04 di sungai rambai - Google Blog Search |
10 rumah <b>di Sungai Rambai</b> dinaiki air | Berita Harian net Posted: 26 Feb 2012 03:52 AM PST BUKIT MERTAJAM: Lebih 10 rumah dekat Sungai Rambai, Permatang Rawa, di sini dilanda banjir kilat hari ini, kali ketiga dalam tempoh seminggu. Banjir kilat itu berlaku sejak jam empat pagi tadi selepas hujan lebat kira-kira 30 minit dan air memasuki rumah penduduk sehingga ke paras paha. Seorang penduduk, Yusri Yusoff, 43, berkata banjir sejak awal pagi ini paling teruk dalam minggu ini ekoran aliran air hujan tersekat. "Bila hujan lebat, kami penduduk di sini sudah mula bimbang kerana rumah akan dinaiki air dan ia berlaku sejak bermulanya projek pembinaan Landasan Berkembar Keretapi Elektrik Ipoh-Padang Besar dua tahun lepas," katanya di sini, hari ini. Sementara itu, Aiton Mohd Ariff, 47, berkata banjir hari ini menyebabkan kebanyakan perabot di rumahnya rosak akibat ditenggelami air. "Sebelum ini banjir hanya melanda sekali atau dua kali dalam tempoh setahun, tetapi kini setiap kali hujan lebat pasti kami akan berhadapan dengan banjir," katanya. Siti Mariam Hashim, 42, pula berkata pembinaan parit berhampiran rumahnya membuatkan kediamannya itu kerap mengalami banjir kilat apabila hujan. Beliau berkata, sebelum ini parit sedia ada terletak kira-kira 200 meter daripada rumahnya, tetapi kini ia dibina hanya tiga meter dari halaman rumah. "Parit yang kecil dan sempit itu antara punca banjir besar di kampung kami, jadi saya minta kerjasama pihak berkenaan untuk mendalam dan melebarkannya, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan penderitaan penduduk di sini," katanya. – BERNAMA Incoming search terms: |
You are subscribed to email updates from di sungai rambai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan