di negeri melaka - Google Blog Search |
Pesakit Arthritis <b>di Negeri</b> Sembilan mendapat rawatan sempurna <b>...</b> Posted: 08 Oct 2011 12:47 AM PDT SEREMBAN, 8 Okt – Langkah pencegahan menghadapi penyakit arthritis di Negeri Sembilan mendapat perhatian Raja Datin Seri Utama Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri menteri besar merangkap Yang DiPertua PEKERTI Negeri Sembilan. Menurut statistik kesihatan, kira-kira 5,000 orang penduduk di Negeri Sembilan dikenal pasti bakal menghadapi penyakit tersebut dan langkah pencegahan dari pihak hospital yang di ketuai oleh Dr. Gun Suk Chyn selaku Ketua Jabatan Perubatan dan Pakar Perunding Reumatology HTJS adalah wajar. Di atas keprihatinan itu, beliau meluangkan masa sepanjang program yang dianjurkan oleh pihak HTJS bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir 1.00 tengahari. Majlis di adakan di Auditorium Gemilang, HTJS. Pelbagai program yang di atur antaranya ceramah kesedaran arthritis, senaman kesihatan, tayangan video klip MyWIRA (2) dan testimonial bekas pesakit arthritis. Di dalam ucapan Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, beliau hadir bagi menyokong program kesedaran arthritis yang di sambut setiap 12 Oktober sepanjang tahun. Namun minggu kesedaran arthritis yang dianjurkan HTJS bermula pada 3 Oktober dan berakhir hari ini perlu di manfaatkan oleh semua agar kita tidak meminggirkan pesakit arthritis yang memerlukan sokongan dan dorongan. "Walaupun kita mendapat peruntukan perubatan daripada kementerian mahu pun agensi swasta dalam menangani penyakit ini, kesedaran daripada individu itu juga penting seperti mengambil tahu kaedah pencegahannya." Ujar Raja Datin Seri Salbiah Beliau juga mencadangkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan agar menubuhkan Persatuan Arthritis Rheumatoid Negeri Sembilan sebagai satu badan sokongan kepada pesakit arthritis dan keluarga pesakit. Raja Datin Seri Salbiah turut menyumbangkan RM5,000 untuk persatuan yang bakal ditubuhkan kelak bagi melaksanakan aktiviti yang berkaitan. Menyambut kehadiran isteri menteri besar ialah Dato' Dr Hajjah Zailan Dato' Hj Adnan, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Jaafar Che Mat, Pengarah Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dan Dr. Gun Suk Chyn, Presiden Malaysian Society of Rhematology. Turut hadir ialah isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datin Paezah Ismail dan Dato' Dermataksiah Abdul Jalil, Timbalan Presiden NCWO Negeri Sembilan. Oleh : Dudi Aziz DudiAziz@n9kini.com Gambar : Dudi Aziz |
You are subscribed to email updates from di negeri melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan