Rabu, 7 September 2011

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Kehidupan Bersih: Beli tiket ke Ayer Hitam turun <b>di Machap</b>. Johor.

Posted: 02 Jan 2011 03:46 PM PST

Salam semua.

Peristiwa Akhir Tahun 2010.

Untuk perjalanan ke Kluang, tiket bas ekspres dibeli di Shah Alam, tiket dari Shah Alam ke Ayer Hitam, tiket dibeli beberapa hari sebelum perjalanan. Pada 25 Dis.2010 jam 9.30 pagi bas pun bertolak dari Shah Alam ke selatan, jam 12.35 sampailah di persimpangan untuk ke Tol Ayer Hitam tetapi bas terus meluncur seperti biasa arah ke Johor Baru sehingga melepasi persimpangan tersebut , terpaksalah bangun bertanyakan sebab pemandu tidak masuk ke Tol Ayer Hitam pada hal terdapat empat penumpang yang membeli tiket ke destinasi tersebut, pemandu memaklumkan bahawa bas tersebut tidak masuk ke Air Hitam sebaliknya perjalanan terus ke JB. Akhirnya beliau berhenti di R&R Machap untuk kami turun.

Siapakah yang salah?
1. Pembeli tiket telah membeli tiket ke Air Hitam dan menaiki bas tersebut atas arahan pihak penjual tiket.
2. Pemandu menjalankan tugas mengikut jadual rutinnya ( bukan pandai-pandai sendiri )
3. Mungkin penyelaras tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

Apakah yang perlu dibuat ?.
1. Pemandu seelok-eloknya memaklumkan kepada penumpang tempat - tempat yang akan bas singgah sebelum sampai di destinasi akhir supaya, jika terdapat kesilapan dan kelemahan dapat diperbetulkan sebelum perjalanan bermula.
2. Penyelaras perlu memaklumkan kepada pemandu mengenai penumpang yang membeli tiket dari kauntar bas yang lain yang ditumpangkan ke dalam bas tersebut.

Peristiwa bersejarah Awal Tahun 1432h/2011m.


Isnin:
28 Muharram 1432 / 03.Januari 2011.

Hari pertama ke sekolah.

Sekian...wallahu aklam.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads