honey-buzzard, black baza, Japanese sparrowhawk, Chinese goshawk dan grey faced buzzard," demikian ujar salah seorang orang kuat Raptor Watch, Clifford Clement.

Katanya, dalam perjalanan migrasi ke utara itu, burung-burung pemangsa tersebut akan singgah di beberapa tempat untuk berteduh.

"Tanjung Tuan yang masih terpelihara daripada sebarang bentuk pembangunan dan penebangan hutan menyediakan satu lokasi perlindungan terbaik untuk burung-burung ini. Sebab itu sehingga ke hari ini, burung-burung pemangsa tidak pernah gagal menjadikan Tanjung Tuan lokasi persinggahan dalam laluan mereka," katanya.

Arus udara panas

Kongsi Clifford, burung-burung itu akan berehat beberapa hari di hutan Tanjung Tuan sebelum meneruskan perjalanan. Bagaimanapun tidak ada satu jangka masa tepat boleh dinyatakan.


MAYA KARIN membuktikan kecintaannya terhadap alam sekitar apabila terus menjadi duta program Raptor Watch.


"Sukar untuk menentukan berapa lama seekor burung itu akan berada di hutan Tanjung Tuan. Ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti keadaan fizikal burung, sumber makanan dan cuaca," ujar Clifford yang juga Pengarah Eksekutif MNS.

Menyentuh mengenai cuaca, ungkap beliau lagi burung-burung pemangsa ini biasanya hanya akan keluar dari hutan memulakan pengembaraan ketika cuaca panas.

Ini kerana dalam cuaca itu, burung-burung tersebut akan terbang tinggi sebelum meluncur mencari arus udara panas.

"Arus udara panas mengelakkan burung pemangsa ini daripada keletihan kerana ia membantu burung pemangsa mengapungkan diri dan meluncur di udara tanpa perlu banyak mengepakkan sayap," katanya.

Dengan tema Mari Bersama, Hutan untuk Manusia dan Burung, edisi ke-12 Raptor Watch tahun ini menyaksikan lokasi memerhatikan burung iaitu PNB Ilham Resort bertambah meriah.

Masih mengekalkan selebriti terkenal, Maya Karin sebagai duta Raptor Watch, program Raptor Watch 2011 yang berlangsung pada Mac lalu turut menyaksikan penglibatan persatuan-persatuan burung luar negara.

Ini termasuklah kehadiran ahli persatuan burung dari Singapura, Taiwan dan Thailand yang bukan sahaja tidak melepaskan sesi memerhati burung bahkan, turut membuka gerai pameran.

Aktiviti lain yang disediakan sepanjang dua hari program Raptor Watch 2011 itu termasuklah sukaneka, kitar semula surat khabar, kuiz alam sekitar dan berjalan di paya bakau.

Memasuki tahun ke-12 ternyata MNS tidak hanya menjalankan program tersebut secara suka-suka. Selain, elemen pendidikan dan kempen kesedaran mencintai alam, MNS juga menjalankan penyelidikan mengenai burung pemangsa itu.


FORMASI burung-burung pemangsa ini di udara menyajikan satu pemandangan memukau.


Ini termasuklah membuat kiraan terhadap jumlah burung pemangsa yang singgah di Tanjung Tuan selama sekitar 43 hari tempoh masa migrasi burung tersebut.

Ujar Clifford tahun lalu, sebanyak 73,152 ekor burung pemangsa berjaya direkodkan di Tanjung Tuan.

Mendekati beberapa sukarelawan MNS yang mengambil tanggungjawab membuat kiraan kehadiran burung pemangsa, ternyata ia bukanlah satu tugas mudah.

Dalam satu-satu sesi lima hingga enam orang pengira akan berada di atas rumah api Tanjung Tuan selama beberapa hari untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas.

Sempat bertemu dengan sekumpulan sukarelawan Johd Steed, Sekhar Chakrabarty, T.C. Lim, Chris Sheperd dan Dave Bakewell masing-masing mengakui ia bukan satu tugas mudah.

"Anda memerlukan penglihatan yang tajam," demikian seloroh Steed, 36, ketika ditanya pengalamannya menjadi seorang pencatat rekod burung pemangsa atau raptor counter.

Oleh kerana ia sebuah proses migrasi yang besar, seseorang pencatat itu perlu mempunyai pengalaman dan boleh bertugas dalam ketahanan mental yang kuat.

Beliau sendiri mempunyai pengalaman lima hingga enam tahun dalam tugas tersebut.

Ini kerana dalam satu-satu masa, burung yang tiba akan datang secara segerombolan. Seseorang pencatat perlu pantas membuat kiraan agar tidak ada burung yang terlepas daripada kiraan atau dikira dua kali.

"Ia memang satu kerja yang memerlukan stamina tinggi dan mencabar fizikal," kongsi Steed sambil matanya melekat di sebuah teleskop dengan jari-jemarinya pantas menekan sebuah alat pengira.

Bakewell yang biasa menjadi pencatat rekod burung di Perak dan Kedah memberitahu, ini merupakan pengalaman pertamanya di Tanjung Tuan.

"Ia pengalaman yang menyeronokkan untuk melihat dan menjadi sebahagian daripada penghijrahan burung pemangsa ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads