Rabu, 5 Oktober 2011

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


SMK <b>Sungai Udang</b> hasilkan Jalur Gemilang terpanjang « Arkib <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 08:59 PM PDT

26/08/2011

WARGA Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang ceria mempamerkan Jalur Gemilang terpanjang yang dihasilkan mereka di Melaka, semalam.


MELAKA 24 Ogos – Kira-kira 811 warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang di sini mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 15.5 meter bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Jalur Gemilang yang mempunyai ukuran lebar 10 meter itu dihasilkan oleh 30 guru sekolah tersebut sejak dua bulan lalu dan selepas disiapkan, bendera terlibat ditandatangani oleh semua warga SMK Sungai Udang sebelum digantung di pekarangan sekolah.

Pengetua SMK Sungai Udang, Omar Yusof berkata, idea menghasilkan Jalur Gemilang terpanjang itu diperoleh melalui perbincangan Jawatankuasa Bulan Keceriaan Kemerdekaan yang diadakan di sekolah itu sebelum ini.

"Pihak sekolah memang merancang membuat kelainan dalam menyambut kemerdekaan negara tahun ini kerana mahu para pelajar berasa bangga menjadi rakyat negara ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Jalur Gemilang SMK Sungai Udang di sini baru-baru ini.

Katanya, pihak sekolah membelanjakan kira-kira RM200 untuk menghasilkan bendera tersebut dengan bantuan para guru dan seluruh pelajar sekolah berkenaan.

Beliau berkata, program menghasilkan Jalur Gemilang terpanjang itu merupakan sebahagian acara tahunan dan aktiviti sekolah tersebut sempena menyambut bulan kemerdekaan negara setiap tahun.

"Kos ini dianggap tidak membebankan guru dan pelajar kerana apa yang penting adalah semangat patriotisme dan cintakan negara berjaya diterapkan ke atas semua warga SMK Sungai Udang," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads