04 di klebang - Google Blog Search |
Malaysia Zoom » Layang-layang terapi minda Posted: 26 Sep 2011 04:04 PM PDT MELAKA 26 Sept. Permainan layang-layang bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak malah, turut mendapat tempat di hati golongan dewasa namun, matlamatnya adalah sama iaitu untuk hiburan selain sebagai instrumen untuk merehatkan minda selepas penat bekerja. Permainan layang-layang atau juga dikenali sebagai wau di sesetengah negeri bukan sesuatu aktiviti yang baru malah telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Ini dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang pada 1612 yang menyatakan bahawa ayahandanya iaitu Orang Kaya Paduka Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda dan kerabat diraja di kampungnya di Johor. Difahamkan perkataan layanglayang digunakan di kebanyakan negeri di pantai barat dan selatan Semenanjung seperti Selangor, Melaka dan Johor manakala wau pula popular di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Bagaimanapun, layang-layang di negara ini kian popular dan terus berkembang dengan wujudnya beberapa kawasan yang khusus untuk aktiviti berkenaan di beberapa negeri lain. Di Melaka pula, lokasi baru untuk mengembangkan lagi aktiviti tersebut ialah Dataran 1Malaysia di Klebang. Aktiviti tersebut bukan sahaja dijadikan sebagai hiburan malah kini telah mengorak langkah dengan penganjuran karnival dan pertandingan yang bukan sahaja disertai oleh masyarakat tempatan malah menggamit penyertaan negara luar. Namun, bagi Mohd. Fadzil Ali yang merupakan seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Deputi Supritendan, bermain layang-layang bukan sahaja sebagai hiburan malah, merupakan satu terapi minda yang sangat berkesan. Beliau yang bertugas di Bahagian Agama dan Kaunseling, Bukit Aman berkata, dengan bermain layang-layang dia akan merasa tenang dan dapat merehatkan minda selepas seharian bekerja. Saya gemar bermain layang-layang sejak 2004 semasa bertugas di Johor dan bermula detik itulah saya mula merasakan bahawa dengan bermain layang-layang ini secara tidak langsung berkesan memberikan ketenangan kepada saya, katanya ketika ditemui di Dataran 1Malaysia, di sini baru-baru ini. Katanya, selain menjadi ubat merawat tekanan akibat beban tugas, aktiviti berkenaan juga merupakan riadah yang sihat serta dapat dilakukan bersama keluarga. Main layang-layang tidak seperti permainan lain, selain untuk hiburan sendiri, isteri dan anak juga turut terlibat dan dengan cara ini hubungan kekeluargaan dapat menjadi lebih erat, katanya. Sejak melibatkan diri dalam aktiviti ini, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa, Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor telah ke beberapa negara buah seperti Perancis, China, India dan Indonesia untuk menyertai karnival layang-layang. Ketika membuat persembahan di negara luar katanya, beliau bukan sahaja mempamerkan layang-layang bercirikan Malaysia tetapi turut memperkenalkan Perdana Menteri yang pertama hingga ke enam melalui paparan imej wajah mereka pada layang-layangnya. Semasa di luar negara, ramai orang tanya wajah siapa yang saya paparkan pada layang-layang dan dengan bangganya saya akan memperkenalkan bahawa mereka adalah Perdana Menteri Malaysia, katanya. Selain itu, layang-layangnya juga digunakan dalam mempromosikan PDRM dengan paparan logo polis dan juga sebagai medium menyalurkan maklumat kepada orang ramai melalui layang-layang Rakan Cop. Mohd. Fadzil berkata, beliau bukan menjadikan permainan layanglayang untuk berseronok sematamata malah, minatnya itu akan digunakan sebagai aset untuk merapatkan lagi hubungan masyarakat dan polis. Katanya, menjadi salah satu tugas polis untuk mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat dan beliau menggunakan minatnya bermain layang-layang dalam mencapai matlamat tersebut. Kalau saya bermain layang-layang pasti layang-layang yang tertera logo polis, Rakan Cop dan wajah Perdana Menteri akan diterbangkan dengan penuh bangga sebab saya cintakan kerjaya dan juga negara saya, katanya. Menurutnya, kepada yang belum mencuba aktiviti berkenaan disarankan untuk merasainya sendiri dan nescaya akan berasa tenang dan kepada yang mahukan cabaran bolehlah mencuba permainan stunt kite yang memerlukan kemahiran dan stamina untuk mengawalnya di udara. Dipetik dari Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from di klebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan