04 di machap - Google Blog Search |
Omak Kau!!!!: DIMANA UMNO KUAT DISITU RAKYAT DILAYAN <b>...</b> Posted: 02 Feb 2012 05:33 PM PST Penduduk rimas dihurung lalat JOHOR BAHRU – Rimas dan lemas dengan isu lalat, Kira-kira 500 penduduk di 14 kampung di Machap, Kluang, menandatangani memoran dum menangani masalah lalat yang membelenggu mereka sejak 10 tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Abdul Rahman Maslar berkata, permasalahan mengenai kehadiran lalat itu telah lama dimaklumkan kepada pihak berkaitan, namun isu tersebut tiada kesudahannya. "Kami sudah banyak kali pergi ke pihak berwajib menyuarakan masalah lalat ini. Berikutan lalat ini bukan spesies membawa penyakit, masalah kami dipandang sepi," katanya pada sidang media di Kelab Media Cina Selatan, dekat sini, kelmarin. Menurutnya, sejak lima tahun kebelakangan ini, keadaan dihurung lalat semakin teruk dan serangga kecil itu dipercayai telah membiak dengan banyak bersama makanan, air minuman dan najis ayam. "Kami rimas, dan bosan dengan keadaan ini, mungkin mereka melihat masalah kami tidak serius hanya perasaan geli dan tidak selesa dengan kehadiran lalat, tapi ia sebenarnya lebih daripada itu. "Kami terpaksa berbelanja ratusan ringgit, bagi membeli alat menghalau lalat, namun ia hanya bersifat sementara kerana kehadiran lalat yang melampau, ia menjadi satu keadaan ala bisa tegal biasa," katanya. Atas desakan ini, memorandum yang ditandatangani penduduk itu akan dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman mendesak campur tangan Kerajaan Negeri. Sementara itu, penduduk di Kampung Ulu Benut, Anuar Yusof, 47, yang merupakan anak jati di situ, mahu isu menangani masalah lalat ini seharusnya diperangi seperti kempen bebas denggi. "Memang lalat ini tidak membawa penyakit, tapi kami malu keadaan ini. Ia memberi satu perseptif yang buruk, keadaan kotor, buruk dan busuk," katanya. Bagi Borhan Johari, 40 dari Kampung Mat Amin berkata, hampir RM10 sehari dibelanjakan bagi membeli alat dan bahan pencegah lalat di rumahnya. "Siapa yang boleh hidup dalam keadaan selesa apabila lalat berterbangan, anak-anak membesar dalam keadaan persekitaran yang kurang menyenangkan. "Sebulan terpaksa membeli dua botol racun lalat bernilai RM150 setiap satu, dan pelekat lalat RM3 satu keping, sekurang-kurangnya menggunakan dua keping sehari," katanya. Jelas Borhan, apa pilihan lain yang ada selain mengambil langkah sepatutnya, selain berharap permasalahan tersebut dapat diselesaikan segera. Antara kampung yang dikatakan terlibat ialah Kg Batu 6; Kg Hj Noh; Kg Mat Amin; Kg Baru; Kg Bukit Keremoiyang; Kg Parit Jepun; Kg GSA; Kg Paya Parlembang; Kg Empangan; Kg Ulu Benut; Kg Sima; Kg Bukit Batu; Kg Perak dan Kg Sri Jaya. HELO FRENS... LAGI MAU SOKONG UMNO KA????.. BERSIHKAN MALAYSIA DARI BANKRAP DAN LALAT...CUKUPLAH SELAMA 55 TAHU RAKYAT MENJADI PERKAKAS DAN ALAT UMNO...JOM UBAH...UBAH DEMI KEBAIKKAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR. |
You are subscribed to email updates from di machap - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan