ads

Rabu, 22 Februari 2012

04 di serkam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di serkam - Google Blog Search


Rumah Warisan Kampung <b>Serkam</b>: sejarah kampung <b>serkam</b>

Posted: 25 Jan 2012 10:54 PM PST

Kampung Serkam, Melaka merupakan sebuah kampung di mana ianya tergolong di kalangan yang tertua di melaka dan kebiasaannya mendapat kunjungan dari pendagang Islam sama ada dari Arab mahupun India. Tujuan mereka datang adalah untuk berdagang dah mengembangkan ajaran Islam. Kampung ini juga dijadikan sebagai tempat persembunyian para pahlawan dari Palembang yang telah kalah berperang, dan disebabkan perkara itu, Kampung Serkam ini dikatakan menyimpan banyak rahsia. Manakala perkataan Kampung Serkam itu berasal dari perkataan arab iaitu "Sir" yang membawa maksud Rahsia. manalaka "Kam" pula bermaksud banyak. "Sirkam" membawa maksud "Kampung yang mempunyai banyak Rahsia". Pada mulanya, tanah melayu berada dibawah pemerintahan British, mereka datang ke Kampung Serkam untuk memungut cukai yang telah diketuai oleh A.B Alcum, tetapi telah mendapat tentangan yang hebat dari penduduk setempat sehingga tercetusnya 'Perang Rokam'. Disebabkan oleh peperangan itu, orang tempatan kampung tersebut telah mengalami kekalahan dan majoriti pahlawan yang berasal dari Serkam telah melarikan diri ke Muar dan telah membuka perkampungan yang turut dikenali sebagai 'Lorong Serkam ' di dalam Bandar Muar. 
Dahulu kala, ramai anak-anak muda telah pergi menuntut bidang Agama Islam di Mekah dan telah pulang ke Kampung Serkam sebagai guru agama dan juga telah mendirikan pondok-pondok agama. Ini secara tidak langsung telah membuatkan Kampung Serkam terkenal dengan gelaran ' Serambi Mekah ' . Pada mulanya, Kampung Serkam merangkumi sebahagian besar Kampung Umbai, Kmpung Pulai, Kampung Tedong dan juga Kampung Sempang. Tetapi kesemuanya telah dipecahkan setelah Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957, bagi memudahkan ianya diurus dan juga ditadbir. Nama yang diberi untuk Dewan Undangan Negeri Serkam adalah bersempena Kampung Serkam. DUN Serkam terdiri daripada Kampung Bukit Tembakau, Umbai Pantai, Berangan Enam, Paya Tanjung, Seri Minyak, Pulai, Serkam Darat, Tedong, Sempang dan juga tidak ketinggalan Kampung Serkam itu sendiri. 

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved