Khamis, 15 September 2011

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Roslan Ahmad calon BN <b>di Merlimau</b>

Posted: 23 Feb 2011 12:53 AM PST

Posted by admin on February 23rd, 2011

Ahli Jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad (gambar) dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Merlimau di sini hari ini.

Roslan adalah Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd.

Pemilihan Roslan, 44, yang juga ahli jawatankuasa Umno Bahagian Jasin diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pekan Merlimau, Melaka hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat di Pusat Operasi BN, di Jalan Jasin di sini.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Februari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang.

-KLToday.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads