Jumaat, 10 Februari 2012

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah: Ceramah <b>di</b> 4 <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 01:31 AM PST


Saya dijemput ke Melaka oleh Sdri Ginie Lim untuk membantu beliau dikawasam DUN Machap, kawasan yang ditandinginya pada Pilihanraya Umum 2008 pada 4hb Februari 2012.
Dari jam 8.00 pagi, petugas-petugas parti dari DUN Machap telah menjalankan kerja di Felda Menggong, Felda Bukit Bulat dan di Felda Hutan Percha, dengan mengedarkan risalah-risalah parti dan di Felda Bukit Putus pula mereka mengedarkan juga jemputan untuk menghadir Majlis Ceramah-cum-Dialog pada jam 4.00 petang.
Sdr Shamsul Iskandar dan saya sendiri dijemput selaku penceramahnya.
Saya sampai di Tampin, N. Sembilan jam lebih kurang 3.00 petang; Ginie sudah pun berada di Tampin.  Saya dan Kak Hendon singgah di Tampin untuk makan tengah hari.  Selepas itu kami terus ke Kg Bukit Putus sebuah perkampongan Orang Asal.
Kampong ini kecil sahaja, dan saya dijemput kesana untuk mengadakan perbincangan dengan penduduk kampong itu, dan penduduk disitu memberikan pandangan yang agak baik bagaimana untuk melindungi tanah Orang Asal.  Jelas dari perbincangan itu bahawa Orang Asal tidak tamak, mereka mahu sekadar untuk kehidupan mereka, bukan melambakkan harta, dan mereka merasakan bahawa Kerajaan UMNO/BN ini gagal melakukan sesuatu untuk kepentingan OA.
Sehabis kami di Bukit Putus, kami pergi pula ke Felda Bukit Bulat.  Majlis itu adalah untuk ceramah dan dialog.
Dari kawasan sebelah rumah ada beberapa Orang UMNO yang menjadi kaki sorak.  Kerja mereka adalah seperti orang bodoh sahaja kerana setiap penghabisan ayat yang diucapkan akan dibalas dengan sorakan "BOHONG, TIPU".
Sorakan menjadi lebih ketara apabila Sdr Shamsul Iskandar berucap.
Dan apabila majlis dibukakan untuk ceramah, salah seorang daripada ahli UMNO itu bernama Untung, cuba mempertikaikan bahawa Felda menipu peneroka-peneroka mengenai peratusan perahan KPG.  Dia menyatakan bahawa peneroka-peneroka Bukit Bulat dan Menggong mendapat peratusan yang sangat tinggi iaitu 18/75%.
Tetapi apabila saya dedahkan bahawa kebanyakan Kilang Felda di Negeri Pahang dan Negeri Sembilan sudah pun memberikan peratusan perahan KPG sebanyak 20-22%, dia terdiam.  Dan dia lagi terdiam apabila saya dedahkan bahawa di kawasan Jengka, peratusan perahan KPG yang dianalisa oleh Makmal Felda di Sg Tekam adalah 27%, dan saya buatkan kiraan bahawa sebelum ini Peneroka Felda Jengka 9 hanya memperolehi 17% sahaja.  Baki beza 10% itu membawa kerugian kepada peneroka-peneroka sebanyak lebih kurang RM2500.00 setiap bulan dan menghampiri RM400,000 untuk tempoh 15 tahun.
Dia marah apabila saya katakan Felda menipu, dan apabila saya katakan bahawa Felda telah memanipulasikan pendapatan peneroka, dia setuju dengan perkataan manipulasi itu, dan apabila saya katakan bahawa "manipulation" dalam bahasa Inggeris itu bersamaan juga dengan "tipu" dalam bahasa Melayu, dia terdiam apabila orang ramai ketawakan dia.
Mengenai hutang pula dia (Untung) menyarankan hutang perlu dibayar, dan peneroka-peneroka perlu membayar hutang mereka kepada Felda.  
Saya bersetuju bahawa hutang mesti dibayar, dan didalam perkiraan yang ringkas didapati bahawa sesungguhnya Felda yang berhutang dengan peneroka paling kurang RM150,000.00 didalam tempoh 5 tahun hasil sudah dapat dikeluarkan, maka oleh kerana hutang mesti dibayar, saya tekankan bahawa Felda wajib membayar hutang kepada peneroka-peneroka.
Didalam isu Felda Plantation yang bakal dicagarkan oleh Felda kepada FGVB untuk penyenaraian di Bursa Saham, saya mengatakan bahawa hajat dari PR untuk mengagih-agihkan tanah ladang itu kepada generasi ke-dua dan ke-tiga akan tergendala, dan jika generasi ke-dua dan ke-tiga berhajat kepada tanah, maka mereka kenalah bersatu dengan mengundi Pakatan Rakyat dan menggulingkan UMNO BN, mendapat sokongan baik dari kalangan anak-anak muda yang menghadiri Majlis tersebut.
Dan akhirnya anak-anak muda yang turut bersorak bersama-sama Untung itu datang bersalam dengan saya menandakan bahawa anak-anak muda itu turut memberikan sokongan kepada perjuangan yang dibawakan oleh Pakatan Rakyat.
Selepas selesai Dialog di Bukit Bulat, saya terus pergi ke Batu Berendam ke rumah kakak ipar saya di Taman Ehsan, tempat yang saya akan menginap pada malam itu.
Setelah memberitahu kakak ipar saya untuk bermalam di rumahnya, saya dan Kak Hendon terus pergi ke Taman Merdeka ke Majlis sambutan tahun Baru Cina anjuran PKR.  Majlis yang begitu ramai.  Saya turut berucap didalam Majlis itu dan saya bawakan kisah semasa saya dibuang Daerah ke Melaka Tengah selepas dibebaskan dari ISA dan ditahan sekali lagi di Melaka Tengah semasa Operasi Lalang.
Setiba Dato Chua Jui Meng ke Majlis itu, saya meninggalkan Taman Merdeka ke Kg Bukit Tembakau di Jasin menjadi tetamu didalam Majlis Ceramah anjuran PAS kawasan Jasin.
Saya kembali ke rumah kakak ipar saya jam lebih kurang 1.00 pagi.  
Pada 5hb Februari 2012, setelah minum pagi di rumah kakak ipar, saya tinggalkan Negeri Melaka ke Felda Keratong 6 dan 7 menghadiri Majlis Kesyukuran yang dianjurkan oleh PKR Cabang Rompin dan Ceramah oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Zaidi Ahmad dan saya sendiri.
Oleh kerana masih amat terlalu letih, saya tidur di Rumah Sdr Rosni Arshad, Naib Pengerusi Biro Masyarakat Felda & Orang Asal di Felda Keratong 6.
Jam 11.00 pagi tadi saya tinggalkan Keratong 6 setelah pergi bersantai di Kedai Keratong 6 dan menziarahi Pn Hajjah Halijah yang akan bertolak ke Mekah malam ini untuk menziarahi suaminya  yang masih berada di Hospital di Mekah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads