Ahad, 25 September 2011

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Kapal Selam Agosta 70 Dibawa Ke Malaysia | Berita Semasa

Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Agosta%2B70%2BOuessant Kapal Selam Agosta 70 Dibawa Ke Malaysia Dan Dijadikan Muzium Di Melaka!Masih belum habis cerita kapal selam, Kerajaan Malaysia telah membuat perjanjian untuk membawa pulang Kapal Selam Agosta 70, ke Malaysia dan akan dijadikan sebagai Muzium di Klebang, Melaka.

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Satu majlis menandatangani pemindahan pemilikan kapal selam Agosta 70 daripada kerajaan Perancis kepada kerajaan Malaysia diadakan di Kedutaan Malaysia di Paris, Perancis pada Jumaat.

Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal mewakili kerajaan Malaysia sementara Pengarah Pembangunan Antarabangsa, Kementerian Pertahanan Perancis Yves Blanc mewakili kerajaan Perancis.

Turut hadir pada majlis itu ialah Atase di Kedutaan Malaysia Perancis Kapt Ismail Abdullah, menurut kenyataan Kedutaan Malaysia di Paris kepada Bernama di sini hari ini.

Agosta digunakan untuk tujuan melatih krew pertama kapal selam Malaysia dari 2005 hingga 2009 dan latihan itu dijalankan berikutan kontrak yang ditandatangani Malaysia untuk pemilikan kapal selam Scorpene Perancis pada 2002.

Perjanjian pemindahan itu telah ditandatangani di Kuala Lumpur pada 16 Mei lepas.

Agosta akan diangkut di atas sebuah limbungan terapung ke Malaysia pada minggu pertama Oktober oleh Felda Transport dan ia akan diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka yang kemudian dijadikan sebuah muzium di Klebang, Melaka. – Bernama

Sebagai info,Kapal Selam Agosta 70 ini merupakan kapal selam yang dijadikan sebagai medan latihan untuk mengajar pengoperasi Kapal Selam Malaysia, iaitu KD Rahman dan juga KD Razak.Kapal Selam yang dipercayai tidak lagi digunakan semenjak tahun 1995,dan dibuat pada tahun 1970,beroperasi semula pada tahun 2005 semata-mata untuk melatih para tentera kita.

Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya, mengapa ia bakal diletakkan di Klebang,Melaka.Namun kami berpendapat,ianya sesuai dengan adanya Muzium Maritim di Melaka sebelum ini.Menjadikan kapal selam ini sebagai muzium,akan memberi peluang kepada anak-anak muda untuk merasai sendiri pengalaman menarik dalam mengetahui fungsi dan kelebihan kapal selam secara keseluruhannya.

Pendapat kami, ianya suatu usaha yang bagus dalam memberi satu pengalaman baru kepada masyarakat, terutamanya kepada anak-anak muda kita yang gemar dengan teknologi ketenteraan.Apa pula pendapat anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads