04 di sungai rambai - Google Blog Search |
Perkahwinan Dengan Warga China Terhalang | Ceritera Posted: 13 Aug 2011 08:55 PM PDT ABDUL Rahman Abu Talib (kanan) dan Roslinda Zheng menunjukkan surat pengesahan Imigresen dan surat permohonan kebenaran bernikah kepada Hassan Rahman di Sungai Rambai, Jasin, semalam. JASIN 13 Ogos - Hasrat seorang lelaki tempatan, Abdul Rahman Abu Talib, 24, untuk bernikah dengan seorang wanita warganegara China terhalang kerana masalah birokrasi Kedutaan Besar China di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Menurutnya, kakitangan kedutaan tersebut seperti enggan melayan permohonan bakal isterinya, Zheng Xian atau nama Islamnya, Roslinda Cheng, 25, yang mahu mendapatkan pengesahan permohonan pernah bernikah dan bercerai di China. Malah katanya, Mahkamah Rendah Syariah Jasin telah mengeluarkan surat memohon kebenaran bernikah bagi Roslinda yang berasal dari Wilayah Fujian untuk urusan wali hakim kepada kedutaan itu pada 10 Ogos lalu dan ia juga tidak dipedulikan oleh pihak terbabit. ''Saya dan bakal isteri telah pergi ke pejabat kedutaan itu pada 4 dan 11 Ogos lalu bagi mendapatkan pengesahan tetapi malangnya tidak dipedulikan walaupun semua dokumen yang diperlukan turut disertakan," katanya kepada Mingguan Malaysia di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Rambai di sini, hari ini. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman. Menurut Abdul Rahman yang berasal dari Kampung Parit Penghulu di sini, dokumen yang disertakan ialah surat dari pejabat Imigresen Malaysia yang mengesahkan kemasukan Roslinda ke Malaysia melalui pas lawatan sosial, surat memeluk agama Islam dan surat pengesahan cerai dari pejabat agama Islam Xiamen. ''Saya benar-benar kecewa dengan sikap pihak kedutaan yang tidak memberikan kerjasama. Sepatutnya tidak timbul sebarang masalah untuk kami bernikah," ujarnya. Sementara itu Hasan berkata, beliau akan bertemu dengan Duta China ke Malaysia, Chai Xi minggu depan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Roslinda dan Abdul Rahman. ''Jika Kedutaan China gagal memberikan kerjasama, mungkin saya terpaksa meminta bantuan Kementerian Luar untuk campur tangan bagi membantu pasangan ini," ujarnya.- Utusan Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di sungai rambai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan