di negeri melaka - Google Blog Search |
Tranungkite Online v11 - Masjid lantik AJK <b>di Negeri Sembilan</b> Posted: 20 Jun 2011 09:51 PM PDT Oleh: rozmal "Di Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Masjid dilantik oleh masjid kerana menurut Pengarah JHEAINS masjid di negeri ini diminta mengemukakan senarai calon jawatankuasa yang baru secepat mungkin. Patutlah begitu banyak masjid-masjid di Negeri Sembilan ini yang mati, masjid yang calonkan AJK masjid, bukannya manusia yang calonkan manusia. Sila baca artikel saya sebelum ini , Masjid-masjid yang mati di N.Sembilan, negeri beradat di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html Tidak perlu pilihan raya masjid di NS Sinar Harian 20 Jun 2011 SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak bercadang mengubah sistem pemilihan jawatankuasa pengurusan masjid sedia ada. Pengarahnya, Johani Hassan berkata, tiada keperluan untuk bertukar kepada kaedah pilihan raya memandangkan sistem digunakan sekarang berjalan dengan baik. "Pada masa ini, calon-calon jawatankuasa masjid dikemukakan oleh ahli kariah sendiri. JHEAINS hanya membuat keputusan tentang lantikan. "Selain itu, JHEAINS turut mengeluarkan garis panduan berhubung pemilihan calon," katanya di sini. Sementara itu, menurut beliau, semua masjid di negeri ini diminta mengemukakan senarai calon jawatankuasa yang baru secepat mungkin. "Kita perlu proses segera semua pencalonan memandangkan penggal jawatankuasa masjid sedia ada akan tamat pada 31 Disember depan," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9208941.asp "Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Aku Adalah Aku: Bas Double Decker <b>Di Negeri Melaka</b> Posted: 28 May 2011 02:55 AM PDT Buat pengunjung atau pelancong dari luar Negeri Melaka sering bertanya adakah benar Bas Double- Decker wujud di negeri melaka? Inilah salah satunya yang menjadi kebanggaan penduduk dari negeri tersebut kerana hanya di Melaka sahaja yang anda boleh temui replika bas tersebut. Bukan sahaja replika, bas double-decker itu memang benar-benar digunakan sebagai kemudahan pengangkutan penduduk negeri Melaka atau pengunjung dari luar. Seperti di Negeri Pulau Pinang, kebanggaan mereka adalah feri yang sedia ada di sana. Bas Panorama Melaka. Nama diberikan kepada perkhidmatan bas yang istimewa ini.Lapan buah daripadanya merupakan bas yang biasa anda pernah lihat di mana-mana sahaja. Cuma yang menariknya, kerajaan Negeri Melaka telah membeli 2 bas dua tingkat yang di bawakan khas dari Kota London untuk membawa pelancong mengelilingi bandar Melaka. Bagi Bas Panorama Double-Decker ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 sehari dan Bas Panorama biasa bayaran yang dikenakan adalah RM2 sehari. Jadi ini sudah menjimatkan para pelancong yang datang berkunjung di Negeri Melaka. Dan memudahkan mereka mengelilingi Melaka tanpa menghadapi masalah pengangkutan atau tersesat di sana. Tujuh laluan Bas Panorama yang sediakan setakat ini iaitu: MITC - Seri Negeri, Antara laluan lain ialah ke Hang Tuah Mall melalui Kampung Chetty, Jonker Walk, Masjid Kampung Hulu, Stadhuys, Muzium Samudera hingga ke Dataran Pahlawan, Kampung Portugis, Perigi Hang Li Poh, Bukit Cina, Melaka Sentral dan kembali ke Hang Tuah Mall. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di negeri melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan