Khamis, 4 Ogos 2011

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


UMNO Online - Perhimpunan Haram Bersih Beri Kelebihan UMNO <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2011 02:17 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Perhimpunan Haram Bersih Beri Kelebihan UMNO Bahagian Jasin

Oleh: Azlina Rosdy

JASIN, 19 Julai – Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, perhimpunan haram Bersih yang diadakan pada 9 Julai lalu sebenarnya memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Bahagian Jasin kerana pembangkang di bahagian itu sendiri menolak perhimpunan tersebut.

Katanya, pembangkang di bahagian Jasin mula menyedari bahawa Anwar Ibrahim hanya memperalatkan rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

Jelas beliau kemarahan masyarakat setempat di Jasin bertambah apabila pihak pembangkang menggelar pihak polis anjing.

"Kami di Jasin mempunyai hubungan yang baik dengan polis. Apabila mereka menggelar polis anjing, ramai yang marah kerana ada adik beradik atau anak beranak mereka yang berkhidmat sebagai polis. Malah ada yang berkata kalau polis anjing, mengapa Hadi Awang makan nasi yang anjing bagi. Saya sendiri tidak menyangka pembangkang di sini boleh berfikir sebegitu.

"Ini memberi petanda bahawa mereka mula sedar bahawa pembangkang bukanlah tempat untuk mereka bergantung harap. Saya dapat merasakan, Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, UMNO Bahagian Jasin mampu menang dengan majoriti dengan lebih besar impak daripada perhimpunan Bersih yang tidak disokong oleh penyokong mereka sendiri," katanya.

Ketika ditanya mengenai persediaan menghadapi PRU 13, beliau berkata, gerak kerja telah diatur di kesemua 37 peti undi di bahagian Jasin malah selepas kursus simulasi pilihan raya baru-baru ini, semua ahli terlibat semakin bersemangat untuk berjuang demi parti di PRU akan datang.

"Mereka yang terlibat dengan kursus tersebut, semakin bersemangat dan tidak sabar untuk menghadapi PRU. Kursus tersebut bolehlah saya simpulkan amat berjaya.

"Malah kita di Melaka juga amat bertuah kerana mempunyai Ketua Menteri yang sentiasa bekerja keras dan berkorban untuk rakyat dan parti untuk memastikan Melaka terus kekal menjadi milik BN. Namun begitu, kita tidak boleh terlalu yakin walaupun Melaka merupakan kubu kuat BN. Kita tidak boleh memandang remeh kekuatan pembangkang," katanya.

Beliau turut menjelaskan, UMNO Bahagian Jasin telah berjaya mendaftarkan seramai 1,800 orang pengundi baru selain turut mendaftarkan ahli baru UMNO.

Jelasnya lagi ahli UMNO yang telah cukup umur dan masih belum mendaftar juga telah berjaya didaftarkan.

"Secara amnya, kami di Jasin telah bersedia menghadapi PRU 13. Hanya menunggu masa dan ketika untuk terus menabur bakti kepada parti sekaligus mengekalkan kekuasaan UMNO di Jasin seterusnya negeri Melaka sendiri.

"Apa yang pasti, masyarakat setempat semakin dan terus mempercayai bahawa UMNO dan BN adalah tonggak masa hadapan mereka dan kita sendiri sentiasa memberi yang terbaik kepada rakyat. Di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mesra rakyat, membuatkan rakyat semakin yakin dan percaya bahawa BN sentiasa mendahulukan rakyat," katanya lagi. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 19 July 2011 Pada 5:17 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads